test

Rabu, 3 Jun 2009

Kos Peniaga Kecil Mesti dikurangkan

Saya sokong sebarang langkah mengurangkan kos bagi peniaga kecil.
Sebagai contoh:

PEMANSUHAN YURAN PENDAFTARAN RM50 PENIAGA PASAR MALAM MPAJ


Saya belum sempat untuk mengkaji berapa banyakkan peniaga kecil, samada menyewa gerai, ataupun di kawasan lapang seperti pasar tani atau pasar malam.

Apa yang saya mahu ialah kosnya mesti minimum.
Kalau tidak selama-lamanya peniaga kecil akan jadi peniaga kecil.

RM 1 pun jadi isu, RM 3 pun jadi isu.

Tatkala berlakunya krisis ekonomi sekarang ini, berniaga adalah salah satu pilihan mencari pendapatan selain daripada terus menjadi pekerja.

Akan tetapi situasi di Pantai barat, tidak begitu mesra peniaga kecil berbanding dengan pantai timur atau Sabah.

Saya pernah ke Sabah 1 hari, untuk mengkaji sektor peruncitannya. Di dapati di sana lebih ringkas.

Di sebelah pantai Barat, jarang ditemui tempat yang di khususkan untuk "bentang dan berniaga".

Pasar Tani dan Pasar Malam biasanya menggunakan jalan raya sedia ada,
Jalan terpaksa ditutup untuk tujuan itu.

2 hari lepas Isteri saya pergi ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu menceritakan bahawa Wakaf Che Yeh itu lebih kurang sama konsep dengan Souq Jasin yang diimpikan itu.

Melihat akan gambar pada laman web MPKB, ianya kelihatan seperti tiada infrastruktur.


Wakaf Che Yeh


Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasarbasah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam.

Sekiranya wujud satu tempat, ada infra struktur sedikit, boleh sewa elektrik sedikit ikut hari. Ada bumbung tinggi yang disediakan oleh pemerintah atau penganjur pasar.


Maka ia memudahkan peniaga.
Peniaga yang "bentang" tidak perlukan khemah.


Automatik mengurangkan kos peniaga.


Di Melaka banyak infrastruktur perniagaan yang mati.
Digital Mall, Pasar Umbai,


Mengapa?
Kerana sewa kah?
atau orang Melaka tak suka berniaga berbanding Kelantan?


Namun andaikata Digital Mall dibenarkan untuk disewa pada kadar RM 10 sehari.
(mesti dikosongkan setiap hari)

Adakah ia mati?


Belum tahu lagi "Kota Fesyen" bagaimana nasibnya.




2 comments:

  1. dtg kelate x habaq. skang rase nye wkf che yeh dah punya struktur. tp cuma yg cacat, bila dibenar peniaga open table dpn premis perniagaan menjelang waktu ptg. smcm uptown/downtown. mpkb harus pk orang sewa kedai rm1k keatas tue ape rasa jugak. hrmfff!

    BalasPadam
  2. Sweet Thinker

    Saya belum tiba lagi wakaf Che Yeh itu, baru hantar peninjau sahaja.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit