test

Khamis, 1 Oktober 2009

Watt! Watt! Watt! TV?

beberapa hari lalu saya cuba menkaji pemproses komputer.
Rupanya pemproses komputer zaman sekarang sudah lebih kurang sahaja. tetapi penggunaan kuasa jadi pemisah.
Ada yang 65 watt, ada yang 95w ada yang 125w, malah wujud pula papan induk yang menyokong sehingga 140w.

Saya berminat dengan Athlon II X2 250, berdasarkan wattnya yang rendah iaitu 65w.
Dengan kos agak rendah, prestasi tinggi dan memerlukan kuasa yang rendah, bagi saya ia pemproses yang agak efisyen.

Saya telah menukar lampu kalimantang di bilik kepada 20watt, dan kemudian menukar lampu kalimantang di bilik air kepada mentol 6 watt sahaja.

cukup menjimatkan.

Waktu malam, ketika semua lampu ditutup, lampu 6watt itu cukup untuk membuatkan rumah masih boleh dilihat walaupun tak terang.

Maka terfikir pula saya tentang TV,
Ada sesiapa pernah buat perbandingan penggunaan kuasa antara TV LCD dengan CRT?
Adakah saiz TV CRT besar lebih menggunakan tenaga?
Atau mungkin TV LCD besar lebih menjimatkan berbanding TV CRT yang kecil?

kemaskini:
Terjumpa perbandingan
http://reviews.cnet.com/green-tech/tv-consumption-chart/?tag=arw

1 comments:

  1. LCD lebih banyak penggunaan tenaga berbanding CRT kerana saiz crt lebih kecil (max 29 inci)

    tapi kalau compare LCD dan Plasma yang sama saiz dan full HD, plasma menghampiri 2 kali ganda lebih besar penggunaan tenaga (watt)

    jibam

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit