test

Sabtu, 29 November 2008

Bantah Fatwa atau Bantah Konsumerisme?

Ingat lagi gambar ini?




Ini adalah gambar ketika demonstrasi bantah fatwa, kononnya fatwa yang mengawal rakyat.
Walhal, fatwa itu tiada kena mengena dengannya.


Siapa yang mengawal Pemakaian, Pemikiran dan tingkah laku Rakyat?


Daripada gambar yang sama, poster yang digunakan itu boleh digunakan semula untuk bantahan terhadap konsumerisme.


Rausyanfikir (Sosialis Kanan) telah menulis tentang Hari tidak membeli. menceritakan apa itu konsumerisme.

Terdapat satu video bagaimana ingin menjadi Pengguna yang baik mengikut acuan konsumerisme.



pautan

Siapa agaknya yang mengawal pemakaian, pemikiran dan tingkahlaku rakyat?
Konsumerisme atau Majlis Fatwa?


Mari kita nyanyi

Short hair
Long hair
Stupid consumer everywhere



Short hair
Long hair
Stupid consumer everywhere


Eh
Pakdi kata "Berbelanjalah"

Jumaat, 28 November 2008

Tender/Bida Barang Kemas Bank Rakyat

Ini adalah gelang emas, adakalanya di panggil "Bangle"?



Terlalu banyak permintaan di blog wawa meminta supaya diberitahu kaedah membida Barang Kemas yang di'lelong' di Bank Rakyat.

Apabila Ahmad gadaikan emas, tak mampu bayar maka bank akan 'lelong'.

Akan tetapi lelong itu bukanlah jenis lelong di Ebay atau lelongan fizikal yang Husin Lempoyang gunakan untuk mendapatkan tukang urutnya.

Ianya lebih kepada 'tender', umpama tender terbuka, siapa letak harga tinggi dia dapat.

Jumaat lepas, saya singgah di Bank Rakyat Melaka untuk menggadaikan sesuatu, kerana nak mencuba apa rasanya menggadai emas. Kalau tidak cuba maka tidak tahu.

Di bahagian luar bilik, terdapat pameran emas yang dinyatakan beberapa makluman.

Ketulenan: 21K atau 22K   
berat: cth 12.91g
no akaun barangan itu.
Harga minimum. contoh RM 1079.00


Maka saya agak mushkil, adakah dia mahu menjual emas itu pada harga itu?

Kelihatan harga di situ agak murah berbanding kedai emas.
1079/12.91 = RM 83 per gram.

Oleh kerana saya biasa melihat harga emas di kedai emas , di Public Bank, maka nampak jelas ianya murah.

Akan tetapi dengan berbekalkan RM 1079 anda tidak boleh dapat emas itu.

Maka saya bertanyalah pada 'Pak Guard' yang ada di situ.
Ini apa?
"Lelong"
"Ohhh"
"Bagaimana nak masuk"
"kena isi borang"
"Siapa paling tinggi dia dapat"

Namun kita tidak boleh sesuka hati mengisi borang, kerana ia menggunakan konsep tender.
1 borang RM 5, perlu di bayar di kaunter.

Isi borang, ambil nombor, bayar, isi dalam kotak.

Maka, pilih dulu gelang kah rantai kah, lihat harga minimumnya, markup sedikit dan masuk tender.

Bahagi harga minimum dengan berat emas itu.

Berdasarkan kemampuan, maka letaklah harga yang agak sesuai dengan keadaan semasa.

Kalau emas itu harga minimumnya RM 83 pergram, kalau letak harga RM 84 per gram maka mungkin harga akan dipintas oleh orang lain.

Saya mengambil kira, kalau letak harga RM 100 per gram sekalipun, ia tetap lebih murah daripada kedai emas (walaupun ia agak tinggi berbanding harga emas public bank)


Maka terpulanglah nak letak berapa. Risiko yang ada ialah, kalau kalah, hilang RM 5.
Kalau memang, MESTI beli.

Ikut hukum Islam, wajib beli kalau sudah letak harga.

Namun Bank Rakyat meletakkan syarat 7 hari , bagi pemenang untuk membeli barang kemas itu.

Terima Kasih kepada Pak Guard Bank Rakyat Melaka Jalan Hang Tuah kerana telah memberikan maklumat yang berguna.

---

Ketika saya membelek harga emas itu minggu lepas, kedengaran juga akak yang berkata, "Kalau beli di kedai emas, boleh minta kurang".

Di sini konsepnya terbalik, ianya rendah, kemudian kena lawan siapa tinggi supaya dapat. Hasilnya akan jadi lebih murah daripada beli di kedai emas yang siap ditawar.

Di kedai emas, tauke biasanya akan turunkan upah, jarang pula turunkan harga.

--

Lelongan Bank Rakyat bukan setiap hari, ianya ada beberapa hari dalam sebulan sahaja, bergantung kepada ada barang yang hendak dilelong atau tidak.

