test

Isnin, 19 Oktober 2009

Betul MTUC mahu Caruman KWSP 11 % ?

Betul MTUC mahu Caruman KWSP 11 % ?

Adalah lebih baik kalau pekerja boleh memilih samada 11% atau 9 %.

Bukan semua pekerja yakin bulat-bulat kepada KWSP untuk menjaga simpanan ketika tua.

Musim Defisit bilion-bilion ini, pencarum mahukan 5% dividen yang tidak pernah diistiharkan sebagai 'syariah compliant' ?

Lebih baik perbezaan 2-3 % itu digunakan untuk melangsaikan hutang apa yang ada.

4 comments:

  1. Tuan;

    Saya rakyat Malaysia yang pernah bekerja di syarikat multinasional yang berpengkalan di Singapura. Dengan itu, saya pernah menjadi pencarum CPF - Central Provident Fund.

    Masa saya mula bekerja, caruman pekerja : majikan adalah 22% : 22%; and apabila saya meninggalkan Singapura caruman adalah 20% : 20%.

    Untuk makluman purata agihan faedah CPF Singapura semenjak 20 tahun adalah sebanyak 3% sahaja. Tolong bandingkan dengan EPF Malaysia purata 7% untuk masa yang sama.

    Nasib baik saya hanya dari segi pulangan tukaran wang asing apabila umur saya mececeh 50 tahun nanti; kalu undang2 tak di ubah lagi.

    Kadang2 kita tidak sedar hujan emas negara sendiri. Terlebih kutok.


    MMRSM Kalae Chepo 66/73.

    BalasPadam
  2. tuan tanpa nama,

    adakah hanya kerana fakta EPF ini, tuan terus menyokong UMNO sampai bila2?

    BalasPadam
  3. Bhai..

    Err... KWSP nih... Simpanan untuk hari tua (hari mati) anda ker... hehehehe

    Pada gua... KWSP kena telus dalam pengurusan dan perlu diasingkan dari pengaruh politik.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama:

    Siapa yang kutuk siapa?

    Edyes:
    Siapa yang sokong UMNO?

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit