test

Memaparkan catatan dengan label Kerajaan perpaduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan perpaduan. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Jun 2009

Saki Baki Cerita Kerajaan Perpaduan

Secara jujurnya, saya mendapati penerangan Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Pemuda PAS Melaka amat ringkas dah mudah difahami.

Jauh berbeza dengan pemahaman maksud "Kerajaan Perpaduan" yang diselewengkan.

Penerangannya ringkas,


"Semua parti membentuk kerajaan "

"Bila Pilihanraya semua parti lawan ikut lambang masing-masing"
"Lepas pilihanraya, semua parti masuk balik dalam kerajaan."


Namun  maksud "Kerajaan Perpaduan" yang diselewengkan pula yang popular dan mengakibatkan porak peranda.

Khamis, 18 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Jenis "Front" tak boleh serasi dengan Jenis "Coalition"

Saya memang sudah tulis tentang "Kerajaan Perpaduan", pada takrifan yang hampir sama dengan TGHH. Lebih kurang sama dengan Tok Pa cakap.

Sebelum ini banyak cerita "Kerajaan Perpaduan" di tempat lain, tapi kebanyakannya mengaitkan hanya UMNO-PAS.

Saya tidak tahu sangat samada cerita gomoi sebelum merisik itu benar atau tidak.
Anggaplah ia berstatus 'teori konspirasi' dulu.

Pada penulisan saya yang awal tentang Kerajaan Perpaduan ialah pada topik



Maka saya petikkan semula, kerana ia sudah terlalu lama (3 bulan yang lalu)


Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN

Itulah yang sering dianggap oleh ramai orang, apabila sebut "Kerajaan Perpaduan" maka ada yang kata "gabung" atau "Masuk BN".

Bagi saya ia tidak semestinya.

Kalau masuk BN ertinya disembelih.

Jadi kalau nak bentuk kerajaan perpaduan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah pecahkan BN, daripada satu bentuk Parti berdaftar yang terdiri daripada parti komponen, kepada parti-parti yang hanya membentuk pakatan.

Sekiranya perkara sebegitu tidak dilakukan oleh BN, maka lupakan dahulu kerajaan perpaduan.

Rasanya tidak salah PAS, DAP, PKR membentuk kerajaan dengan berpakat dengan beberapa komponen BN dan bukannya BN secara keseluruhan.

Maka eloklah parti komponen BN keluar dari BN untuk membentuk persekitaran politik yang lebih baik.

PAS, DAP, PKR adalah "Pakatan", atau nama Coalition.
Manakala BN adalah jensi 'Front'.

walaupun PAS,DAP,PKR membentuk pakatan sebagai Pakatan Rakyat, namun wujud ciri-ciri 'Front', dimana parti tidak bersaing pada kerusi yang sama dalam pilihanraya.

Dalam hal persaingan kerusi, kedua-dua BN dan PR adalah lebih kurang sama.
di dalam satu kerusi yang dipertandingkan, ada 1 wakil daripada BN dan 1 daripada PR.

Ini semua kerana PAS,DAP,PKR mahu "1 lawan 1".

Maka dalam BN akan wujud perebutan kerusi di antara parti.
Kerusi A UMNO mahu, Gerakan pun mahu.
Kerusi A DAP mahu, PKR pun mahu.

Undi orang UMNO kepada calon Gerakan, diterjemah sebagai sokongan kepada Gerakan.

Undi orang PAS kepada calon PKR, diterjemah sebagai sokongan kepada PKR.

Itu yang terjadi.

Selain dari itu, ada pula istilah "beri kerusi".

Kenapa pula seseorang pengundi itu tidak boleh menunjukkan sokongan sebenarnya kepada parti yang dia suka pada kertas undi?

Kenapa pula sokongan seorang pengundi kepada sesuatu parti, diterjemah kepada undi kepada parti lain?

Kenapa semua pengundi tidak boleh undi parti-masing masing?