Spekulasi Bagaimana Siti Nurhaliza Mengundi Terjawap?

Dulu telah diberitakan bahawa Siti Nurhaliza telah berkempen supaya daftar mengundi, akan tetapi timbul pula isu yang diterbitkan oleh saudari Erisar mengatakan Siti Nurhaliza belum daftar mengundi.

Kemudian timbul spekulasi kemungkinan Siti Nurhaliza mengundi menggunakan kad Pengenalan tentera.

Siti Nurhaliza telah mengatakan bahawa dia telah mendaftar mengundi "bersama suami" dan kononnya maklumat pendaftarannya ditetapkan sebagai "PRIVATE".


  • SitiZone.Com kata:
    UNTUK PENGETAHUAN…CERITA INI SUDAH AKU SAMPAI KAN KPD DATUK CT..DI LAMAN WEBSITE CT SENDIRI…DAN CT MEMBALAS,CT KATA “YES,CT SUDAH MENDAFTAR UNTUK UNDI BERSAMA SUAMI,DAN CT MELETAKKAN PRIVATE KPD SPR,SO KORANG TAK BAIK NAK FITNAH2 ORG..LAIN KALI CHECK DULU SEBELUM FITNAH ORG…BUAT DOSA AJER…



Sebentar tadi ada makluman oleh tanpa nama yang mengatakan Siti Nurhaliza telah berjaya didaftarkan.

Tanpa Nama // 2008 November 28 12:58  
Wehhhhhhh!!

Skang dah ader la!!

Jom check SPR..!!

Dia baru daftar tu..

huahuahuahua..

 Bila saya periksa, memang ada.



Eh,
Bagaimana pula dakwaan kononnya maklumatnya telah ditetapkan sebagai "PRIVATE"?
Pengarah SPR baru sudah tidak "PRIVATE"kan lagi maklumatnya?

Khairul Faizi, Inul Merinduimu

Menurut Al Brangi, Inul akan mengadakan konsertnya pada masa terdekat.

Beberapa bulan yang lalu, Khairul Faizi 2 kali membantah ke konsert Inul, pertama di Johor dan kemudian di Kuala Lumpur.


Kali ini Inul agak terlepas, walaupun Pemuda PAS telah membantah, namun tanpa Khairul Faizi, ia agak kurang berkesan?

Pandai juga Inul memilih waktu untuk membuat konsert, iaitu ketika Khairul Faizi sambung belajar.

Khamis, 27 November 2008

Membela Kaum Atas Dasar Agama - Pak Karamu

Pak Karamu, ada menulis MEMBELA KAUM ATAS DASAR AGAMA

Konsepnya lebih kurang dengan apa yang saya tulis dahulu :

PAS perlu dilihat sebagai pembela Melayu

Ianya tidak dipersetujui oleh YB Khalid Samad ,Respon: PAS dan DEB

Apabila PAS majoritinya melayu, apabila dilihat sebagai pembela Melayu, ia akan kelihatan seperti berjuang atas dasar kaum.

Akan tetapi apabila PAS benar-benar menjadi pasti Islam pelbagai kaum, dan dilihat begitu sukar mendapatkan untuk kaum melayu, kaum kadazan, bidayuh dan kaum yang merasakan perlu dibela atas nama kaumnya.

Maka mungkin strategi pembelaan kaum boleh dilakukan.

Memang sudah lumrah manusia, kalau kita tidak perkauman sekali pun, kita akan menggelarkan seseorang berdasarkan kaumnya.

Itu budak cina
itu budak Melayu
Itu budak jawa

Pembelaan kaum cukup berbeza dengan ketuanan kaum tetapi kehilatan hampir sama kerana menggunakan nama kaum juga.

Pembelaan kaum ialah suatu langkah mengenalpasti masalah sesuatu kaum, dan diselesaikan.

Masalah Mat rempit itu masalah Melayu, kalau tidak masakan ianya menggunakan "Mat"

Pembelaan kaum, menggangkat seseuatu kaum daripada negatif kepada 0, dan bukannya daripada 0 kepada terlalu tinggi sehingga menjadi "Tuan".

Ada kaum merasakan perlu mereka dibela sebagai pembelaan kaum.
Ada kaum yang tidak merasakan perlu kerana sudah maju.

Agak menghairankan apabila PAS ada aktiviti sumbangan terhadap masyarakat India, sumbangan terhadap Persatuan kaum cina, tetapi tiada langsung "dialog dengan Melayu", "sumbangan untuk Masyarakat Melayu"

Walaupun banyak sumbangan dibuat kepada orang melayu, ianya tidak pernah disebut sebagai sumbangan kepada masyarakat melayu.

Mengapa?

Menyerupai UMNO?



Rabu, 26 November 2008

Fahami Mesej Namewee, bukan kontroversinya - rujuk Malaysiakini

Namewee sekali lagi dikatakan mencetuskan kontroversi, akan tetapi kontroversinya sahaja yang diambil perhatian, mesej yang hendak disampaikan tidak dibicarakan.

