Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu
sejarah baru dengan meneruskan agenda
pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik
dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk
memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di
peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada
masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains
dan matematik di peringkat asas ini mestilah
dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing-
masing.
Saya tidak pernah penyokong Satu Sekolah untuk Semua secara bulat, kerana ia bercanggah dengan apa yang perjuang Anti-PPSMI perjuangkan.
Pejuang anti-PPSMI mahukan bahasa ibunda bagi peringkat awal pendidikan.
Manakala Bahasa Melayu tetap dijadikan bahasa perpaduan dan bahasa ilmu peringkat tinggi.
Oleh itu saya menolak "Satu Sekolah Untuk Semua" tetapi mahu ianya digantikan dengan "Satu Sekolah Untuk Semua bermula umur 10 tahun".
APA BENDA NI BRADER...SEKEJAP ANTI PPSMI, PAS TU GUNA BAHASA ARAB UNTUK PEMILIHAN PERWAKILAN, AKU TAK FAHAM LA BRO, MUKTAMAR IS ARABIC WORD KAN?
BalasPadamSO WHY ANTI PPSMI????
"Muktamar" adalah istilah arab yang diserab sebagai Bahasa Melayu.
BalasPadam"Konvensyen" adalah berasal dari istilah Inggeris yang juga diserap sebagai BM.
Memang BM, bahasa perpaduan yang mampu menyerap mana-mana istilah.
Ketika tamadun Islam kuat dulu, banyak istilah arab diserap kedalam BM.
Bila tamadun barat kuat, banyak istilah Inggeris diserap.
Jadi apa masalahnya?
Anti PPSMI, kerana ia tidak menggalakkan ilmu disimpan dalam BM.
apa hal ni brader, brader ni kat negeri mana? Apa hal dgn PPSMI? Kejap anti kejap tidak nie...satu sekolah utk semua bukan menukar budaya tapi belajar di satu sekolah yg sama aliran iaitu berbahasa pengantar yg satu dan bahasa lain juga boleh diajar disana. Brader nak belajar bahasa apa? Cina, India, Melayu, Inggeris, semua ada. Semua dalam satu sekolah saja. Cuba brader beritau apa makna Sekolah Jenis Kebangsaan? Apa jenisnya dan apa kebangsaan nya?
BalasPadamHadi Aziz:
BalasPadamBila masa pula aku tidak anti PPSMI?
Apa yang saya fahamkan oleh penyokong SSUS ialah bahasa ibunda lain diajar sebagai matapelajaran, dan bukannya mata pelajaran adalah ada dalam aliran bahasa lain.
TAPI KENAPA PAS NAK MENGARABKAN SEGALA BENDA BRO, KITA PATUTNYA MENGISLAMKAN...BUKAN MENGARABKAN!!!
BalasPadamYAHUDI PUN ADA YANG ARAB BRO....ERRRR...
Parpu yang sengal,
BalasPadamSebab Bahasa Arab bahasa Al-Quran.. Bahasa utk semua umat manusia..
Kami anti-PPSMI sebab membelakangkan Perlembagaan Malaysia.. Macam mana nak perjuangkan Ketuanan Melayu kalau nak pakai Bahasa Melayu pun malu..
Bahasa Jiwa Bangsa..
Parpu Kari
BalasPadamDisebabkan British masih lagi belum jumpa jalan laut ke Tanah melayu.
Ilmu Arab sudah tiba ke tanah Melayu jauh lebih awal.
Jangan kaitkan satu sekolah untuk semua dengan belajar dalam bahasa ibunda, dua perkara yang berbeza dan untuk tujuan yang berbeza. Apakah tidak boleh belajar dalam bahasa yang berlainan di satu sekolah yang sama. Apakah tidak boleh belajar Sains dan Geografi di satu sekolah yang sama.
BalasPadamTujuan satu sekolah adalah untuk menanamkan bibit perpaduan dan memberi peluang anak2 dari berbagai kaum sedari kanak2.