test

Isnin, 24 November 2008

Bahasa Melayu ada Gecko?

Saudara Hilmi (PKPIM) telah menulis tentang Bahasa Melayu yang dikaitkan dengan phoenix, seekor burung.

Terus saya teringat, bahawa Mozilla Firefox sedia ada adalah berasal daripada phoenix.

Kemudia bertukar kepada Mozilla Firebird.

Kemudiannya Firefox.

Walau apa pun namanya, enjinnya tetap Gecko.

Bahasa Melayu, asalnya tiada tulisan, kemudian menggunakan tulisan jawi, menyerap lebih banyak istilah dan kemudiannya tulisan rumi.

Berkembang dan berkembang.

Tidak hairan kalau beberapa tahun dari sekarang, Bahasa Melayu itu akan menggunakan tulisan Cina dan mengandungi 1001 perkataan daripada ratusan bahasa dunia ini.

Enjin Gecko Bahasa Melayu umpama cicak yang berubah mengikut keadaan.


Politik Harga Minyak: Lim Guan Eng Merepek Macam Shahrir Samad

Di beritakan di Harakah bahawa Lim Guan Eng mengatakan harga minyak runcit sepatutnya RM 1.52 berdasarkan pada harga minyak dunia 2005.
"Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. 
Ayat ini agak kelakar.
Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya. 
Atas dasar populis BN, mereka tidak menaikkan harga minyak pada sepanjang 2007, kerana sudah berjanji harga minyak tidak akan dinaikkan. (10 bulan)

Kemudian mereka kena tunggu sehingga mac kerana pilihanraya. (3 bulan)
Kemudian mereka kena tunggu beberapa bulan baru naikkan harga minyak 78sen. (2 bulan)

Maksudnya mereka tunggu 15 bulan baru naikkan harga minyak.
15 bulan itu cepat?

Apa sudah jadi ahli politik zaman sekarang, kerjanya menentukan harga minyak yang kononnya tetap.

Ada baiknya mereka berbahas samada mahu apung terus tatau tidak.
Atau ada kaedah lain, berbanding kaedah kononnya tetap tapi perlu ada campurtangan ahli politik untuk menetapkannya.


 Apa guna ada polisi harga minyak tetap, kalau dalam setahun 48 kali ditetapkan oleh ahli politik?

Sabtu, 22 November 2008

Apa salah GLOKAL?

Terus terang saya menyukai "glokal" , gabungan global dan lokal (tempatan).

Apabila Georgetown dan Melaka diiktiraf sebagai sebagai Warisan Dunia, kita gembira. Ianya adalah mirip konsep glokal, dimana sesuatu yang lokal diglobalkan.

Google telah sedia membantu pengguna berbahasa melayu untuk menyediakan antaramuka Bahasa Melayu dalam banyka aplikasi webnya.

Segala apa, yang tempatan, apabila diglobalkan, maka bolehlah disebut sebagai glokal.
Belacan yang dieksport ke merata dunia pun dikira glokal.

Kedai batik di serata dunia pun boleh dikatakan glokal.

Tetapi apa yang berlaku ialah apabila Najib yang sebut glokal, maka glokal itu menjadi sesuatu yang hina.

Segala tindak tanduk yang buruk oleh Najib atau yang berkaitan dengannya dianggap glokal.

Mengapa?

Benci Najib, benci glokal?

Mengapa mesti apabila Anak Najib berkepit dengan perempuan, maka ianya perlu dipanggil Anak Melayu Glokal?

Glokalisasi itu memang wujud, iaitu globalisasi dan lokalisasi.
Berfikir secara global, lakukannya secara lokal.

Glokalisasi itu bukan Najib yang cipta.







Ujian

123

Jumaat, 21 November 2008

Lina Pencilbox pecahkan rekod Batak? Nanti dulu

Idaz dan kawannya "lina pencilbox" telah menyahut cabaran batak StreetSmart Mahkota Parade untuk mengatasi 64 mata.

