Tahukah anda sebenarnya lawak bodoh ini (tersiar dibiaqpila) direka oleh saya pada tahun 2002 dahulu.
Ini adalah pautan asal emel tersebut, dikarang pada 21 jun 2002, sebagai langkah awal penentangan terhadap PPSMI.
http://tech.groups.yahoo.com/group/mypenguin99/message/4876
*Persatuan guru jasmani sokong*Ulasan saya pada emel yang berikutnya.
Pelaksanaan serentak matapelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa
Portugis Brazil
KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan-persatuan guru hari ini berikrar
menyokong penuh langkah terbaru kerajaan untuk melaksanakan
pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis
brazil (pt_BR) di sekolah rendah dan menengah secara serentak mulai
tahun depan.
Mereka juga memberi jaminan akan mengadakan kempen penerangan,
kursus intensif bahasa Portugis brazil dan program motivasi bagi
memastikan ibu bapa, guru dan pelajar dapat menerima langkah
terbaru berkenaan secara positif.
Langkah ini selaras dengan cadangan Menteri supaya dapat
mempertingkatkan mutu bola sepak Negara dengan penguasaan
B. Portugis brazil.
"langkah melaksanakan secara serentak itu perlu dibuat
memandangkan kesan pengajaran bahasa Portugis brazil
(pt_BR) dalam mata pelajaran berkenaan, jika bermula pada
tahun satu sahaja, akan mengambil masa 11 tahun untuk
memenangi Piala dunia." kata Menteri sambil memusing-musingkan
T-Shirt ala Rivaldo.
Apabila ditanya bagaimana kalau Brazil tidak memenangi Piala Dunia?
adakah P. Jasmani tetap akan diajar dalam Bahasa Portugis brazil.
beliau menjawap "Mana boleh, brazil mesti menang. tapi saya
tak puas hati... apa nama .... Ronaldinho kena kad merah"
Terdapat juga ura-ura menjadikan Bahasa Jerman sebagai bahasa
pengantar di sekolah menandu. Langkah itu bertujuan untuk
melahirkan pemandu seperti Micheal & Ralf Schumacher yang
rata-ratanya bertutur dalam B.Jerman.
Menteri itu berkata "Saya yakin Alex Yoong dapat tempat tercorot
kerana tidak fasih berbahasa Jerman"
disclaimer: Berita ini adalah rekaan semata-mata
point 'berita' tu bukan pasal brazil atau F1
tetapi nak menggambarkan bagaimana 'bijak'nya idea
menukar bahasa pengantar untuk tujuan tertentu.
Terdapat banyak perkataan Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Portugis. Perkataan-perkataan itu digunakan secara meluas hingga ke hari ini dalam penulisan atau pertuturan harian. Contohnya seperti berikut,
BalasPadam1. Almari = Armario (Inggeris = Cupboard)
2. Antero = Inteiro (Inggeris = All over)
3. Baldi = Balde (Inggeris = Pail)
4. Bahulu = Bolo (Inggeris = Sponge cake)
5. Bedil = Fuzil (Inggeris = Firearm, rifle)
6. Baldu = Veludo (Inggeris = Velvet)
7. Bendera = Bandeira (Inggeris = Flag)
8. Palsu = Falso (Inggeris = Counterfeit)
9. Gelojoh = Guloso (Inggeris = Gluttonous)
10. Jendela = Janela (Inggeris = Window)