test

Isnin, 30 Jun 2008

Saiful Bukhari Double Agent?

Saya sebenarnya malas nak layan Politik jenis melibatkan ahli politik tanpa melibatkan rakyat, rasa buang masa sahaja.

Saya lebih suka akan politik yang melibatkan permasalahan rakyat.

Awal pagi tadi saya sudah mual dengan tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari.

Saya memang sudah membaca sepintas lalu kisah-kisah Musang Berbulu Ayam di Blog Najwan Halimi. Kerana itu saya keliru samada ini konspirasi untuk menjatuhkan Anwar atau menjatuhkan Najib.

Tidak sangka pula Wan Azizah baru jumpa gambar Saiful Bukhari di pejabat Timbalan Perdana Menteri, walhal kisah musang berbulu ayam sudah lama tersiar di blog Najwan Halimi.


Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut. Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.

Untuk membaca "saiful di Blog Najwan Halimi" sila klik.


Tak sangka pula Wan Azizah baru tahu, atau dia buat-buat baru tahu?

Kisah Musang Berbulu Ayam sudah dipaparkan ketika bukan mac yang lalu.
Adakah Pemimpin PKR tidak tahu?

Adakah Saiful Bukhari itu "Double Agent" untuk Anwar dan Najib?

Adakah PKR sememangnya tahu Saiful ada kaitan dengan Najib dan kemudian merancang untuk menggunakan Saiful?

Belum ada kenyataan Polis untuk menangkap Anwar, Anwar sudah disorokkan kononnya nyawa terancam. Ada pula cerita ia disorok di Kedutaan Turki. Keluar pula gambar Saiful di pejabat TPM di Blackberry Wan Azizah.

Ini semua membuatkan saya merasakan ianya satu perancangan untuk menjatuhkan Najib berbanding menjatuhkan Anwar.

Apa untungnya Najib menggunakan tektik lama untuk menjatuhkan Anwar?

PakLah yang keluar di Kaca TV pagi tadi, dari raut mukanya memang tak tahu menahu tentang cerita ini. Berbanding Mahathir satu ketika dahulu cukup yakin Anwar meliwat.

Jadi, Mari kita beli popcorn atau maruku sambil menonton wayang double agent ala James Bond.

Pengakuan Liwat: Konspirasi Menjatuhkan Khairul Faizi?

Sejak adanya pengakuan yang dibuat oleh Saiful Bukhari kononnya dia diliwat oleh Anwar Ibrahim, maka banyaklah gambar dipaparkan menunjukkan siapa sebenarnya Saiful Bukhari.

Ada gambar di Pejabat Timbalan Perdana Menteri
Ada gambar bersama Mustafa Muhammad
Ada gambar bersama Shahrir Samad
.

Yang paling terkini adalah gambar bersama Khairul Faizi:


Hehehe.
Anggaplah ia sebagai gurauan politik murahan.
Jangan Marah ya Khairul Faizi.

Ahad, 29 Jun 2008

Permainan Politik Jenis Apa Pula ini?

PKR mendakwa bahawa Saiful Bukhari ditahan polis dan dipaksa membuat pengakuan liwat.

Saiful Bukhari itu orang Najib atau orang Anwar?

Politik jenis apa berlaku sekarang ni?

Adakah langkah pengakuan ini untuk menjatuhkan Najib atau Anwar?

Beli Sahaja PLUS

Pada Buletin Utama tadi, terdapat cadangan oleh orang MCA, (tak ingat nama) supaya Kerajaan Persekutuan membeli konsesi PLUS sekarang.

Disebabkan kejatuhan saham sekarang, maka harga yang perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan ialah hanya 3 bilion.

Dirt Cheap!

Bukan susah sangat.
Batalkan Jambatan Pulau Pinang ke 2, beli PLUS.

Bila Saya Nak Cuba Sokong Bantahan Ali Rustam Terhadap Debat Anwar vs Saberry

Ali Rustam baru baru ini membantah perdebatan Anwar Ibrahim dengan Shabery Chik di RTM.

Naib Presiden UMNO itu berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.

``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.

``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.

Atas dasar apa Ali Rustam nak bantah perdebatan itu? Hanya kerana dia menentang kerajaan, maka tidak boleh berdebat di Televisyen?

Kalau pemimpin kerajaan berdebat dengan Shabery Chik tentang isu harga minyak, itu bukan perdebatan namanya.

Bayangkan kalau ada Makcik UMNO nak sokong bantahan Ali Rustam ini, Makcik itu pun pening kepala atas dasar apa dia nak sokong Ali Rustam.

Adakah Dasar sekat media perlu disokong?
Apa kelebihan mempromosi dasar sekat media?
Menunjukkan kerakusan kuasa?

Saya rasa saya nak cuba sokong Bantahan Ali Rustam terhadap perdebatan itu, akan tetapi tak taulah pula atas sebab apa?

Makcik UMNO boleh guna dasar "sokong buta" sebagai sokongan.

Baiklah,
Saya sokong bantahan Ali Rustam itu kerana Shabery Chik tidak layak berdebat dengan Anwar Ibrahim dan Shabery Chik patut digantikan dengan Ali Rustam.

dan saya sokong bantahan Ali Rustam itu kerana saya pun nak masuk TV juga.

Sabtu, 28 Jun 2008

Pak Arab Kena Tipu lebih 20 Tahun

Ini adalah graf yang dipaparkan dalam wawancara Paul Van Eeden tentang punca kenaikan harga minyak adalah disebabkan oleh pembetulan kepada bekalan US Dollar berlebihan.



Oleh kerana Paul Van Eeden bukan islam, maka dia tidak mengambil berat soal umat Islam.

Apabila kita melihat pada graf di atas, ia menunjukkan bahawa harga minyak adalah terlalu rendah sejak 1986 sehingga 2008.

Warna kuning ialah harga minyak, dan warna putih adalah wang US Dollar yang dikeluarkan.

Pada tempoh 22 tahun itu, Amerika mempunyai lebih kuasa beli untuk membeli minyak daripada negara arab.

Harga minyak adalah "Dirt Cheap".

Bayangkan mereka ada banyak US Dollar akibat daripada cetakan sendiri, akan tetapi harga minyak adalah murah bagi mereka.

Mudah bagi mereka, nak minyak cetak duit lagi. harga tetap rendah pada tempoh 22 tahun itu.

Paul Van Eeden juga mempunyai graf sebegini untuk harga emas. Kena baca kisah konspirasi menurunkan harga emas dengan memalsukan maklumat bilangan emas pada bank pusat.

Dalam tempoh 22 tahun ini, Pak Arab kena tipu kerana menjual minyak pada harga yang begitu murah.

Negara pengeluar minyak patut berasa lega apabila harga minyak berada pada tahap sepatutnya.

Kalau ikut graf itu USD 120 adalah harga patut. Selebihnya barulah boleh salahkan sepekulator atau permintaan berlebihan dari negara China dan India.

Akan tetapi, akhirnya OPEC pula bersetuju tingkatkan pengeluaran. Mungkin Pak Arab akan kena tipu lagi?

Harga minyak di Malaysia tinggi? Itu hanya salah Dasar Matawang Ringgit.

Masih ingat lagi kenapa Saddam Menyerang Kuwait pada tahun 1992?
Perang teluk Pertama?

Ketika itu Kuwait sibuk mengeluarkan minyak melebihi kuota yang sepatutnya sehingga harga minyak rendah.

Jumaat, 27 Jun 2008

Mengapa Negeri Melaka Mempunyai Terlalu Banyak Syarikat Pelaburan?

Merujuk kepada laman web Yayasan Melaka, Ekuiti Hospital Putra dimiliki oleh banyak Syarikat milik Kerajaan Negeri Melaka(klik).

Mengapa 1 negeri yang kecil mempunyai begitu banyak syarikat milik kerajaan negeri?

1. Perbadanan Ketua Menteri - (70.55%)
2. Mediquest Sdn. Bhd. - (12.00%)
3. Syarikat Permodalan Melaka Sdn. Bhd. - (5.00%)
4. Yayasan Melaka - (5.00%)
5. Apex Pharmacy Holdings Sdn. Bhd. - (4.00%)
6. Kumpulan Melaka Berhad - (3.45%)


Negeri Johor ada JCorp.
Malaysia Ada Khazanah
Singapura ada Temasek Holding.

Tapi Negeri Melaka ada banyak anak syarikat.
Mengapa perlu ada Perbadanan Ketua Menteri yang berasaskan jawatan, kalau sudah ada syarikat pelaburan untuk negeri?

Adakah Perbadanan Ketua Menteri adalah milik penuh Ketua Menteri?

Patutlah akhir-akhir ini saya sibuk berpolitik, rupanya kalau dapat Jadi Ketua Menteri, dapat hospital.

Khamis, 26 Jun 2008

Inflasi Dollar Amerika, Rakyat Malaysia yang Tanggung

Ini ada lagi satu interviu Paul Van Eeden.

Untuk Makluman, Paul Van Eeden dulu pernah berkata dalam tahun 2006, harga emas beberapa tahun lepas adalah sepatutnya USD 850. Kenyataan itu berdasarkan berapa banyak USD dalam pasaran, berbanding dengan ketika USD ditambat dengan emas suatu ketika dahulu.

Sila tonton :



Paul mengatakan bahawa harga minyak sebenarnya mengejar bilangan USD dalam pasaran untuk mendapatkan harga sebenar. Dia mengatakan bahawa harga minyak sebelum ini memang terlalu rendah. Dan mengatakan bahawa seolah-olah harga minyak sebenar sekarang ialah nilai sebenar.

Mari kita ramai-ramai termenung seketika kalau hakikat harga minyak ialah USD 135 setong.

Negara lain yang kena tipu, simpan USD sebagai rizab kerana urusniaga minyak, Amerika sewenang-wenangnya mencetak duit. Inflasi USD dikenakan kepada sesiapa yang menyimpan USD tak kira siapa, tetapi duit yang dicetak itu milik mereka, bukan diagihkan kepada semua yang simpan USD.

Harga minyak dalam USD meningkat sehingga USD 140 itu hanya sekadar pembetulan kepada harga minyak yang rendah dalam USD akibat daripada USD atau "Greenback" yang dicetak ikut suka mereka.

Amerika menginflasikan matawangnya, 1 dunia kena kesan, tapi dia tetap ada duit.

Ada negara lain yang bodoh menambat matawang sendiri kepada USD, kemudian USD diinflasikan oleh Amerika, tetapi negara itu tidak mencetak matawangnya pada kadar yang sama dengan kadar Amerika mencetak duitnya.

Maksudnya negara itu secara menginflasikan matawangnya sendiri tanpa ada duit baru yang dicetak.

Negara Amerika, walaupun inflasi tetapi dia cetak duit dan ada duit.
Negara bodoh itu menerima kesan inflasi akibat tambatan dengan Amerika tetapi tak cetak duit dan menyebabkan bergaduh sesama sendiri.

"Syarikat minyak membazirlah"
"Pekerja Syarikat Minyak gaji kecil lah"
"CEO Syarikat Minyak gaji besar lah"
"Harga Minyak boleh diturunkan lah"
"Kenaikan harga minyak global lah"
"Subsidi patut diagihkan kepada sektor terntentulah"
.... (Sila senaraikan)

Bagi saya, alang-alang sudah mengalami inflasi sejak 1998, adalah lagi baik kita cetak ringgit lebih sikit dan agih kepada rakyat.

Adalah lebih baik inflasi dalam keadaan ada duit berbanding inflasi dalam keadaan tiada duit.

Penyembunyian inflasi dengan mengsubsidikan harga supaya ia murah satu langkah menipu diri sendiri.

Adalah lebih baik kita menerima hakikat inflasi tetapi dalam keadaan ada duit.

Cadangan Lim Guan Eng untuk beri RM 6000 setiap orang itu ada juga kebenarannya.

Walaupun kalau setiap kepala dapat RM 6000, kos keseluruhan bagi 27 juta penduduk adalah RM 162 bilion. Tiada duit? Cetak!

Bank Negara patut mencetak duit pada kadar yang sama dengan Amerika mencetak USD pada tahun 1998 hingga sekarang.

Memang kita akan kena inflasi tetapi kita ada duit. Daripada kena inflasi tetapi tiada duit.

Paul Van Eeden: Kenaikan Harga Minyak lebih Bergantung daripada Bekalan Wang Kertas berbanding Penawaran/Permintaan



Temuramah CNBC dengan Paul Van Eeden:

Paul Van Eeden mengatakan bahawa 90% faktor kenaikan harga minyak adalah disebabkan oleh peningkatan bekalan wang, berbanding faktor penawaran dan permintaan.

Faham?

Ayat mudahnya ialah Amerika cetak duit lebih, harga minyak dalam dollar naik.

Pada awal temuramah itu menunjukkan harga minyak naik dalam USD dalam 5 tahun kebelakangan naik 337%, berbanding dalam euro hanya 229%.

Ayat mudah, Amerika cetak duit lebih, kita mengelupur harga minyak naik.

Rabu, 25 Jun 2008

Kos Pengusaha Stesyen Minyak Meningkat

Ramai yang tak faham apa cerita disebalik kisah masalah pengusaha stesyen minyak sehingga ada ura-ura nak tutup stesyen pada 26 Jun, dan ura-ura tak membenarkan penggunaan kad.

Ketika ini komisyen yang pengusaha dapat ialah 3 peratus.
Sebenarnya sebelum kenaikan harga minyak, komisyen itu bukanlah 3 peratus, tetapi 4 peratus sahaja.

Kerajaan tidak turunkan peratus komisyen apabila menaikkan harga minyak, akan tetapi ianya berlaku automatik apabila komisyen yang dikira perliter adalah dalam unit sen per liter dan bukannya peratus perliter.

Setiap kali harga minyak naik, setiap itu peratus komisyen akan merosot.

Setiap kali harga minyak naik, setiap kali PDAM kena minta naikkan komisyen.
Komisyen yang naik hanya dalam bentuk sen per liter. Akan tetapi kalau dari peratus, ia merosot daripada asalnya 6% pada 90an ke 4 peratus tahun lepas dan 3 peratus sekarang.

berniaga apa yang dapat untung kasar 3%?

Itu ikut perkiraan tunai, dimana kononnya tiada caj kad kredit dan tiada pemeruapan.

kalau 3% tolak caj kad kredit antara 0.8 hingga 1 % tinggal 2 %.
bayangkan bank dapat percuma hampir 1/3 yang pengusaha dapat tanpa perlu gajikan orang di Stesyen, bayar bil elektrik, tanpa risiko pemeruapan.

Itu kalau petrol, Disel pula komisyennya amat-amat rendah kalau dikira melalui peratus dalam lingkungan 1.x %. Dipendekkan cerita pengusaha hanya menyediakan servis percuma untuk pembeli disel melalui kad kredit dengan terpaksa menampung gaji pekerja dan elektrik. Memang rugi.

Kalau nak dikira soal pemeruapan, secara automatiknya nilai minyak yang meruap akan naik. Sekiranya 1% drpd 300,000 liter meruap, pengusaha kehilangan RM 8100.00 berbanding dahulu RM 5760. Perbezaan RM 2340.

Kalau komisyen tidak naik, maka mana nak korek duit untuk tambahan RM 2340 yang hilang itu.

Sekiranya stesyen itu mempunyai peratusan penggunaan kad yang tinggi, ambil contoh 60%, kalau jualan sebulannya hanya 300,000 liter. Dia perlu membayar RM 4860.00

mari kira balik guna data di atas.
untung kasar kalau jual 300k liter = RM 24, 000 (nampak besar)
- tolak pemeruapan RM 8100
- caj kad kredit RM 4860
- gaji 10,000
baki = RM 1040.

Tapi bil elektrik belum kira, paling kurang pun RM 3,000. Itupun akan dinaikkan pada bulan julai.

Isnin, 23 Jun 2008

Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas

Padi tadi di Berita Harian, saya terbaca akan Ar-Rahnu PAS dibuka di Jalan Raja Laut hari ini. Maka bolehlah orang Melaka membeli emas dengan kadar upah yang paling minimum (Dinar Emas Kelantan) di Kuala Lumpur, tidak perlu pergi ke Kelantan.

Pada Surat Khabar yang sama ada menceritakan ura-ura nak kurangkan caruman pekerja untuk meringankan poket rakyat. Sekarang ini pekerja perlu mencarum 11%, suatu ketika dulu zaman gawat ianya pernah turun sehingga 9%.

Perbezaan 2 peratus itu sebenarnya besar untuk merancakkan ekonomi ATAU membezakan antara "bulan ini cukup makan atau tidak".


Menteri Kewangan II mengatakan kononnya ianya tiada beza, kerana ia akan mengurangkan simpanan hari tua.

Eh tunggu sekejap.
Kalau inflasi bulan ini 5%, dan dividennya 5%, ianya tiada beza.

Akan tetapi kadar inflasi negara ini bukanlah menunjukkan perbelanjaan sebenar kerana ia hanya menggambarkan sebakul barangan, maka kenaikan yang pengguna rasakan ialah lebih dari 5%.

Jikalau gaji seseorang itu RM 1000, pengurangan caruman 2% ialah RM 20.
RM 20 cukup bermakna bagi orang yang bergaji RM 1000 ketika ini.

RM 20 itu juga, kalau dilaburkan di KWSP, dividennya akan menyebabkan nilainya naik, andai kata menjadi RM 30 ketika pengeluaran dilakukan.

Dapatkah RM 30 ketika pengeluaran itu untuk membeli barangan bernilai RM 20 pada hari ini?
(bergantung pada kadar inflasi , nilai ringgit dan dividen pelaburan)

Apa ertinya simpan lebih RM 20, kalau nilainya tak dapat membeli barangan bernilai RM 20 hari ini?

Apa terjadi kalau nilai ringgit runtuh, seperti 1998? sehingga sekarang merangkak naik?

Jadi apa langkah KWSP menstabilkan caruman pencarum?

Maka timbul idea gila dari kepala otak saya.

Sila benarkan pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran untuk membeli emas, ala pengeluaran untuk membeli Unit amanah, dimana ketika pengeluaran selepas 55 tahun nanti barulah emas itu boleh diperolehi.

Bertujuan, sebagai pertahanan pencarum jika berlakunya krisis matawang.

Ahad, 22 Jun 2008

Demo-Demo Kenaikan Harga Minyak di Negeri Melaka

Demo Kenaikan harga Minyak di Negeri Melaka sudah banyak diadakan.

Demo yang Pertama
Lokasi: Melaka Sentral
Disebabkan masalah teknikal, ianya serentak serentak dengan Muktamar Pemuda PAS Melaka, jadi saya tidak dapat sertainya.

Demo yang Kedua
Di adakan di Masjid Tanah
Di adakan pada petang pada hari yang sama dengan Demo di Melaka Sentral.


Demo ke 3
Lokasi : "Pekan" Jasin


Demo ke 4
Lokasi Air Terjun Bukit Sebukur


Demo ke 5 akan diadakan.
Menurut Blog Muta Ligat, akan ada lagi satu demo akan diadakan pada 28 Jun, jam 3:00 ptg di Pintu Masuk Dataran Pahlawan, tidak pasti sebelah barat atau sebelah timur.

Saya bukan penganjurnya, hanya tukang sebarkan.

Ayuh Rakyat Melaka, jangan takut menuntut hak supaya kerajaan menjaga kebajikan Rakyat.

Jangan takut, Jangan rasa tertekan, lihatlah pendemonstrasi keriangan.


Saudara Damian senyum keriangan:-

Saudara Sofi Wahab juga senyum keriangan


Saya dan Fauzi juga turut keriangan



Tiada sebab, rakyat perlu takut.


Jikalau ada anugerah "Pendemonstrasi Paling Ceria", Pasti juri tidak dapat menentukan siapakah pemenangnya, antara mereka berdua:-


Dan, akhir sekali, pastikan anda mendapat tidur yang cukup.
hehehe

Sabtu, 21 Jun 2008

Merlimau Hanya "Pekan Kecil" Bagi Ali Rustam

Ali Rustam tulis di blognya.


Begitu juga dengan pekan kecil lain seperti Chohong, Sungai Rambai, Sungai Udang, Merlimau, Kuala Sungai Baru, Cincin, Lubok Cina dan lain-lain akan di bangunkan menjelang tempoh itu. Selain itu kita turut membina Bandar Kesihatan dan pendidikan di Gapam, Jasin seluas 800 ekar yang kini di buka peluang pelaburan kepada mereka yang berminat dalam bidang tersebut.

Ali Rustam begitu menghina penduduk Merlimau dengan menggambarkan ianya sebagai pekan kecil walhal ianya sudah bertaraf bandar sejak tahun 80an lagi. Taraf Bandar bagi Merlimau adalah berdasarkan kepadatan penduduk.

Ya, Rupa Merlimau memang seperti pekan kecil, ianya adalah disebabkan oleh dasar kerajaan negeri Melaka yang terlalu mementingkan pembangunan di daerah lain.

Pembangunan di daerah Jasin lebih tertumpu kepada "pekan" Jasin. Maka "Pekan" Jasin kelihatan lebih besar dan lebih maju akibat daripada segalanya yang melibatkan kedaerahan diletakkan di Jasin. Walhal hakikatnya lebih separuh penduduk daerah Jasin itu berada di Merlimau, (DUN Serkam, DUN Merlimau dan DUN Sungai Rambai).

Merlimau sepatutnya mengepalai Daerah Jasin, dan patut diberi nama Daerah Merlimau.

Walaupun tanpa penumpuan kerajaan negeri terhadap Merlimau, orang-orang Merlimau tetap lebih menonjol dalam sesuatu yang berkaitan dengan daerah Jasin.

Ahli Parlimen Jasin, orang Merlimau atau Jasin?
Ketua Pemuda PAS Jasin, orang Merlimau atau Jasin?
Blog Jasin Daily, orang Merlimau atau Jasin?

Perlukan saya lakukan kempen menukar nama daerah Jasin kepada Daerah Merlimau? Supaya rakyat yang lebih ramai penduduk di kawasan pantai lebih menikmati pembangunan?

Soalan Soalan Lazim Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat

S: Mengapa "Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat"?
J: Di atas kenaikan harga minyak ramai rakyat berasa susah sehingga tidak cukup makan. Permakanan rakyat adalah Tanggungjawap Kerajaan.

S: Adakah Nama "Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat Sesuai"?
J: Ia boleh juga dipanggil "Tuntutan Royalti Minyak Rakyat".

