test

Selasa, 29 Julai 2008

Seminar Bloggers PAS Melaka

Seminar Bloggers PAS Melaka akan di adakan:

Tarikh: 3 Ogos 2008 , 8:30 pagi
Tempat: Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, (Semabok).

Antara acara yang diadakan ialah penerangan tentang penulisan, dan penerangan tentang "blog".

Sasaran Hadirin:

  • Seseorang yang belum mempunyai blog, supaya boleh belajar membuat blog.
  • Seseorang yang sudah mempunyai blog, untuk meningkatkan kemahiran berblog sambil mempromosikan blognya.
  • Seseorang yang (atau akan) mengendali blog sesuatu Dewan atau kawasan atau cawangan.
  • Seseorang yang mempunyai bakat penulisan tetapi tak tau bagaimana nak mula berblog.
  • Pemuda PAS Johor yang menyahut seruan Ketua Pemudanya "Satu Pemuda Satu Blog"
  • Blogger Tersohor yang ingin berkenal-kenalan dengan blogger semi-tersohor.
  • Blogger yang berideologi "Chatbox tak perlu ada" yang nak berdebat dengan blogger berideologi "Chatbox mesti ada"
  • Anda yang membaca catatan ini.


Insentif Tambahan:
Semua blog blogger yang hadir DAN blog yang dibuat ketika seminar itu akan automatik diserapkan ke ruangan "Beras Padu Sementara" di Beras Terpilih.

Peta:

View Larger Map


Sebarang persoalan, sila ajukan diruangan Ulasan catatan ini.

DVD Gold Rush 21

Dulu saya tiada kad kredit, lama juga hidup pada zaman moden ini tanpa kad kredit. Akan tetapi tahun ini baru saya ada kad kredit. Tak pernah digunakan melainkan baru baru ini.

Oleh itu saya perlu membayar hutang kad kredit seberapa segera.
Alang-alang sudah kena bayar, maka saya ambil kesempatan untuk membeli barang dahulu iaitu, DVD Dold Rush 21.





DVD itu menceritakan tentang perbincangan beberapa pakar ekonomi yang pro emas, daripada 14 negara berbincang tentang emas, dan menyimpulkan bahawa Harga emas direndahkan secara penipuan boleh bank pusat amerika. Emas yang dikatakan ada pada Bank pusat Amerika sebenarnya sudah kurang dari separuh.

Emas itu "dipinjamkan" ke pasaran untuk merendahkan harga emas supaya Dollar Amerika tinggi.

Saya Nak Cabar Ezam Bertanding di Parlimen Jasin

Mutaligat kata "Ezam Mencari Publisiti Murahan" dengan mencabar Anwar untuk bertanding di Kulim.

Kalau begitu, saya pun nak mencari publisiti murahan untuk mencabar Ezam bertanding di Parlimen Jasin.
Itu pun kalau Kapten Mat berani lepaskan kerusi Parlimennya.

Ada berani?

Ahad, 27 Julai 2008

Zulkifly Nordin Sebagai Ahli Parlimen

Amat menyedihkan apabila Anwar memilih Kulim sebagai tempat bertanding, walhal mahkamah belum memutuskan lagi bahawa Zulkifly Nordin kalah atau tidak.

Amat menyedihkan lagi apabila Anwar tidak memilih Kelana Jaya? Atas sebab apa? Takut ditampar oleh pembantu Nik Nazmi?

Sebelum bergiat politik, Zulkifly Nordin sudah berjuang menegakkan Islam melalui mahkamah. Tak dapat saya nak balas jasanya dengan wang ringgit mahupun emas.

Zulkifly Nordin juga seorang Ahli Parlimen yang rendah diri, naik motosikal, naik basikal dan naik bas. Naik bas macam khairul Faizi.

Beberapa hari lepas saya baru sahaja kirim soalan untuk sesi Parlimen, melalui Zulkifly Nordin, alih-alih sudah mahu letak jawatan.

Fudzail, rakan lama saya dengan berani mengatakan bahawa Zulkifly Nordin tidak harus dikorbankan.

Anwar Tidak Patut Bertanding di Kulim-Bandar Baharu


Bila Bang Bakaq kata, Ninja Turtle... , saya kata "Cowabunga!!!!"

Sabtu, 26 Julai 2008

Adakah Penjualan Proton Perdana kepada Kerajaan Menguntungkan Proton?

Persoalan yang saya selalu fikir apabila terjadinya krisis terbeli Mercedes E200 untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutive ialah, Adakah Proton mendapat untung apabila Kerajaan terus membeli Proton Perdana Excecutive?

Proton Perdana sudah lama, tidak pasti bila mulanya ia dikeluarkan , kalau tidak salah pertengahan 90an, pekeliling yang mewajibkan kerajaan membeli Proton Perdana pun kerkuat kuasa pada tahun 1997. Itu sudah lebih 11 tahun.

Sekiranya 7 tahun adalah 1 jangkamasa biasa bagi sesuatu model untuk bertahan, maka ia sudah terlalu lama.

Berbalik kepada persoalan tadi, adakah perniagaan menjual model lama Proton kepada Kerajaan menguntungkan Proton? atau menguntungkan kerajaan atau merugikan kedua-dua belah pihak?