Berbalik kepada 'Front' dengan 'Coalition'.

PAS,PKR,DAP adalah lebih bebas berbanding parti yang berada dalam BN,
Ideologi parti masing-masing dalam PakatanRakyat boleh dikekalkan.


PAS, PKR, DAP boleh membentuk pakatan dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.


Akan tetapi tidakkah pelik, dalam satu Pakatan PAS-DAP-PKR-BN, wujud pula satu Front yang mengandungi banyak parti.

PAS,DAP,PKR memang bermati-matian tidak akan duduk dalam Front BN itu.

Jadi sekiranya ingin membentuk Pakatan (coalition) yang lebih besar mengandungi parti komponen BN, maka Front BN itu perlu dihapuskan.

Maka barulah boleh bentuk Pakatan Baru untuk Kerajaan Perpaduan PAS-DAP-PKR-UMNO-Gerakan-PPP-PBB-MCA-MIC-PSM-bla-bla-bla.

Rabu, 17 Jun 2009

Sudah boleh cakap pasal Kerajaan perpaduan atau belum?

Sudah boleh cakap pasal Kerajaan perpaduan atau belum?
Sudah boleh buka mulut?

Selasa, 16 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Saya pun Benak Seperti Penarik beca

Sudah 2 kali Bang Bakaq mengaku benak, kerana tidak faham-faham maksud Kerajaan Perpaduan.


  1. Benak bab Kerajaan Perpaduan
  2. Kerajaan perpaduan: Memang bakaq benak hati, tak reti-reti
Bang Bakaq "benak" keraja terlalu mengkaitkan ianya dengan hubungan sulit dengan UMNO

Saya pun benak.
(sebut macam ayat 'saya pun Melayu")

Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan oleh TGHH, maka saya terlalu jauh lari daripada maksud asal.

  1. Saya benak kerana mengganggap Kerajaan perpaduan tiada kena mengena dengan UMNO.
  2. Saya benak kerana mengganggap ianya satu Penolakan terhadap Sistem Demokrasi Penjajah.
  3. Saya benak kerana mengganggap ianya sebagai satu reformasi sistem demokrasi 'menang kaut semua' kepada sistem yang menjamin peratusan kerusi mengikut peratusan undi popular.
  4. Saya benak kerana mengganggap ianya satu kaedah supaya tiada lagi "kerusi yang di beri"
  5. Saya benak kerana menggangap Kerajaan Perpaduan tidak semestinya masuk BN,
  6. Saya benak kerana mengganggap "Kerajaan perpaduan" sebagai satu percambahan idea.
  7. Saya benak kerana meletakkan syarat "Kerajaan Perpaduan harus dibentuk oleh kuasa diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya "ihsan" daripada parti yang mempunyai kuasa penuh."

Bang bakaq benak, saya lagi banyak benaknya.
Dia ada 2, saya ada 7.

Kepada pembaca blog, maaf dipohon sekiranya "kerajaan Perpaduan" yang ditulis di blog ini terlalu memberikan harapan tinggi kepada politik di Malaysia.

Saya tidak boleh jamin bahawa "Kerajaan Perpaduan" yang sebenar (versi TGHH ) sebagai satu penolakan terhadap Sistem Demokrasi British, perubahan ke arah perwakilan berkadar, menghapuskan budaya "beri kerusi", pembubaran BN dan sebagainya.

Saya tidak boleh jamin "Kerajaan Perpaduan" yang sebenar, meletakkan syarat yang jitu/'countable'/'measurable'/spesifik dan bukannya  "subjektif":-

Antara syarat itu ialah kerajaan BN perlu bersedia melaksanakan pemulihan terhadap demokrasi negara, sistem kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kebebasan media
Anda mahukan perubahan sistem demokrasi?
Kita bercakap menggunakan istilah lain.

Jumaat, 12 Jun 2009

Variasi Idea Kerajaan Perpaduan

Idea Kerajaan Perpaduan yang telah dilontarkan oleh TGHH adalah begitu umum dan menyebabkan banyak pertumbuhan idea Kerajaan Perpaduan versi masing-masing.

Saya sendiri mahu melihat bahawa BN itu perlu dibubarkan dahulu, dan sistem demokrasi 'menang kaut'semua ' perlu ditukar dahulu.

Namun wujud juga idea Kerajaan Perpaduan versi lain.

Antara yang menarik ialah Suhaizan, yang mencadangkan Kerajaan perpaduan Tanpa UMNO.

Ada juga cadangan lain supaya langkah awal untuk membentuk kerajaan perpaduan ialah dengan bersua dengan SAPP,


Ada juga satu cadangan yang lebih terperinci tentang Kerajaan Perpaduan oleh, Nash:



Variasi idea kerajaan perpaduan mungkin tidak timbul apabila ianya ditolak secara bulat, dan sering dianggap sebagai rundingan PAS-UMNO sahaja. Oleh itu, cambahkanlah lagi idea-idea Kerajaan Perpaduan versi anda sendiri.


Atau mungkin idea sastera anda sendiri?

Rabu, 10 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Ulama, Profesional,Dinamik, Konservatif,Progresif dll

Jika anda baca buku "ULAMA , Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan" tulisan Rudhian Mohamad Nor dan Mohd Fadli Ghani, anda akn melihat begitu banyaknya tindakan yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.

Terdapat juga penentangan terhadap penjajah, menggunakan faedah yang mungkin tidak terfikir untuk dilakukan oleh orang biasa, ketika itu.

Ketika Zaman Jepun Ulama dari Sumatera dan Tanah Melayu telah bersidang.

Sebelum itu, Ulama memimpin penentangan terhadap penjajahan Siam di Patani, utara Tanah Melayu.

* perlu diingatkan Patani adalah Bahagian utara Tanah Melayu, juga sebahagian tanah Melayu yang masih belum merdeka.

Di Terengganu Haji Abdul Rahman Limbong sebagai Sarekat Islam telah menentang British, di Kelantan ada Tok Janggut.

1947, wujudnya Persidangan Ekonomi-Agama Se Malaya yang seterusnya melahirkan MATA.

Akan tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini adalah kelihatan seperti Ulama tidak memimpin ke satu arah yang agak radikal.

Kegiatan adalah terarah kepada "mencari sokongan", "mencari sokongan", "mencari sokongan".

Ahli PAS seolah-olah tertunggu-tunggu arahan atasan, dan ruang vakum ini diisi oleh golongan aktivis supaya bergerak lebih laju untuk "mencari sokongan".

Ada pihak yang menggunakan label erdogan, profesional untuk menggambarkan golongan bukan ulama yang bergerak dengan pantas.

Pada persoalan "Ulama vs Profesional" bagi saya bukan status ulama atau profesional yang dipersoalkan, padahal semua orang PAS mahukan kepimpinan ulama jika ulama itu bersifat revolusyenis, progresif.

Tatkala berlakunya demam kepimpinan ulama tahun 80an dahulu, memang 'ulama' adalah sesuatu yang bersifat revolusi, pengaruh daripada revolusi ulama di Iran.

Akan tetapi ulama kini tidak serevolusyenis seperti dahulu. Tidak seperti zaman sebelum merdeka.
Gerak kerja pula terhad pada sistem demokrasi pilihanraya acuan penjajah, di negara yang sempadannya juga ditentukan penjajah. (perjanjian Inggeris Belanda 1924, Per. Inggeris Siam 1909, Suruhanjaya cobold 1963)

Tatkala kris ekonomi dunia meruncing, tidak pula kedengaran persidangan ulama khusus untuk mengatasi masalah ekonomi, pengeluarkan penyelesaian-penyelesaian supaya dipanjangkan ke golongan bawahan.

Perkara sebegitu pernah berlaku pada 1947, sehingga tertubuhnya PEPERMAS.

Tahun 2009, berlakunya idea Kerajaan Perpaduan.
Bagi saya ianya sesuatu yang bersifat revolusi, akan tetapi sukar pula diterima oleh orang bawahan.
Ianya disempitkan dengan pemikiran bahawa ianya seolah-olah "masuk BN" atau "bergabung dengan UMNO".

Walaupun ianya dilontarkan dengan ringkas, tiada kaedah yang spesifik, ianya adalah revolusi besar terhadap demokrasi di Malaysia ini.

Gerakan PAS sebelum ini terlalu menjurus ke arah Pakatan Rakyat, cuba menukar kerajaan dengan pilihanraya.

Kewujudan Pakatan Rakyat juga sesuatu yang boleh dipersoalkan.
Terlalu banyak parti yang duduk di dalam BN, sehinggakan PAS tiada pilihan lain di luar BN untuk bersepakat.

Adakah parti-parti komponen BN yang bukan UMNO di Sabah Sarawak semuanya macam UMNO juga?
Kebanyakkannya selesa di bawah BN.

Di Indonesia , PKS boleh berbincang dengan banyak parti politik, akan tetapi di Malaysia PAS hanya boleh berkawan dengan DAP dan PKR sahaja. PSM sekali.

Kalau Gerakan atau PPP atau PBB diluar BN, adalah lebih mudah untuk bersepakat dengan PAS.

Idea Kerajaan Perpaduan adalah ringkas dan umum, ianya lebih kurang persetujuan Korea Selatan dengan Utara tentang kemungkinan bergabung pada masa akan datang.

Suasana politik Malaysia sekarang memang teruk.

Apabila kuatnya Pakatan rakyat, wujud pula pihak yang terpengaruh dengan media Amerika supaya ada sistem ala Sistem 2 parti.

Sistem 2 parti adalah bukannya terbaik.
Pihak Kapitalis yang mahukan kontrak, hanya perlu tabur duit kiri kanan.
Parti Hijau pula tidak mendapat sebarang undi elektoral, walaupun dapat jutaan undi popular.

Maka salah satu keperluan sebelum wujudnya Kerajaan Perpaduan, ialah memastikan bagaimana peratusan undi popular diterjemahkan sebagai peratusan kerusi dan seterusnya diterjemahkan sebagai peratusan kuasa.

Bagaimana pula sistem demokrasi baru itu memastikan bahawa kerusi adalah satu "pemberian" yang menafikan hak sebenar rakyat?

Tidakkah lebih molek kalau sistem demokrasi itu sendiri menentukan siapa yang patut duduki kerusi itu sendiri?

Kaedah Perwakilan Berkadar mungkin lebih sesuai daripada sistem menang kaut semua yang kita gunakan sekarang.

Akan tetapi pemikiran hampir semua orang adalah seolah-olah sistem itu tidak boleh diubah.

Baru-baru ini saya pernah lontarkan, kenapa mesti setelah mendpat lebih 50% kerusi baru boleh bentuk kerajaan?
Mengapa tidak 60% atau 70% ?
Adakah ianya mesti tetap lebih drpd 50% tidak boleh diubah oleh mana-mana oraganisasi di Malaysia ini?
Perlukah kita taat pada sistem Parlimen Inggeris?

Sekiranya sistem perwakilan berkadar digunakan, ahli Parlimen BN hanya 51% di dalam parlimen.

Sekiranya perlembagaan mewajibkan supaya kerajaan hanya boleh dibentuk setelah mendapat 60% kerusi, maka BN tidak boleh membentuk kerajaan.

Maka Kerajaan perpaduan TERPAKSA dibentuk.

Maka lahirlah kerajaan perpaduan yang dibentuk bukan kerana ihsan daripada Pihak yang berkuasa penuh.

