Defisit itu hanya nombor yang kita lihat hari ini, berapa peratus, berapa bilion.
Media perdana sudah berkempen seolah-olah defisit melampau itu adalah tidak mengapa.
Semalam pula di The Star terdapat cerita seolah-olah defisit sehingga 100% itu tidak mengapa.
Ini Mahzab ekonomi baru."Defisit Amerika Syarikat ialah 100 peratus tetapi mereka masih boleh menguruskannya.
"Asalkan bajet kita distrukturkan dengan baik, ia boleh diuruskan,
Ambil dulu duit daripada anak cucu kita, untuk "keselesaan rakyat", kemudian biarkan anak cucu kita yang tanggung.
Duit raya yang anak anda simpan secara automatik akan tersusut nilainya bila tiba masa.
Defisit dalam belanjawan biasanya dipaparkan dalam peratus, jarang pula disebut dalam bentuk bilion Ringgit.
Tidak pernah pula Menteri Kewangan menceritakan kepada awam, tahun ini defisit 40 bilion, iaitu Kerajaan Meminjam 40 bilion daripada anak cucu kita.
"Atuk pakai dulu ya cu..."
Angka rasmi defisit belum diketahui, anggarannya dalam 40 bilion.
Angka 40 bilion defisit belanjawan 2010 perlu ditambah dengan angka 60 bilion belanjawan khas rangsagan awal tahun ini.
Dipendekkan cerita Najib sudah pinjam 100 bilion daripada anak cucu kita tahun ini sahaja.
Apa kita nak jawap pada anak cucu kita?
Politik hari ini bukan untuk hari ini, tetapi untuk hari ini dan anak cucu kita.
kesian anak cucu kita..
BalasPadamHari ini kita pinjam..
Esok diorang bayar..
Mudahnya...
Saya hairan kenapa mereka tidak berusaha untuk memperbaiki defisit itu. Saya yakin apabila Azizi Ali menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Aziz Ibrahim menjadi Menteri Kewangan (II)serta Irfan Khairi menjadi Timbalan Menteri Kewangan, keadaan ekonomi negara akan menjadi lebih baik
BalasPadam1. Barangsiapa mengangkat dirinya sebagai pemimpin, hendaknya ia mulai mengajari dirinya sendiri sebelum mengajari orang lain. Dan hendaknya ia mendidik dirinya sendiri dengan cara memperbaiki tingkah lakunya sebelum mendidik orang lain dengan ucapan lisannya. Orang yang menjadi pendidik bagi dirinya sendiri lebih patut dihormati berbanding meraka yang mengajar orang lain.
BalasPadam2. Perhatianmu terhadap pembangunan negeri semestinya lebih besar berbanding perhatianmu terhadap pengumpulan cukai, karena yang kedua ini hanya bisa diperoleh dengan pembangunan. Karena mencari hasil mahsul tanpa pembangunan bererti menghancurkan negeri dan bangsa.
3. Hendaklah kamu bersama-sama orang-orang yang berilmu dan arif serta orang-orang yang bertaqwa di antara rakyatmu, dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi negerimu.
4. Tidak ada kebaikan apapun dengan berdiam diri dalam masalah pemerintahan atau dalam membicarakan kebodohan.
5. Orang yang takwa adalah yang melakukan kebajikan, yang logikanya lurus, yang pakaiannya bersahaja, yang jalannya sederhana, yang banyak amalnya, dan tidak tergoncang kerana kesulitan.
6. Pilihlah yang terbaik di antara orang-orangmu untuk menegakkan keadilan. Pilihlah orang yang tidak mudah menyerah, yang tenang meski menghadapi kesulitan, orang yang tidak akan terus menerus melakukan perbuatan salah, yang tidak akan berhenti mengejar hak ketika ia mengetahuinya, orang yang hatinya tidak mengenal kerakusan, yang tidak akan terpuaskan dengan sedikitnya penjelasan tanpa mencari pengetahuan yang maksimum, yang paling tabah ketika menghadapi keraguan, yang kejemuannya sedikit dalam meluruskan para penentang, yang paling tabah dalam menuntut kebenaran, yang paling ketat dalam memenuhi keputusan, orang yang tidak terbuai oleh pujuk rayu dan tidak terjerat oleh godaan. Sesungguhnya orang-orang seperti ini amatlah sedikit.
Tanpa Nama on 2009 Oktober 20 12:17 ,
BalasPadamMenarik juga cadangan kau tu.
Salam.
BalasPadamTanpa nama,Apa nama,Supaya dapatku panjangkan ilmu ini kepada orang lain.Bilamana orang bertanya,dari mana ilmu ini....dari Tanpa Nama.Arrrgh....terima kasih.ILMU...beri satu..akan jadi 1,2,...malah berganda2.Hajat ingin kenal.