S: Mengapa RM 50 setiap orang, bukannya hanya untuk golongan tertentu?
J: Setelah 50 tahun merdeka, banyak agensi telah cuba untuk membantu golongan miskin, akan tetapi masih ramai yang miskin. Pengagihan melalui agensi akan menyebabkan ada pihak yang tidak dapat bantuan.

S: Adakah RM 50 setiap orang itu cukup meringankan beban golongan miskin?
J: Sebenarnya tidak, akan tetapi ianya jauh lebih baik daripada mereka tidak dapat langsung daripada sistem rebet dan sistem pengsubsidian supaya harga minyak turun.

S: Adilkah golongan kaya juga mendapat RM 50 ?
J: Memang tidak adil, akan tetapi dengan cara pengagihan menyeluruh dapat memastikan semua orang memperolehinya. Tatkala kenaikan harga minyak ini, anggaran kasar, 80% rakyat Malaysia berasa kesusahan. Proses pemilihan siapa yang patut dapat, akan menyebabkan kos yang tinggi.

S: Apa cara mengatasi supaya golongan kaya tidak perlu mendapat RM 50?
J: Setelah semua orang memperolehi RM 50 setiap bulan, pada fasa pertama, kemudian barulah dikeluarkan golongan kaya dari senarai semua orang.

S: Golongan Mahasiswa lebih memerlukan wang, RM 50 tidak cukup.
J: Apabila pengagihan secara samarata RM 50 dijalankan, maka pangkalan data penerima boleh diubah suaikan supaya golongan kaya dikeluarkan, golongan pelajar termasuk maha siswa akan dilebihkan, mungkin ke tahap RM 80.


S: Anak Yatim?
J: Sekiranya semua orang dapat RM 50 setiap bulan, Rumah anak yatim automatik berasa lega. Jika fasa kedua dilaksanakan, maka bolehlah anak Yatim memperolehi lebih pembayaran. Mungkin RM 100.

S: Ibubapa yang mempunyai anak yang ramai?
J: Automatik tanggungannya yang banyak itu diredakan dengan menerimaan yang lebih banyak.

S: Adakah RM 50 setiap bulan bagi setiap rakyat akan menyebabkan rakyat akan malas?
J: RM 50 setiap bulan tidak cukup untuk hidup senang, Rakyat tetap perlu bekerja. RM 50 setiap bulan hanya cukup untuk memastikan tiada sesiapa tidak cukup makan.

S: Bayi yang baru lahir?
J: RM 50 tambahan yang untuk bayi itu automatik meringankan beban ibubapa yang baru dapat tanggungan baru. Mungkin satu kaedah lain diperlukan untuk menentukan berapa banyak bayi bawah 2 tahun supaya mereka menerima lebih kerana mereka memerlukan susu.

S: Apa mekanisme pengagihannya?
J: Sistem di Bank diubah suai supaya rakyat tunjuk MyKad dan dapat duit.
Ianya juga boleh dipermudahkan dengan mengkaitkan MyKad dengan sesuatu akaun bank.
Sistem Bankkard juga boleh diubah suai supaya dengan MyKad boleh dapatkan pembayaran di ATM.

S: Adakah akan berlaku inflasi lebih besar?
J: Ya, Inflasi akan bertambah, akan tetapi inflasi itu akan kelihatan seperti satu kenaikan nombor sahaja apabila semua rakyat lebih berkemampuan berbanding dahulu.

S: Berapa anggaran kos Subsidi Makanan Rakyat?
J: Berdasarkan RM 50 setiap bulan, Hanya 16 bilion sahaja.

S: Adakah Subsidi Makanan bercanggah dengan PROTES dan GERAMM?
J: Ianya boleh seiring dengan syarat PROTES dan GERAM tidak menuntut supaya harga minyak diturunkan ke tahap terlalu rendah.

S: Harga beras tepung perlu diapungkan?
J: Sekiranya harga beras diapungkan, maka nilai RM 50 itu perlu ditambah sedikit.

S: Anak orang kaya yang masih belajar?
J: Pada pendapat saya, anak orang kaya patut dapat juga. Sekiranya ibubapanya kemalangan atau kematian, ia memudahkan mereka dijaga oleh pihak lain.

Jumaat, 20 Jun 2008

Naik Turun Kadar Faedah

Ada ura-ura kononnya kadar faedah akan dinaikkan untuk membendung inflasi.

Jangan tanya saya samada saya lebih suka kadar faedah naik, atau turun dalam mengatasi masalah ekonomi yang ada di Malaysia ini. Saya impikan dunia ekonomi yang tiada "kadar faedah".

Kenaikan atau penurunan kadar faedah itu hanya kaedah barat untuk turun naikkan inflasi atau rancakkan ekonomi.

Dr.M adalah peminat Kadar faedah rendah, kerana bila rendah rakyat boleh lebih meminjam untuk membeli belah dan rancakan ekonomi.

Sebenarnya kadar faedah rendah hanya sesuai untuk jangka pendek. Jangka panjang akan merugikan rakyat. Lihatlah berapa ramai pemilik kenderaan usang yang belum habis bayar?

Kadar faedah tinggi pula mengurangkan pinjaman baru.
Siapa yang meminjam ketika kadar faedah rendah, kemudian dinaikan akan pening kepala.

Bank tempatan cukup suka promosikan pinjaman ASB. sehinggakan ada yang mencadangkan jual yang lama, dan meminjam dengan kadar baru. Tapi rupanya kadar faedah akan dinaikkan.

Sesiapa yang merisikokan diri dengan membuat pinjaman ASB, baik jual sekarang.

Kalau Zetty nak naikkan kadar faedah untuk mengawal inflasi, ianya bagi saya tetap tidak berkesan kerana kenaikan harga barang bukan disebabkanpermintaan berlebihan, akan tetapi ia disebabkan nilai ringgit yang merundum berbanding matawang bukan-dollar dan disebabkan kenaikan harga minyak.

Inflasi, sebenarnya bukan satu masalah, kalau semua orang berkemampuan.

Sekiranya semua rakyat berkemampuan, inflasi berapa peratuspun akan kelihatan sekadar nombor di atas kertas.

Soal pokok sekarang ialah kemampuan rakyat, bukan nombor pada kadar inflasi.

Tahun 90an dulu inflasi naik tetapi tiada siapa merungut.

Disebabkan kadar faedah rendah ketika zaman setelah Anwar dipecat, ramai rakyat yang berhutang. Berapa ramai dikalangan kita yang asetnya melebihi daripada hutang yang mereka ada?

Saudara Adly, ketika ceramah di Bukit Tembakau suatu ketika dahulu berkata

Kalau tiada hutang, tapi ada duit 10 ribu dalam bank, kaya lah tu
Sekarang ini, ada ramai orang yang berumah cantik, kereta cantik, tapi tak kaya.

Itulah kesan daripada kadar faedah rendah yang digemari Dr.M dan rakyat Malaysia.

Tapi ia bukan ubat sebenar krisis kegawatan ekonomi 1998.

Kesan kegawatan ekonomi 1998 masih ada sehingga sekarang, yang paling ketara ialah nilai ringgit yang sudah separuh harga berbanding negara jiran.
Bapa kepada punca segala kenaikan harga barang.

Bank pun satu, mentang-mentanglah dapat untung ekstra setiap kali kenaikan harga minyak, suka benar mereka mempromosi kad kredit. Kelabu mata golongan sederhana tentang kemudahan kredit itu.

Kad kredit juga banyak membunuh kewangan individu yang terbabas.

Saya tidak percaya kenaikan atau penurunan kadar faedah untuk mengubati ekonomi.

Amerika pun dah pening, sekejap naik, sekejap turun.

Kalau disaat ramai rakyat berkemampuan, kenaikkan kadar faedah mungkin dapat mengurangkan permintaan terhadap "hutang". Tapi rakyat Malaysia penuh dengan golongan tak berkemampuan. Kenaikkan kadar faedah hanya memeritkan rakyat yang berhutang.

Kalau benar Bank Negara nak kurangkan permintaan terhadap "hutang", cantas sahaja had kredit bagi kad kredit, dan kurangkan pengeluaran kad kredit kepada rakyat.

Khamis, 19 Jun 2008

Demo Menuntut Kerajaan Membayar RM 50 Kepada Semua Rakyat

Walaupun Demonstrasi itu Membantah Kenaikan Harga Minyak, namun saya gunakan platform itu untuk menyatakan tuntutan saya yang mengagihkan Kekayaan negara dengan lebih adil.

Dan saya nyatakan dengan jelas tuntutannya.


Terima Kasih Kepada GAMIS kerana menyokong sesuatu yang hampir sama dengan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat.

Selasa, 17 Jun 2008

Pembayaran Gaji Kerajaan Berdasarkan Kalendar Cina

Memandangkan bila sebut Islam sahaja semua sudah kecut perut takut dipaksa memakai tudung ke pejabat.

Jadi, dalam isu pembayaran gaji dua kali sebulan, Tuan guru Nik Aziz telah mencadangkan pembayaran gaji mengikut kalendar hijrah. Mungkin ada yang fobia.

Jadi saya cadangkan pembayaran gaji dibuat pada hari pertama pada bulan mengikut kalendar cina.

Kalau siapa yang faham kaitan kalendar Cina dengan Hijrah, maka dia akan tersenyum.

Saya bukan Fobia Subsidi

Saya bukan Fobia Subsidi.

Kenapa?

Saya dikelilingi dengan Nelayan yang dapat subsidi, dikelilingi pemandu teksi, kenal rapat dengan pesawah.

Semasa pilihanraya, nelayan yang menerima subsidi itu yang bersama-sama memasang bendera PAS.

Nelayan yang terima subsidi itu yang memasang bendera PAS di telah Selat Melaka. Saya tidak suruh, mereka yang pasang sendiri.

Takkanlah pula saya berasa hina dengan penerima subsidi apabila saya rapat dengan mereka.

Bayangkan kalau nelayan turun ke laut dengan harga RM 1.92 seliter, adakalanya hasil tangkapan tidak pulang modal. Kerana itu mereka memerlukan subsidi. Inikan pula bila harga minyak RM 2.70.

Nelayan di eropah yang maju itu pun menuntut subsidi kerana sektor perikanan mereka tidak lagi menguntungkan. Walhal ikan dinikmati oleh semua orang dengan harga yang berpatutan.

Jika benar menerima subsidi memalukan bagi sesetengah orang, ada baiknya "Elaun Keraian" Menter itu ditukarnama menjadi "Subsidi Keraian".

Isnin, 16 Jun 2008

Jatuh Maruah Bila Sebut Subsidi, Tercabar Keegoannya

Terdapat satu ulasan di Tranungkite yang mengatakan perkataan Subsidi itu biadap.

PENGURANGAN HARGA = SUBSIDI ....(perkataan SUBSIDI ini perkataan biadap..walhal kita beli produk.....bukan dapat percuma terus!!!!! )

Apa bila saya mengatakan ianya memang subsidi, maka saya dilabel:

Dah hang tu MUKA SUBSIDI, sebab tu hang tak kisah....

Rupanya disebalik kehangatan "Tuntutan Turunkan Harga Minyak" rupanya ada manusia yang begitu fobia dengan perkataan subsidi.

Macam mana ni? nak harga minyak turun, tapi taknak guna nama "subsidi"?

Patutlah Tuntutan subsidi Makanan Rakyat tidak mendapat sambutan, mungkin kerana malu dan takut hilang keegoannya bila nak minta subsidi tapi nak minta turunkan harga minyak.

