test

Rabu, 21 Mei 2008

Mana Idea Bernas Penyelesaian Masalah Rakyat oleh Dr. Mahathir?

Sambung cerita semalam yang kononnya Mahathir masih mempunyai idea yang bernas.

Dr. Mahathir mempunyai keupayaan berfikir yang hebat (tak semestinya serba betul). Akan tetapi apabila pemikirannya terlalu fokus kepada sesuatu, maka buah fikirannya hanya untuk perkara sesuatu.

Suatu ketika dahulu, Tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyebut tentang Matawang Ringgit yang dibawah paras nilai, Jambatan bengkok dan beberapa isu lagi. Bagi saya semua pendapatnya ketika itu boleh diterima.

Ideanya ketika itu bernas kerana dia tidak fokus untuk menjatuhkan Pak Lah.

Kini kepala ottaknya fokus untuk menjatuhkan paklah akibat dari kekalahan BN di beberapa buah negeri. Sebenarnya dialah salah satu punca, dia yang menyuruh pengundi mengundi protes, untuk menekan Paklah.
Tapi Paklah penuh imunisasi.

Pada saat ketika ini, Malaysia tidak memerlukan idea untuk menjatuhkan Pak Lah, akan tetapi memerlukan penyelesaian masalah rakyat akibat daripada kenaikan harga barang.

Mana Penyelesaian Dr. Mahathir?

Kalau mahu dirinya disanjung, maka keluarkanlah idea penyelesaian masalah rakyat. Bukan sekadar penyelesaian masalah kemelut UMNO.

Beberapa orang, yang begitu popular, sekali cakap semua orang ikut.
Sekiranya Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Husam Musa, Dr Mahathir, Dr. Chua Soi Lek bersatu hati menyarankan supaya tidak membazir makanan. Secepat kilat penyokong-penyokong mereka akan bersatu untuk tidak membazirkan beras.

Kalau hanya Pak Lah yang cakap, siapa mahu ikut?

Kita boleh salahkan kerajaan Pak Lah kerana "Krisis Beras", akan tetapi kadar penggunaan tinggi adalah juga berpunca daripada masyarakat.

Begitu juga kadar penggunaan petrol yang tinggi. Rakyat perlu dipupuk supaya berjimat tokoh-tokoh polular politik Malaysia. Cakap Pak Lah orang sudah tak mahu ikut.

Politik sepatutnya boleh membentuk Masyarakat, bukan hanya sekadar menagih sokongan dan kuasa.

Kalau sudah ada pengaruh, gunakanlah pengaruh itu untuk membentuk masyarakat.

Kalau kerana masalah melayu boleh ada MMMM, mengapa tidak ada forum terbuka penyelesai masalah krisis makanan, krisis ketidakmampuan rakyat untuk berbelanja.?

Pendapat berkaitan:

Selasa, 20 Mei 2008

Mahathir Tidak Nyanyuk, Masih Punyai Idea Bernas

Ramai orang kata Mahathir sudah nyanyuk, bercakap perkara yang bukan-bukan. Akan tetapi saya menafikannya.

Dr. Mahathir sejak dari dahulu, ialah seorang yang mempunyai idea. Adakalanya ideanya pelik, adakalanya ideanya bernas, adakalanya ideanya melangkaui pemikiran masa kini.

Pengeluaran dirinya dari UMNO ialah ideanya untuk menekan Pak Lah. Oleh kerana dia tiada apa yang dirugikan, maka ia lakukan juga, demi menekan Pak Lah supaya meletak jawatan kerana bertanggungjawap atas kekalahan BN.

Dr.Mahathir pemikir yang hebat, ideanya adalah betul dari pandangan dia. Tidak pada pandangan semua orang.

Dia mempunyai banyak idea untuk kekal berkuasa. Bayangkan BN boleh mendapat 2/3 parlimen ketika saat Barisan Alternatif kelihatan boleh menumbangkan BN. Dan dia tak nafikan Negara yang baik adalah mempunyai kerajaan dan pemimpin yang kuat. Ada ketikanya konsep sebegitu ialah betul, iaitu ketika rakyat tiada hala tuju, pemimpin menentukan halatuju. Konsep sebegini akan berjaya untuk mencapai halatuju yang pemimpin kehendaki akan tetapi tidak lengkap.

