test

Jumaat, 30 Mei 2008

Siapa Yang Kelirukan "Islam Hadhari"?

Setelah beberapa hari "Islam Hadhari" itu telah diharamkan di Selangor, maka timbul pula tentangan dari beberapa penjuru, kononnya akan berlaku kekeliruan.


Mari kita kaji siapa punca kekeliruan itu.

1. Setelah saya nyatakan sebelum ini, Istilah Islam Hadhari itu sendiri sudah menyelirukan. Istilah itu yang menjadi punca segalanya, bukan "10 prinsipnya".

10 prinsip itu hanya seolah-olah sekadar slogan yang lebih kurang 9 cabaran Wawasan 2020.

2. Yang menambahkan kekeliruan ialah hujah mengapa ianya diharamkan ialah kerana dia menisbahkan "Hadhari" kepada Islam. Dimana, kebanyakan hujah menentang Islam Hadhari adalah berdasarkan itu. Maka dengan itu mudahlah penyokong Islam Hadhari untuk mengatakan "Tidak faham Islam Hadhari".

3. Terdapat juga kekeliruan tambahan yang dicipta oleh penyokong PAS, yang kononnya Islam Hadhari itu Islam yang menghalalkan Gejala Maksiat dengan memaparkan gambar PakLah pegang bahu Michel Yeoh dan gambar muda-mudi yang hanyut umpama yaman Jahiliah.

4. Terdapat Kekeliruan lagi apabila Islam Hadhari digambarkan sebagai Islam Ekstrim yang tidak membenarkan penggunaan "Allah" dalam buku Kristian.
"Islam Hadhari" juga pernah digambarkan sebagai ekstrim apabila buku kristian dirampas.
Islam Hadhari juga digambarkan sebagai ekstrim dalam kes runtuh kuil, dan "Body Snatching"

Jika Datuk Harussani berkata "Islam Hadhari" bertujuan untuk mengangkat 65 perkara, maka angkatlah, tapi tak perlu guna istilah "Islam Hadhari"


Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan bahawa ianya perlu diperjelaskan.

Saya mengkritik istilah tersebut kerana ia telah dipolitikkan. Sedangkan dari segi pelaksanaan konsep tersebut kurang dilakukan.”

Beliau berkata, jika ditanya kepada masyarakat di luar bandar, mereka sememangnya kurang arif dengan konsep yang cuba diketengahkan itu.

“Saya rasa kerajaan perlu menumpukan perhatian ke atas pelaksanaan program-program berkaitan Islam Hadhari bagi memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat di negara ini.”

“Jangan hanya mengwar-warkannya sahaja. Jenama tidak penting, yang penting isi kandungan dalamnya perlu dilaksanakan,”

Sekiranya kandungan 10 prinsip itu yang perlu dikembangkan, kenapa pula menghabiskan masa menerangkan istilah yang mengelirukan, sehingga membuang masa dan tenaga begitu banyak hanya untuk menerangkan bahawa nama "Islam Hadhari" itu bukan agama baru, atau versi Islam yang lain?

Tukar sahajalah kenapa nama lain.

Mari kita lihat contoh "kekeliruan" yang lain.

Outside a mosque in Kota Bahru last Monday.

Me: Islam Hadhari ini macam mana (How is this Islam Hadhari)?

Makcik in her 70s: (shakes head) Di akhir tak kan jumpa (We won’t meet in the end).

Me: Apa ini Islam Hadhari (What’s this Islam Hadhari)?

Makcik: Islam yang baru. Bukan yang asal (A new Islam. Not the original).

Me: Siapa cipta Islam baru ini (Who invented this new Islam)?

Makcik and friends: Pak Lah….


Terdapat lagi satu jawapan tentang apa itu Islam Hadhari,

My malay friend says it is Pak Lah’s version of SureHeboh !


Baca sini kalau nak tengok lagi kekeliruan "Islam Hadhari".






Khamis, 29 Mei 2008

Ezam Masuk UMNO: Politik belum Matang

Memang Ezam sudah masuk UMNO, dia sudah lama keluar PKR.

Selama dia keluar PKR, tiada pula dia menghentam PKR atau Pakatan Rakyat secara terbuka.