Mungkin saya kena ubah nama tuntutan itu kepada "Tuntutan Royalti Petroleum Rakyat", barulah yang ego itu tak berapa malu nak tuntut.

Jatuh martabat mereka kalau minta subsidi.

Petani di Negeri Jepun sejak dari dulu mendapat subsidi, tetapi mereka tidak berasa malu pun.

Rakyat Malaysia, yang baru nak bermewah, fobia dengan perkataan subsidi.

Kalau benar tak mahu terima subsidi, atas sebab takut hilang ego, maka belilah kenderaan disel dan beli minyak disel pada harga industri.

Tapi mereka yang takut kehilangan ego itu, mahu tuntut penurunan harga minyak, tapi tak mahu terima subsidi.

Bukankah itu pelik?

Nyatakan Bantahan Kenaikan Tarif Elektrik dengan "Cadangan Bodoh 2"

Mari kita ramai-ramai melakukan bantahan terhadap kenaikan Tarif Elektrik dengan melaksanakan "Cadangan Bodoh 2"


Iaitu:

Tepat pada jam 10 malam, pada 1 julai 2008, tutup semua sumber elektrik selama 1 jam.


Sila salin dan tepekkan catatan blog ini dan siarkan di blog anda sebagai tanda sokongan.

Ahad, 15 Jun 2008

Penjimatan Kerajaan Yang Membunuh Ekonomi

Langkah Kerajaan Persekutuan mengurangkan elaun keraian bagi menteri adalah langkah yang kelihatan baik. Akan tetapi apa ertinya kalau wang persekutuan dapat dijimatkan pada masa yang sama ia tidak sampai ke tangan rakyat?

Beberapa negeri pun turut mengikut jejak langkah kerajaan persekutuan untuk mengurangkan elaun keraian. Secara hampir serentak, semua negeri diperintah BN mengurangkan elaun keraiannya.

Negeri Pahang sempat memintas negeri Melaka, kerana membuat potongan elaun keraian yang lebih.

Yang peliknya, Negeri Sabah pun turut memotong elaun keraiannya, pada masa yang sama diberitakan Kerajaan Persekutuan pemberuntukkan jumlah yang besar kepada kerajaan negeri. Apalah penjimatan yang kerajaan Sabah dapat berbanding peruntukan bilion yang kerajaan Negeri dapat?

Kesemua langkah itu seolah-olah menunjukkan Negara berada dalam kegawatan ekonomi dan menakutkan pelabur.

Secara tiba-tiba sahaja orang yang suka boros, tiba-tiba berjimat.
Bukankah itu tanda kegawatan?

Pada masa yang lebih kurang, Perdana Menteri telah mengumumkan pengurangan perbelanjaan tertentu.

-Pengurangan hotel untuk sebarang majlis kerajaan.
-Agensi-agensi awam diarah menangguhkan perbelanjaan yang masih dalam perancangan.
-Pewujudan jawatan baru kecuali jawatan tertentu dan kritikal dibekukan.
-Sewa ruang pejabat baru atau tambahan, perpindahan pejabat ke bangunan lain atau membuat pengubahsuaian pejabat sedia ada tidak dibenarkan.
-Pembelian aset termasuk kereta, perabot, komputer dan lain-lain kelengkapan pejabat yang belum komited ditangguhkan.


Langkah "penjimatan" kerajaan secara tiba-tiba itu adalah umpama bunuh diri bagi sektor tertentu.

Saya bukan mengatakan penjimatan itu tidak baik, akan tetapi apabila penjimatan secara mengejut melibatkan sektor tertentu, maka akan berlakunya krisis ekonomi.

Kalau sememangnya kerajaan mempunyai dasar berjimat-cermat sejak dari dulu, maka tiada sektor yang tumbuh akibat daripada dasar pembaziran.

Apabila berjimat secara mengejut, sektor yang tumbuh akibat pembaziran itu akan menjadi mangsa.

Pengusaha hotel, pembekal komputer, pembekal alatan pejabat semua akan menjadi mangsa.

Ianya tidak baik untuk ekonomi.

Akan tetapi jika kerajaan benar-benar mahu berjimat, hanya perlu tetapkan sasaran penjimatan bagi setiap jabatan atau kementerian tanpa perlu menyatakan sektor apakah yang hendak dibunuh.

Berbanding dengan cara lama, ketika hujung tahun ,kesemua jabatan mahu berebut-rebut habiskan peruntukan supaya takut tahun depan dapat peruntukan sedikit.

Bagi saya, kalau benar mahu berjimat, maka tetapkan sasaran penjimatan peruntukan sebanyak 10% setiap jabatan dan jaminan bahawa peruntukan tahun hadapan tidak dikurangkan.

Sabtu, 14 Jun 2008

YB Salahudin Muda 10 Tahun

Ketika Piada Dunia 2006, apabila Zidane mempamerkan aksi menarik dan membawa kemenangan kepada Peranchis menumpaskan Brazil, ketika itu media memperkatakan bahawa "Zidane Muda 10 Tahun".

Itulah gambaran yang patut diberikan kepada YB Salahudin merujuk kepada Aksinya ketika demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di Kuala Lumpur semalam.

YB Salahudin Muda 10 Tahun.

Semalam, Peranchis telah tewas di tangan Belanda, menyebabkan terasanya kehilangan Zidane, Walaupun satu ketika dahulu Zidane pernah mengecewakan peminatnya dengan aksi menanduk Materizi sehingga dibuang padang.

Namun Zidane tetap wira Peranchis.

Kekalahan YB Salahudin ketika berdebat adalah umpama tindakan Zidane menanduk Materazi, dan Kesungguhan berdemonstrasi adalah umpama membawa Peranchis mengalahkan Brazil.

YB Salahudin tetap wira Malaysia.

Poster Tuntutan Untuk Demo



Demonstrasi "Tolak BN" atau "Bantah Kenaikan Harga MInyak"?

Setelah saya melihat gambar Demonstrasi "Bantah Kenaikan Harga Minyak", terlalu banyak poster "BN Turun Minyak Turun", ada juga kain rentang "Tolak BN".

Samar-samar sahaja "Turunkan Harga Minyak".

Ianya kelihatan seperti perarakan politik berbanding dengan "Bantah kenaikan harga minyak".

Jumaat, 13 Jun 2008

Pengorbanan Individu

Baru baru ini, terdapat satu cerita tentang bagaimana seorang muslimah, yang cuba untuk kerja di sektor swasta terpaksa berhenti kerana tidak sanggup untuk mengeluarkan notis berhenti kerja kepada pekerja yang tidak dibayar gajinya. Bukan seorang tetapi ramai. Pada masa yang sama muslimah itu pergi pula mencari pekerjaan yang lain.


Sebelum ini kedengaran cerita tentang seorang muslimah yang lain, berkorban menaja makanan kepada pelajar pada masa yang sama di status YMnya tertulis "lapar...".

Terdapat juga cerita tentang pengusaha stesyen minyak yang tetap menggajikan pekerjanya walaupun tahu perniagaannya pada bulan ini berkemungkinan besar kerugian akibat daripada kenaikan caj bank pada kad kredit yang bertambah akibat kenaikan harga minyak. Akan tetapi tetap menyediakan perkhidmatan kad kerana rakyat biasa bergantung pada sistem itu untuk mendapatkan subsidi.

Terdapat juga kes lain, pengusaha Stesyen minyak, merancang untuk memberikan gaji seumpama seorang pekerja itu bekerja pada bulan hadapan, walaupun ketika itu pekerja itu tidak lagi bekerja, hanya kerana nak menambahkan wang pada pekerja itu kerana dia tidak mampu untuk membayar perbelanjaannya ke Politeknik. Pada masa yang sama, pengusaha dihimpit caj kad kredit yang melampau, dan juga akan dikenakan bil elektrik yang bakal naik lagi.

Setakat mana pengorbanan individu boleh menampung kesusahan individu yang lain?

Kerana itu, saya menuntut Subsidi Makanan Rakyat, bukan untuk saya, tetapi untuk individu-individu yang susah. Tak mampu dibantu lagi oleh individu yang lain.

Sekurang-kurangnya, mana-mana pekerja yang tidak dibayar gaji oleh majikannya, mampu menyediakan makanan untuk tanggunggannya.

Khamis, 12 Jun 2008

Pesakit TB dan Langkah Kerajaan

Sila baca cerita ini kerana soalan akan diberikan selepas habisnya cerita.

Ketika saya terpandang dia , jalannya sudah pun longlai dan tubuh kurus itu kelihatan terhoyong-hayang.Tangannya mencengkam kuat dadanya.

Dalam petang samar-samar menghampiri Mahgrib, jalan diselekoh Stesen Komuter Shah Alam cukup sibuk dengan kenderaan yang mengambil dan menghantar penumpang.Jadi sewaktu bercerita rancak tentang kesan kenaikan harga minyak dengan suami yang memandu di sebelah ,tiba-tiba saya automatik menjerit kepada suami bila terpandangkan pakcik tersebut.Hampir-hampir sahaja kereta kami terlanggar dia yang berjalan lemah di tengah jalan.

Suami saya segera berhentikan kereta di tepi jalan(dan..hampir membuat sekatan kepada lalulintas lain).Saya nampak dia bertanyakan pakcik itu.Dan saya nampak gerak gerinya menawarkan kereta kami untuk ditumpangi.Dan jelas pakcik itu menolak tawaran suami saya.Saya lihat digenggam erat tangan suami saya sebelum dilepaskan.Lalu dia terus berjalan.Masih dalam keadaan mengheret kaki dengan lemah.Sekali sekala saya lihat dia berhenti.Memungut kembali tenaga.Menadah tangan memohon kepada Allah SWT mungkin agar diberikan kekuatan.

Suami saya yang kembali dengan hampa .Dia kata pakcik itu ingin ke PKNS.Mencari saudara terdekat yang bekerja sebagai Jaga (Security).Sekalipun seorang anak muda seperti saya ini tidak akan mampu berjalan kaki dari stesen komuter shah alam ke PKNS.Memang jauh.Apatah Pakcik ini yang kelihatan begitu tidak bermaya.Tetapi malangnya pakcik ini bertegas untuk tidak menerima pelawaan suami untuk menumpang kereta kami ataupun menerima wang suami saya untuk tambang teksi atau bas.

Saya ini pula yang bercampur risau dan sebak melihat dia melintas jalan.Kenderaan yang lalulintas pula kelihatan memperlahankan kelajuan memberikan laluan untuk dia melintas.Jangan fikir dia penagih dadah pembaca sekelian.Kalaulah saya dapat ceritakan wajah tersebut dengan lebih jelas lagi.Hanya yang mampu saya gambarkan wajah seorang tawakal kepada Allah dan tegas.Wajah yang gelap dipanah matahari tapi cukup berseri bagi saya.Serban dia kemas tersisip.Baju dia lusuh tapi bersih.Bahu dia memikul sebuah beg yang berat.

Apabila lihat dia memanjat flyover, suami saya segera memusingkan kereta menuju ke arah pakcik itu.Seorang anak muda dengan Gen-2 sudah sedia berhenti untuk membantu.Pun pakcik itu berdegil untuk meneruskan perjalanan dia tanpa bantuan kami.Dua tiga orang anak muda lagi termasuk suami saya memberhentikan kenderaan masing-masing untuk membantu dan memujuk.Pun pakcik itu berdegil.Kenapa ini Ya Allah..saya terasa geram pun ada,sedih pun ada dan selebihnya emosi seorang anak perempuan.