Situasi di Jerman agak berbeza, dimana setelah pilihanraya, tiada satu pun parti yang melepasi tahap 50% kerusi, maka Kerajaan Perpaduan antara 2 parti besar terpaksa dibentuk.

Situasi BN hari ini tidak membolehkan Kerajaan Perpaduan dibentuk. Jadi hari ini kita cerita-cerita sahajalah.

Untuk merealisasikan Kerajaan Perpaduan, Barisan Nasional itu perlu dibubarkan supaya ianya hanya sebagai satu pakatan dan bukannya parti berdaftar atau jenis "Front".

Maka selepas itu parti-parti yang di dalamnya bebas membentuk kesepakatan dengan mana-mana parti yang mereka suka.
Gerakan-PAS?
PPP-PKR?
UMNO-DAP?
PAS-PBB-PKR-PBS?
PSM-PPP?


Sebelum ini pun di dalam BN wujudnya perebutan kerusi antara parti komponen. Jadi biarkan Demokrasi sistem Perwakilan berkadar tentukan siapa yang menang.

Satu pengundi hanya boleh pilih satu parti sahaja, dan daripada situ penentuan peratusan kerusi ditentukan.


Jika idea kerajaan Perpaduan ini begitu bersifat revolusi, tidakkan "profesional" kelihatan sedikit konservatif?

Ahad, 7 Jun 2009

Kalau BN Setuju Kerajaan Perpaduan....

 Kalau BN sudah setuju dengan Kerajaan Perpaduan, sila tandatangani surat seperti di bawah:




Bahawa ini surat pada menyatakan maka adalah kita Najib bin Razak, Presiden UMNO, iaitu PM di Malaysia mengaku dalam surat ini bahawa sesungguhnya maka adalah dengan suka-suka hati kita telah menyerahkan negeri Malaysia ini serta dengan perintah-perintahnya sekali kepada Pakatan Rakyat , adanya.

Syahadan lagi adalah pula perjanjian Pakatan Rakyat kepada Najib: Maka jikalau kiranya Najib hendak berpindah dari negeri Malaysia ini ke negeri lain melainkan PR memberi hadiah tiga puluh tiga ribu ringgit dan kepada Muhyidin dua puluh enam ribu delapan ratus ringgit. Dan lagi, adalah perjanjian PR memberi belanja kepada kita pada sebulan seribu tiga ratus ringgit.


Najib
 Surat di tiru dari ..

Sultan Husin Syah Menyerahkan Singapura Kepada Tuan Crawfurd Dengan Suka-Suka

Jumaat, 5 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan

Kerajaan Perpaduan harus dibentuk oleh kuasa diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya "ihsan" daripada parti yang mempunyai kuasa penuh.

Rabu, 6 Mei 2009

Penarik Beca Mengaku Benak, Sedikit Perbezaan Kerajaan Perpaduan TGHH dengan Hasbullah Pit

Syabas kepada Bang Bakaq kerana mengaku Benak bab Kerajaan Perpaduan.

Saya pula sejak daripada mula timbulnya "Kerajaan Perpaduan", saya telah meneka apa maksud hati TGHH dengan hampir tepat.

Yang menghairankan, bukankah Bang Bakaq pembaca blog saya ?

antara tulisan awal saya berkaitan dengan Kerajaan perpaduan
TGHH orang tua, saya muda, jadi saya keras sikit.

Saya guna ayat "Tolak Sistem Demokrasi Penjajah", TGHH sebut "Kerajaan Perpaduan".

TGHH sebut Britain sebagai contoh,

"Kita telah mengalami masalah demokrasi yang semakin hari semakin menguncup termasuk dalam UMNO yang dilanda politik wang. Oleh itu saya mencadangkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik kerana ia bukan perkara baru. Kerajaan seperti ini pernah ditubuhkan di Britain, Afrika dan Indonesia," katanya

Manakala saya Tolak Inggeris.

TGHH mengatakan masalah demokrasi, saya pun sama.

Saya katakan sistem demokrasi Inggeris ini tidak adil.


Baru semalam saya tulis tentang hodohnya Sistem Demokrasi yang menebabkan kerusi boleh 'diberi'


Manakala dalam sistem demokrasi perwakilan berkadar, salah satu tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan undi yang membazir.

Saya pernah tulis tentang

Saya bukanlah mengajak anda semua untuk sokong secara bulat Sistem Demokrasi Perwakilan Berkadar. akan tetapi buat masa ini itulah sistem demokrasi yang paling adil. Tidak banyak undi yang dibazirkan.

Boleh lupakan masalah berebut calon, kerana masih boleh undi parti sendiri walaupun calon tak bertanding.

Di Jerman CDU/CSU menang pilihanraya, orang CSU/CDU jadi chancellor.
Tetapi parti yang kalah pun ada pegang kabinet.

CDU/CSU bentuk pakatan dengan FDP
SDP bentuk pakatan dengan Hijau.

Tapi dalam kertas untuk, semua orang boleh undi parti masing-masing.



Di Malaysia, kerusi boleh "diberi".

Tapi kalau guna sistem perwakilan berkadar, Kejadah apa nak beri kerusi kalau semua orang boleh undi parti masing-masing?

Khamis, 30 April 2009

Adakah Aku Juga Buat Kerja Bodoh dalam PAS?

Masih teringat-ingat petikan tulisan Nik Abduh tentang kerja bodoh dalam PAS.

Kali ini dipetik daripada kerja-kerja bodoh dalam PAS bahagian ke 2.


Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Sejak dari awal lagi apabila disebut sahaja "Kerajaan Perpaduan", saya terus mengutarakan maksud yang tidak benar.

Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah

Walaupun saya tidak pernah menggambarkan bahawa Kerajaan Perpaduan itu 'masuk BN' atau tubuh kerajaan bersama BN, namun saya telah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tidak benar.

Maka saya pun buat kerja bodoh juga?

Mana mungkin semua orang boleh fahami apa maksud 'Kerajaan Perpaduan' yang difahami oleh Tuan Guru Hadi Awang.

Maka tidak hairanlah kalau orang di sekeliling 'ayahanda' juga tidak memahaminya.

Saya tidak sangka pula 'Kerajaan Perpaduan' yang diperkatakan itu adalah 'ihsan' Barisan Nasional dan bukannya diperolehi secara hakiki. Masih lagi di bawah ruanglingkup sistem demokrasi sedia ada.

Saya terlalu jauh berfikir agaknya.

Mungkin ada perkara yang saya tahu, tetapi tidak difahami oleh 99% penduduk Malaysia.
Sekiranya perkara itu disampaikan secara salah di antara orang yang tidak faham kepada seseorang. Saya tidak rasa itu satu kerja bodoh.

Dunia demokrasi di Malaysia memang tidak adil.
48% undi popular tidak menjamin 48% kerusi.

Di Melaka PAS tidak menang satu kerusi pun. Peratusan kerusi 0% ia tidak bermaksud PAS melaka langsung tidak mendapat undi.

Kerajaan BN mendapat 100% kuasa di peringkat persekutuan, adakah ia membawa maksud bahawa 100% pengundi mengundi BN?

Sistem demokrasi ini perlu di tolak.
Sistem yang diwarisi oleh British.

Namun apa yang menyedihkan ialah walaupun 'Kerajaan perpaduan' diperkatakan, ianya masih dibawah ruanglingkup sistem demokrasi yang tidak adil ini.

Bagi saya, 'Kerajaan Perpaduan' adalah bukan soal antara PAS dengan UMNO, atau BN.

Saya tidak faham mengapa Tulang Besi begitu bergembira 'melondehkan Fraksi UMNO'.

Sebelum ini, Si Tulang Besi pernah mengatakan tentang 'Perpaduan Melayu'.
Pernah juga mengeluarkan hujah Apa Perlunya Kerajaan Perpaduan di Malaysia?

Seolah-olah menggambarkan 'kerajaan Perpaduan' itu adalah untuk 'Perpaduan Melayu', dan tidak perlu.

"UMNO", "Melayu", "BN" sebenarnya tiada kaitan langsung, sekiranya 'Kerajaan Perpaduan' sekiranya ia dilakukan atas dasar menolak sistem demokrasi British.

Eh, ada kaitan sedikit tetapi dalam arus bertentangan.

Disebabkan UMNO adalah penjaga kepentingan Inggeris di Malaysia, maka menyokong Kerajaan Perpaduan Hakiki dengan menolak Sistem Demokrasi British, adalah juga bermaksud menolak UMNO.

Bagaimana Tulang Besi boleh mengatakan penyokong 'kerajaan Perpaduan' sebagai Fraksi UMNO?

Adakah perlu saya melabelkan setiap orang yang masih akur dengan Sistem Demokrasi British termasuk TGNA & TGHH sebagai Fraksi British?

Tidak boleh, kerana maklumat belum  sampai.

Adakah perlu saya melabelkan setiap orang yang tidak faham konsep Dinar/Dirham yang terus menggunakan wang kertas sebagai fraksi Rothchild? atau "buat kerja bodoh untuk Rothchild?"

Selasa, 28 April 2009

Ulasan "kerja - kerja bodoh dalam pas"

Beberapa hari kebelakangan, tulisan Nik Abduh cukup menimbulkan kontroversi.

kerja - kerja bodoh dalam pas
Beberapa blogawan menyalin tepeknya tanpa ulasan.
Ada blogawan tersohor yang memberikan pautannya kepada saya melalui YM.

Namun, mungkin apa yang dibaca itu ditafsirkannya dengan maksud yang berbeza.

Saya tidak pasti bahagian mana yang terlalu menarik minat pembaca.

Saya hanya meminati bahagian petikan yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, yang menggambarkan bahawa dia tidak menolak Kerajaan Perpaduan secara bulat.

Bagi saya yang sudah lama mentafsir "Kerajaan Perpaduan" sebagai penolakan terhadap sistem demokrasi INggeris, maka bagi saya ianya perkara biasa.

Tidak timbul soal melaga-lagakan.

petikan menarik ....
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Kepala otak saya hanya mampu menafsirkan bahawa, Kerajaan perpaduan yang dimaksudkan ialah hanya ihsan daripada Kerajaan yang berkuasa penuh. Tiada unsur penolakan terhadap Sistem demokrasi Inggeris sedia ada.

Sekiranya BN memberi jawatan di Kementerian Kewangan dan Pendidikan sekalipun, kuasa masih pada Perdana Menteri.

Ketika saya mempersoalkan , mengapa Perdana Menteri mampu membubar sesebuah kementerian tanpa Mesyuarat Kabinet, Kebanyakan orang yang saya temui mengatakan 'Ya, PM mempunyai kuasa sebegitu'.

Jadi apa ertinya?

Kerajaan Perpaduan harus dibentuk bukan kerana ihsan parti yang berkuasa penuh, akan tetapi Perlembagaan yang membahagikan kuasa di antara parti-parti yang membentuk kerajaan.

Bukan kerana, siapa kuat bodek, atau siapa kuat desak. Akhirnya jadi pesta kurniaan jawatan Timbalan Menteri.



Apa ertinya kalau Kementerian Kewangan dan Pendidikan diberikan kepada Pakatan Rakyat, kalau ikut suka Perdana menteri membubarkan kementerian itu?

Jika anda tanya samada saya menyokong "Kerajaan Perpaduan" atau tidak, saya akan jawap "Tolak Sistem Demokrasi British dahulu".

Google+ Hasbullah Pit