Setelah dia masuk UMNO, tidak kedengaran lagi dia menghentam Pakatan Rakyat.

Kenapa penyokong Pakatan Rakyat hentam dia cukup-cukup?
"Masuk Tong Taik" lah, "Pengkianat" lah, "Jilat Ludah" lah

Tunggulah sehingga dia hentam kita dulu baru kita hentam balik.

Sekiranya Tuntutan Bertindih Tapak Pasar Kampung Baru di ICJkan

Sekiranya Tuntutan Bertindih Tapak Pasar Kampung Baru di antara DBKL dan PNKS dibicarakan di ICJ dan saya menjadi Hakimnya.

Setelah mendengar hujah pihak PKNS, yang mengatakan bahawa pemilik Tapak itu masih PKNS, walaupun telah dibeli oleh DBKL.

"Setelah menjalani pemeriksaan di Pejabat Tanah, saya mendapati tapak pasar tersebut masih berada di bawah hak milik PKNS meskipun ia telah dijual kepada DBKL.

Disebabkan DBKL tidak menunjukkan ia mempunyai kedaulatan keatas tapak itu dengan tidak meminta sewa, maka pemilikan tapak itu adalah milik PKNS untuk dimajukan demi kepentingan peniaga.

*Dung*
*Dung*
(ketuk)

Rabu, 28 Mei 2008

Negeri Bangsamoro Tak Mustahil untuk Menyertai Malaysia selepas ia Merdeka

Pening nak kaji sejarah kalau kesultanan yang ada di Asia tenggara ini diperkotak katikkan oleh penjajah, malah dibelah-belah oleh penjajah.

Penjajah terlalu berkuasa berbanding kesultanan.
Empayar Johor Riau dibelah-belah oleh Inggeris dan Belanda.

Di Sabah yang asalnya milik Kesultanan Sulu, boleh disewa oleh British daripada Amerika yang menjajah filifina sehingga melibatkan kawasan Kesultanan Sulu.

Kini MNLF menuntut Sabah atas sebab sejarah. Yang peliknya, Kemerdekaan Sulu belum lagi dicapai. Saya rasa inilah satu peluang baik bagi Umat Islam Malaysia.

Nur Misuari dalam Amanat Penubuhan Republik BangsaMoro telah membuat kenyataan supaya ingin mendapatkan Sabah kembali berdasarkan sebab sejarah.

Kalau nak kira ICJ yang mementingkan kedaulatan berbanding faktor sejarah, pasti Mindanao tidak akan berjaya mendapat Sabah.

Sudah tentu Bangsamoro tidak menuntut Sabah sekian lama, kerana Kerajaan BangsaMoro pun belum merdeka dan masih dalam jajahan Filifina.


Saya melihat ini sebagai satu peluang untuk menjemput mindanao untuk menyertai Malaysia.

Kalaulah Persekutuan Malaysia berlaku adil kepada Sabah Sarawak, membangunkan seperti Semenanjung juga.

Kalaulah Sabah Sarawak mendapat Royalti minyak yang lebih banyak.

Tak mustahil bagi Negeri Bangsamoro itu menyertai Malaysia. sebagai salah satu negeri di Malaysia.

Ketika ini pun banyak warganya telah datang ke Sabah, menunjukkan sikap "cinta"kan Malaysia.

Malangnya, Pemerintah Malaysia tidak begitu menarik bagi Negara yang mahu merdeka itu supaya menyertai Malaysia.

Mungkin bukan sekarang.

Mungkin Pemuda Pakatan Rakyat sekarang boleh memikirkannya supaya boleh menjemput bangsamoro bersama Malaysia 10 tahun dari sekarang. Dan apa tawaran Persekutuan Malaysia boleh berikan kepada negeri itu.

Mungkin Royalti minyak yang lebih tinggi daripada Shell berikan kepada Brunei.

Malaysia akan dijadikan tempat dimana anak-cucu Kesultanan Melaka dan Kesultanan Sulu duduk semeja.