Sekiranya ia merugikan kedua-dua belah pihak, adalah baik arahan supaya kerajaan membeli proton perdana ditarik balik. ATAU, digantung beberapa tahun sehingga Proton dapat membangunkan model baru pada kelas kereta itu.

Cadangan untuk menggunakan Camry oleh saya, rupanya sependapat dengan Ronnie Liew dan Damian Yeo.

Toyota Camry memang satu kereta yang baik, kalau tidak masakan ianya boleh menjadi kereta yang paling laris jualannya pada kelasnya di Amerika Syarikat.

Mungkin dalam masa terdekat ini Proton tak dapat mengeluarkan "Perdana Replacement model", kerana tiada rakan strategik untuk kelas itu.

Tidak mustahil Toyota (atau Nissan) menjadi rakan strategik untuk Proton.
Bayangkan kalau Proton akan guna enjin Camry Hybrid?

Kerajaan Malaysia mempunyai kuasa beli yang kuat, (mereka selalu lupa). Kuasa beli yang kuat itu boleh meletakkan syarat.

Bayangkan situasi begini:

PakLah dan Syed Zainal pergi jumpa toyota,

"kerajaan Malaysia boleh wajibkan semua kereta kerajaan guna toyota, tapi awak mesti jadi strategic partner proton"
"Kalau tak mahu kita nak jumpa Nissan".

Khamis, 24 Julai 2008

Kekanda Husam, Minta Kaji Semula Upah Simpan ArRahn

Kadar Upah Simpan bagi Gadaian Ar Rahnu Kelantan adalah seperti berikut.


Sesuatu yang agak pelik apabila kadar upah simpan Ar-Rahnu bergantung kepada nilai ringgit. Memanglah penggadaian emas itu akan ditukarkan dengan ringgit, akan tetapi apabila kadar berubah bergantung kepada nilai ringgit, maka sekiranya mega inflasi berlaku seperti di Zimbabwe, kadar upah simpan pada semua orang adalah 0.95 sebulan bagi setiap RM 100.
(11.4% setahun).

Ketika ini nilai marhum tertentu, dibawah RM 400 boleh menikmati kadar upah simpan yang lebih rendah iaitu 0.60 sebulan bagi setiap RM 100 (setara dengan 7.2% setahun)

Apabila harga emas meningkat sehingga ke tahap USD 1200 per aun, dimana mahu cari emas yang dibawah RM 400 supaya mendapat kadar 0.60 sebulan bagi setiap RM 100?

Takkanlah seseorang itu perlu menggadaikan sebelah sahaja anting-antingnya supaya dapat kadar itu? atau membelah cincinnya kepada 2.

Oleh itu saya cadangkan, berbezaan kadar itu bukanlah berdasarkan ringgit (RM 400 & Rm 200) akan tetapi berdasarkan berat emas.

sebagai contoh, emas dibawah 9.5 gram (2 dinar), menikmati kadar tertentu, emas lebih 9.5 gram, kadar lain.

Oleh itu saya mencadangkan supaya kadar sebegini di adakan:

Nilai Marhum - - - - - Kadar Upah Simpan
0-2 dinar - - - - - - - - RM 0.50 / RM 100 sebulan
2-10 dinar - - - - - - - RM 0.60 / RM 100 sebulan
lebih 10 dinar - - - - - RM 0.70 / RM 100 sebulan


Di Harap Kekanda Husam dapat mempertimbangkan cadangan saya ini, agar kesedaran untuk memiliki emas dapat dipertingkatkan, supaya rakyat Malaysia bersedia sekiranya berlaku mega inflasi / Kejatuhan matawang kertas.

Rabu, 23 Julai 2008

PAS Mahu Belajar Matematik Bersama UMNO?

Diberitakan bahawa PAS tidak mahu muzakarah, akan tetapi mahukan muqabalah.

Kemudian timbul persoalan apa itu muqabalah.

Terus terang saya tak tau maksudnya, tapi saya pernah nampak perkataan itu.

Dalam buku "Great Muslim Mathematician" tulisan "Mohaini Mohammad"

Kitab Al Jabr W'al Muqabala adalah kitab matematik yang terulung sekali, bapa kepada segala kitab matematik dalam dunia ini. Kitab itu ditulis oleh Bapa Matematik (Ilmu Hisab) yang dikenali sebagai Al-Khwarizmi.

"Al-Khwarizmi" itu hanya gelaran sahaja, berdasarkan nama tempat kelahirannya. Tempat "Khwarizm" itu sekarang dikenali sebagai "Khiva".
Nama sebenarnya ialah Muhammad ibnu Musa. Di tambah dengan gelaran, maka jadilah Muhammad ibnu Musa Al-Khwarizmi.

Orang putih menggelarkannya "algorithm".

Kitab itu bermaksud "The Book of Restoring and Balancing"

Ramai orang keliru menjangkakan bahawa algebra, berasal dari seseorang yang bernama Al Jabar, akan tetapi ia sebenarnya berdasarkan nama buku, dan bukannya nama orang.

Jadi apa itu muqabalah?
Pemulihan? pengimbangan?

Apa kaitan dengan muzakarah atau perbincangan?

Adakah PAS dan UMNO duduk semeja berbincang soal matematik?

Ada sesiapa tahu maksud muqabalah yang diperkatakan itu?

Google+ Hasbullah Pit