test

Isnin, 14 September 2009

Klonkan Diri Anda , Beraya Gaya Mamee

Seronok betul melihat diri sendiri diklonkan untuk dijadikan Kad Raya.

Tak sangka zaman ini kad raya boleh bergerak gerak.

Apa yang anda perlu lakukan ialah melayari  http://www.rayagayamamee.com.my/

Anda akan nampak gambar seorang wanita, dan 2 orang lelaki yang ingin memakan Mikrofon kerana tak dapat makan mamee Sllrrrip.

Apabila anda sudah mendaftar di laman itu, anda boleh logmasuk ke laman itu untuk menghantar kad raya dalamtalian versi gerak-gerak.

Hanya penerima yang mempunyai alamat emel dan talian internet sahaja.

Saya telah menilih "Animasi"  dan boleh muat naik gambar.
Maka saya pun muatnaik gambar kepala tergantung saya supaya saya boleh diklonkan dan dimasukkan kedalam Fillmore. (Diruangan Ahli 1)


Hasilnya, penerima akan menerima kad raya sebegini:




Jika anda adalah pengguna Nuffnang, anda juga boleh menang RM 300.

Sekiranya anda kempunan Bubur Lambuk, Rebus beras, kemudian anda boleh gunakan perendah Mamee Sllrrrp untuk dicampurkan ke dalam bubuk lambuk anda, dan jadilah "Bubur Lambuk Mamee".

Jumaat, 11 September 2009

siapa lebih awal buka langkah pendamaian Indonesia Malaysia

Mari kita tengok, siapa lebih awal buka langkah pendamaian Indonesia Malaysia.
Golongan Mahasiswa atau parti politik?


Jawapan:

Mahasiswa .


Dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama sebagai panduan dan inisiatif "untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan antara kedua negara.

Dua pertubuhan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili pelajar Indonesia.

Lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama itu dipersetujui dan ditandatangani hari ini oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Ketua UMUM PII, Nashrullah Al-Ghifary.

Halatuju Politik Minyak di Malaysia

Politik minyak di Malaysia agak pelik, terlalu fokus kepada harga runcit.
Pantang ada perubahan harga, ia akan menjadi isu.
Macamlah Malaysia sudah guna wang berasaskan komoditi.


Berbanding negara luar, politik minyak adalah berkisar kepada penguasaan minyak.

Amerika mendapatkan minyak daripada Iraq dengan menyerang atas alasan mencari senjata pemusnah.

Australia pula membantu 'membebaskan'  Timor Leste daripada Indonesia atas alasan alasan, tetapi yang sebenarnya mereka mahu minyak.

Malaysia dan Indonesia berebut Ambalat walhal masing-masing mempunyai syarikat minyak nasional dan boleh bentuk kerjasama.

Yang peliknya Malaysia boleh bekerja sama dengan Thai untuk merompak hasil bumi Patani dan Kelantan.

RON 95 dan RON 97 apa pula?
Ada pihak yang mencemuh RON 95, tak berkuasalah, dan macam macam.
Ada pihak yang terlalu marah atas kenaikan barang mewah RON97.

Bagi saya, penggunaa RON 95 sebagai petrol utama adalah satu langkah yang agak baik, untuk menangani kenaikan harga minyak dunia yang saya jangka akan berlaku apabila jatuhnya Indeks USD ke paras yang sepatutnya (lingkungan 75). Ketika itu harga minyak dunia berada di paras yang 'sepatutnya' iaitu USD 120.

Apabila perkara itu berlaku, maka banyaklah kereta Singapura berjoli menggunakan subsidi wang Rakyat Malaysia untuk berjalan-jalan di Malaysia.

Maka, bagi mengelakkan wang rakyat Malaysia jatuh keada Rakyat Singapura, maka mereka sepatutnya dilarang untuk membeli RON 95, sebaliknya hanya boleh membeli RON 97 pada harga pasaran sebenar.

Apa tujuannya ada minyak 2 gred?
Satu untuk dikawal, satu apung.