Idaz ,
Cubaan pertama: 51 gagal
Cubaan kedua : 58 gagal
Cubaan ke 3 :69 seterusnya memecahkan rekod 64 mata saya.




 Saudari "lina pencilbox" pula telah mendapat 73 mata.





Maka saya pun gundah gelana, kerana rekod telah dipecahkan.
Tercabar sungguh kejantananku.

Maka, saya bersama Umar pergi ke Mahkota dengan alasan mengajaknya "main game".

Dengan bersungguh-sungguh, saya cuba kali pertama, terus dapat 73

Menyamai rekod lina pencilbox


Kemudian cuba lagi, dapat 66 mata sahaja. merosot, tetapi lebih baik daripada hari itu.
Kemudian cuba lagi, dapat 70 mata. belum boleh memecahkan rekod 73 lina pencilbox.

Rehat seketika, kemudian cuba lagi

 Akhirnya saat yang bahagia telah datang, rekod lina pencilbox telah lebur apabila saya mendapat 79.

hahaha




Street Smart berada di Mahkota Parade Melaka sehingga 23 November.
Maka anda semua ada lagi 2 hari untuk memecahkah rekod 79 saya.
Masuk percuma.

Melawat Melaka bererti Melawat Pusat Latihan F1.

Khamis, 20 November 2008

Malaysiakini melaporkan Menteri Perumahan mesti akur pada MCA

Selain daripada Kementerian Kesihatan,  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga sudah jadi seperti milik penuh MCA dimana Menterinya, apabila kalah MCA mesti letak jawatan, dan suratnya diberikan kepada presiden MCA.

Entah apa punya sistem.

Yang melantik Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan adalah Perdana menteri, selaku ketua kepada kerajaan yang dibentuk. Kalau dia kalah dalam MCA sekalipun, apa kaitannya dengan Kementerian yang melibatkan rakyat?

Mengapa pula surat perletakan jawatan diberikan kepada Ong Tee Keat?

Saya menentang sepenuh-penuhnya kegiataan menjadikan sesuatu kementerian seolah-olah milik sesuatu parti politik. Kalau ya pun mahu kurniakan jawatan menteri kepada pemimpin parti politik komponen yang ada, usah jadikan sehingga sesuatu kementerian menjadi hak milik penuh sesuatu parti.

Diskaun 10%, Menteri Tiada Kuasa

Banyak reaksi terhadap diskaun 10% terhadap tol di beberapa lebuhraya.

Ada yang memperkatakan tentang keselamatan, ada yang memperkatakan tentang strategi pemasaran.

Kalau semua orang sudah kata, apa saya mahu kata lagi?
idea belum habis, jangan risau.

Di sini saya ingin memperkatakan tentang berapa banyakkan kuasa menteri.
Apabila lebihraya diswastakan, kerajaan telah terikat kepada perjanjian konsesi dan kemudiannya menteri kerjaraya sendiri telah mengakui sukar untuk menyuruh syarikat lebuh raya untuk memberikan diskaun.

Hanya PLUS dan ELITE sahaja yang memberikan diskaun , walaupun tidak berapa menarik diskaunnya, yang lainnya tidak memberikan diskaun langsung.

Menteri Kerja Raya sudah tiada kuasa untuk menyuruh syarikat lebuh raya untuk memberikan diskaun, yang dia dapat hanya 2 syarikat, itupun untuk selepas 12 malam.

Perkara sebegini berlaku, lebih kurang sama konsepnya dengan Menteri Besar Selangor yang susah untuk memberikan 20m³ air, sehingga KDEB terpaksa pula membayar kepada syarikat air.

Kalau Menteri Kerja Raya hanya cakap mulut untuk suruh berikan diskaun, Maka begitulah hasilnya.

Telah diumumkan juga bahawa perjanjian konsesi lebuh raya akan diumumkan kepada umum pada januari 2009, namun tidak semua syarikat lebuhraya ingin membenarkan perjanjian itu didedahkan kepada umum.

Mana kuasa menteri?

Google+ Hasbullah Pit