test

Rabu, 29 Ogos 2007

Kepala baru yang berDVI

Selepas kerja, (bila masa saya ada istilah lepas kerja?) saya ke Mahkota lagi sekali, dengan misi untuk membeli 'kepala'.
Masalah kekurangan kepala sering timbul kerana terlalu banyak sumber input, tetapi terlalu sedikit 'kepala'.

Pemain DVD/ Astro berkepalakan TV,
Mac mini pada asalnya berkepalakan TV juga.
Sony Ericsson MMV 200 juga dirancang untuk berkepala.
Kesemua sumber input yang berkepalakan TV itu berjantungkan Yamaha RXV 530.

(Jantung)

Oleh kerana jantung yang sama. Nak dengar radio atau CD Audio pun susah kerana Astro dah guna jantung dan kepala itu. Nak berA2DP pun kena guna jantung yang sama.
Soal jantung, mungkin boleh difikirkan kemudian kerana saya ada jantung lama yang tak digunakan.

Bayangkan 'Media Center' Mac mini pun nak guna jantung dan kepala yang sama...

Berbalik kepada cerita kepala, saya memang memerlukan kepala, kerana bilangan populasi pengguna komputer meningkat setiap 2 1/2 tahun. Walaupun ada 3 komputer dirumah, tapi hanya ada 2 kepala. satu kepala dah melekat pada komputer_riba. Satu kepala nak di kongsi oleh athlon/Linux dan Mac mini intel OSX? kalau saya duduk seorang diri , mungkin dengan penukar KVM dan cukup. Tapi populasi pengguna komputer adalah 3 orang berbanding kepala hanya 2.

Maka saya pun pergi ke Dataran Pahlawan dengan alasan untuk membeli 'kepala', Siti Hawa (yang tak happy itu) pada awalnya tak faham apa itu kepala.

Sebelum itu, saya dan Umar, pergi mencari kasut yang patut diganti, dan ketemu selipar 'Ratatouile'. Tak sangka pula 'Anakku' mendapat lesen membuat barangan ratatouile.



Ketika, kepala itu disiapkan untuk diuji, Hamzah dan Umar menjadi model HP



Saya tak berpuas hati kenapa cable kuasa dan kabel DVInya berwarna hitam.
Saya rasa tertipu dengan keputihan rupa paras kepala itu.


Tidakkah saya tadi menyebut DVI? Ya DVI,
Kepala LCD 19' ini boleh digunakan dengan DVI tanpa memerlukan penukar.
Model 17 ' tidak mempunya DVI.

Sebelum ini saya menggunakan penukar DVI ke VGA untuk digunakan pada monitor CRT 17' lama. DVI bermaksud... err err (belum google lagi) . Walaubagaimanapun isyaratnya dgital, berbanding VGA, walaupun komputer yang yang digital itu menghantar isyarat ke monitor VGA, isyarat RGB nya adalah analog.

(Ramai yang beranggapan monitor Digital itu adalah monitor yang mempunyai pengawal kecerahan/kontras dan lain-lain dalam bentuk digital , ia adalah mitos)
Apabila sudah mendapat kepala DVI, baru saya perasan akan komputer Athlon/Linux saya pun mempunyai antaramuka DVI.
heh

Saya dan Umar bersama-sama menyengetkan kepala apabila paparan ditetapkan sebagai dikilas 90 darjah.


Hasilnya, saya tetap tak dapat menggunakan komputer, kerana masalah cakera keras pada Athlon/Linux belum diselesaikan, dan monitor lama merajuk.

Lihatlah kanak-kanak zaman sekarang, masih hisap botol tapi dah guna komputer.


Adakalanya saya terpaksa menerangkan pada dia tentang bagaimana komputer berfungsi.
Apa yang saya perhatikan, kesan 'Genie' pada OSX membuatkan dia cepat memahami UI OSX.

Isnin, 27 Ogos 2007

SE MBR 100 kini ada di Melaka

Semalam, saya ke Mahkota Parade untuk menonton Ratatouile.
Sementara menunggu cerita bermula, saya dan Umar cuba untuk 'mencuci' gambar.
Saya ada beberapa gambar untuk diberi kepada orang secara fizikal.

Akan tetapi 2 daripada 3 kedai gambar di Mahkota Parade itu mesin yang boleh bluetooth gambarnya tak boleh guna bluetooh. Saya tak faham kenapa boleh terjadi sebegini.
Boleh guna kad SD sahaja. kenapa tak beli sahaja dogel bluetooh yang tak berapa mahal tu.

Maka, boleh kita lihat bahawa kesedaran masyarakat tentang bluetooth amat lemah.

Setelah selesai tengok Ratatouile, saya ke kedai Sony Ericsson berdekatan dengan 'Inverno'.


Terkejut saya bila mendapati MBR100 dijual disitu, sebelum ini saya perlu mencarinya di beberapa bandar lain, hanya ketemu di satu kedai di JB.



Sayu hati saya kerana mereka bersungguh-sungguh mendapatkan barang yang saya mahu, tapi saya sudah membelinya di JB. Akan tetapi oleh kerana saya memerlukan 'case' Sony Ericsson yang asli, saya membelinya di situ.

Entah mengapa bila saya setia dengan Sony Ericsson, saya rasa macam jadi pembelot bila guna case cetak rompak / klon. Nampak tali pinggang tu nak kena tukar.