Haramkan Penggunaan Istilah "Islam Hadhari" Bagi Pendekatan itu

Mungkin ada yang tak bersetuju kenapa Mufti Perak tidak mahu mengharamkan "Islam Hadhari".

"Islam Hadhari" bagi Pendokongnya ialah hanya satu "Pendekatan".
10 prinsip Pendekatan itu, bagi saya elok, akan tetapi ianya tidak lengkap untuk menggunakan nama Islam Hadhari. Seolah-olahnya itu sahaja yang diperjuangkan oleh Islam.

Maka saya akan sokong kalau Istilah Islam Hadhari itu sahaja diharamkan. Gunalah nama lain sebagai contoh "Pendekatan Hadhari" .

Saya tidak faham kenapa, JAKIM mengatakan ianya bukan agama baru tetapi tetap terus menggunakan nama seolah-olah agama baru.


Jakim pula cuba menegakkan benang yang basah supaya terus menggunakan nama "Islam Hadhari". Mereka juga tidak mahu menggunakan nama Hadharah Islamiyah kerana kononnya ia menggambarkan Tamadun Islam Abbasiah dan bukannya sekarang.

Mengikut hukum DM bahasa Melayu, Apabila pendekatan itu menggunakan Islam Hadhari, maka ianya seolah-olah agama baru, kerana ia akan merujuk kepada Islam, bukan "Tamandunnya" atau "pendekatan".

Maka adalah salah menggunakan Istilah "Islam Hadhari" kalau ianya hanya menceritakan tentang hanya pendekatan.

Catatan blog saya yang lama tentang "Islam Hadhari":

"Islam Hadhari"

Ketika Isl*m Hadhari mula diperkenalkan sebelum pilihanraya 2004, ramai orang yang mengatakan ianya seolah-olah agama baru. Maka pihak BN cuba mengadakan "Penjelasan" supaya rakyat faham apa itu Isl*m Hadhari, Saya masih ingat lagi suatu ketika, ramai ahli politik UM/BN yang mengatakan "Masih ramai lagi yang tidak memahami Islam Hadhari", seolah-olah hukum untuk memahami Isl*m Hadhari adalah wajib.

Maka mereka kata "Islam Hadhari" bukan agama baru walaupun mengikut hukum DM, ianya seolah-olah agama baru.

Mereka kata ianya "pendekatan" dan bukan agama baru, maka kita iyakan dahulu sementara waktu.

Mereka masih lagi mahu memberi "Penjelasan", maka dikeluarkan 10 prinsip itu beserta huraiannya.

Siapa yang tak hafal 10 prinsip itu, maka dia dikira "Tidak memahami Islam Hadhari".

Maka, untuk memahami juga , maka hafal sahaja 10 prinsip itu, hafal sebiji sebiji ayatnya.

Memang 10 prinsip itu kelihatan seperti senarai 10 "perkara baik".

Maka timbul 1 lagi persoalan, adalah 10 prinsip itu cukup lengkap untuk dilabel sebagai sesuatu yang merujuk kepada Islam?

mengapa mesti ada "Kekuatan Pertahanan" sedangkan tidak diceritakan langsung tentang keselamatan kanak-kanak? Adakah dengan pertahanan kuat rakyat selamat? mengapa tidak "keselamatan terjamin" mengganti "Kekuatan Pertahanan"?

Oh, Jangan dipersoalkan 10 prinsip itu, sekiranya dipersoalkan, anda akan ditakrifkan sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari"

Jangan dipersoalkan Nama "Islam Hadhari" sepatutnya "Hadharah Islamiyah" kerana ia akan menjadikan anda sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari".

Dipendekkan cerita, untuk dijadikan sebagai seseorangitu memahami Islam Hadhari, mereka mahukan kita memahami ikut setakat mana yang mereka mahu kita faham, tak boleh lebih, tak boleh kurang. Itulah ruang lingkup pemikiran yang disediakan.

Adakah anda ingin "Memahami Islam Hadhari"?

Jadi, kalau ia hanya pendekatan, katakanlah ianya hanya pendekatan, bukan dengan menokoktambah perkataan "Islam".

Selasa, 27 Mei 2008

Konspirasi Menjatuhkan Chegu Bard atau Kesilapan teknikal?