Kalau dulu , dia hanya mahu menyampaikan mesej kenapa dia tak dapat belajar di IPTA.

Kini dengan video kontroversi, "Pembelajaran ABC menggunakan saiz tetek, dan perkataan lucah (18sx)", mesej yang hendak disampaikan adalah mudah.

Dia mahu tahu kenapa ketika kecil Belajar dalam Mandarin (orang Cina Muar bukan Mandarin), Sekolah Menengah  Bahasa Melayu dan Adiknya pula belajar dalam Bahasa Inggeris di IPTS.

Teringat saya persoalan Jed, kenapa Mandarin yang bukan bahasa ibunda orang cina di Malaysia diajar diperingkat rendah?

Kenapa tiada sekolah rendah Hokkien dan Hakka?

Jika benar Polisi Pendidikan mahukan kanak-kanak mempelajari perkara asas dalam bahasa Ibunda, memang wajar Namewee persoalkan kenapa dia perlu belajar dalam Mandarin.

Di sekolah Menengah dia Belajar dalam Bahasa Melayu.
Di sebabkan tiada peluang belajar dalam Bahasa Melayu diberikan kepada Namewee, dia terpaksa belajar dalam Bahasa lain di Taiwan.

Kenapa perlu ada pembelajaran Bahasa Inggeris di IPTS pula?

Kalau Namewee belajar peringkat rendah dalam bahasa ibunda, kemudian menengah dalam Bahasa Melayu dan mendapat peluang di IPTA dan belajar dalam Bahasa Melayu. Kes selesai.



p/s: PAS bila nak buat Tadika PASTI Hokkien?

Selasa, 25 November 2008

Najib Membawa Kita Hanyut Bersama Bretton Wood II

Diberitakan bahawa seolah-olah Najib yang mencadangkan supaya diadakan Bretton Wood II

Diberita yang sama, kelihatan seperti Bretton Wood masih lagi dipakai, tetapi perlu dirombak.

However, this is the first time Malaysia is calling for new agreements to replace those signed 64 years ago.
“Whatever we do, we must be fair to the G20 developed nations and also to developing economies like Malaysia,” 


 Di utusan pula...

 Malaysia mahu prasarana kewangan global yang selama ini diasaskan kepada sistem Bretton Woods yang telah berusia enam dekad direka bentuk semula bagi menangani cabaran baru ekonomi dan krisis kewangan dunia.

Memang Bretton Wood dulu telah membuatkan tertubuhnya IMF dan Bank DUnia, akan tetapi unsur penting ketika Bretton Wood ialah penebusan emas.

Emas tidak boleh ditebus oleh USD pada 1970
Amerika sudah tidak ada duit, tetapi mahu berperang, maka mereka menukar permainan kepada bentuk permainan yang mereka sentiasa menang.

Walaupun matawang dunia disandarkan pada USD ketika Bretton Wood, akan tetapi masih lagi boleh menebus emas, Akan tetapi selepas 1970, tidak lagi boleh menebus emas.

Tebuslah USD itu dengan kereta ford kalau mahu.

Apa yang berlaku sekarang, Bretton Wood II tidak langsung bercakap tentang emas, melainkan golongan subversif seperti GATA yang bercakap tentang perlunya memautkan USD dengan emas.

100USD = 1 Dinar?

Bretton Wood II lebih berkisar soalah pertumbuhan ekonomi, bagaimana nak mengelakkan kemelesetan. Atan tetapi didak bercakap tentang bagaimana menentukan matawang.

Kalau pertumbuhan adalah penting bagi negara maju, maka memang patut mereka kekal pada permainan ekonomi yang sentiasa memenangkan Amerika.

Negara-negara di dunia ini gembira menjual 1001 barangan kepada Amerika kerana Amerika boleh cetak duit.

Bayangkan situasi dimana seorang penjual Nasi Lemak, menjadi kaya, kerana pembuat wang palsu membeli Nasi Lemaknya setiap hari, dan setiap hari pelanggannya mencetak duit untuk menbeli nasi lemak.

Penjual Nasi lemak itu boleh diumpamakan sebagai negara kaya dengan komoditi seperti Malaysia.

Apabila pelanggannya yang sering mencetak duit palsu itu kegawatan, penjual nasi lemak pula yang risau dan berkata "Kita mesti ada Bretton Wood II supaya pelanggan saya ini masih boleh membeli nasi lemak dari saya."

Yang menghairankan tentang Bretton Wood II ialah mereka lebih berkisar soal menyelamatkan Amerika yang dilanda krisis. Sepatutnya Amerika dibuatkan muflis, dan dikuasai oleh negara Asing.

Apa yang berlaku ialah Citi Bank di bailout, apa salahnya Citi dibiarkan muflis, mungkin Bank "K" akan membelinya.

Kalau setiap kali nak kalah, mereka tukar permainan, sampai bila pun mereka memang.

Google+ Hasbullah Pit