Airmata saya mulalah laju tanpa disuruh-suruh.Saya lebih tersentuh melihatkan kecekalan dan tawakal pakcik itu untuk meneruskan perjalanan.Apabila dia tidak berdaya, saya lihat dia berhenti dan menadah tangan.Berdoa semahu-mahunya.Seolah-olah segala kudrat tenaganya difokuskan kepada Allah SWT.Dan seolah-olah selepas itu dia mendapat sedikit tenaga dan meneruskan perjalanan.

Saya tidak tahu kenapa tetapi disaat itu saya terasa ingin sahaja sujud ditanah memohon ampun kepada Allah SWT.Pergantungan saya selama ini tidak pernah saya fokuskan betul-betul kepada Allah SWT.Saya ke hulu-ke lilir mencari tempat kerja baru.Lebihan lagi dengan kenaikan harga minyak kini kerana saya bimbang gaji saya yang tidak dinaikkan.Saya bergantung kepada gaji saya sepenuhnya!

Saya lupa bahawa yang mengerakkan seluruh jasad saya ini adalah Allah SWT..........bukan gaji saya.Allahu.

Dan pakcik itu menyembuhkan saya dari penyakit saya yang sombong kepada Allah SWT.Saya menangis semahu-mahunya di dalam kereta sambil dilihat oleh anak saya.Suami saya kelihatan serba salah.Mungkin dia ingat saya bersedih kerana dia tidak mampu tolong pakcik itu.

Allah SWT Maha Kuasa.Dalam saya menangis itu, pakcik itu bersetuju pula menaiki kereta suami saya untuk di hantar ke PKNS.Sebelum dia menaiki kereta kami, suami saya sempat menyuruh saya membuka tingkap kerana pakcik ini mempunyai penyakit TB.Dia diwadkan tetapi dia keluar kerana tidak mampu untuk membayar bil hospital kerajaan walaupun murah.Dia hanya penoreh getah dari Johor.

Saya tidak kisah dan saya tidak takut.Saya kata pada suami.Kita tawakal pada Allah SWT.

Kami hantar dia hingga ke PKNS.

Pakcik yang pesakit TB itulah yang telah menyembuhkan saya.Tetapi saya tidak sempat pula tanya nama dia.

Soalan

1. Langkah Kerajaan yang mana satukah dapat meringankan beban Pakcik itu?

a). Menurunkan Harga minyak supaya subsidi diberikan berdasarkan kepengunaan minyak ?
b). Pengstrukturan ssemula subsidi yang memberikan kelebihan kepada pemilik kenderaan.
c). Menunaikan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat.

Rabu, 11 Jun 2008

Bahasa Melayu Rancangan BOLOS Astro Ria

Kenapa pengacara perlu menggunakan istilah "korang" dan "diorang" sedangkan "anda semua" dan "mereka" bukanlah sesuatu yang sukar untuk disebut oleh pengacara berbayar itu.

Mengapa terlalu banyak penggunaan "ke" bagi menunjukkan maksud "atau" ?
Terutama sekali melibatkan Saluran Astro Ceria dimana ramai kanak-kanak belajar bahasa daripada situ?
Adakah ia memang disengajakan?

Sanggupkah Anda...

Minyak Sudah Naik
Tapi kita tiada duit.

Apa yang anda sanggup lakukan untuk Rakyat?

Sanggupkah anda...


... Warnakan rambut macam rambut dia.

Peluang Untuk Kempiskan Perut dan MengIslamkan Larian Jabatan Pulau Pinang

Saya tidak ingat dimana URLnya, tetapi saya pasti Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Larian Jambatan Pulau Pinang sendiri tanpa bantuan Persekutuan.

Semalam saya sudah berlari beberapa minit sebagai persediaan awal untuk menawan Jambatan Pulau Pinang dan untuk mengempiskan perut.

Saya nampak ada hikmahnya penganjuran sendiri Larian Jambatan Pulau Pinang oleh kerajaan DAP kerana PAS boleh meminta DAP untuk mengubahsuaikan waktu larian daripada sebelum subuh kepada selepas subuh.

Kalau tidak salah saya, sebelum ini larian bermula pukul 6 pagi, mungkin boleh dilewatkan ke 6:30 pagi dengan syarat kemudahan bersolat disediakan berdekatan dengan tapak perlumbaan.

Selain dari ini, Pemuda PAS Negeri Melaka boleh mengajak golongan muda mudi negeri melaka yang berbakat supaya dibawa ke Pulau Pinang sebagai mewakili Pemuda PAS Melaka. Rombongan 1 bas pun sudah memadai.

Selain dari itu, Pemuda DAP Melaka dan Pemuda PAS Johor pun boleh mengkempiskan perutnya.

Selasa, 10 Jun 2008

Ali Rustam Pun Nak Potong Elaun Keraian Juga

"Aku Pun Boleh Potong Elaun Juga"

Ini apa cerita?
Kerajaan Persekutuan, kalau Menterinya dipotong elaun keraian, maka wang kerajaan persekutuan boleh dijimatkan, kerana Wang persekutuan yang boleh digunakan untuk subsidi minyak atau subsidi lain.

Kalau Ali Rustam potong elaun dia , Exco dan Adun, duit kerajaan Negeri yang dijimatkan. Pada waktu yang sama wang kerajaan negeri Melaka yang banyak dibazirkan.

Lagi baik elaun itu tidak payah dipotong.

Jika 5 ADUN DAP Melaka dipotong elaun sebanyak RM 250 seorang, maksudnya RM 1250 dipindahkan daripada kawalan pembangkang kepada Kerajaan Negeri kawalan BN.

Err ADUN DAP dapat elaun keraian juga RM 2500 sebulan?

Kalau benar ADUN dan menteri berjiwa rakyat, mereka sepatutnya mendapat lebih peruntukan supaya mereka boleh bantu rakyat susah secara peribadi.

Adakalanya tanggungjawap ADUN melebihi jangkauan politik.

YB Salahudin Yang Mengecewakan

YB Salahudin agak mengecewakan apabila berada dikaca TV bersama Shahrir Samad. Sudah beberapa kali ditanyakan penyelesaian pengagihan subsidi akan tetapi penyelesaian yang diberikan adalah umpama menyalahkan kerajaan tidak duduk berbincang dan tentang ketelusan PETRONAS.

Cadangkan sahajalah subsidi itu diberikan kepada semua rakyat melalui subsidi makanan setiap orang bagi sebagaimana Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat.

Jika Shahrir Samad katakan mengapa cara itu sesuai, katakan sahaja ianya adalah subsidi menyeluruh kerana yang merana adalah poket rakyat, bukannya poket kerajaan persekutuan. Poket kerajaan persekutuan akan penuh kembali apabila PETRONAS mengumumkan keuntungan tahun kewangan 2007.

Cadangan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat adalah lebih baik daripada subsidi berdasarkan sektor A, kemudian sektor B , Sektor C, kerana pasti akan ada lompongan insan Rakyat Malaysia akan tidak menikmati subsidi.

Sebagai contoh yang nyata ialah Keterlupaan Shahrir Samad akan subsidi yang diberikan kepada teksi yang berpetrol. Belum lagi sentuh subsidi keatas jentera pembajakan sawah yang hanya digunakan ketika musim tertentu, dimana SKDS tidak boleh digunakan dalam bentuk kuota harian kerana ia digunakan pada musim tertentu sahaja.

Banyak kenderaan yang tidak didaftarkan sebagai "bas" atau "teksi" yang dijadikan sebagai pengangkut pelajar di kawasan luar bandar sudah pasti tidak mendapat subsidi, dan ini tidak adil. Pengstrukturan subsidi hanya boleh dilakukan selepas masalah-masalah ini diatasi terlebih dahulu.

Ini senarai lama perkara yang patut dikaji sebelum pengstrukturan subsidi.

Kalau Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat dipenuhi, maka ianya diibaratkan sebagai tampalan keatas kebocoran secara menyeluruh.

Berbanding dengan cara sedia ada Shahrir Samad, tampal sikit demi sedikit, tapi masih ada yang belum ditampal.

Shahrir Samad telah katakan kononnya subsidi ke arah pemakanan sudah ada, numun YB Salahuddin boleh balas balik. "Kalau bukan golongan petani, tapi miskin, mereka juga perlukan makanan".

"Golongan miskin yang tiada sumber pendapatan hendak dimasukkan kedalam sektor apa?". Sedangkan merekalah yang kita perlu kasi makan dulu.

Golongan pekerja ada MTUC boleh mintakan gaji minima, golongan miskin tanpa pekerjaan tiada persatuan khas.

Nak makan pun susah, inikan pula nak berpersatuan.

YB Salahudin juga boleh mencadangkan supaya adanya beberapa wakil daripada Pakatan Rakyat dimasukkan sekali kedapat Jawatankuasa Menangani Inflasi sedia ada, sebagai satu langkah apabila soalan dikemukakan.

Walaubagaimanapu, saya tak bolehkan menyalahkan Shahrir Samad dan YB Salahudin sahaja. Saya pun salah juga.

Saya lambat datang ke Muktamar Pemuda PAS Melaka, sehingga saya tak dapat sampaikan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat kepadanya supaya boleh diperdebatkan dengan Shahrir Samad.

Saya hanya sempat sampaikan secara lisan kepada Ustaz Kamaruddin Sidek, itupun setelah Muktamar habis.

Maafkan saya kerana saya gagal membawa agenda Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat sebagai Agenda PAS.

Penjimatan 2 bilion, Baca Berita Dengan Betul

Sila baca berita ini (sumber asal saya tidak pasti)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan empat langkah mengurangkan beban rakyat, termasuk mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri kepada 10 peratus.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memutuskan cuti anggota Kabinet yang ditanggung kerajaan selama seminggu hanya dalam negara Asean.

Tiga langkah lain ialah mempercepatkan bayaran rebat tunai mulai Sabtu ini bagi meraka yang membaharui cukai jalan pada April dan Mei, selain menambah kuota fleetcard untuk mengusaha pengangkutan dan menambah baik jaringan sosial.

Katanya, semua langkah itu dapat menjimatkan RM2 bilion yang akan digunakan untuk membayar bentuk bantuan lain kepada rakyat.


Artikel itu tidak mengatakan elaun keraian mencecah 2 bilion, yang 2 bilion itu ialah penjimatan setelah beberapa langkah dilakukan.

Shahrir Samad pun mengatakan elaun menteri itu tidak sampai 1 bilion.

PULAU PINANG 8 Jun - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional.

Sepatutnya, kata beliau, cadangan untuk menjimatkan wang kerajaan perlu difokuskan kepada aspek rasional dan bukan disebabkan oleh perasaan marah kepada menteri.

''Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun. Kalau elaun menteri sampai berbilion, saya rasa ada kesan.


Akan tetapi terdapat 2 topik yang sama di 2 forum mengatakan 10% Pengurangan Elaun Keraian,cuti Menteri mencecah 2 billion

Tranungkite

Mykmu (UMNO punya)

Semuanya mengiakan kononnya "10% pengurangan Elaun Keraian,cuti Menteri mencecah 2 bilion)"

Isnin, 9 Jun 2008

Shahrir Samad Terlupa Ada Teksi Yang Guna Petrol

Sebentar tadi baru diumumkan bahawa teksi menggunakan petrol akan mendapat subsidi (mungkin pada harga RM 1.43)


-Senarai kenderaan yang layak untuk menerima diesel subsidi akan diperluaskan, meliputi bas pekerja dan teksi yang menggunakan petrol.

-Senarai kenderaan yang layak untuk menerima diesel subsidi akan diperluaskan, meliputi bas pekerja dan teksi yang menggunakan petrol
Telah saya nyatakan dahulu beberapa perkara yang perlu dikaji sebelum perlaksanaan Pengstrukturan subsidi

Selagi Tuntutan Subsidi Makanan tidak dipenuhi, selagi itu akan ada lompong-lompong sektor atau individu teraniaya akibat kenaikan harga minyak.

Aku percaya banyak lagi lompongan yang terlupa diambil kira sebelum pengstrukturan subsidi.

Yang paling ketara sekali ialah orang yang tak mampu berkenderaan.

--

Sebentar tadi saya berborak dengan seorang pemandu teksi yang menggunakan petrol, dia mengatakan bahawa Persatuan telah lama memohon supaya teksi berpetrol mendapat subsidi namun tidak berjaya.

Sedangkan SKDS, telah lama ada untuk teksi yang menggunakan disel.

Begitu juga halnya dengan Nelayan menggunakan petrol. Nelayan menggunakan disel dapat dahulu, Nelayan bot sangkut yang menggunakan petrol hanya mendapat subsidi lebih kurang setahun selepas Nelayan disel memperolehinya.

Politik Bohong Membohong

Lihatlah senarai "Kekayaan" Kroni yang disimpan di Israel.

Name : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed Ali
Post : Wife of Prime Minister
Passport No. : D 173596 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : AGF-2192-2442-722-(X)
Amount : USD 4,000,000.00
Date of opening account : 25/06/95
Date of Maturity : 25/06/98
(Maturity continued to 25/06/2001)
Setelah saya mencari laman web "Israeli National Bank", tidak dijumpai.

Yang jumpa hanyalah "Bank of Israel", iatu bank pusat bagi kerajaan haram mereka.
Melihat akan senarai bank yang ada di Wilayah Palestine yang dirampas Israel, hanyalah:

Tidak ketemupun "Bank of Israel".

Kalau media perdana sering berbohong, ia akan menyebabkan "total rejection" oleh sesetengah orang.

Kalau blog berbohong, akan terjadi nanti "total rejection" oleh sesetengah orang.

Sindrom "Jangan Percaya Internet" , "Jangan Percaya blog" berpunca daripada benda-benda sebegini.

SMS tidak bertanggungjawap berunsur jenaka ketika krisis kenaikan harga minyak

SMS tidak bertanggungjawap berunsur jenaka ketika krisis kenaikan harga minyak:

Apa yang hendak diributkan, GP Kanada kan sudah jadi milik kita.

Kemudian dibalas dengan:

Kah Kah Kah. Menang sorak kampung tergadai. Itulah kisah orang melayu


Akibat marah akan kekalahan Nick Heidfeld keatas Robert Kubica (Poland), Pasukan Bola Sepak Jerman Terus membenamkan Pasukan Poland, 2-0.

Saya tidak Pasti samada Rakyat Poland bergembira atau tidak, itulah pertamakalinya rakyat Poland memenangi GP F1, pada masa yang sama pasukan bolasepaknya kalah.

Yang Pasti, Rakyat Poland tidak rela meletakkan keris di benderanya.

Ahad, 8 Jun 2008

Nasib Pengusaha dan Penumpang Bas = Budak Sekolah Bergeselan

Suatu ketika dulu terdapat satu berita tentang Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia (PMBOA) mahu menaikkan kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sebanyak 100 peratus berikutan peningkatan kos operasi dan alat ganti.

Khairul Faizi, selaku penumpang bas tegar menceritakan dilemanya sendiri untuk menaiki bas kalau tambang bas naik 100%.

Pengusaha bas adalah rakyat, penumpang bas juga adalah rakyat.

Kemudian di Buletin Utama tadi, ada pengusaha Bas mengatakan bahawa kuota yang diberikan dalam skim SKDSnya sudah habis digunakan. Jadi dia terpaksa membeli minyak pada harga tinggi juga.

Kementerian tidak mengkaji dengan lebih lanjut samada adakah semua bas yang menikmati harga RM 1.43?

Tindakan PMBOA untuk memohon kenaikan tambang juga tidak berpatutan.

Bagi saya PMBOA menuntut supaya:-

Harga minyak Disel yang dibelinya diturunkan sehingga RM 1.00 berbanding RM 1.43 DAN menuntut supaya kuota disel pengusaha bas itu dinaikkan supaya tiada pengusaha bas yang terpaksa membeli minyak disel pada harga biasa.

Bagi pengusaha Bas Sekolah, Mungkin harga minyak bersubsidi untuknya perlu diturunkan sehingga 80sen.

Sampai bila pelajar-pelajar kita nak berhimpit-himpit antara lelaki dan perempuan di dalam bas usang?

20 sen itulah harga bagi memisahkan samada ada pergeselan berlaku atau tidak.

Berapa Banyak Subsidi Minyak Yang Syarikat Asing Perolehi?

Politik Tutup Periuk Nasi semakin hebat, sehinggakan ada pihak nak boikot. Seolah-olah PETRONAS yang tarik balik subsidi bukannya Kerajaan Persekutuan.

Subsidi oleh PETRONAS dalam NGV tidakpun ditarik balik. Rakyat tak pernah pun persoalkan kenapa Syarikat minyak asing yang juga ada mengorek minyak di Tanah Malaysia kenapa tak beri subsidi.

Anil Netto mungkin baru tahu yang Kerajaan juga memberi subsidi kepada syarikat minyak asing, lalu bertanyakan berapakan subsidi yang syarikat minyak asing perolehi.

there are actual subsidy payments to the oil companies - the difference between the market price and the price at the pump. (Does that mean we are also paying foreign oil companies a subsidy for the privilege of selling oil in the domestic market at a discounted rate?) Now, what I want to know is how much did the government pay to each oil company in subsidies? Come on, give us the full picture, the breakdown of subsidies to each oil company, facts and figures.

Jadi saya pun nak tahu juga berapa banyak sebenarnya subsidi kepada shell, essomobil, caltex, bhpetrol perolehi pada tahun 2007.

Yang saya kuatiri ialah sebarang pemalsuan maklumat oleh syarikat asing akan menyebabkan wang negara jatuh ke tangan pihak asing secara tanpa disedari.

Mungkin ahli Parlimen boleh utarakan soalan ini untuk sesi akan datang.

Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat

Rakyat menuntut hak rakyat supaya kerajaan bertanggungjawap untuk menjaga kebajikan Rakyat.

Rakyat menuntut Subsidi Makanan Rakyat sebanyak RM 50 setiap orang bagi setiap bulan daripada penjimatan Subsidi minyak.

(Kos tak sampai 15 bilion setahun)

Sabtu, 7 Jun 2008

Politik Tutup Periuk Nasi

Ini semua kerja gila.
Sejak akhir-akhir ini kelihatan PETRONAS yang bersalah kerana sebab-sebab berikut:

Harga minyak Naik
Terengganu kehilangan royalti.
Projek yang melibatkan kroni.

Maka dikoreklah lagi cerita-cerita untuk menyalahkan PETRONAS sehinggalah gaji pemain muzik pun diceritakan.

Macamlah semua keuntungan PETRONAS itu hanya daripada hasil minyak yang dikorek di negara Malaysia sahaja. Sejak bila pula Malaysia mempunyai kedaulatan keatas Sudan sehingga rakyat malaysia boleh sesuka hati mempersoalkan setiap perbelanjaan PETRONAS?
Stesyen Minyak Jenama Engen Di Afrika Selatan ambil minyak dari Terengganukah?

Baru-baru ini banyak topik di Tranungkite mempersoalkan pelaburan PETRONAS untuk menguasai LNG di Australia.

Saya nampak perkara itu sebagai satu perkara positif, dimana PETRONAS akan menguasai LNG. Maksudnya, kita akan boleh kawal harga LNG, bukan lagi negara barat.

NGV di Malaysia semuanya disubsidikan oleh PETRONAS bukannya kerajaan Malaysia.

Kenapa tak persoalkan kenapa Shell tak subsidikan NGVnya?
Shell berani berniaga dalam kerugian semata-mata untuk kepentingan rakyat Malaysia?

Kenapa tidak menyalahkan BHPetrol kerana kesalahan harganya walaupun KPDN telah mengarahkan supaya menjadikanya sebagai RM 2.70?

Semakin banyak PETRONAS dipolitikkan, semakin bahaya negara kita.

Sewenang-wenangnya Lim Guan Eng nak gunakan duit PETRONAS untuk jambatan kedua Pulau Pinang.

Sewenang-wenangnya Anwar Ibrahim nak gunakan keuntungan PETRONAS untuk turunkan harga minyak.

Duit yang PETRONAS patut bayar, telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan.

Tugas kerajaanlah yang menyalurkan kepada rakyat, tak semestinya dalam bentuk penurunan harga, tetapi boleh juga dalam bentuk Subsidi Makanan.

Mengikut perkiraan saya, hanya 13.8 bilion sahaja diperlukan untuk meringankan beban rakyat seluruh peringkat tanpa mengira kaum.

Duit yang PETRONAS telah bayar jauh lebih banyak dari itu.

Ianya salah Kerajaan Persekutuan yang menyebabkan rakyat menderita.

saya mendapat komen berikut:

Woi.. BAHLOL, ko bagi komen tak berpijak dibumi yg nyata. Kalu betul la dia buat pelaburan untuk beri keuntungan kepada kerajaan malaysia, kenape si Bodolah tu gi naikkan rege minyak? Sepatutnye kerajaan dah boleh menyerap lonjakan rege minyak dunia tu dan tak perlu kurangkan subsidi. Pengurangan subsidi ini akan membolehkan kerajaan berjimat sehingga 13 billion. Untuk ape? Bodolah tak penah bgtau pun untuk ape duit tu.
Aku nak tanye ko la wahai si BAHLOL, ko kate dia akan dapat keuntungan selepas beli stake syarikat ni. So, ada ke dia akan turunkan balik rege minyak tu? Yela kan, dah ade banyak duit. Mestila boleh cover balik subsidi yg dah dipotong tu. Tapi, ikut pengalaman yg lepas2, bila dah naik takkan turun2 dah.

Mungkin ramai tak nampak, sebenarnya PETRONAS adalah alat bagi Malaysia untuk menguasai dunia, tanpa syarikat minyak yang kukuh, kita akan jadi macam Pak Arab yang banyak minyak, tetapi syarikat minyak negaranya hanya pandai korek sahaja.

Tak pandai membina jenama, menghasilkan produk pengguna.

PETRONAS sudah beli FL Selenia supaya menguasai pasaran pelincir dan teknologi pembuatannya.

Kalau Rakyat Malaysia selalu sangat mempolitikkan PETRONAS hanya kerana korek minyak di Malaysia, rasanya. Akta kemajuan Petroleum perlu diubah supaya hak mengorek minyak di Malaysia diberikan kepada anak Syarikat PETRONAS yang baru khusus untuk carigali di Malaysia.

sebagai contoh "PETRONAS Carigali Tempatan Sdn Bhd".

Kalau nak politikkan, Politikkanlah anak syarikat itu sahaja. Kalau terlungkup pun, terlungkuplah anak syarikat itu sahaja.

