test

Ahad, 20 April 2008

Ke Arah "Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia" #1

Banyak perkara yang perlu dikaji untuk membentuk Garis Panduan Blog Politik Malaysia.

Perkara penting ialah "kebolehgunaan" atau bahasa Inggerisnya ialah usability.

Kebolehgunaan adalah faktor penting yang perlu diambil kira oleh semua orang yang terlibat dengan antaramuka samada membangunkan perisian, menerbitkan bahan bacaan, merekabentuk mesin atau segala yang melibatkan hubungan manusia dengan benda.

Di dalam senario ini, Pengunjung adalah manusia, blog adalah benda.

Garis Panduan Blog Politik Malaysia tentulah sukar untuk mewajibkan kebolehgunaan, akan tetapi hanya boleh mencadangkan pemilik blog atau penyelenggara blog untuk membaca artikel berkaitan dengan kebolehgunaan blog.

Oleh itu saya senaraikan bahan bacaan:


Nampaknya ada juga perkara dimana blog saya sendiri tidak menepati kehendak kebolehgunaan

Kesihatan masa hadapan


A

Sabtu, 19 April 2008

Usul Menteri Kekkwa Kabinet Bayangan Beras Padu diterima

Menteri Kekkwa KBBP, Y.B Rastom telah mengusulkan penubuhan satu suruhanjaya penarafan Blog ADUN/MP.


Saya dengan ini sebagai Menteri Kekkwa Siber Malaya mengusulkan supaya TYT mencadangkan penubuhan satu Suruhanjaya Penarafan Kelayakan MP/Adun menilai blog blog wakil rakyat Malaysia dari pelbagai aspek seperti penggunaan bahasa yang baik, isu yang relevan dan mana mana blog yang gagal ini di berikan apa apa hukuman mandatori.

Saya telah menerima usul ini dan berpendapat satu suruhanjaya perlu ditubuhkan diperingkas siber, untuk memartabatkan budaya berblog politik di Malaysia.

Cadangan nama suruhanjaya ialah "Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia". Dimana ia merangkumi:

  • Blog ADUN/MP
  • Blog Parti Politik
  • Blog Ahli Politik
  • Blog Sayap Parti politik, seperti Dewan-dewan PAS, AMK, Puteri/Putera/wanita UMNO, dan apa pun sayap politik. .. yang rasmi sahaja.
Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia yang akan dibentuk itu tidak mempunyai kuasa, akan tetapi hanya mencadangkan blog politik badan tertentu itu mengikut garis panduan yang disediakan.

Garis Panduan akan terbahagi kepada 2, dimana terdapat perkara wajib yang dipatuhi sebelum dapat penarafan. Dan perkara yang digalakkan sahaja.

Untuk mendraf Garis Panduan Wajib dan Garis Panduan galakan agak memeningkan kepala kerana banyak perkara perlu dikaji.
Dari soal bahasa, soal nettique, soal ciri-ciri blog yang perlu ada dan lain-lain.

Saya sedang mengkaji, akan tetapi pengunjung bolehlah mencadangkan perkara wajib dipatuhi sebelum dapat penarafan dan perkara galakan.

Jadi, sementara saya mendrafkannya, sudikanlah nyatakan perkara apakah yang wajib, perkara apakah yang hanya "galakan".

Adakah Tajuk Catatan blog "Title Case" adalah wajib?
Adakah Ulasan terkini wajib dipaparkan? atau hanya galakan?

Minggu Saham Amanah di Negeri Melaka

Menurut Melaka Hari ini, Minggu Saham Amanah diadakan di negeri Melaka, hanya sehari sebelum ianya diadakan. Maka tidak sempatlah Nadlique untuk pulang ke Malaysia untuk menghadirinya.

Begitulah nasib Negeri Melaka yang mempunyai Media Kerajaan Negeri yang tidak bermaya.


Akan tetapi, pada berita yang sama, Ali Rustam telah mengeluarkan kenyataan yang pelik:-
Katanya, keyakinan ini bukan sahaja wujud di kalangan kaum Melayu dan Bumiputera, tetapi juga di kalangan bangsa-bangsa lain.

"Manifestasi keyakinan ini dapat dilihat apabila unit Amanah Saham Malaysia sebanyak 500 juta yang diperuntukkan kepada bukan-Bumiputera telah habis terjual dalam masa 39 minit saja. Ini adalah satu kejayaan yang wajar dibanggakan," tambah beliau.

Apa yang hendak dibanggakan sangat?
Sejak bila Unit Amanah itu dikhususkan untuk bukan bumiputera? bukanlah ia boleh dibeli oleh semua orang.

