test

Rabu, 23 Januari 2008

Tak Restu 13 Mei Berulang

Sila terbitkan kenyataan bersama ini di blog anda jika anda tidak merestui politik ugutan sehingga Chew menarik balik kenyataanya dan meminta maaf. [Klik sini untuk versi Melayu dan Cina.]

Tak Restu 13 Mei Berulang

- Ahli Parlimen Chew Mei Fun mesti tarik balik and minta maaf atas kenyataan beliau

Kami, badan-badan masyarakat madani dan warganegara prihatin yang berbagai kaum, agama dan latarbelakang, menegaskan bahawa semua anak Malaysia mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan malalui pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tiada ahli politik atau parti politik harus menggunakan ugutan atau ancaman untuk mempengaruhi para pengundi.

Kami kesal bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun, Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya Utara (MCA), seperti yang dilaporkan oleh China Press pada Januari 21 (Isnin) telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ugutan atau ancaman: “Jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam BN, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik, komuniti Cina tidak sanggup menanggung lagi satu insiden Mei 13.

Rusuhan kaum Mei 13, 1969 sememangnya suatu episod gelap dalam sejarah Malaysia di mana keganasan dan manipulasi politik telah menindas proses demokratik dan suara para pengundi. Pembangkitan insiden pahit ini demi kepentingan politik bersifat menghina mangsa yang terkorban, mangsa yang terselamat dan juga keluarga mereka. Tindakan Chew yang bertujuan menjadi amaran kepada pengundi supaya tidak menyokong parti pembangkang adalah perbuatan keji dan tidak mempamerkan sifat seorang pemimpin yang berwibawa.

Sekiranya Chew sememangnya mengetahui apa-apa maklumat tentang pihak tertentu yang berhasrat untuk menggunakan keganasan akibat keputusan pilihanraya yang tidak memuaskan, beliau yang selama ini giat membangkit isu keselamatan awam patut serta-merta membuat laporan polis dan membantu dalam penyiasatan polis.

Sekiranya beliau sekadar berspekulasi, kami berasa amat kecewa kerana beliau sanggup melakukan apa saja untuk mengumpan undi. Ahli politik tidak patut berkelakuan selolah-olah anggota kongsi gelap. Mereka tidak patut menggunakan keganasan sebagai ancaman untuk meraih undi sepertimana anggota kongsi gelap memeras wang.

Pada hakikatnya, Chew telah melanggar Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:

Pengaruh tidak wajar

9. (1) Tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa, atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menggunakan atau mengancam hendak menggunakan apa-apa kekerasan, keganasan atau halangan, atau yang mengenakan atau mengancam hendak mengenakan, dengan sendirin atau melalui mana-mana orang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian keduniaan atau kerohanian ke atas atau terhadap mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi, atau oleh sebab orang itu telah mengundi atau tidak mengundi, dalam mana-mana pilihan raya, atau yang dengan melarikan pemilih atau pengundi, dengan dures atau apa-apa tipu daya atau muslihat menghindar atau menahan mana-mana pemilih atau pengundi daripada menjalankan hak mengundinya dengan bebas, atau yang dengan yang dengan itu memaksa, mendorong, atau mendesak mana-mana pemilih atau pengundi sama ada memberi atau tidak memberi undinya dalam mana-mana pilihan raya, atau yang secara langsung atau tidak langsung mengganggu atau cuba mengganggu mana-mana orang daripada menjalankan hak pemilihannya dengan bebas adalah bersalah atas kesalahan pengaruh tak wajar.

Sementara menunggu Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat dan membuat laporan polis mengenai kes ini, kami menyeru Chew supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf. Beliau mesti mengecam dengan sekeras-kerasnya sebarang kes keganasan politik. Pengundi berhak memilih mana-mana calon atau parti pilihan mereka dalam suasana yang bebas dari unsur-unsur ugutan dan intimidasi.

Kami juga menyeru YAB PM Dato’ Seri Abdullah Badawi untuk menafikan sebarang kaitan antara kerajaan dan partinya dengan kenyataan Chew yang berpotensi menakutkan pengundi. YAB juga harus mengutuk dengan sepenuhnya sebarang ugutan dan ancaman ke atas pengundi.

Kita tidak boleh biarkan Malaysia senasib negara di mana keganasan politik berleluasa eperti Pakistan. Kita tidak boleh biarkan mana-mana pihak bermain dengan api. Kita mesti menolak dengan sepenuhnya sesiapa yang cuba menggunakan insiden pahit Mei 13 untuk mengancam rakyat Malaysia.

Individu-individu atau badan-badan masyarakat madani yang pro-demokrasi diminta menyokong kenyataan ini dengan memaparkannya di premis, kenderaan atau mukasurat pertama blog atau laman web mereka, sebagai tanda pengiktirafan, sehinggalah Chew menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Faizal Tahir yang tidak melawan

Dalam minggu lepas, kecoh tentang berita Faizal tahir yang membuka baju secara langsung dalam persembahan di Saluran 8TV, maka secepat kilat dia dicemuh satu negara. Akibat tindakan yan memalukan itu, dia dikenakan tindakan yang AGAK keras oleh pelbagai pihak.



Kalau dari sudut hukum, dia hanya mendedahkan kurang dari 20% daripada auratnya, dan dikenakan tidakan sebegitu, namun ramai juga yang mendedahkan lebih dari 80% auratnya tidak dikenakan tindakan.

Siapa Faizal Tahir untuk melawan? dia hanya artis melayu biasa, dan dunia sudah maklum artis melayu sering diperkotak katikkan oleh pihak yang lebih besar. Dia bukan Anwar Ibrahim atau Suwandi.


Disebabkan tindakan dia amat "memalukan", bukannya berdasarkan berapa banyak aurat yang didedahkan, Maka dia dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang rimba.

Ramai ahli sukan yang membuka baju selepas perlawanan, sehingga bertukar aju dengan pasukan lawan, tidak dikenakan tindakan, kerana ia tidak "memalukan".

Ramai perenang membuka baju sebelum berenang, tidak dikenakan tindakan kerana ianya tidak "memalukan".

Jadi oleh kerana ianya "memalukan", dan jenis manusia yang tidak melawan, makan mudah sahaja Faizal Tahir dikenakan tindakan, mengikut sesuka hati @ undang-undang rimba.

Saya tertanya juga, atas akta apakah dia dikenakan tindakan?
Adakah dia dibicarakan, adakah dia diberi peluang bela diri?

Adakah perkara sebegini boleh dilakukan terhadap artis bukan melayu?
Pasti ramai yang akan bangkit dan "melawan".

Jadi, oleh itu diharap janganlah ditiru tindakan Faizal Tahir jika anda jenis tak melawan.

Artis lain, boleh cuba buka baju, tapi tutup pusat, lihat apa tindakan SKMM.

Isnin, 21 Januari 2008

Video Demonstrasi Silat Cekak Malaysia

Demonstrasi Persatuan Silat Cekak Malaysia di Stesyen Minyak PETRONAS Ayer Molek pada 20 Januari 2008 sempena Program Mesra bersama pelanggan

Khamis, 17 Januari 2008

Keuntungan TNB suku pertama adalah 1.64 bilion

Tenaga Nasional berhad memperoleh keuntungan sebelum cukai suku pertama sebanyak RM 1.64 bilion. Secara kiraan kasar, keuntungan TNB setahun ialah 6.5 bilion.

During the quarter under review, net profit jumped 22% to RM1.51bil, or 34.97 sen per share, from RM1.25bil, or 29.78 sen per share in the previous corresponding quarter, while pre-tax profit rose to RM1.64bil from RM1.33bil previously.

Terima kasih kerana kenaikan tarif elektrik yang membolehkan TNB untung besar.

Akan tetapi, TNB masih lagi mempunyai hutang sebanyak RM 2.2 bilion, dimanahampir separuh hutang itu dikira dalam matawang asing.

Meanwhile, nearly half of TNB’s gross debt of RM22.8bil as at end-Nov 2007 is denominated in foreign currency, mostly in dollars and yen, and any appreciation in the ringgit gives it a foreign exchange translation gain.

Seperti yang sedia maklum, antara punca peningkatan kos TNB adalah kenaikan harga minyak, manakala salah satu punca kenaikan harga minyak, dan arang batu adalah berpunca dari kelambatan PakLah melepaskan tambatan Ringgit.

Kesilapan Paklah (matawang rendah) => Kos naik => Tarif naik => Rakyat Bayar

boleh diringkaskan sebagai:-

Kesilapan Paklah => Rakyat bayar.

Diolah dalam ayat biasa:-

"Rakyat membayar berbilion atas kesilapan PakLah lambat melepaskan tambatan Ringgit"



Rabu, 16 Januari 2008

Pemenang Subaru Impreza Dalam Peraduan PETRONAS Super Car Craze

KUALA LUMPUR, 14 Januari – Seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun dari Pasir Mas, Kelantan, Encik Mohamad Sukri Bin Zakaria, telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Peraduan PETRONAS Super Car Craze bagi bulan Disember 2007, sekaligus membawa pulang sebuah kereta baru Subaru Impreza STi bernilai lebih RM210,000.

Selasa, 15 Januari 2008

Ramalan Tarikh Pilihanraya 23 mac 2008?

Tarikh pilihanraya memang menjadi spekulasi ramai orang, hampir kesemua meneka ianya akan berlaku sebelum april, kerana selepas april, Anwar Ibrahim dibenarkan untuk bertanding.

Selain daripada kalendar masehi , Kalendar hijrah dan kalendar cina dijadikan rujukan, Kalendar F1 tidak dikecuali dijadikan rujukan untuk menetapkan tarikh pilihanraya.

Berdasarkan pada pilihanraya 2004, Pilihanraya dijalankan serentak dengan hari perlumbaan Formula 1 GP Malaysia, bersamaan hujung minggu ke-2 kalendar F1.

Walaupun membuatkan pilihanraya serentak dengan penganjuran Formula 1 adalah sesuatu yang tidak kena, akan tetapi perkara itu tidak mustahil bagi PakLah, kerana dia telah melakukannya sebelum ini. Dan tidak dinafikan PakLah mampu untuk mengulangi sejarah dan seterusnya mencatat rekod dunia, satu-satunya pemimpin yang membuat pilihanraya serentak dengan F1 selama 2 kali. Pasti rekod ini tidak akan dipecahkan oleh negara lain.

Jadi dengan ini saya meramalkan pilihanraya adalah 23 Mac 2008, berdasarkan sikap PakLah yang suka melihat Ejen mengundi, Ejen pengiraan tidak dapat pergi ke Sepang.

Pemandu BMW Sauber, Robert Kubica, diramal akan meletak keris pada bendera negaranya, supaya ia akan kelihatan seperti bendera UMNO.



Tarikh pilihanraya 2008 yang serentak dengan perlumbaan F1, dipilih kerana untuk memastikan Giancarlo Fisichella tidak berkempen bagi pihak HINDRAF.

Isu kenaikan harga barang, Kementeri Kewangan tidak dipersalahkan?

Semalam (14 jan), saya pergi ke satu sesi KPDN "menerangkan" tentang isu kenaikan harga barangan.



Dalam ucapan Datuk Shafie Afdal, dia begitu terperinci menceritakan tentang "subsidi" untuk menurunkan harga, penyeludupan, masalah-masalah yang dihadapi untuk menangani kenaikan harga.

Akan tetapi dia hanya bercakap tentang dunia dia, dimana dalam sistem kawalan harga sekarang, amatlah sukar untuk mengawal harga.

Akan tetapi, dia tidak sedikitpun menyalahkan kelewatan PakLah selaku menteri kewangan pertama melepaskan tambatan ringgit sebagai punca segala masalah kenaikan raga.

Susah juga, menteri kewangan adalah boss dia, kalau menteri kewangan hanya rakan sejawat dia, mungkin dia boleh "marah" kementerian kewangan.

Maka pada sesi soal jawap, saya bangkit untuk mengemukakan soal matawang yang menjadi punca segala masalah.


"Harga minyak dalam USD naik 100% dalam 5 tahun"
"Harga minyak sawit juga naik"
"Akan tetapi nilai dollar merosot berbanding euro"
"Selain dari faktor permintaan, faktor kejatuhan USD juga adalah penyumbang kenaikan harga komoditi dalam USD"

"Harga minyak dalam Euro hanya naik 50% sahaja"
"Sekiranya nilai ringgit naik, dan matawang kita mampu untuk membeli barangan tanpa subsidi, maka tak perlulah begitu susah nak mengawal barangan"
"Makanan kambing juga turut menjadi murah"
(merujuk persoalan seorang kakak yang mengadu makanan kambing mahal).

"Jadi Soalannya ialah 'Sudahkan KPDN berbincang dengan Kementerian kewangan untuk mengkaji semula tambatan ringgit"

Dengan mudahnya Datuk Shafie Afdal mengatakan "Ya, Sudah berbincang dengan
Kementerian kewangan, dan Bank Negara"

Dia sendiri mengakui dengan meningkatkan nilai matawang Ringgit, masalah boleh dikurangkan. Akan tetapi dia tidak mengatakan sebagai ialah punca bagi masalah.

Bagi saya, Datuk Shafie Afdal yang sentiasa dijadikan kambing hitam dalam krisis kenaikan harga ini, sepatutnya menekan kementerian kewangan supaya masalahnya boleh dikurangkan.

Apakan daya, Menteri Kewangan I adalah boss nya.

Bagi pendapat saya, Roadshow untuk "menerangkan" krisis kenaikan harga adalah usaha sia-sia. Rakyat hanya perlukan keputusan, rakyat mahu barangan semuanya ada dan mampu dibeli. Rakyat tak peru tahu apa masalah KPDN.

Memang kalau mengikut sistem sedia ada, KPDN akan menjadi mangsa keada kesilapan kementerian kewangan. Mengapa perlu KPDN menerangkan masalah KPDN disebabkan oleh kesalahan kementerian kewangan tanpa memaklumkan bahawa ianya salah kementerian kewangan?

Akhir kata, Takkan kumaafkan kesalahan PakLah lambat melepaskan tambatan Ringgit

Google+ Hasbullah Pit