Rujuk juga catatan di blog Nur Aflah
"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.
"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.
Untuk Makluman Perbelanjaan Mengurus Belanjawan 2009 yang dibentang BN ialah 154 bilion.
Yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat ialah 130 bilion.
Pakatan Rakyat cuba menjimatkan 24 bilion wang rakyat.
Tahun sebelum itu, (Belanjawan 2008) Perbelanjaan Mengurus adalah 128 bilion.
Manakala bagi Belanjawan 2007 ialah 112 bilion.
2007 ke 2008 : 112b -> 128b meningkat meningkat 14 %
2008 ke 2009 : 128b -> 154b juga meningkat 14%
peningkatan perbelanjaan mengurus 2 tahun berturut turut 14% adalah tidak sepadan dengan KDNK yang tidak sampai 7%.
Hari ini Belanjawan 2010 dibentang dengan hanya perbelanjaan mengurus 138 bilion.
Merosot 11% daripada belanjawan 2009.
Adakah pemimpin Pakatan Rakyat akan memperlekehkan jumlah perbelanjaan mengurus yang merosot?
Jawapannya tidak.
Sekiranya perbelanjaan mengurus meningkat sebanyak 7% (menghampiri KNDK) selama 3 tahun berturut-turut,
maka nilai yang sepatutnya ialah 137 bilion.
112 + 7% = 119.8
119.4 + 7% = 128
128 + 7% = 137
Yang menampakkah kejanggalannya ialah, apabila negara boleh diurus dengan 138b, kenapa pula tahun terdahulu perlu sehingga 154b?
Walaubagaimanapun, kita harus berasa lega kerana Belanjawan 2010 tidak meningkat 14% seperti yang berlaku pada 2 belanjawan sebelum ini.
Kalau tidak, perbelanjaan mengurus meningkat kepada 175 bilion.
Kenapakah dalam belanjawan Tunku Abdul Rahman, belanja mengurus hanya 25% dari keseluruhan belanjawan sedangkan pada masa sekarang belanja mengurus melonjak sehingga menghampiri 75% dari keseluruhan belanjawan? Adakah Tunku Abdul Rahman seorang Perdana Menteri terbaik pernah dilahirkan di Malaysia?
BalasPadamsalam...
BalasPadamapa ulasan saudara terhadap pakej yg ditawarkan dalam belanjawan 2010
Apa ler....kan untu merangsang ekonomi pada budget 2009...kalu ikut pembangkang memmg menguncup ler...tapi budget 2010 jangkaan ekonomi semakin kukuh...mana leh sama ngan buget yg lepas2 ..pikir ler
BalasPadamTanpa Nama on 2009 Oktober 24 07:12 :
BalasPadamSelepas ni kena senaraikan nisbah perbelanjaan Mengurus berbanding Pembangunan.
Tanpa Nama on 2009 Oktober 24 07:14 :
Yang itu pasti ramai orang lain yang ulas.
Tanpa Nama on 2009 Oktober 24 07:53 :
Kalau nak rangsang, kurangkan Perbelanjaan mengurus lebihkan pembangunan.
PANDANGAN ISLAM TENTANG BAJET 2010
BalasPadam1) Amalan membentangkan bajet untuk kelulusan cabinet adalah tatacara penggubalan hukum dalam system demokrasi. Sedangkan dalam system khilafah Islamiah, khalifah boleh meminta input dan pandangan majlis ummat (majlis syura) tetapi tidak perlu mendapat kelulusan. Majlis ummat sekadar bertanggungjawab memuhasabah jika khalifah tidak mengamalkan perbendaharaan yang selari dengan hukum Islam.
2) Segala bentuk sumber pendapatan, hak pemilikan dan pengagihan dalam bajet 2010 adalah sama sekali bertentangan dengan fiqh amwal fil Islam. Bentuk bajet yang dibentangkan adalah dirangka berdasarkan system ekonomi kapitalisme dan sama sekali tiada persamaan dengan sumber pendapatan dan kewangan dalam Islam. Kapitalisme mencipta sendiri hukum pendaatan Negara dan perbelanjaan, sesuai dengan aqidah sekular. Ini bercanggah dengan Firman Allah swrt:
“Maka demi Tuhan mu, mereka sekali-kali tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang kamu perselisihkan antara mereka.” (An Nisa’ 65)
Sabda Rasullulah saw:
“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ianya pasti tertolak” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dalam Shahih Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata:
“Saya sedang sakit, kemudian saya dijenguk oleh Rasulullah saw bersama Abu Bakar. Mereka dating untuk menjenguk ketika saya dalam keadaan saya tidak sedarkan diri. Pada masa itu, baginda berwudhu dan mengalirkan air wudhunya kepada saya, kemudian saya tersedar. Saya bertanya, “ Wahai Rasulullah, bagaimanakaha caranya saya mengambil keputusan tentang harta saya?” Baginda tidak meberikan jawapan sehingga turunlah ayat tentang harta waris.
Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa segala bentuk hukum wajib diambil secara rinci berdasarkan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan bukannya mengambil sumber hukum dari ideologi kufur seperti kapitalisme hari ini.
3) Secara purata, 70 peratus sumber pendapatan yang dibentang dalam bajet adalah bersumber dari cukai langsung mahupun cukai tidak langsung. Walhal cukai tersebut adalah jelas haram di sisi Islam. Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Al Hakim)
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (Hadith Riwayat Ahmad)
“Sekiranya kami menjumpai pemungut cukai sempadan, maka bunuhlah dia” ( Hadith Riwayat Ahmad)
4) Tindakan mengenakan cukai akan menyebabkan kenaikan harga barang. Ini adalah sangat jelas haram berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ma’qal bin Yasar:
“ Sesiapa sahaja yang mencampuri urusan harga kaum Muslimin untuk menaikkannya, maka sesungguhnya Allah swt berhak untuk menempatkannya dalam api neraka pada hari kiamat kelak:
6) Penafian pendapatan negara yang yang tunjukkan oleh A Quran dan Sunnah seperti jizyah, anfal, ghanimah, kharaj, usyur, fa’I dan rikaz. Inilah pendapatan yang wajib diambil dan diusahakan oleh negara tetapi telah dinafikan dalam system sekular demokrasi hari ini.
7) Pendapatan negara yang bersumberkan riba’ dan menyuburkan riba. Riba’atau nama lainnya faedah/interest merupakan antara sumber pendapatan utama dalam bajet. Pakej-pkej raangsangan untuk memastikan sector perbankan yang berasaskan riba’ terus anjal.
JIKA CUKAI DAN RIBA HARAM, JADI APAKAH SUMBER PENDAPATAN NEGARA ISLAM?
Penjelasan lanjut di blog saya
Zaman Tunku gaji berapa RM/Bulan dan bil penjawat awam tak seramai hari ini...Kos barang2 dah naik berlipa kali ganda ,,,
BalasPadamTengok gambar sekolah STAR teringat aku masa belajar di sana dan tinggal di White House .. bila tidur malam nampak menara RTM ..
BalasPadamILMU PANDUAN HIDUP
lAA NI AKU DAH PENCEN ...