Jumaat, 6 Jun 2008

Pandangan Beberapa Pihak Tentang Perjudian Celcom

Ampun maaf jika ayatku ini ketika menceritakan tentang perjudian celcom keterlaluan,

Tak perlu tanya ulama, dah terang ianya perjudian yang mempertaruhkan RM 5.

Tak sangka pula ada banyak pihak yang tidak menyangkakan ianya perjudian. Ingatkan semua tahu.

Untuk tidak mengelirukan, bukan saya yang pandai-pandai mengatakan ianya perjudian, walaupun ia jelas perjudian.

Untuk rujukan,

Mufti Perlis juga mengatakan Ianya Haram

Ustaz Zaharudin pun kata sebegitu.


Terdapat 1 topik khas isu ini di Tranungkite.
Celcom tawar 100 Camry - Perjudian Terancang





Namun Celcom menafikannya

Peraduan tiada unsur judi - Celcom

KUALA LUMPUR 5 Jun - Celcom (M) Bhd., (Celcom) mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta kerana ia tidak mempunyai unsur perjudian seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.






Kekecewaan dalam Pengstrukturan Subsidi Minyak

Ada pihak yang kecewa dengan tindakan mengejut Shahrir Samad melakukan "Pengstrukturan Subsidi Minyak" yang begitu "serta merta".

Saya menjangkakan mereka hanya mengumumkan langkah pengstrukturan sahaja untuk dilaksanakan ogos.

Maka cukup masa untuk cendekiawan negara untuk menokok tambahkan pengstrukturan itu supaya ianya akan lebih elok.

Sebagai contoh,
1. Kaji semula nilai ringgit sebelum pengapungan harga minyak.

2. Perluaskan SKDS jika subsidi dihapuskan. Ada banyak lagi lori yang belum guna SKDS.
Saya difahamkan ada lori syarikat pengangkutan yang tak dapat harga RM 1.43

3. Mungkin ada SKDS khas untuk Petrol bagi pemandu teksi yang menggunakan Petrol.
SKPS? Adakah teksi berpetrol sesuai untuk menggunakan sistem seperti ENelayan?

4. Cara pengagihan subsidi yang dijimatkan itu kepada manusia dan bukannya kenderaan. (Kupon Subsidi makanan vs Rebet kenderaan)
5. Nilai subsidi kepada rakyat juga perlu dikaji, samada 15 bilion atau lebih atau kurang, bukan sekadar rebet kenderaan yang menguntungkan orang berkenderaan sahaja.

Banyak lagi benda nak kena kaji sebelum perlaksanaan.
Aku berharapkan pada penguman hari itu, hanyalah satu perbentangan langkah bukannya perlaksanaan serta merta.

Kesan terhadap pengusaha minyak perlu juga dikaji.
Adakah beban caj kad kredit akan meningkat, Adakah komisyen cukup untuk terus hidup, adakah sistem komisyen akan bertukar kepada sistem yang berasaskan peratus harga bukannya berdasarkan sen per liter.

Agak pelik kalau perkara ini semua dikaji selepas ianya dilaksanakan.

Khamis, 5 Jun 2008

Kefobiaan CheDet Terhadap Pengapungan Matawang Ringgit

Che Det telah membuat satu catatan blog berkenaan harga minyak turun menceritakan bahawa kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 peratus dalam Ringgit Malaysia.

Dipendekkan cerita, kalau harga minyak sebenar ialah RM 2.70, nilai ringgit naik 20%, maka harga minyak itu hanya RM 2.16

Che Det dan saya menggunakan teori yang sama iaitu naikkan ringgit supaya harga minya sebenar dalam ringgit itu turun. Maka tak perlu fikir "subsidi" sangat kalau perbezaan harga minyak runcit dengan sebenar hampir tiada beza.

Sekiranya Ringgit meningkat sebanyak 30%, harga minyak RM 2.70 ialah RM 1.89. Maksudnya harga minyak boleh turun.

Akan tetapi bukan dengan cara murahan Anwar Ibrahim untuk "tambah subsidi guna duit PETRONAS". Akan tetapi dengan mengukuhkan ringgit.

Saya sudah berkali-kali menulis tentang meningkatkan nilai ringgit supaya masalah ini dapat diselesaikan atau dikurangkan. Dan pernah juga saya menyuarakan perkara sebegini kepada Bekas Menteri KPDN suatu ketika dahulu.

Kembali kepada catatan Che Det yang mahukan ringgit dinaikkan untuk mengurangkan harga minyak dalam Ringgit.

Dia mempersoalkan seolah-olah kerajaan telah mengapungkan Matawang Ringgit, dan menyebabkan ianya tidak stabil. Setahu Saya Ringgit belum diapungkan sepenuhnya lagi. (Mungkin saya salah)

Dia juga mengaku supaya "menasihat" seorang menteri supaya ringgit tidak diapungkan

Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.

Makin pening nampaknya, Adakah Ringgit telah diapungkan atau tidak?
Mengapa Che Det begitu fobia dengan pengapungan Ringgit hanya kerana krisis 1998.

Che Det begitu menyalahkan Kerajaan kerana mengikut telunjuk IMF, sedangkan rasanya Ringgit belum diapungkan.

Jadi apa langkah nak dinaikkan nilai Ringgit supaya Rakyat tidak pening akibat perbezaan ketara nilai petrol dalam ringgit dengan kuasa beli yang kita ada?

Jadi Jika Che Det mengaku mempengaruhi menteri supaya tidak apungkan ringgit, Jadi Che Det juga terlibat dalam menyebabkan nilai ringgit kita masih rendah.

Dipendekkan cerita, rakyat tak peduli apa punca kenaikan harga minyak, rakyat tak berapa peduli kalau minyak mahal dalam keadaan semua orang mampu.

Ini soal kemampuan bukan berapa harga minyak itu.

Jadi kalau minyak mahal, ada 2 cara.

Turunkan harga minyak
(akan ada kebocoran subsidi dibawa kenegara asing)
ATAU

membuatkan rakyat menjadi mampu dengan adakan subsidi makanan
(akan ada sedikit inflasi, tetapi golongan miskin tak berkenderaan lebih terbela)




Harga Minyak Diturunkan

Saya baru dapat SMS bahawa harga minyak diturunkan ke 270.4 sen seliter ke 270 sen seliter berkuat kuasa pada tengah malam ini.

Baru saya nak kaji mana datangnya 0.4 sen pada harga minyak itu.
Kementerian sudah ada langkah nak mengelakkan "kekeliruan".

Nampaknya kerajaan telah membuktikan bahawa mereka suka mengganggu "tengah malam jumaat" bagi pengusaha Stesyen Minyak

Langkah ini disifatkan sebagai "Tak Mesra Hubungan Suami Isteri"

Langkah Membenarkan Warga Asing Pada Harga Yang "Hampir" Diapungkan Wajar Atau Tidak?

Setelah meneliti hujah Saudara Herman Shamsudeen supaya tidak membatalkan larangan pembelian minyak kenderaan asing, Memang ada benarnya, kerana masih beberapa sen per liter wang negara disubsidikan lagi.

Akan tetapi akibat daripada larangan penjualan minyak kepada kenderaan asing yang dibuat secara tergesa-gesa itu juga telah menyebabkan:-

1. Warga Negara Malaysia yang berkenderaan Singapura terpaksa ke singapura untuk membeli Minyak.

2. Warga tempatan yang berkenderaan Thailand juga terpaksa masuk ke Thailand untuk membeli Minyak.

3. Pengusaha Stesyen Minyak di sempadan hampir gulung tikar akan menyebabkan beberapa pekerja tak dapat cari makan.

Disebabkan pembatalan larangan itu memberi manfaat kepada
warga Malaysia juga, walaupun rugi sedikit.

Maka terpulanglah pembaca untuk menilai samada pembatalan larangan itu wajar atau tidak.

Situasi agak tegang bila kereta tak dapat keluar


Situasi agak tegang bila kereta tak dapat keluar dan kereta yang lalu pun tak boleh jalan terus walaupun ada polis jaga

Membantah Kenaikan Tarif Elektrik Kalau Belum Cuba Ladang Kincir

Dengan Ini saya membantah sebarang kenaikan tarif elektrik, kerana keuntungan TNB dan IPP adalah cukup banyak.

catatan saya yang terdahulu.
Keuntungan TNB suku pertama adalah 1.64 bilion
Secara kasar, TNB untung 6 bilion setahun.

Kerajaan sepatutnya menggalakkan TNB dan IPP untuk mengadakan sumber tenaga elektrik menggunakan ladang kincir, sebagai ganti subsidi terhadap TNB dan IPP yang dikurangkan, bukannya dengan menaikkan tariff elektrik.

Saya hanya merelakan kerajaan untuk membenarkan TNB menaikkan tariff Elektrik sekiranya Tarif Elektrik Terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik

Hanya 13.8 bilion sahaja untuk kupon Subsidi Makanan setiap Rakyat Malaysia

Saya tak salahkan kerajaan bila naikkan minyak sehingga RM 2.70 kerana ia adalah sebahagian daripada idea saya juga, Memang saya jangkakan ianya akan terus mendadak sehingga lebih kurang RM 3.

Akan tetapi saya agak kecewa kerana ianya hanya RM 625 diberikan untuk menjimatan yang begitu besar.

Negara juga berjimat apabila punca penyeludupan dihapuskan.
Negara juga berjimat apabila pelancong asing tidak lagi mendapat subsidi.
Negara juga berjimat apabila pengguna akan berjimat.
negara juga berjimat apabila kenderaan cc besar tidak mendapat subsidi

Ada banyak sebab yang menunjukkan bukan setakat jimat 4 bilion, saya pasti ia lebih dari 20 bilion.

Satu sebab yang membuatkan saya agak marah ialah saya menunggu untuk mengetahui tentang kaedah pengstrukturan subsidi, bukan pengimplementasian terus.

Terdapat 2 penyelesaian tambahan bagi pengstrukturan subsidi minyak ini.

1. Kekalkan ianya sebagai RM 625 untuk kenderaan yang berdasarkan pendaftaran JPJ, akan tetapi buat lagi 1 subsidi khas untuk makanan (Kupon Subsidi Makanan) bagi setiap kepala rakyat Malaysia (Termasuk Penduduk tetap) sebanyak RM 50 sebulan. Kalau anak ramai, dapat lebih sikit

berdasarkan penduduk 23 juta,

50*12*23000000

Kos Subsidi Makanan itu hanya RM 13,800,000,000 setahun
(13.8 bilion sahaja)

ATAU

2. Naikkan kadar subsidi RM 625 ke nilai yang lebih tinggi, sesuai dengan perjalanan 40 kilometer sehari.

Saya lebih suka yang nombor 1, kerana cara itulah yang boleh meringankan beban golongan yang benar-benar miskin dan sederhana.

Apalah sangat 13.8 bilion berbanding Penjimatan yang saya anggarkan lebih 20 bilion itu.

Rabu, 4 Jun 2008

Adakah RM 625 Untuk Subsidi Minyak Mencukupi?

Kalau benar subsidi untuk Kenderaan bawah 2.0 cc adakah ianya tidak mencukupi?

Saya mengganggarkan bahawa setiap kenderaan mendapat lebih kurang RM 100 sebulan.

Adakah benar kerajaan Hanya jimat 4 bilion?