Kerana sebab itu, oleh kerana kehendak Dr. M mahukan insfrastruktur bertaraf dunia, maka Malaysia memperolehinya, akan tetapi pada masa yang sama banyak perkara tidak diendahkannya, sebagai contoh Bahasa Melayu, Pertanian, pengangkutan awam di kawasan luar Lembah Kelang.

Malaysia boleh ada MSC, tetapi ramai orang yang buta IT. Ramai pula orang yang terpengaruh untuk mengubah nama "IT" kepada "ICT".

Semua berpunca kerana semua orang bersungguh-sungguh menunaikan kehendak Dr. Mahathir. Banyak sektor yang dianaktirikan ketika berlakunya pemerintahan sebegitu.

Dia mahu itu ini, itu ini semua mesti cepat.
Maka itulah jadinya. Ketidakseimbangan pemerintahan.

Berbalik soal dia nyanyuk atau tidak.
Catatan blognya terkini adalah berkaitan Lobi melobi,
Mengutarakan banyak contoh keadaan melobi dan membuatkan orang berfikir. Itupun jika pembaca mahu berfikir.
Adakah Negara kita perlu garispanduan lobi melobi? supaya dapat membentuk titik pemusingan antara rasuah dan salah guna kuasa dengan pelobian halal?

Apabila seseorang itu berkuasa mempunyai idea, automatik cadangannya seolah-olah kelihatan seperti arahan yang perlu dipatuhi.

Walaubagaimanapun keadaan jauh lebih baik daripada seseorang yang berkuasa itu hanya menerima bulat-bulat idea orang sekeliling, untuk menyedapkan hati orang yang berjumpanya.

Bayangkan idea untuk mensyaratkan pemelukan Agama Islam perlu di isytiharkan juga di terima bulat-bulat olehnya.

Selepas Dr.M Keluar UMNO, Keluar mana pula?

Dr Mahathir telah mengumumkan bahawa dia telah keluar dari UMNO supaya Presiden UMNO meletak jawatan.

Sekiranya langkah ini tidak berjaya, sanggupkan dia Keluar dari menjadi warganegara Malaysia supaya Perdana Menteri Malaysia letak jawatan?

Isnin, 19 Mei 2008

Ada Kaitan dengan Piala Thomas?

Kekalahan Malaysia kepada China pada separuh akhir Piala Thomas agak menyedihkan.

Mungkinkah Dr Mahathir melepaskan keahlian UMNOnya untuk meminpin BAM? supaya dapat merampas kembali Piala Thomas?

ATAU
dia mahu mengambil tempat Punch Gunalan di BWF


ATAU

Mungkin dia mencemburui Jawatan Timbalan Presiden yang menjadi milik Khairy Jamaludin.

ATAU

Mungkin dia nak letak jawatan Penasihat PETRONAS tetapi dia tersalah buat pengumuman.

ATAU
Mungkin dia sudah benar benar bertaubat di atas kesilapan yang lalu (sekiranya ada).


Ini hanya spekulasi murahan "Sebab Sebab Punca Mahathir Letak Jawatan".

Dr. Mahathir dijangkakan tidak dapat membuatkan Ahli Parlimen UMNO Keluar UMNO

Tahukah anda, Dr Mahathir akan gembira apabila tindakannya menjadi kejutan banyak pihak, dan banyak pihak memperkatakan tentangnya.

Ya, itulah perkara yang dia suka.

Adakalanya Dr. Mahathir suka membuat perkara diluar jangkaan kerana dia mengganggap ideanya baik.

Itulah pemikirannya.

Ketika dia membunuh Istilah Matematik dan Sains Bahasa Melayu suatu ketika dahulu, walaupun ramai yang tentang, dia tetap terus dengan tindakannya yang dianggap "pelik tetapi bernas" baginya.

Berapa ramai agaknya Ahli Parlimen UMNO yang nak keluar UMNO?
Parti yang penuh dengan perebutan kuasa itu, pasti dipenuhi harapan "agaknya bila dia nak keluar UMNO supaya aku boleh naik".

