test

Jumaat, 26 Oktober 2007

Beras padu Informatif hari ini

Entah mengapa saya tengok "Beras Padu" hari ni cukup informatif.

Selasa, 23 Oktober 2007

Daya Graviti sudah tidak mempunyai vektor?

Angkasawan Negara telahpun 'jatuh' secara balistik menggunakan Kapsul angkasa Soyuz.

Seperti yang ramai orang telah maklum, ketika kemasukan semula, ia dikenakan daya graviti yang melampau sebanyak antara 4 hingga 5 G. sebagai perbandingan, daya graviti di bumi dianggap sebagai 1 G. Jika di bumi, anda mengangkat sekilo beras, ketika kemasukan semula, sekilogram beras itu umpama seberat 4 hingga 5 kilogram.

Kita ambil 3 senario graviti yang berbeza.
1. di bumi
2. di ISS
3. di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula.

Dalam dunia fizik, 'Berat' dan 'Jisim' adalam berbeza. Dimana Jisim 1 kilogram beras adalah 1 kilogram dimana-mana, di bumi, atau pun di ISS atau di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula.

Akan tetapi 'berat' bagi 1 kilogram beras adalah berbeza ketika di ISS, di bumi dan di dalam kapsul Soyuz ketika kemasukan semula.

Berat adalah sesuatu yang dirasai, kita angkat 1 kilogram beras dibumi adalah lebih berat daripada angkat 1 kg beras di ISS. Akan tetapi kalau angkat 1 kg beras ketika kemasukan semula, beras itu akan lebih berat dari 1 kg di bumi. Jisimnya tetap 1 kg.

Berat itu Daya.
F=m*a
Daya = jisim kali pecutan

Berat = jisim kali pecutan graviti.

yang dikatakan 1 G 4-5G itu adalah daya graviti.
G (huruf besar) adalah Daya Graviti
g (huruf kecil) adalah pecutan graviti.

Apabila pecutan graviti (g) bertambah, daya graviti (G) juga bertambah (kerana jisim tak berubah).

Yang pastinya graviti bukan tekanan (pressure), dalam konteks tekanan darah, tekanan tayar, tekanan air. diukur dalam unit psi,bar,Pa,cmHg

Walaubagaimanapun, amat mengecewakan apabila Nizal Mohammed, mengatakan bahawa Sheikh Muzafar mengelami tekanan graviti ketika siaran langsung pendaratan Soyuz.

Walaupun dibantu oleh Astronaut tersohor Robert Gibson, Nizal tetap salah apabila dia mengatakan 'tekanan' graviti. Sheikh Muszaphar bukannya menyelam ke dasar laut yang dalam sehingga mengalami tekanan yang kuat.


Bayangkan seorang pelajar yang ingin mengetahui proses kemasukan semula Soyuz , tertipu dengan 'tekanan' yang dinyatakan oleh Nizal. Bukan salah dia, tapi saya rasa perlu ada seorang Cikgu/Pensyarah Fizik tempatan di sebelahnya.

Daya, seringkali di panggil "tekanan" sudah banyak kali. Ini bukan isu istilah mana yang lebih sesuai, sama 'daya' vs 'tekanan'. Akan tetapi ia adalah 2 perkara yang berbeza.
Tekanan tidak mempunyai vektor.


Orang Kampung mungkin boleh mengganggap tekanan adalah sama dengan daya, akan tetapi apabila acara penting yang menyebabkan ramai pelajar ingin mengetahui tentang proses kemasukan semula Soyuz, akan terkeliru dengan tekanan vs daya.

Sememangnya istilah 'daya' jarang digunakan oleh penduduk Malaysia kerana ia hanya wujud dalam matapelajaran fizik, sudahlah ianya digantikan dengan 'force' ketika di sekolah, maka yang tinggal menggunakan istilah 'daya' adalah orang yang mendalami ilmu fizik secara subversif (seperti pengunjung blog ini).

Suatu ketika dulu, Iklan Sauber PETRONAS juga menggunakan 'tekanan' untuk merujuk kepada 'downforce', daya kebawah (ingat lagi iklan kereta F1 melekap ke permukaan atas terowong). Iklan budak Jerman BMW Sauber telah dibaiki dengan menggunakan 'daya tekanan' walaupun kurang tepat, tetapi sudah guna istilah 'daya'.


p/s: Kiriman blog ini ditujukan buat Cikgu Fizik saya En Vellupilai Ponudurai, yang mengajar fizik kepada saya pada tahun 1991 - 1992. Walaupun setelah 16 tahun, ilmu itu masih segar diingatan. Terima kasih kerana penceritakan tentang 'reentry' walaupun tiada dalam sukatan.

Isnin, 22 Oktober 2007

Ballade pour Azurah

Hujung minggu yang lalu adalah ulang tahun perkahwainan kami (aku dengan wawa), yang ke 4 mengikut Kalender F1. Maka kutujukan laju ini untuk kami berdua.



Setiap tahun, Kami menyambut ulangtahun perkahwinan mengikut Kalendar F1, Iaitu pada setiap perlumbaan GP Interlagos Sao Paulo Brazil.


Sedikit pendapat tentang GP Interlagos semalam.

Robet Kubica dapat potong Alonso, tapi rasanya jurutera perlumbaannya patut tukar dari strategi 3 hentian pit ke pada 2

Hamilton dan Alonso Kempunan

Massa tak berjaya jadi jaguh kampung.

Kimi juga yang jadi Juara Dunia, akhirnya.

Ada banyak pelanggaran.

Barichello bukan setakat tak jadi jaguh kampung, sebarang mata pun dia tak kutip tahun ini.

Ia merupakan perluambaan terakhir bagi Ralf Schumacher

Nakajima main langgar-langgar bermasa kru Hentian Pit nya.

Kru Spyker main peluk-peluk tayar

Sabtu, 20 Oktober 2007

Bukan Planet Biasa - Pluto

Terdapat beberapa temuramah dilakukan kepada orang ramai pada cerita animasi KaptenMut yang bertanyakan akan nama-nama planet yang ada di dalam Sistem Suria.

Ianya bagi saya diibaratkan satu cerita sedih kerana masih ramai lagi yang menganggap 'Pluto' itu sebagai satu satu planet. :(

Namun pengacara tidak pula cuba menyangkal bahawa jawapan yang diberikan oleh orang ramai itu salah. Memang sering "Pluto" diingat sebagai salah satu planet kerana ia yang paling jauh.

Namun para sainstis sering berdebat sejak berpuluh tahun lalu tentang status pluto sebagai planet sejak ia ditemui pada tahun 1930.

Ianya terlalu kecil untuk diiktiraf sebagai planet. Ianya dipanggil Planet Dwarf.
Saya tak pasti apa istilah rasmi BM bagi 'Dwarf Planet'. Buat masa ini panggil sahaja 'Planet Dwarf'. (mungkin 'planet kerdil' sesuai)

Ogos tahun lepas, secara rasminya Pluto terkeluar dari senarai Planet Sistem Suria.
Namun ramai orang Malaysia yang tidak tahu, termasuklah orang yang melibatkan diri untuk menemuramah orang ramai tentang planet pada program yang melibatkan Program Angkasawan. Amat menyedihkan.

Terkeluarnya pluto dari senarai planet juga berpunca dari penemuan UB313, dan kemudiannya dinamakan Eris, dimana ianya lebih besar dari pluto, tapi tidak cukup besar untuk dipanggil planet, akhirnya pluto tidak lagi diiktiraf sebagai planet.




Para peminat Pluto yang tak puas hati dengan status pluto boleh ajak ketua perusuh dan pasukan perusuh untuk berdemonstrasi sebegini:-


Rusuhan pluto

Jadi saya ingatkan lagi, beritahu anak-anak, cikgu sekolah, cikgu sains, Ahli Politik, bahawa
Pluto BUKAN lagi 'Planet',
ia hanya 'Planet dwarf' (planet kerdil)

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri, tetapi untuk generasi akan datang, pewaris kita, Adik-adik yang masih bersekolah, yang belum bersekolah , yang masih merangkak, yang masih dalam kandungan, yang ibubapanya masih belum bernikah.

Walaupun banyak tentangan, tohmahan, saya tetap suka menulis tentang Program Angkasawan.

Julung-julung kali peruntukan untuk pertahanan dapat disalurkan ke arah pendidikan. Kebiasaannya, peruntukan untuk pertahanan hanya untuk pertahanan.

Kebiasaannya, kebanyakkan kempen ditujukan kepada pelajar sekolah, biasanya berjaya hanya diperingkat sekolah tetapi ia tak berjaya apabila di dunia sebenar. Mengapa?

Pelajar boleh diterapkan semangat cintakan ilmu ketika bersekolah, tetapi setelah tamat sekolah ianya hilang entah kemana.

Apabila pelajar cuba diterapkan supaya meminati sains, mereka tidak semestinya akan meminati sains apabila keluar dari sekolah, ataupun dirumah. Dirumah, ibubapa sering menyuruh anak mereka "Baca buku, siapkan kerja rumah, peperiksaan sudah dekat". Satu saranan yang memang membosankan bagi pelajar. Ditambah pula, mereka tidak diracuni supaya mempunyai satu sasaran yang jauh. Disitu silapnya sistem pendidikan kita.

Tidak, saya tidak menyarankan supaya menukar sukatan apabila mereka rasa tidak sesuai. Akan tetapi budaya orang kita yang cepat melatah, menyebabkan mereka berfikir singkat dan cepat-cepat menyuruh "Sistem pendidikan patut ditukar".

Ya ia memang patut ditukar, tapi bukannya perlu ditukar setiap kali Menteri ditukar.

Para Menteri pendidikan sering lupa, faktor ibubapa dalam membentuk pelajar.
menimbulkan minat pelajar
menetapkan sasaran bagi pelajar
membentuk akhlak pelajar
meningkatkan sifat ingintahu pelajar
banyak lagi....

Tapi para menteri lupa dan sering salahkan sukatan.

sebelum dan selepas ke ISS.Kembali kepada Penerapan minat terhadap sains dengan Program Angkasawan Negara. Tak mustahil kalau ramai pelajar akan jadi minat sains apabila Sheikh Muszaphar buat 'roadshow' ke sekolah-sekolah. Mungkin ia akan menjadi sudah terlambat kalau SPM sudah dekat, baru nak minat sains.

Kita perlu menunggu 20 tahun lagi supaya pelajar itu berkahwin, dapat anak dan anak dia yang akan minat sains. Memang terlambat.

Akan tetapi, jika Ibubapa zaman sekarang bertindak awal, maka, anaknya yang akan bersekolah dan sudah bersekolah boleh diterapkan minat terhadap sains oleh ibubapanya.

Jadi, Apa ibubapa zaman sekarang boleh buat untuk memupuk minat terhadap sains oleh anak-anaknya? Media di Malaysia tak memainkan 'Berita Teknologi'. Berapa ramai ibubapa yang baca Slashdot? Berapa ramai ibubapa yang suka ambiltahu berita sains dan teknologi supaya anak mereka boleh ada sifat ingintahu yang tinggi?

Berapa ramai ibubapa yang suruh anaknya "Jangan usik, nanti rosak" kepada anaknya?

Walaupun dengan adanya Program Angkasawan, berapa ramai yang ibubapa yang ambil tahu.
Ada yang tidak tau apa itu ISS, ada yang tidak tahu di ISS memang ada orang, ada yang tak tau siapa buat ISS, ada yang menjangkakan Angkasawan kita naik "Space Shuttle" dan bukannya "Soyuz". Ramai yang tidak ambil tahu apa latihan yang Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz alami.
Banyak lagi perkara yang ibubapa boleh tahu untuk diterangkan kepada anak, tapi ibubapa tak mahu tahu.

Akan tetapi, tanpa sebarang usaha, Ibubapa boleh tahu "Anakku, Orang kita boleh jadi Angkasawan", pandai-pandailah anak itu memupuk minatnya terhadap sains.

Ibubapa jenis 'orang kampung' pun pasti boleh tahu 'orang kita pun boleh jadi angkasawan'.


Sebenarnya saya terharu melihat adik-adik kita yang berpeluang untuk berkomunikasi dengan angkasawan, ia mungkin akan menjadi pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang hayat.

Akan tetapi, saya cukup tak suka akan sesi komunikasi Angkasawan dengan Para Menteri. Banyak soalan yang tak berkaitan dengan sains diutarakan.

Adakalanya saya kagum dengan Sheikh Muszaphar, dia terpaksa menjawap soalan yang sama berulang kali, asyik-asyik soalan graviti, soalan "makan apa", Soalan "apa perasaan". Umpama Abah yang menjawap soalan burung apa? Burung murai... burung apa? Burung murai.

Kalau pelajar sekolah yang tanya soalan sama berulang kali, Sheikh Muszaphar boleh jawap berulang kali atas rasa sayangnya terhadap ribuan adik-adiknya .

Tapi kalau dah tua bangka pun nak tanya soalan sebegitu, rasanya nak dibalingnya mikrofon yang melingkar terapung di ISS tu.

Saya sendiri banyak belajar bila tengok saluran 588 di Astro, Antara yang saya cukup kagum tadi ialah apabila dia membuat Graviti Tiruan (artificial gravity), mudah sahaja, putarkan sahaja, maka jadilah graviti tiruan ke arah paksi putaran. Umur 32 tahun, baru tahu. bodohnya aku.

Jumaat, 19 Oktober 2007

Happy Birthday Wawa


Kalau ya pun nak sambut hari jadi. Takkan makan nasi pun berlaukkan kek. Selamat Hari jadi juga untuk Ashamril

Rabu, 17 Oktober 2007

Beras Padu

Setelah sekian lama memikir cara untuk memberi pautan percuma kepada pengunjung blog ini, tanpa membuat pautan statik, akhirnya saya ketemu satu cara.


Sebelum ini saya pernah cuba menggunakan minekey, springWidgets untuk memapar kandungan terbaru dari blog-blog pengunjung blog ini namun tak memuaskan hati.

Baru-baru ini saya terjumpa kaedah yang menarik iaitu menggunakan Technorati Favourite, dengan menjadikan laman blog pengunjung blog ini sebagai 'Favourite'

Daripada Technorati Favourite , maka terhasillah RSS untuk disuapkan. Terhasillah OPMLnya. Saya amat baru dengan dunia web 2.0, maka Saya masih belum ada cara khas untuk menternak OPML sendiri.

Dengan menyalahguna kemudahan blogger, maka terhasillah 1 blog khas yang memberi pautan dinamik kepada pengunjung blog ini.

http://beraspadu.blogspot.com

http://taman-pitis.blogsite.org


Sekiranya laman blog anda tidak tersenarai sebagai 'favourite' saya, sila maklumkan dengan mengkomen kiriman blog ini. Andanya saya sering melawati blog anda, tetapi juga tidak tersenarai, juga maklumkan kepada saya.

Google+ Hasbullah Pit