test

Ahad, 5 Oktober 2008

Pak Lah Sah Berundur? Bukan Begitu Caranya Zubli....

Entah bagaimana, Pak Lah dispekulasikan akan berundur, maka Zubli pun menceritakan kaedah Pak Lah berundur.

Pak Lah tidak perlu bertarilenggang untuk berundur.
Tidak perlu, muzik itu juga tidak perlu.

Bagaimana cara pak Lah berundur dengan cara terhormat?

Merujuk kepada kitab permotoran Paul Tan, Cara Pak Lah berundur yang paling selamat ialah apabila mempunyai lampu berundur yang terang.



Untuk menambahkan lagi kepastian untuk berundur, maka boleh gunakan ciri-ciri kamera berundur.




Jangan lupa  sensor berundur untuk keselamatan.
ketepi! Ketepi! Pak Lah nak berundur.
kanak-kanak jangan main basikal kalau Pak Lah hendak berundur.




Bagi yang tidak mahu berundur lagi, pastikan anda tidak kelihatan seperti mahu berundur

Menteri Pengangkutan akan marah kalau anda buat begitu.


Menteri pengangkutan kata, Jangan ikut rapat-rapat. Kalau brek  kalut sampai ke tengah, inikan pula kalau berundur.

Krisis Ekonomi Amerika, 2 Pandangan Islam, 1 Sosialis

Sebelum membaca apa yang ditulis ini, anda perlu baca 2 pandangan berunsur islam tentang krisis Ekonomi amerika, dan satu pandangan sosialis.

 
 
 
 
Apabila catatan Hishamudin Rais disiarkan di Tranungkite, maka bersilatlah pengunjungnya mengatakan jangan terapkan ideologi sosialis.

Apa yang berlaku pada krisis di Amerika, sosialis atau kapitalis, ianya hampir tiada beza.
Kapitalis bail out kepada syarikat, sosialis bail out pada rakyat?

Tetap bail out.


Hishamuddin,

Sistem Islam tetap yang terbaik. Usah nak kempen kat sini.
 
samada sosialis ataupun kapitalis....tiada sistem ekonomi yang lebih baik melainkan sistem ekonomi islam


sistem kapitalis(kalau tak silap) berasal dari amerika sedangkan sistem ekonomi sosialis berasal dari komunis.....
 
sistem ekonomi Islam dah ada tak mau ikut
nak ikut kapitalis juga
tunggu dan lihat balasan Allah
terima ajer lah
susah sangat ke nak ikut Islam....
Lantak lah kau labu.......
sendiri mau pikir le

Apabila berlakunya krisis sebegini, sepatutnya Ahli Politik Islamlah yang mula-mula menerangkan kepada dunia, bahawa sistem ekonomi Islam dapat mengelakkan krisis itu dari berlaku.

Akan tetapi perkara sebegitu tidak berlaku.

Tak ada guna salahkan kapitalis dan cadangkan supaya guna sistem ekonomi Islam tanpa terangkan bagaimana sistem muamalat boleh mengelakkan krisis dari berlaku.

Penerangan Ustaz Zaharudin, buat masa ini yang paling terbaik bagi saya untuk menerangkannya.

Krisis kewangan Amerika terjadi disebabkan oleh banyak faktor. kebanyakkan faktor itu boleh dielakkan kalau menggunakan matawang tunggal iaitu emas. Berbanding matawang yang wujud daripada 'thin air' atau /dev/null.

Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja. 
 
3)       Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja.
 
Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.
 
Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa.

Saya kira ianya boleh berlaku jika tidak mengambil langkah yang berhati-hati. Ini kerana di pasaran kewangan Islam juga ada mempunyai produk yang seakan-akan serupa dengan sub prime tersebut. Antaranya ialah bay' Dayn atau jual beli hutang. Maksudnya hutang boleh dijualbelikan atau pindah milikkan atau dipindah tanggungkan kepada pihak ketiga.
 Bukan semudah itu, berkata gunalah sistem kewangan islam untuk terus selesai semua masalah.

Andaikata semua ulamak berpendapat supaya hutang mesti dijualbeli dengan nilai yang sama adalah betul.

Tetap akan timbul satu persoalan lain, bagaimana nak dapatkan nilai yang sama kalau nilai matawang yang digunakan untuk menilai hutang itu berubah?

Hutang Abu bernilai RM 20,000 pada 2001, ketika itu 66 dinar
Ahmad ingin membeli hutang itu RM 20,000 pada tahun ini, tapi nilai itu kini 50 dinar sahaja.

Ahmad patut beli hutang itu pada nilai 66 dinar atau pada nilai RM 20,000 ?

Memang pening kalau nak merealisasikan kewangan islam selagi masih menggunakan wang kertas.

Andaikata penggunaan wang emas direalisasikan, barulah boleh senang kira, Ahmad beli hutang Abu yang bernilai 66 dinar itu sebanyak 66 dinar juga.