Saya telah mambaca satu catatan blog Chegu Bard melalui googlereader, akan tetapi catatan itu tidak wujud di blognya. (ketika catatan ini ditulis).

Ia agak memushkilkan saya, adakah wujud konspirasi untuk mejatuhkan chegu Bard? ATAU dia tidak sengaja untuk "unpublish" catatannya itu?

berikut adalah catatan CheguBard yang misteri itu.

sejak semalam beribu sms, email dan panggilan telefon yang diterima....tiba - tiba gempar isu nak ikut Ezam masuk Umno....

Telefon di rumah ibu saya turut dihujani panggilan ..... telefon bimbit isteri saya juga..... reaksi bercampur ada yang sedih merayu untuk turut bersama... ada yang gembira dengan khabar angin tersebut... ada yang secara 'keras' memohon penjelasan... dan ada juga yang maki hamun tak tentu arah.... isteri saya dan ibu saya turut di maki oleh mereka yang kononya pejuang dan pemimpin Parti Keadilan.

antara sms yang saya terima seperti di bawah :

Chegu bard tlg hentikn lakonan! Kami tahu kau dalang blog antikhairy. Kau biasa buat kerja menyamar hantar email tipu konon2 bantai kutuk diri sendiri, lepas itu kau sendiri jawab. Jgn brlakonlh sial!! kami tahu itu kerja bodoh kau! Apa tujuan kau adakan cerita ezam nk ajak kau masuk umno? ada ati nampak kau setaraf ezam? Pantat mak kau lah bard! (sms dari 0166208767)

saya hubungi no itu semula dia kata dia Zaidi, Kelang. Saya cuma bercakap saudara bebas bercakap tapi jangan libatkan makian terhadap keluarga saya.... tapi beliau dengan kasar menuduh " kau sapa...kau tak tubuh gerak pun... kau sama sial macam Ruslan .... " tapi bila diajak berjumpa untuk penjelasan beliau beri alasan...

Ingin saya jelaskan........
  1. kenapa kita perlu terpengaruh dengan laman atau blog nyamuk yang penulisnya berselindung dan jelas pro parti lawan..???
  2. merujuk kepada berita Malaysiakini ingin diperjelaskan
    • saya mengambil pendirian tidak komen bukan semestinya saya mengikuti Ezam
    • saya tidak komen kerana saya tidak mahu buang masa dan terperangkap dengan isu yang remeh ...banyak isu dan kerja lebih besar yang perlu diselesaikan
    • 'perjumpaan sulit' ....pertemuan saya dengan Ezam bukan pertemuan sulit memang benar saya jumpa dengan beliau.... kami berbincang banyak perkara termasuk menngenai GERAK yang saya bantu beliau tubuhkan, kerana bukan sedikit masa, tenaga dan wang dikorbankan untuk membina GERAK sehingga dikenali di tahap sekarang ini dan jika benar Ezam mahu menyertai mana - mana parti politik GERAK perlu diserahkan kepada kumpulan bebas.
  3. saya terharu dengan panggilan telefon dari teman - teman pemimpin pertengahan dan rakan pejuang di bawah .... saya paham kegusaran semua.... jesteru itu saya mohon semua bekerja keras untuk kepentingan rakyat terbanyak.... jangan kita termasuk dalam golongan yang pandai beri komen...cakap banyak dan kasar... atau hanya ampu dan muncul bila melihat peluang terhidang........tetapi bila dinilai tidak banyak pun membantu dan berada di tempat selesa bila masa memerlukan pengorbananya...
  4. memahami tidak akan pokok bergoyang tanpa ditiup angin.......... saya faham kemungkinan timbulnya kekeliruan ini kerana semua terjadi serentak... Ezam membuat keputusan masuk Umno-saya masih ada hubungan baik dengan Ezam dan juga pada masa yang sama saya ada melontarkan sedikit 'teguran' mengenai pengurusan dan kepimpinan.
  5. mengegur tidak semesti membenci dan mahu berpisah.... saya melakukan demi menjaga kemenangan dan memahami penderitaan dan rasa hati teman yang sama berjuang....
Ini bukan kali pertama saya membuat 'teguran'.........tetapi hampir setiap kalilah saya dikaitkan dengan pengkhianatan....... dari semasa sebelum Pemilihan Kemaman saya di maki secara terbuka oleh kepimpinan NS kerana kononya saya mengkhianati perjuangan ...hari ini mereka yang maki sudah hampir semuanya tidak ada dalam perjuangan ini dan saya masih di sini.... begitulah semasa berlaku seolah krisis kepimpinan dalam pemuda saya berada di pihak yang tidak porpular saya di maki hamun secara terbuka namun sekarang ini saya masih di sini...dan kebanyakan mereka sudah tidak bersama.......