Memang lumrah alam bagi kaum bukan melayu menyerbu Unit amanah terbitan baru.
Pelabur Melayu pun ada yang menyerbu unit amanah terbitan baru. Public Islamic Sector Fund (PISSF), dijual habis dalam tempoh 2 hari. Pisang goreng panas.

Akan tetapi, tahap pengetahuan orang Melayu tentang unit amanah memang membimbangkan. Dengan adanya ASB, ASD, mereka kurang faham konsep pelaburan yang sebenar, risiko yang ada, turun naik harganya. dan lain-lain. Apabila ASD habis, mereka terpinga-pinga.


Sepatutnya sebagai Naib Presiden UMNO sepatutnya risau kenapa golongan pelabur terlalu sedikit dikalangan orang Melayu. Buat kajian samada adakah mereka hujung bulan cukup duit, Kalau hujung bulan tiada duit, lupakan saja membeli pisang goreng panas Unit amanah terbitan baru oleh Syarikat Unit amanah tempatan.

Mungkin ramai yang tiada pengetahuan, jadi bagi saya mari kita ramai-ramai ke MITC. kepada yang jauh dari Melaka, kunjungi blog Nadlique, baca sepuas-puasnya.

Apa puncanya orang melayu begitu jahil dengan unit amanah?
Salah satu punca yang saya tahu ialah kerana ejen unit amanah sibuk berblog dan berpolitik.





Orang Melayu Fobia-maaf?

Hari ini ada istilah baru pula, "Fobia-maaf".

Saya bukan hendak melacurkan Bahasa Melayu seperti UMNO Melaka, akan tetapi ianya istilah baru, anggaplah ia sebagai inovasi bahasa kerana DBP belum keluarkan istilah khas untuk senario ini.

Nik Nazmi dan Bossnya kedua-duanya mempersoalkan kenapa begitu sukar untuk orang UMNO memohon maaf.

rujuk:

Kenapa Sukar Memohon Maaf?» Anwar Ibrahim
Isu Kehakiman: Kerajaan Tidak Meminta Maaf» niknazmi.
com

Akan tetapi, sememangnya mereka tidak memohon maaf.

Najib: Payment is no apology» YouTube :: Videos by malaysiakini
PM promises bold judicial reforms but no apology» Kembara Minda Perjuangan...
LIVE COVERAGE: PM announces Judicial Commission, stops short of apology» anilnetto.com
Selama inipun memang tidak kedengaran pemimpin UMNO yang ada mengeluarkan kenyataan meminta maaf.

Seolah-olah jatuh maruah mereka jika memohon maaf.

Ingatkah lagi tentang kes Lim Kit Siang yang cuba memboikot Majlis angkat sumpah, tak sampai 24 jam, dia memohon maaf.

Ketika itu semua orang mengkagumi Lim Kit Siang, martabatnya diangkat sebegitu tinggi.

Begitu juga Dr. Chua Soi Lek, dia mengaku melakukan perbuatan terkutuk, tetapi dia memohon maaf secara terbuka. Walaupun terpaksa mengulanginya.

I have already admitted and apologized for it, both to the public and the people who matter most to me, my family. I have also resigned from all government and party posts.


Dia sudah memohon maaf kepada orang ramai, dan terpulanglah kepada orang ramai untuk memaafkanya atau tidak.

"Kemaafan" sepatutnya boleh dijadikan titik pemusingan diantara "benci" kepada "tidak benci".

Jika satu Malaysia memaafkan dia dan mengangkat dia kembali, itu adalah hak rakyat.

Ketuanan Rakyat.. Ketuanan Rakyat.. Ketuanan Rakyat.


Di negeri Melaka, Ali Rustam terlanjur kata di dalam blognya, akan tetapi tindakannya ialah menutup komen, dan memadam catatan blognya itu tanpa memohon maaf.

Adakah dia Fobia-maaf? Mungkin ya.

Akan tetapi, jika dia membuat lagi 1 catatan blog memohon maaf, saya rasa martabatnya akan diangkat oleh rakyat. Tak hairan kalau ada yang cadangkan dia supaya bertanding Presiden UMNO.

Kerana dia mungkin satu-satunya ahli UMNO yang bukan fobia-maaf.

Lihat Anwar Ibrahim, Kesilapan ejaanpun dia minta maaf, Kesilapan orang lain pun dia yang minta maaf.

Adakah orang Melayu fobia-maaf? atau peminpin UMNO sahaja yang fobia-maaf.

Adakah peminpin Pakatan Rakyat fobia-maaf?

