test

Jumaat, 5 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan

Kerajaan Perpaduan harus dibentuk oleh kuasa diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya "ihsan" daripada parti yang mempunyai kuasa penuh.

5 comments:

  1. Dipetik dari komen Anonymous (marahku.blogspot.com)

    Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

    Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

    Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

    Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

    Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

    Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

    http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

    Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
    negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berlaku di Turkestan Timur?

    Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan sama rata dan sama rasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep sama rata dan sama rasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawah Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

    Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.
    May 28, 2009 11:01 AM

    Sherry:

    Maaf mungkin komen ini terbabas sedikit dari Kerajaan Perpaduan, namun ia iktibar untuk Perpaduan Umat Islam dan Bangsa melayu.


    Wassallam.

    BalasPadam
  2. Usah dilayan sangat propaganda kapitalis British muka Melayu yang burukkan Komunis sebagai satu idologi, tetapi tidak menolak kapitalisme acuan british yang sudah terbukti kegagalannya.

    Mereka memburukkan komunis, tetapi membentuk perikatan dengan MCA yang ternyata mempunyai dikuasai Kuo Min Tang, kumpulan yang membuat keganasan ketika selepas pengunduran Jepun.

    Namun Hanya komunis sahaja dilabel jahat, Sekutu British Mereka, Kuo Min Tang tidak pula dilabel jahat.

    BalasPadam
  3. Apa bezanya PAS bentuk pakatan dengan DAP?

    UMNO banyak cacat, tapi ramai pemimpin dan ahlinya juga se-agama Islam seperti PAS dan ada yang ikhlas berjuang kerana Islam walaupun tak sehebat PAS.

    Tidak ada parti yg sempurna. Kalau dah perintah 50 thn tentu banyak hal2 baik buruknya boleh nampak, tapi yang belum memerintah macamana nak banding.

    Tapi DAP? Perjuangan DAP pertahankan ISLAM adakah lebih hebat dari UMNO seburuk mana pun UMNO?

    BalasPadam
  4. Kerajaan Perpaduan tiada kena mengena dengan samada parti mana yang jahat, mana yang baik.

    BalasPadam
  5. Ha..gaduh2..debat2.cakap2...mula2...cakap2..
    debat2..debat dan debat!!!
    Maaf...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit