test

Sabtu, 24 Oktober 2009

Belanjawan 2010: Caruman KWSP 8% 11%

Apa beza diantara Caruman KWSP diturunkan kepada 8% tetapi pencarum boleh mencarum 11%, dengan dinaikkan ke 11% tetapi pencarum boleh memilih untuk mencarum 8%. ?

Berbezaannya ialah golongan manakah yang kena isi borang. golongan 8% atau golongan 11%.

Dulu golongan yang mahu 11 % kena isi borang.
Awal tahun 2010, golongan yang mahukan 8% pula kena isi borang.

Tak sangka Najib jilat balik ludahnya terhadap Dr Dzulkefly Ahmed

Pada Belanjawan 2009 tahun lepas, Najib telah memperlekehkah Belanjawan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang disediakan oleh Dr Dzulkefly Ahmed.

Rujuk juga catatan di blog Nur Aflah

"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.

"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.

Untuk Makluman Perbelanjaan Mengurus Belanjawan 2009 yang dibentang BN ialah 154 bilion.
Yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat ialah 130 bilion.

Pakatan Rakyat cuba menjimatkan 24 bilion wang rakyat.

Tahun sebelum itu, (Belanjawan 2008) Perbelanjaan Mengurus adalah 128 bilion.
Manakala bagi Belanjawan 2007 ialah 112 bilion.

2007 ke 2008 : 112b -> 128b meningkat meningkat 14 %
2008 ke 2009 : 128b -> 154b juga meningkat 14%

peningkatan perbelanjaan mengurus 2 tahun berturut turut 14% adalah tidak sepadan dengan KDNK yang tidak sampai 7%.

Hari ini Belanjawan 2010 dibentang dengan hanya perbelanjaan mengurus 138 bilion.
Merosot 11% daripada belanjawan 2009.

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat akan memperlekehkan jumlah perbelanjaan mengurus yang merosot?
Jawapannya tidak.

Sekiranya perbelanjaan mengurus meningkat sebanyak 7% (menghampiri KNDK) selama 3 tahun berturut-turut,
maka nilai yang sepatutnya ialah 137 bilion.

112 + 7% = 119.8
119.4 + 7% = 128
128 + 7% = 137

Yang menampakkah kejanggalannya ialah, apabila negara boleh diurus dengan 138b, kenapa pula tahun terdahulu perlu sehingga 154b?

Walaubagaimanapun, kita harus berasa lega kerana Belanjawan 2010 tidak meningkat 14% seperti yang berlaku pada 2 belanjawan sebelum ini.
Kalau tidak, perbelanjaan mengurus meningkat kepada 175 bilion.

Khamis, 22 Oktober 2009

Takaful Berasaskan Komoditi emas dan Perak

Bila agaknya jurutera Kewangan Islam mahu wujudkan Takaful Berasaskan Komoditi emas dan Perak?

Perlindungan Takaful berasaskan wang kertas tidak mampu melindungi diri daripada hiper inflasi.

Cara Mengubah Karangan kepada Mod 1Malaysia menggunakan vi

Pengguna Linux biasanya mempunyai vi, melainkan anda bermahzab pico/nano atau emacs.


buka vi
tekan i untuk mod selit.
tepekkan perenggan yang hendak di1Malaysiakan.

kemudian

:1,$s/\(\w\+\)/1\1/g

Maka, daripada sumber asal...
Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Akan menjadi begini

1Pakar 1forensic 1dari 1Thailand, 1Dr 1Pornthip 1Rojanasunan, 1memberikan 1keterangan 1yang 1mengejutkan 1dalam 1inkues 1kematian 1Teoh 1Beng 1Hock 1hari 1ini 1apabila 1berkata, 1tengkorak 1kepalanya 1pecah 1bukan 1kerana 1jatuh 1tetapi 1kerana 1pukulan 1kuat.

1Tanda 1bulatan 1merah 1pada 1tengkuknya 1pula 1bagi 1beliau 1adalah 1akibat 1dari 1dicekik 1dengan 1menggunakan 1tangan 1dan 1ia 1adalah 1kesan 1jari 1pada 1tengkuk 1mangsa.

1Bagi 1beliau, 1Beng 1Hock 1jatuh 1ke 1atas 1lantai 1di 1tingkat 1bawah 1tempat 1mayatnya 1ditemui 1dalam 1keadaan 1tidak 1sedarkan 1diri.

Terima kasih kepada Syahrul Sazli Shaharir kerana memberikan :1,$s/\(\w\+\)/1\1/g

Rabu, 21 Oktober 2009

Pembentangan Belanjawan 2010 tidak harus dicemari dengan istilah bajet.

Pembentangan Belanjawan 2010 tidak harus dicemari dengan istilah bajet yang cuba membunuh istilah belanjawan.

Cubaan bunuh itu dilakukan lebih kurang sama waktunya PPSMI diperkenalkan.

Hapuskan PPSMI dan 'bajet'.


catatan lama:
Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Selasa, 20 Oktober 2009

Defisit Melampau: Keselesaan Rakyat lebih Penting daripada Anak Cucu

Agak merisaukan apabila defisit meningkat secara melampau.

Defisit itu hanya nombor yang kita lihat hari ini, berapa peratus, berapa bilion.

Media perdana sudah berkempen seolah-olah defisit melampau itu adalah tidak mengapa.

Semalam pula di The Star terdapat cerita seolah-olah defisit sehingga 100% itu tidak mengapa.

"Defisit Amerika Syarikat ialah 100 peratus tetapi mereka masih boleh menguruskannya.

"Asalkan bajet kita distrukturkan dengan baik, ia boleh diuruskan,

Ini Mahzab ekonomi baru.

Ambil dulu duit daripada anak cucu kita, untuk "keselesaan rakyat", kemudian biarkan anak cucu kita yang tanggung.

Duit raya yang anak anda simpan secara automatik akan tersusut nilainya bila tiba masa.

Defisit dalam belanjawan biasanya dipaparkan dalam peratus, jarang pula disebut dalam bentuk bilion Ringgit.

Tidak pernah pula Menteri Kewangan menceritakan kepada awam, tahun ini defisit 40 bilion, iaitu Kerajaan Meminjam 40 bilion daripada anak cucu kita.
"Atuk pakai dulu ya cu..."

Angka rasmi defisit belum diketahui, anggarannya dalam 40 bilion.

Angka 40 bilion defisit belanjawan 2010 perlu ditambah dengan angka 60 bilion belanjawan khas rangsagan awal tahun ini.

Dipendekkan cerita Najib sudah pinjam 100 bilion daripada anak cucu kita tahun ini sahaja.

Apa kita nak jawap pada anak cucu kita?

Politik hari ini bukan untuk hari ini, tetapi untuk hari ini dan anak cucu kita.

Isnin, 19 Oktober 2009

Betul MTUC mahu Caruman KWSP 11 % ?

Betul MTUC mahu Caruman KWSP 11 % ?

Adalah lebih baik kalau pekerja boleh memilih samada 11% atau 9 %.

Bukan semua pekerja yakin bulat-bulat kepada KWSP untuk menjaga simpanan ketika tua.

Musim Defisit bilion-bilion ini, pencarum mahukan 5% dividen yang tidak pernah diistiharkan sebagai 'syariah compliant' ?

Lebih baik perbezaan 2-3 % itu digunakan untuk melangsaikan hutang apa yang ada.

Google+ Hasbullah Pit