Mari kita buang Fobia-maaf dari dunia politik Malaysia dan dari dalam diri setiap Rakyat Malaysia termasuk diri saya. Semoga martabat Malaysia dijulang setinggi-tingginya.

Akhir kata, saya memohon maaf jika catatan ini menyinggung perasaan pembaca.






Jumaat, 18 April 2008

Wiget Google Reader mahzab bakaq a.k.a. ~penarik beca

Ini adalah sambungan artikel kepada "Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu" Akan tetapi menggunakan kepakaran "bakaq a.k.a. ~penarik beca" yang mempunyai anak yang rajin berSMS.

Sebab musabab mengapa perlu wiget ini adalah untuk memperitahu pengunjung apa yang kita sudah baca , menyukainya dan ingin berkongsi kepada pengunjung.


Langkah-langkah Wiget Google Reader mahzab bakaq a.k.a. ~penarik beca

1. Salin alamat pautan bagi RSS PUBLIK VIA BAKAQ.(copy link location)
2. Buka google reader. http://www.google.com/reader/view/
3. "Add Subscription" dan tepekkan URL RSS PUBLIK VIA BAKAQ.

Tandakan catatan blog menarik yang anda ingin kongsikan menggunakan "share" di bahagian bawah sesuatu artikel.





Di ruangan "Your Shared item", akan ada satu pautan "Put a clip on your site or blog" untuk menambahkan wiget perkongsian Google Share anda.

Cara ini adalah lebih baik jika anda memang menyukai blog pilihan Penarik Beca. Setiap kali dia menambah suapan RSS baru, setiap itu ia akan dimasukkan ke googlereader anda.

Terpulanglah anda ingin menggunakan mahzab ini atau mahzab lagi 1.

Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu

Asalnya topik catatan blog ini ingin kujadikan sebagai "Tok Mudin yang bijaksana" akan tetapi ia kelihatan seperti mengampu pula.

Baru-baru ini, akibat daripada Tsunami politik, maka banyaklah blog politik yang timbul. Adakah ia baik atau tidak?

Tidak ramai blogger yang baru timbul itu benar-benar menyuarakan pendapat sendiri, akan tetapi lebih kepada kegiatan salin dan tepek artikel lain. Adakalanya sampai ke tahap tiada pautan tetap.

Walaupun Ia seolah-olah kelihatan baik untuk Pakatan Rakyat, lama kelamaan ia akan menjadi duri di dalam daging Kerana suara asal blog itu, berita asal blog itu ditenggelamkan oleh artikel salin/tepek itu.

Siapa nak baca blog Dewan X Kawasan Y kalau semua artikel didalamnya telah pun dibaca di Harakah atau media lain? Akan tetapi suara asal atau kenyataan rasmi atau aktiviti Dewan X Kawasan Y itu tidak kelihatan.

Mungkin atas sebab, pengendali blog Dewan X Kawasan Y ingin pengunjung membaca artikel itu, maka iapun ditepekkanlah.

Pengunjung blog, walaubagaimanapun tetap datang ke blog Dewan X Kawasan Y kerana masih terdapat catatan blog yang sememangnya berasal dari blog Dewan X Kawasan Y itu.

Jadi, Tok Mudin ada penyelesaiannya iaitu menggunakan wiget google reader share, untuk menyatakan "Engkau bacalah catatan blog berikut".


Bagaimana nak buat wiget sebegitu supaya pemblog Dewan X Kawasan Y mempunyai wiget sebegitu?

Cara Tok Mudin lakukan mungkin berlainan dengan cara yang akan saya ajar ini. Senarai blog yang dia baca adalah mengikut kesukaannya.

Oleh itu anda boleh gabungkan teknologi Beras Padu, dengan Google reader dan teknologi blog anda.

1. Muatturun OPML Beras Padu.(save as, atau save link as)
2. Buka google reader. http://www.google.com/reader/
3. Logmasuk jika belum logmasuk.
4. "Manage Subscription"
5. "Import/Export"
6. Muatnaik fail OPML Beras Padu tadi , Klik Upload.

Kemudian anda akan mempunyai banyak blog yang anda langgan di google reader anda. Buang yang anda tak suka, dan tambah yang anda suka menggunakan "Subscriptions".

kembali ke Google Reader, dan selamat membaca.

Sekiranya anda tidak mahu membaca menggunakan google reader, tidak mengapa.

Anda boleh membaca blog seperti biasa, dan hanya masuk ke google reader untuk menandakan "share" kepada artikel yang anda ingin kongsikan.



Di ruangan "Your Shared item", akan ada satu pautan "Put a clip on your site or blog" untuk menambahkan wiget perkongsian Google Share anda.

Google+ Hasbullah Pit