Ingat......... Perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata. Kita bercakap soal keadilan dan demokrasi.... maka dengarlah suara di bawah... ketika merenung langit dan jangan hanya bercakap pada burung tetapi turut ingat rumput yang di pijak........

Saya amat tidak suka menulis semua ini secara terbuka disini tetapi.......

Pautan tetap bagi URL itu ialah
http://chegubard.blogspot.com/2008/05/kita-terusik-kerana-kabar-angin.html

Beri Peluang Rakyat Singapura Membeli Minyak Tanpa Subsidi

Saya serba salah dengan langkah Shahrir Samad yang tidak membenarkan Kenderaan Singapura untuk membeli Minyak di Stesyen Minyak yang berdekatan dengan sempadan.

Ya memang langkah itu boleh mengelakkan kebocoran subsidi. Akan tetapi pada pendapat saya inya terlalu radikal. Cadangan menyekat kebocoran subsidi disokong oleh pemimpin muda PAS johor, akan tetapi mempersoalkan tentang rakyat Malaysia yang berkenderaan Singapura.

Saya berpendapat langkah untuk memberi peluang kepada mereka membeli minyak tanpa subsidi adalah lebih baik.

Jadi kita boleh bahagikan mengikut kategori:-
  • Rakyat Malaysia yang berkenderaan Singapura.
  • Rakyat Singapura berkenderaan Singapura
  • Rakyat Singapura yang berkahwin dengan Rakyat Malaysia tapi berkenderaan Singapura.
Adalah agak sukar juga kalau rakyat Malaysia berkenderaan Singapura tidak boleh beli Minyak di Malaysia.

Oleh itu, cadangan saya ialah mengadakan langkah awal ke arah sistem minyak 2 gred RON 99 dan RON 95, tetapi hanya melibatkan ron97 yang sedia ada.

Stesyen Minyak di Johor yang mempunyai Tangki Khas untuk RON92 dan Vpower(shell) boleh dijadikan tempat untuk penjualan minyak tanpa subsidi ron97, sementara RON99 belum dibangunkan, untuk penjualan minyak tanpa subsidi.

Kebanyakkan Stesyen yang mempunyai tangki RON92 yang tidak begitu digunakan, boleh diletakkan minyak RON97, dan kemudiannya ianya dibeli dijual pada harga tanpa subsidi sebagai produk lain.

Sebagai contoh, di PETRONAS, tangki RON92, diletakkan Primax 3, dijual sebagai Primax 3.5 pada harga tanpa SUBSIDI.

Di Shell V-Power dijual pada harga Tanpa Subsidi.

Di Esso Mobil, Sinergy F-1 diletak pada pada tangki Regular 92, dijual sebagai Sinergy F-1.5 pada harga tanpa Subsidi.

Untuk Caltex saya tak berapa tahu produknya.

Jadi, secara automatik, minyak tanpa Subsidi boleh dijual kepada Rakyat Singapura.

Rakyat Singapura bukan mahukan subsidi sangat, mereka mampu bayar. Kita yang tidak memberi mereka peluang untuk beli minyak pada harga tanpa subsidi.

Dari Masa ke masa, Syarikat Minyak Malaysia boleh tingkatkan RON pada minyak tanpa subsidi itu kepada RON 98 atau RON 99.

Maka, kita boleh membuat larangan kepada rakyat asing untuk membeli minyak bersubsidi kerana mereka sudah diberi pilihan untuk membeli minyak tanpa subsidi.

Google+ Hasbullah Pit