test

Khamis, 3 Julai 2008

ITNM Terjemah Hanya Buku Sastera?

Pagi tadi saya diberitahu bahawa Saya masuk Sinar Harian, cari punya cari jumpa ruangan Dari Blog Ke Blog.

Bila saya tegur Pakatan, keluar di SInar Harian, tetapi idea membunuh tak keluar pula di Sinar Harian.

Terjumpa pula berita tentang ITNM ingin menterjemah 100 buku sastera sebelum 2010. Wah banyaknya.

Tetapi mengapa buku sastera yang diutamakan dahulu?
Inilah masalah bila penterjemahan dikuasai oleh "orang bahasa" maka perkara berunsurkan bahasa yang sering diutamakan untuk diterjemah

Hakikatnya Pembaca Bahasa Melayu lebih memerlukan bahan ilmiah dalam bahasa Melayu berbanding bahan sastera.

Proses Penterjemahan pukal ketika zaman Abbasiyah dulu banyak menterjemah buku-buku greek dimana ianya tidak tertumpu pada sastera.

Perlukah ITNM duduk di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi supaya lebih banyak buku sains dan Matematik diterjemah kedalan BM?

Barulah Istilah Sains dan Matematik BM boleh diperkembangkan dengan jayanya.

Politik "Masalah Pengusaha Stesyen Minyak" Carca Merba

Apabila masalah komisyen rendah pengusaha Stesyen minyak "Diselesaikan" dengan meniakkan komisyen. Namun Komisyen itu sebenarnya belum direlalisasikan. Begitu juga pengurangan caj kad fleet oleh Syarikat minyak dan pengurangan caj kad kredit juga belum direlalisasikan.

pengurangan waktu operasi drpd 24 jam ke 18 jam adalah langkah untuk mengurangkan kos. Kuasa diberi kepada pengusaha untuk memohon samada mahu membuka 24 atau tidak.

Ada pengusaha yang mengurangkan waktu operasi kepada 18 jam untuk disesuaikan dengan arahan KPDN walaupun sebelum ini beroperasi 24 jam.

Apabila KPDN mengumumkan Pengusaha boleh memohon untuk membuka 24 jam, maka Syarikat minyak memainkan peranannya untuk "menggalakkan" pengusaha jenamanya untuk membuka 24 jam.

Pengusaha lupa yang janji manis komisyen dan caj kad belum direlalisasikan. Sepatutnya tiada satupun pengusaha memohon untuk menlaksanakan operasi 24 jam selagi komisyen 12.19 sen direalisasikan.

Pengusaha boleh menggunakan kuasa untuk tidak memohon 24jam , walaupun dikehendaki syarikat minyak selagi semua tuntutan itu tidak dipenuhi.

Ada juga kedengaran Syarikat minyak mamaksa pengusaha membuka 24 jam.

Apabila 1 jenama membuka 24jam, maka syarikat minyak pesaing akan kepanasan nak mula memujuk pengusahanya untuk membuka 24 jam.

Bayangkan kalau ada 2 stesyen minyak yang baru nak mula berniaga bersebelahan kedua-duanya buka 24 jam atas alasan pesaingnya buka 24 jam.

Tak efisyen langsung.

Pengguna hanya perlukan 1 stesyen minyak yang dibuka 24 jam dalam lingkungan 15 kilometer. Mana tau, bini nak bersalin, tapi minyak pula sikit.

Buat apa ada 3 stesyen minyak dibuka 24 jam dalam lingkungan kawasan tertentu?

Jadi mana-mana pengusaha stesyen minyak yang membaca catatan ini, Jangan mohon operasi 24 jam, sehingga janji-janji manis ditunaikan. Tabur janji manis kepada syarikat minyak dibolehkan.
KPDN telah menetapkan kuasa memohon untuk operasi 24 jam terletak pada pengusaha, dan bukannya syarikat minyak.


Pengusaha boleh tulis surat membatalkan permohonan sedia ada.

Kalau komisyen dah direlalisasikan, caj kad fleet sudah turun ke tahap memuaskan, caj bank turun ke tahap memuaskan. Barulah boleh cerita tentang waktu operasi.

