test

Sabtu, 9 Ogos 2008

Tutorial MyBloglog Untuk Nadzarul dan Khairul Faizi

Sejak akhir ini ramai pengunjung yang melawati laman blog yang mempunyai akaun Mybloglog.

Mybloglog sebenarnya satu alat yang boleh memberitahu pemilik blog akan seseorang telah datang melawatinya, dan mudahlah pemilik blog membuat kunjungan balas.

Oleh itu, jangan lupa untuk meletakkan laman blog anda di profil myblog log.

Caranya:
Tutorial Menambah laman web pada Mybloglog


Klik "Add a website" dan berbukalah borang untuk diisi.

Siap.

Maka barulah, pemilik blog yang Assirkami lawati akan membuat kunjungan balas.
Terutama sekali yang tertarik dengan kekacakan saudara.

Jangan lupa letak wiget mybloglog supaya saudara sendiri boleh lawati blog pengunjung saudara.



Tutorial Menukar URL Mybloglog jika Blog Berpindah

Selesai bab Assirkami, masuk bab Khairul Faizi.
Khairul Faizi telah berpindah blog, namun mybloglognya masih memaparkan URL lama.

oleh itu, berikut adalah Tutorial bagaimana memindahkan laman yang dinyatakan di mybloglog ke laman baru.

Andaikata blog lama hendak dibiarkan tutup, maka kena ubah alamat sahaja.
Klik pada "Setting"


Dan kemudian ubah "Site URL"

Sebelum ini site URL saya ialah "sebolku.blogspot.com", kini iubah menjadi "hasbullahpit.blogspot.com"

KF boleh ubah menjadi http://minda-kembara.com




Bagi Feed URL, sekiranya URL Feedburner digunakan dan telah dilencongkan ke blog baru, maka tak perlu diubah.

Andaikata ingin menggunakan RSS di wordpress yang baru, maka kena ubah menjadi http://minda-kembara.com/v2008/?feed=atom

Saya Tidak Percaya Penarik Beca Ditangkap Hanya Kerana Logo

Saya tidak percaya Penarik Beca ditangkap hanya kerana Logo Polis yang diubahsuai menganddungi kepala anjing. Secara jujur , pada mulanya saya ingatkan ianya gambar beruang.

Saya tidak percaya kalau kandungan berita tidak langsung diambil kira.

Yang membuatkan saya tidak percaya adalah persoalan mengapa penarik Beca dibawa ke "Commercial Crime Division" (Jenayah Perdagangan).

Apa kaitan logo kepala anjing yang macam beruang itu dengan Jenayah Perdagangan?

Yang mana lebih berkaitan dengan Jenayah Perdagangan, logo grafik atau "E-power Force Solution" ?

Apa kaitan penagkapan di atas Akta Hasutan dengan jenayah Perdagangan?

Adakah dia menghasut rakyat supaya jangan berdagang menggunakan matawang ringgit dan sebaliknya menggunakan Dinar?

Adakah dia menghasut rakyat supaya membenci Menteri Kewangan yang telah melacurkan nilai ringgit sehingga terlalu dibawah nilai sebenar?

Atau mungkin polis meminta bantuan unit Jenayah Perdagangan supaya memastikan logo anjing itu bukannya daripada iklan Nuffnang?

Kalau Nuffnang paparkan iklan logo anjing itu, kita semua kena tangkap?

Banyak persoalan yang timbul, harap Bang Bakaq sendiri jelaskan.


Jumaat, 8 Ogos 2008

Penarik Beca Telah Dibebaskan

---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Sajak untuk Bang Bakaq

Sajak untuk Bang Bakaq / Pak Bakaq / Penarik Beca oleh "Tanpanama" yang komen di sini.



Pak Beca! Pak Bakaq Penarik Beca!
Apa postingmu?
Kamu tak tahu di mana harus bermula.
Mereka sumbat kamu ke dalam liang lahat yang gelap.
Tanpa hidayah.Tanpa terang cahaya. Tanpa alamat.
Ada haba. Tak ada angin. Tak ada jendela.Tak ada jamban.
Terpenjara.Tersiksa.
Terpelosok dengan hanyir darah luka penjenayah
Malam nanti,tidor di tilam konkrit,kawanmu beratus-ratus nyamuk helikopter.
mengacau mimpi memeluk isteri tercinta
Tak tahu kapan tong besi akan terbuka.


Pak beca! Pak Bakaq beca!
Apa postingmu hari ini?
- Ketika haus aku minum dari ludah bangsa.
Sambil bercanggung aku mengharungi waktu bebas dari dari siaran media
Aku dipeluk oleh jembalang tidak berupa.
Tidak serupa manusia.Tidak bernama.
Aku mengaji di sini. mengasuh memupuk memujuk jiwaku yang meronta.

Pak beca! Pak Bakaq Penarik Beca!

Di setiap simpang meradang anjing dan musang.
Kamu terkurung dalam kotak kaca
Para pengadu meludahi kamu dari mimbar putrajaya.
Mulut kamu digam .
Kamu dikutuk dan disalahkan.
Tanpa belas kasihan.

Pak beca! Pak Bakaq Penarik beca!
Nasi bungkus ikan masin togey rebus
disorong dengan sepatu ke depanmu.
Pak Bakaq beca, apa postingmu?
-Kebenaran adalah bulan.
Keadilan adalah bingtang.
Ketaqwaan menjadi Alam.
Dan perjuangan adalah keberanian berkorban.

Tips Blogger: Membaca mengenai "Bakaq"

Ramai orang belajar buat blog, tapi tak ramai belajar baca blog dengan berkesan.
Di sini saya ingin memberikan tip bagaimana mendapatkan catatan blog yang berkaitan dengan penangkapan Penarik Beca / Bang Bakaq.

masuk http://blogsearch.google.com
taip "bakaq". Anda mungkin boleh langgan RSSnya

DAN taip "Beca" dan anda juga langgan RSSnya

Pengguna firefox versi 2 dan ke atas hanya boleh terus klik pada 2 pautan RSS di atas untuk mengetahui siapa lagi yang bercerita tentang penangkapannya.

Penangkapan Penarik Beca Sudah boleh Di Slashdotkan

Menurut Catatan UmmiAnni, Tersiar akan satu berita dari BERNAMA (BERNAMA ditulis huruf besar kerana ianya akronim) tentang penangkapan Bang Bakaq a.k.a Penarik Beca adalah disebabkan oleh artikel yang berkaitan dengan polis.


Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Supt Victor Sanjos berkata Abu Bakar ditahan pada pukul 10 malam tadi di rumahnya di Taman Koperasi Polis di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubahsuai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan "Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina," kata Sanjos kepada Bernama di sini Khamis.


Kalau begitu, artikel yang dimaksudkan ialah yang ini. "Kenapa Tak Usik Raja Petra?"

Di dalam catatan Bang Bakaq itu, Bang Bakaq hanya memetik apa yang diperkatakan oleh Raja Petra.
Yang peliknya pautan asal tentang "E-Power Force Solution" yang berada di laman web Raja Petra telahpun tiada.

Bang Bakaq telah membuat pautan kepada http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6061
sebagai "sumber"nya, akan tetapi laman itu sudah tiada.

Mengapa laman itu sudah tiada? Adakah ada arahan daripada polis kepada Raja Petra supaya memadamnya? Itu saya tidak tahu.

Akan tetapi sebahagian daripada artikel asal Raja Petra itu berada di blog Bang Bakaq.

Bang Bakaq hanya mempersoalkan kenapa tak saman Raja Petra? Bukan dia yang tukang bongkar.
Bang Bakaq sudah menyatakan dengan jelas bahawa artikel itu ditulis oleh Raja Petra.

Adakah polis akan menangkap semua orang yang menulis tetang "E-Power Force Solution"?

Mungkin bagi polis, setelah artikel di laman Raja Petra sudah dipadamkan, hanya artikel di blog Bang Bakaq yang masih ada.

Mari kita google. "E-Power Force Solution" <-- mesti klik Terdapat banyak lagi catatan lain yang menceritakan tentang "Power Force Solution". Polis perlu tangkap semua itu?


Kalau Raja Petra tidak dedah, atau bang bakaq tidak petik raja petra, dan sekiranya tiada faktor "kongsi gelap" dibelakang syarikat itu, Yvonne Chong telah mendedahkan bahawa syarikat itu memang berkait dengan Perdana Menteri.

The 64-year-old entrepreneur is also a director of Brahim's International Franchises Sdn Bhd, a food company owned by the Prime Minister's brother Datuk Ibrahim Ahmad Badawi. He is also a director in AMMB Holdings Bhd, K&N Kenanga Holdings Bhd, Kawan Food Bhd and a host of private limited companies.

Itu baru google nama sistem, belum lagi google nama syarikatnya.


Sistem apa sampai 4 bilion?

Teresa Kok pernah mempersoalkan kenapa Syarikat itu terlalu berkuasa, di parlimen.

Bayangkan kalau Projek bernilai 4 bilion ini diberikan kepada syarikat IT Kerajaan Negeri seperti MICTH, boleh langsai hutang kerajaan Negeri Melaka 1.05 bilion itu.

Disini terdapat satu artikel menarik oleh Bang Bakaq berkaitan dengan isu sama, bukan dia yang bongkar, dia hanya merumuskan maklumat dari beberapa sumber sahaja.

Kesimpulan.
Saya menuntut satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat Web Power Sdn Bhd.


Khamis, 7 Ogos 2008

Beberapa Bloggers Kesejukan

Amin Iskandar dan Nora kesejukan ketika hujan di hentian bas di hadapan kompleks kerajaan bukit perdana kerana penangkapan bang bakaq (penarik beca).

Sebentar tadi ntv7 baru saja menemuramah amin Iskandar.

Punca sebenar penangkapan belum diketahui. Artikel yang mana?



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Google+ Hasbullah Pit