Agak pelik bila pemilik kenderaan mendapat subsidi, orang yang tidak berkenderaan tidak dapat apa apa.

Oleh itu, penyelesaian "kupon subsidi makanan" berdasarkan kepala perlu diadakan di samping pemberian subsidi bahanapi pada nilai yang lebih banyak daripada subsidi RM 625 itu sebagai contoh RM 1200 setahun.



Kupon subsidi makanan diperolehi di pejabat Pos atau agensi lain seperti Bank. dikira mengikut kepala. Orang kaya pun boleh tuntut kalau tak tahu malu.

Catatan lama tentang kupon subsidi makanan

Adakalanya saya pernah terfikir untuk guna "kupon makanan" untuk diberikan secara percuma kepada warga negara Malaysia. Pekerja asing, pelancong asing tak dapat.

Tiap tiap tahun, rakyat Malaysia pergi ke pejabat pos, bawa Mykad untuk dapatkan kupon makanan.

sebagai contoh,
kupon makanan 5kg beras sebanyak 12 keping untuk setahun.
kupon makanan n kg minyak masak sebanyak n keping untuk setahun.
kupon makanan n kg gandung sebanyak n keping untuk setahun.


Kemudian kalau nak apungkan harga beras ikut harga semasa pun tak mengapa, kerana semua orang pasti dapat makanan.

Dari sudut lain, Kadar zakat fitrah pasti naik kerana ia mengikut harga makanan asasi semasa,
Siapa yang untung kalau bukan umat islam yang miskin.

Beratur untuk beli minyak


Beratur nak beli minyak sampai tgh jalan

Selasa, 3 Jun 2008

Apungkan Ringgit Sebelum Apungkan Minyak

Suatu ketika dulu, Brunei dan Singapura menggunakan Matawang Ringgit. Kemudian berpisah dan berpisah tapi nilainya lebih kurang sama.

Setelah krisis Matawang berlaku pada 1998, Ringgit Merosot teruk, sehingga terpaksa ditambat dengan USD oleh Che Det.

Kemudian PakLah berbulan madu ketika CheDet sibuk cadangkan untuk lepaskan tambatan ringgit.

Zety pula tambat ringgit kepada beberapa matawang asing, tetapi berat kepada Dolar Amerika.

Dolar Amerika jatuh lagi.

Sehingga kini sudah menjadi RM 2.36 bagi setiap Dolar Singapura dan RM 2.22 bagi setiap Dolar brunei.

Nilai ringgit sebenar sepatutnya lebih kurang dengan Dollar Singapura dan brunei.

Selagi nilai ringgit ialah separuh dari Dollar Singapura, selagi itulah Ringgit di bawah nilai.

Saya bukan peminat setiap pengapungan ringgit, akan tetapi ringgit perlu diapungkan supaya mendapat nilai hampir dengan Singapura dan Brunei.

Selepas sudah lebih kurang sama, maka kalau nak ikat, ikatlah.

Saya tidak pasti samada pengumuman esok melibatkan pengapungan ringgit atau tidak.

Harga Minyak Akan Diapungkan atau Dinaikkan?

Kalau kita sebut harga minyak akan dinaikkan, maka nampak macam Kerajaan BN jahat, tak peduli rakyat.

Kalau kita sebut pengstrukturan semula subsidi, maka BN nampak baik sedikit.

Tak kisahlah bagaimanapun.


Pendekatan Shahrir Samad begitu berbeza dengan Pendekatan Shafie Afdal ketika dia menjadi Menteri KPDN dahulu.

Shahrir Samad lebih terbuka menerima idea, termasuk idea orang PAS untuk menyelesaikan masalah perbezaan ketara harga minyak peruncitan dengan harga sebenar.

Manakala, Shafie Afdal lebih suka menggunakan cara lama tanpa perlu idea tambahan atau luaran macamlah cara itu sahaja yang paling sesuai.

Maka Shafie Afdal hanya memberikan penjelasan yang begitu teknikal tentang subsidi, pada masa yang sama rakyat berpendapatan rendah merana. Dia nak semua orang faham penjelelasan itu dan mempersetujuinya.

Kalau ikut pemikiran cetak, memanglah kalau harga minyak dinaikkan, atau diapungkan membuatkan rakyat sengsara. Shahrir Samad telah mengatakan ianya pengstrukturan semula subsidi, bukan hapuskan terus.

Subsidi yang mengurangkan harga runcit minyak mungkin akan dihapuskan, diganti dengan subsidi lain.
Tak pastilah kaedah mana satu dia nak gunakan, samada minyak 2 gred, atau kupon subsidi atau cara lain.

Saya mengambil pendekatan untuk tunggu pengumuman idea pengstrukturan subsidi itu, kemudian barulah saya tokok tambah supaya sesuai dengan keadaan.

Sistem lama, mengsubsidikan supaya harga runcit murah memang bagi saya tak boleh digunapakai kalau harga sebenar jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kalau perbezaan harga itu kecil maka ianya agak sesuai.

Mengikut sistem subsidi lama, makin banyak orang guna makin banyak subsidi.
Ianya bukan berdasarkan keperluan.

Mungkin di Malaysia 1 kenderaan hanya perlukan RM 100 sahaja subsidi, tapi dengan sistem lama, kereta besar kaki jalan dapat subsidi lebih RM 300. Ini memang tidak adil kepada penunggang basikal seperti Sarjan(b) Leman dan Pakcik Dollah.

Saya tak pasti samada subsidi baru ini diberikan mengikut kepala atau mengikut kenderaan.

Kerajaan tak boleh kawal untuk menjimatkan subsidi kalau ikut sistem lama, tapi kalau ikut sistem baru, mungkin penjimatan itu dilakukan oleh rakyat dan bukannya kerajaan.

Sebagai contoh, kalau setiap kenderaan diberikan subsidi RM 200 sebulan, tapi harga minyak naik RM 2.60, pengguna yang pandai berjimat, dia akan untung.

Silap-silap dia boleh simpan lebihan pendapatan untuk masa depan. Berbanding cara lama, kalau pengguna berjimat, dia akan dapat subsidi kurang, sudahlah subsidi itu tidak nampak.

Pemboros pula berbelanja banyak dan dapat lebih subsidi, dan langsung tak sedar kononnya keseluruhan kos pembelian minyak itu telah dibayar olehnya. Kerajaan pun salah juga, siapa suruh tak beri pilihan kepada orang kaya supaya boleh beli minyak tanpa subsidi untuk berjoli.

Jadi kita tunggulah esok.

Memang tak dinafikan, akan berlaku inflasi besar-besaran seketika, apabila harga minyak itu diapungkan, Ianya sebenarnya inflasi yang disorokkan dalam beberapa tahun kebelakangan akibat pengsubsidian harga barangan kawalan.

Isnin, 2 Jun 2008

Perjudian Celcom Toyota Camry Tanpa Tanda Harga


Pagi tadi saya ternampak tentang peraduan Celcom yang menawarkan Toyota Camry di blog SiKumbang. Setelah membuka laman web peraduan itu, ternyata ianya dicaj RM 5 untuk setiap SMS yang dihantar.

Setiap penyertaan dicaj RM5 setiap sms yang dihantar dan akan disertai dengan mesej : (RM5)
Tak perlu tanya ulama, dah terang ianya perjudian yang mempertaruhkan RM 5.

Yang agak memelikkan lagi ialah Iklan peraduan itu di Buletin Utama langsung tidak menyebut ianya dicaj RM 5.

Bayangkan kalau pengguna terus saja SMS ke nombor 22222 itu tanpa mengetahui ianya akan dicaj. 2 implikasi berikut bakal terjadi:

1. Pengguna tertipu bila dikenakan caj
2. Pengguna secara tak sengaja melibatkan diri dalam perjudian.

Ke mana saya nak lapor?
KPDN? SKMM? Jakim?

Gambar Video Anak Pontianak

Beberapa hari lalu saya merungut bila melihat Harian Metro kerana 2 sebab:

1. Suka mempromosi kandungan lucah, dengan menunjukkan "hint"
supaya pengguna telefon mimbit membuat pesta bluetooth.
2. Terlalu banyak iklan keputusan Judi SMS pada Media yang diaba oleh umat Islam.

Kemudian, ada seseorang mengatakan tentang "gambar anak pontianak", saya pun mushkil juga, kenapa gambar hantu menjadi popular, rupanya anak pontianak itu ialah pelakon cerita.

Samada ianya satu filem atau drama bersiri, saya pun tak tahu.

Saya mempunyai masalah biasa iaitu tak tahu bagaimana ramai orang boleh tahu tentang dunia artis, tapi saya tidak tahu.

Ketika zaman muda dulupun saya tetap mempunyai masalah yang sama.

Tidak adakah cara untuk hanya membaca ringkasan berita artis supaya kita sekadar tahu dari segi maklumat?

Macam mana saya nak tahu perkara yang orang kebanyakkan tahu?

Lagi satu masalah saya ialah saya sukar untuk mengecam muka artis. lebih kurang sama sahaja muka mereka bagi saya. Tanda-tanda diri sudah tua?

Ahad, 1 Jun 2008

Sikit-sikit Boikot Media

Adakah dengan memboikot media, Pakatan Rakyat akan kelihatan lebih terbuka?

Adakah memboikot media itu salah satu langkah ke arah kebebasan media?

Disebabkan oleh keenakan membaca cerita-cerita indah, bersediakah kita menelan cerita pahit?

Atau masih mahu dibuai cerita-cerita indah?

Masih Perlukah Akta Penerbitan dan Percetakan? Kalau sikit-sikit nak boikot, sikit-sikit kata media itu tak patut sebegitu.

Ali Rustam Menghina Peniaga Melayu

Terdapat satu catatan blog Ali Rustam di Blognya sendiri bertajuk "SAGUHATI UNTUK PERNIAGA MELAYU BAZAR MARA"

Wajarkah pampasan hanya RM 5000 kepada peniaga Melayu dipanggil "Sagu Hati" olehnya?

Murah benar harga penutupan punca rezeki peniaga tersebut.

Inikah "MARA" dan "DEB" yang tidak adil kepada bukan bumiputra?

Sebelum ini, banyak kes dimana peniaga kecil sering dipindahkan dan diletakkan di kawasan yang "tiada market".

Memanglah bagi orang Melayu berpendapatan rendah, duit RM 5,000 "sedepuk" itu sesuatu yang indah bagi mereka, akan tetapi ianya terlalu sedikit kalau dia dipindahkan ke kawasan yang "tiada market".

Saya pun tak faham, kalau di Negeri Melaka, pihak berkuasa cukup gemar mengharamkan peniaga kecil yang bersepah dan kemudian melonggokkan mereka di kawasan baru yang "tiada market" atas alasan lebih cantik.

Sudah Hampir Tapi Tak Kesampaian

Sudah Hampir Tapi Tak Kesampaian.

Itulah ungkapan sesuai bagi diri saya yang merancang untuk pergi ke
Ceramah Penerangan Isu-Isu Negeri Pakatan di Jasin
Yang dihadiri oleh Nik Nazmi.

Saya terperangkap oleh hujan ketika kenduri di satu khemah di Markas PAS Sempang. Petir sabung menyabung, sesudah hujan, saya pun ke Serkam, rupanya sudah habis.

Nik Nazmi berceramah bersama Ustaz Kamarudin Sidek di platform yang sama buat pertama kalinya, dan saya gagal hadir.

Agak mengecewakan.

Google+ Hasbullah Pit