Kami Ada Bukti Bla Bla Bla

Selalu kedengaran perkataan "Kami ada bukti bla bla bla".
Esoknya "kami ada bukti bla bla bla".
Lusa "Kami ada bukti bla bla bla".

Apa erti bercakap "Kami ada bukti" kalau bukti itu tidak dipaparkan?

Andai kata kandungan bukti itu terlalu bahaya untuk siarkan, ada cara untuk menunjukkan bukti kepada seseorang yang dipercayaai, barulah seseorang yang boleh dipercayai itu mengatakan saya sudah nampak bukti yang diperkatakan itu.

Sebagi contoh, Anwar kata ada bukti bla bla bla, kandungan bukti itu ditunjukkan kepada orang PAS yang dipercayai sebagai contoh Tuan Guru Nik Aziz. Kemudian barulah orang PAS boleh percaya "Kami ada bukti" itu.

Kalau selalu sangat berkata "Kami ada bukti" tanpa menunjukkan bukti, lambat laun ramai yang tidak percaya.

Rabu, 2 Julai 2008

Disahkan Sahih Oleh PAS?

Ketika drama Saiful vs Anwar vs entah, banyak kekeliruan berlaku.

Siapa kenakan siapa?
Saiful sebelah siapa?

Kalau dulu nyata Azizan di sebelah konspirator kerana jelas pertuduhannya, malah setiap hari ianya diperelokkan supaya nampak betul.

Tetapi dalam kes Saiful vs Anwar ini, Dakwaan saiful hanya berbentuk laporan polis, pada awal cerita, kononnya Saiful dipaksa mengaku, kemudian gambar dipaparkan di pejabat TPM, kini ada pula dakwaan rapat dengan Rosmah.

Mana satu betul?

Akan tetapi PAS negeri Pahang dan Negeri Melaka menyediakan perkhidmatan memastikan yang mana satu betul dengan merujuk kepada pimpinan negeri masing masing.

Pemuda PAS Pahang:
Ahli diingat dapatkan maklumat semasa daripada sumber parti

PAS Negeri Melaka:
BERTENANG DAN DAPATKAN MAKLUMAT SEBENAR DARI PIMPINAN

Kisah berlaku antara pemimpin PKR dengan kemungkinan double agent
antara PKR dan UMNO, tetapi untuk mendapatkan kepastian kena rujuk PAS.

Secara kasar, kita boleh lihat seperti "Anwar dituduh meliwat", dari sudut lain pula, "Anwar menuduh Saiful memfitnah dan ramai lagi yang menuduh saiful memfitnah".

Berdasarkan pembacaan saya setakat ini, hanya laporan polis Saiful sahaja yang menuduh Anwar meliwat. Selepas daripada itu satu kenyataan Saiful pun tidak kedengaran.

Bagaimanapula SMS awal yang kononnya Saiful dipaksa?

Senario sekarang ini meolah-olah menyebabkan ramai orang menuduh Saiful memfitnah, tanpa mendengar penjelasan dari mulutnya sendiri.

Mengapa perlu dihentam Saiful sebegitu rupa tanpa memberi dia peluang membela diri.

Saya tidak mahu melibatkan diri dalam menuduh Saiful memfitnah kerana saya tidak dengar lagi penjelasannya selepas laporan dibuat.
Sekiranya ada kenyataannya untuk terus mengatakan Anwar meliwat, barulah kita boleh tuduh dia memfitnah.

Kebenaran memang sukar untuk diperolehi sekarang.

Mengenai ancaman bunuh Anwar, Anwar sendiri tidak membuat sebarang tindakan tentang ancaman bunuhnya itu sebelum laporan polis Saiful itu dibuat. Itu sesuatu yang menghairankan.

Bayangkan kalau Anwar ditipu oleh sumber "perisikan" itu, dan kemudian semua orang percaya dan menganggap ia sahih. Maksudnya ramailah yang kena tipu oleh berita "sahih" itu.

Eh. jangan risau, boleh rujuk Pemuda PAS Pahang dan PAS Melaka untuk menentukan kesahihan maklumat itu.