Perkara yang berlaku hari ini ialah RON 97 tidak diapungkan mengikut pasaran sebenar.

KPDNKK mempunyai satu tabiat pelik suka membuat perubahan harga dalam gandaan 5 sen, kononnya selaras dengan pembundaran 5 sen terdekat. Sedangkan penggenapan itu berlaku di POS.

Tabiat pelik itu menyebabkan mereka kelihatan menyembunyikan sesuatu.
Tak jadi masalah kalau RON 97 berubah setiap minggu drpd RM 2.05 kepada RM 2.08 atau RM 2.07 atau RM 2.04.


Jadi apa ahli politik perlu buat?
Ahli politik perlu memastikan harga petrol utama (RON 95) berada dalam lingkungan "mampu" bagi kebanyakan orang.
Perlu ada jaminan ianya tidak berubah sesuka hati, bukannya janji lain tunai lain.
Ahli politik perlu mencorak bahawa RON 95, petrol utama itu menjadi harga tetap atau berubah-ubah.

Seperti yang saya pernah persoalkan dulu ketika Shahrir Samad berpesta turunkan harga minyak.


Rakyat Malaysia perlu pilih antara 2

1. Polisi harga minyak stabil
2. Polisi harga minyak berubah-ubah

Ahli politik di Malaysia perlu juga memastikan bahawa minyak negara kita tidak diambil dengan menukarkannya dengan kertas jamban berjenama "USD".

Che Guevera itu Belum Kahwin kah?

"Che Guevera itu Belum Kahwin kah?"

Saya pernah bertanya persoalan itu sebagai lawak bodoh dengan isteri saya,tetapi dia tak faham dan tak ketawa.


Che Guevera bersama Fidel Castro:


Che Guevera adalah perjuang anti penjajah di beberapa negara, berfahaman sosialis.

Inflasi Empayar Rom & Tindakan Umar

Terdapat satu catatan menarik oleh seorang Professor Joseph R Peden berkenaan Inflasi ketika empayar Rom.

Kenapa saya cerita Rom?
Matawang Emas dan Perak empayar Rom adalah rujukan sebelum wujudnya dinar.

Nama Dinar berasal daripada Denarius, matawang perak.

Tetapi spesifikasinya ialah Solidus.

Pening juga kalau hendak difikirkan, matawang sudah menggunakan komoditi tetapi berlaku inflasi.
Apa puncanya?

Puncanya ialah berlakunya pengubahsuaian kandungan logam komoditi pada matawang.

In Diocletian's time, in the year 301, he fixed the price at 50,000 denarii for one pound of gold. Ten years later it had risen to 120,000. In 324, 23 years after it was 50,000, it was now 300,000. In 337, the year of Constantine's death, a pound of gold brought 20,000,000 denarii.

Khalifah Umar pula, setelah melihat saiz wang perak semakin mengecil, mengarahkan supaya 10 dirham mesti sama berat dengan 7 dinar. Penyelesaian bagi masalah empayar Rom.

Rabu, 9 September 2009

Kerja Gila Main dengan Rizab Emas

Saya baru terjumpa satu berita lama (2005) di GATA.org.

Menceritakan bagaimana Najib nak beli Kapal Perang menggunakan Rizab Emas.

Ada lagi cerita mengatakn Rizab emas kita "dipinjamkan".

Setakat yang saya tahu, Rizab emas kita ialah 36 tan.

Tetapi benarkah ianya memang 36 tan?
Bank Negara tidak keluarkan maklumat emas fizikal dalam kuaititi berat.

Yang ada hanya lah dalam USD.

0.4 bilion USD, berapa banyak emas?
400000000/32/1000=12500

Kiraan kasar saya menunjukkan 12 tan sahaja.

Serupa macam dakwaan TV Antara

Selasa, 8 September 2009

Adakah Ugutan Rogol Itu Dibolehkan Dalam Undang-Undang Sivil Malaysia?

Adakah Ugutan Rogol Itu Dibolehkan Dalam Undang-Undang Sivil Malaysia?

Google+ Hasbullah Pit