Ahli yang berani keluar UMNO ialah ahli yang sudah bersara.
Anaknya sendiri pun sedang memikirkan samada tindakan itu harus dicontohi atau tidak.

Di kelantan Nik Aziz bergembira bukan kerana ahli UMNO lain hendak meletak jawatan, tetapi bergembira kerana Dr. Mahathir telah memberi isyarat supaya jangan masuk UMNO.

Saya yang asalnya risau kalau ada pilihanraya baru, akhirnya hilang kerisauan apabila memikirkan bahawa Ahli Parlimen UMNO tidak berani melepaskan jawatan. Melainkan segerombolan Ahli Parlimen UMNO keluar bersama-sama pada jumlah yang melebihi Bilangan Ahli Parlimen PKR.

Dipendekkan cerita, Langkah Mahathir pasti tidak akan diikuti oleh Ahli Parlimen UMNO, kerana semua takut nak mulakan dulu.

Bayangkan kalau benar lebih daripada 32 orang Ahli Parlimen UMNO keluar UMNO untuk menafikan majoriti mudah BN? Sekiranya Kerajaan tidak dibentuk dengan Pakatan Rakyat maka akan diadakan pilihanraya semula.

Di atas tiket apakah Ahli Parlimen UMNO yang telah keluar itu akan bertanding?
Ahli UMNO sedia ada tidak akan beri peluang kepada yang telah keluar kerana ramai yang menunggu.

Majoriti Mudah BN akan Dinafikan?

Entah mengapa saya dapat merasakan bahawa Majoriti Mudah Kerajaan BN akan dinafikan dengan proses pengeluarkan Ahli Parlimen dari BN. Ianya mungkin berlaku tanpa Ahli Parlimen itu memasuki pakatan Rakyat.

Apa akan terjadi kalau majoriti mudah BN dinafikan oleh ahli parlimennya sendiri? Kerajaan tidak boleh lagi dibentuk dan kemungkinan pilihanraya parlimen lagi sekali.

Sekiranya inin berlaku, di harap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN.

Jangan Bermain Api dengan Nelayan Melaka

Adakah "Gila" sesuai untuk merujuk kepada tindakan seseorang umpama menutup telaga minyak yang masih mengeluarkan minyak?


Tersebut Al Kisah seorang pemimpin yang menutup sumber pencarian yang sejak dari dulu memanafaatkan rakyat negerinya hanya kerana ada sumber lain.

Oleh kerana Ikan tidak menguntungkan kerajaan Negeri secara langsung, akan tetapi ikan itu makanan. telah saya katakan jangan meletakkan harga pada makanan. Penutupan sumber makanan adalah sesuatu yang tidak logik ketika dunia sedang mengalami krisis makanan, dan mungkin suatu masa nanti krisis makanan akan menjadi lebih teruk.

Ini semua kerja gila.

Kalau ada krisis makanan, kau makan lah bijih timah itu. Gaulkan dengan nasi.
Itupun kalau nasi ada, kalau nasi tiada, Gaulkan bijih timah itu dengan komputer. Kunyah 4000 kali.

Sektor perikanan negeri Melaka tak popular seperti Trengganu kerana ia tidak dimasukkan ke dalam buku teks Ilmu Alam atau Geografi. Akan tetapi sejak beratus tahun yang lalu, Sektor perikanan memangkin rakyat melaka untuk terus hidup di samping sawah padi yang terbentang luas dari Merlimau sampailah Kandang.

2 sumber makanan itu menjadi faktor terus hidup oleh warga Melaka walaupun dibawha pemerintahan penjajah secara langsung.

Bekas Penjajah Portugis yang ada di Melaka rata-ratanya adalah nelayan.

Ini semua kerja gila.

Di Negeri Melaka, walaupun kecil, hampir semua muara sungai menjadi tempat pendaratan ikan.

Tidak mustahil, kalau pengangkutan laut menggantikan pengangkutan darat untuk bergerak antara Sempang Ke Bandar Hilir.

Google+ Hasbullah Pit