Sekiranya "Team Order" untuk hanya mempercayai harakah, maka ianya umpama orang UMNO suruh hanya percaya Utusan.


Mushkil juga, Adakah kerana adanya "Team Order", orang PAS terpaksa pura-pura untuk kononnya tidak membaca tulisan analitik KTemoc?

Saiful Bukhari Azlan - Victim or Villain?
Assassination of Anwar Ibrahim - Intelligence report
Political assassination in Malaysia - the likely t...

Atau Team Order itu bertujuan untuk mengiakan skrip yang disediakan oleh Anwar Ibrahim?

Selasa, 1 Julai 2008

Kenapa Anwar Berlindung di Kedutaan Turki?

Spekulasi Murahan:


Kenapa Anwar Berlindung di Kedutaan Turki?


Kerana Turki dijangka masuk ke perlawanan akhir, tengok final euro di kedutaan turki lagi best.
Sepatutnya dia berlindung di Kedutaan Sepanyol.

Hak Demoktratik Untuk Tidak Dilibatkan dengan Maksiat

PAS mempunyai hak secara demoktratik untuk tidak dilibatkan dengan maksiat.

Sesuatu yang DAP dan PKR harus faham apabila memperjuangkan demokrasi.

Apabila kerajaan Negeri Selangor atau Syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor tidaklah boleh sewenang-wenangnya menganjurkan sesuatu yang berbentuk maksiat kerana ia melanggar hak PAS untuk tidak dilibatkan dengan Maksiat.

Ini kerana sebahagian daripada kerajaan Negeri Selangor adalah PAS.

Kalau Ella dan Wanita Dangdut itu berkonsert bukan atas anjuran kerajaan Negeri atau Syarikat Kerajaan Negeri, itu sudah cerita lain.

Isnin, 30 Jun 2008

Saiful Bukhari Double Agent?

Saya sebenarnya malas nak layan Politik jenis melibatkan ahli politik tanpa melibatkan rakyat, rasa buang masa sahaja.

Saya lebih suka akan politik yang melibatkan permasalahan rakyat.

Awal pagi tadi saya sudah mual dengan tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari.

Saya memang sudah membaca sepintas lalu kisah-kisah Musang Berbulu Ayam di Blog Najwan Halimi. Kerana itu saya keliru samada ini konspirasi untuk menjatuhkan Anwar atau menjatuhkan Najib.

Tidak sangka pula Wan Azizah baru jumpa gambar Saiful Bukhari di pejabat Timbalan Perdana Menteri, walhal kisah musang berbulu ayam sudah lama tersiar di blog Najwan Halimi.


Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut. Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.

Untuk membaca "saiful di Blog Najwan Halimi" sila klik.


Tak sangka pula Wan Azizah baru tahu, atau dia buat-buat baru tahu?

Kisah Musang Berbulu Ayam sudah dipaparkan ketika bukan mac yang lalu.
Adakah Pemimpin PKR tidak tahu?

Adakah Saiful Bukhari itu "Double Agent" untuk Anwar dan Najib?

Adakah PKR sememangnya tahu Saiful ada kaitan dengan Najib dan kemudian merancang untuk menggunakan Saiful?

Belum ada kenyataan Polis untuk menangkap Anwar, Anwar sudah disorokkan kononnya nyawa terancam. Ada pula cerita ia disorok di Kedutaan Turki. Keluar pula gambar Saiful di pejabat TPM di Blackberry Wan Azizah.

Ini semua membuatkan saya merasakan ianya satu perancangan untuk menjatuhkan Najib berbanding menjatuhkan Anwar.

Apa untungnya Najib menggunakan tektik lama untuk menjatuhkan Anwar?

PakLah yang keluar di Kaca TV pagi tadi, dari raut mukanya memang tak tahu menahu tentang cerita ini. Berbanding Mahathir satu ketika dahulu cukup yakin Anwar meliwat.

Jadi, Mari kita beli popcorn atau maruku sambil menonton wayang double agent ala James Bond.

Google+ Hasbullah Pit