Begitu juga pinjaman rumah secara islamik, menggunakan nilai yang diakadkan dalam ringgit.

Andai kata baki pinjaman rumah saya ialah RM 40,000 , tiba-tiba berlalu krisis inflasi seperti Zimbabwe pada matawang ringgit, dan RM 40,000 itu hanyalah harga sebuah basikal. Pasti bank akan rugi.
Parlimen Malaysia pula bersidang untuk luluskan 7 trilion bail out untuk Bank tempatan.

Apa yang saya lihat disini, akad pinjaman mestilah dinilaikan dalam emas dan bukannya matawang fiat.

Mungkin kewangan islam tidak perlu markup sehingga 5 % untuk pinjaman rumah kalau ianya dinilaikan menggunakan emas.

Akan tetapi, nilai emas pula menjadi masalah, beberapa tahun dulu, Amerika telah merendahkan harga emas supaya USD tinggi. Jadi, mahu tak mahu usaha untuk mengembalikan emas sebagai matawang mestilah diutamakan dahulu supaya kewangan islam, lebih islamik apabila akad-akad yang digunakan semuanya berasaskan emas.

Oleh itu, Husam Musa perlu bela kambing. sebagai langkah awal mengembalikan emas sebagai matawang.
 

Jumaat, 3 Oktober 2008

Kenaikan Dollar Sementara == Penurunan Harga Minyak Dunia Sementara



Seperti biasa apabila harga minyak dunia turun, banyak catatan blog menggesa Pak Lah menurunkan harga minyak seberapa segera.

Di atas adalah graf matawang Amerika Berbandin Dollar Australia.
Beberapa hari lalu, terdapat kenaikan seketika harga minyak sehingga mencecah 120 kemudia dia akan turun balik.
Hari ini ia berada pada tahap 94 USD.

Graf USD berbanding AUD ini memang tidak menggambarkan 100% harga minyak, akalu tetai sekiranya permintaan dan penawaran kekal, dan nilai AUD kekal, maka nampak jelas penurunan harga minyak adalah disebabkan kenaikan dollar.

Sebelum ini saya mushkil juga bagaimana Dollar boleh naik ketika berlaku krisis.

Seorang penganalisis ekonomi di Astro Awani tadi menceritakan bahawa Dollar naik akibat daripada pelabur amerika yang menjual kepentingannya di Asia. buat masa ini tak dapat saya nak berimaginasi bagaimana permintaan terhadap dollar Amerika meningkat apabila mereka melepaskan pegangan ekuiti.

Katanya, Dollar akan tetap jatuh dalam jangkamasa panjang, setelah pelepasan pegangan ekuiti oleh pelabur amerika akan selesai.

Ada logiknya.

Dia tidak dapatmenjangka sampai bila rally USD ini akan berakhir. mungkin setahun?

Mungkin atas sebab yang sama saham di Asia jatuh.

Sebentar lagi akan ada undian draf ke 2 pelan penyelamat 700 bilion.
Kita nantikan keputusannya.

Khamis, 2 Oktober 2008

Bail Out 700 Bilion Mana Cukup! 5 Trilion lah

Saya membaca slashdot, apabila melihatkan kelembapan blog tempatan. Terjumpa pula undian tentang bail out.
Menarik juga bila golongan geek berbicara tentang ekonomi.

Baca:http://slashdot.org/pollBooth.pl?qid=1647&aid=-1

Ada pula catatan yang mengatakan 700 bilion itu tidak cukup, ianya hanya secebis daripada 50 trilion yang diperlukan.

Ada yang mengatakan bail out mesti sekurang-kurangya 5 trilion. dirujuk dari bloomberg.

Barulah padan dengan dengan 53 Trilion yang dijanjikan untuk rakyat.

$53 trillion is (drum roll please) the approximate size of this country’s bill for the Social Security and Medicare promises we’ve made

Err
Kenapa mereka tak mohon untuk bail out rakyat 53 trilion terus? Kasi pada rakyat, selepas itu tak payah janji apa-apa.

Kalau 700 bilion adalah secebis daripada keseluruhan bail out, maka sempat lagilah kita beli emas perlahan2.


Bila Parlimen Malaysia nak bersidang?

Hidangan Jaminan Palsu yang Indah Pada Hari Raya

Najib sudah tidak berapa betul.

Walaupun sudah menjadi kebiasaan, makanan yang sedap-sedap akan dihidangkan ketika hari raya, Berita juga dihidangkan dengan Jaminan Palsu yang indah.

Menteri Kewangan Baru, Najib Razak, menghidangkan cerita indah ekonomi, menjamin begitu kukuhnya ekonomi kepada rakyat jelata pada hari raya.

Apa motifnya?
Entah.

Mari menikmati hidangan cerita indah ekonomi oleh Najib.



Ada penganalisis lain yang mengatakan Najib sudah Mabuk Tapai.

Alasan Najib ekonomi begitu kukuh adalah kerana rizab. AS$$119 bilion (RM404.6 bilion)

Rizab yang dipetik dalam USD dan Ringgit mestilah meningkat kalau adanya pesta kejatuhan dollar.
Berani Najib nyatakan rizab Bank Negara dalam Nilai emas?
Tengok dia meningkat atau merosot.

Rizab 119 bilion USD itu sebenarnya merosot berbanding 122 bilion USD (RM 428bilion )pada  29 Ogos 2008.

Banyak sangatkan 119 bilion USD rizab sehingga boleh menjamin ekonomi negara?

Laporan BNM akhirnya menyatakan berapa banyak rizab emas. Setiap kali laporan rizab bank negara, Rizab emas kekal pada tahap 0.3 bilion USD. dalam RM tidak sampai 1 bilion.

Dan ini Najib katakan ekonomi negara terjamin pengukuhannya?

Di Negara lain, ada yang rizab emas mencecah 10% daripada keseluruhan rizab.
Barulah tonggang terbalikpun, masih boleh bernafas.

Berapa peratuskah rizab emas Bank Negara berbanding keseluruhan rizab?
0.3/119*100 =0.25200 
0.25 % sahaja.

Oleh kerana hari ini hari raya, dan dihidangkan dengan hidangan cerita indah ekonomi dan jaminan pengukuhan ekonomi, maka bedal sahajalah hidangan itu.

Banyak sangatkan 119 bilion USD sehingga boleh dikatakan kukuh oleh Najib?
Hanya 1/5 daripada 700 bilion yang kononnya untuk dibailoutkan oleh Fed.

Lainlah kalau kita ada beberapa trilion USD.
Boleh juga kita bailoutkan Wall Street, kemudian minta Alaska sebagai ganti.

Ekonomi dunia sebenarnya masih belum merudum habis lagi, belum masanya untuk istiharkan "Kita selamat".

Kita bukan mahu doakan ekonomi kita menjadi teruk, akan tetapi berusahalah supaya kita mempunyai pertahanan yang lebih kuat.


Sudahlah dulu Najib mengistiharkan tidak perlu berbuat apa-apa dengan matawang ringgit hanya setelah beberapa jam mendengar penerangan Nor Mohamed Yackob.

Berbanding dengan Amerika, mereka berbuih mulut berminggu-minggu untuk menetapkan samada mahu bail out atau tidak.

Rabu, 1 Oktober 2008

Hari Raya, Satu Fahaman Politik Pun Nak Bertindih

Ada orang kata, Hari Raya, lupakan perbalahan akibat perbezaan fahaman politik.

Namun, lain pula jadinya di Negeri Melaka, dimana puak yang kononnya sefahaman dalam politik.

Walaupun sama parti, banner aku mesti di atas banner engkau, maka aku hempap banner engkau.

Lihat tanda merah pada imej,:-

(klik untuk besarkan)

Banner siapakah yang dihempap oleh banner Ali Parlimen Jasin Itu?

Mari kita lihat Banner siapa yang dihempap oleh Baner Ucapan Hari Raya Ahmad Hamzah itu?
Setelah di selak, rupanya Banner Ucapan Hari Raya Ali Rustam yang kena hempap.

 (klik untuk besarkan)

Kasihan Sungguh Ali Rustam.

Dengan Ini saya lancarkan kempen "Jangan Tindih Banner Ali Rustam"

Apa yang terjadi pada UMNO Melaka?
Sudahkah Bendera UMNO diterbalikkan, kini Ali Rustam ditindih

Mana Lebih Baik Untuk Malaysia, Bail Out atau Tidak?

Puas saya mengkaji, masa satu yang lebih baik untuk Malaysia, sekiranya anda adalah ahli kongress Amerika yang "Agen Malaysia", yang mana anda undi?

Menyokong Bail Out 700 bilion, atau sebaliknya?

Jika bail out, sudah tentu kegiatan penciptaan wang USD itu akan merendahkan ringgit, sebaliknya saham akan jatuh dan ada syarikat Amerika yang muflis, dan tempiasnya ke Negara kita.

Jadi, Sila nyatakan apa yang anda undi jika anda ahli kongress Amerika yang "Agen Malaysia".

Mari kita mencampuri hal ehwal Amerika.

Rupanya masih ada spekulasi harapan puak Barisan Bail Out untuk menang.

Pakatan Taknak Bail Out akan lompat ke Barisan Bail Out?
Democratic presidential candidate Barack Obama called for calm after the House vote, saying the plan ``will get done.'' Republican nominee John McCain urged lawmakers to ``go back to the drawing board'' and come up with legislation that will pass. 
 Kedua-dua calon Presiden adalah Barisan Bail Out

Google+ Hasbullah Pit