Kenapa Sony Ericsson tak keluarkan talipinggang sendiri?

Akhir sekali, Saudara saudari (Pemblog yang membaca blog ini) untuk menyertai Pakatan BlueQuil

Ahad, 26 Ogos 2007

Nasi kambing


Malam ni aku makan nasi kambing.

Tak ada daging kambing. Ada salad sahaja

Sajak Sumber tenaga Alternatif / BioDisel

Minyak dari dalam tanah
Minyak dari atas pokok
Minyak dari dalam air
Minyak dari kuali roti canai


Dalam tanah ada minyak
Atas pokok ada minyak
Dalam air pun boleh ada minyak
dari kuali roti canai pun ada minyak.

Dari dalam tanah dapat tenaga
Dari atas pokok dapat tenaga
Dari dalam air dapat tenaga
Dari kuali roti canai

Bila minyak dari dalam tanah naik harga
Harga roti canai naik
subsidi minyak naik
subsidi minyak di bawak lari ke negara jiran.

Tapi
tak boleh senang senang
proses minyak dari atas pokok
proses minyak dari dalam air
proses minyak dari kuali roti canai.

100 tahun lagi
Anak cucu kita maki hamun
Kenapa atuk nenek mentekedarah minyak dari dalam tanah?

kenapa atuk
kenapa nenek
kenapa tak ambil minyak dari atas pokok
dalam air
kuali roti canai?

Kenapa Atuk?
Kenapa nenek?
mentekedarah minyak dari dalam tanah semasa harga USD 70?
Kalau atuk nenek simpan minyak dalam tanah
Boleh jual masa harga USD 200.

Atuk Nenek gunalah dulu
Minyak dari atas pokok
dalam air
Kuali roti canai
tali barut Decepticon?

Mereka itu macam Decepticon.
Rebut Energon
Rebut Energon.

Jumaat, 24 Ogos 2007

Emas di dalam bas


Kenapa aku mesti tiru redmummy tangkap gambar emas di dalam bas? Tapi yang ni lagi besar, ada tulìs nama .

Kasut bluetooth didalam bas


Kepada sesiapa yang merinduiku. Boleh ubati kerinduan dengan tengok kasut daku

Khamis, 23 Ogos 2007

SE Z750 - Telefon khusus untuk blogger perempuan?


Mungkin ini telefon yang paling sesuai untuk blogger perempuan bertudung , blogger perempuan nerd, blogger perempuan merah , blogger perempuan biru, blogger perempuan pink , blogger perempuan coklat, blogger perempuan paling yang paling aku sayang?

Disebabkan sifat mereka yang (mungkin) suka paparkan gambar ke dalam blog, maka ciri "Picture Blogging" yang ada padanya membolehkan gambar dimuat naik ketika sedang menyusukan anak. "Picture blogging" direka khusus untuk blogger (blogspot), jadi jika sudah memang ada blahblah.blogspot.com maka, ia amat sesuai.

Selain itu, rupa paras telefon SE Z750 agak cantik, dan sesuai untuk wanita.

Ia mempunyai pelungsur web NetFront, yang boleh tahan, tapi kalau nak lagi canggih, boleh muaturun dan pasang opera pada telefon itu.

Walaupun hakikatnya kebanyakkan perempuan tak gemarkan pembaca RSS, namun pembaca RSS boleh digunakan untuk membaca komen pengunjung blog anda. Caranya agak rumit sedikit, kerana RSS default bagi blogspot adalah pada Kiriman blog dan bukannya komen.

Selain itu, pembaca emel yang menyokong pop3 dan imap, boleh digunakan oleh pemblog wanita yang kena luluskan komen pada blognya. kalau biasa guna emel berasaskan web, boleh dapatkan emel pop di kedai [mini] Mesra berdekatan. (beli epay, starter tmnet)


Selain dari itu, telefon itu juga boleh mengeratkan hubungan suami isteri dengan hanya si Isteri menghidupkan bluetooth pada telefonnya dirumah. Apa yang si suami perlu buat adalah .... (nanti saya bagitau secara peribadi) hehehe

Telefon ini, adalah telefon pertama didunia yang menggunakan platform java JP8. Jangan takut untuk hidupkan bluetooth sepanjang masa. Kalau cecacingsymbian.sis itu masuk pun tak mengapa.

Namun, telefon ini tidak menyokong infrared.

seperti SE k800i , SE Z750 ini boleh digunakan
untuk kerja harian di rumah seperti:-

menggosok pakaian.

Basuh botol susu

Tidurkan anak

Ia juga boleh digunakan untuk menjamah hidangan makanan..

dijadikan makanan...

..dan minuman.

Selain daripada ia boleh mencukur rambut anak..



..ianya juga boleh mencukur misai suami.

Di bilik air, ia boleh digunakan untuk mengosok gigi...


...dan dijadikan sebagai sabun.

Hampir saya lupa, ianya juga boleh dijadikan telefon

..dan mikrofon


Itulah kelebihan Sony Ericsson k800i yang boleh dirasai oleh pengguna Sony Ericsson Z750.

Tips untuk para suami:
Alasan untuk tidak membelikan isteri anda telefon baru ialah "Z750 belum keluar lagi"

Google+ Hasbullah Pit