Terdapat beberapa artikel berlegar di sfera blog mengatakan
kerajaan BN telah jimat RM 1.3 bilion untuk gula.
Angka sebegitu nampak tidak logik, kalau dengan hanya menaikkan 20 sen harga gula, sudah dapat 1.3 bilion.
Agaknya berapa penggunaan gula rakyat Malaysia setahun untuk mencapai nilai RM 1.3 bilion itu?
1.3 bilion bahagi 20 sen = 6.5 bilion kg gula.
Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi seorang rakyat Malaysia
270kg setahun.
Logik atau tidak angka itu?
Terpulanglah.
Daripada sumber bernama pula, terdapat
petikan FOMCA yang mengatakan anggaran subsidi gula setahun baru 2010 adalah RM 1.2 bilion.
Mohd Yusof memberitahu Bernama, Fomca menerima kenaikan harga gula atas dua asas, iaitu peruntukan subsidi yang tinggi untuk gula dan memandangkan matlamat pemberian subsidi tidak menepati sasarannya.
"Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM720 juta sebagai subsidi pada 2009 bagi memastikan harga gula kekal pada paras RM1.45 sekilogram. Untuk 2010, kerajaan dijangka membelanjakan RM1.2 bilion untuk subsidi jika harga gula masih dikekalkan pada RM1.45.
"Oleh itu, untuk tahun ini, kerajaan terpaksa menaikkan harga gula sebanyak 20 sen dan mengekalkan peruntukan subsidi sebanyak RM720 juta," jelas Mohd Yusof
1.2 bilion dengan 1.3 bilion sudah dekat, menandangkan ianya anggaran.
Namun adakah angka itu juga benar?
1,200 juta -720 juta =
RM 480 juta.
kira balik,
480 juta bahagi 20 sen = 2.4 bilion kg gula.
Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi seorang rakyat Malaysia
88 kg setahun.
Logik atau tak logik?
Kita ambil maklumat KPDNKK yang mengatakan
purata penggunaan gula rakyat Malaysia adalah 26 sudu teh sehari, bersamaan 130 gram sehari. darab 365.25 hari, rakyat Malaysia menggunakan
47.48 kg gula setahun.
logik atau tak logik?
Yang jelas, ialah kenyataan Kerajaan telah jimat 1.3 bilion dengan menaikkan gula 20 sen adalah paling tak logik.
Manakala kenyataan fomca berkenaan 1.2 bilion juga sukar untuk dipercayai.
Nilai 1.3 bilion & 1.2 bilion adalah datangnya daripada sumber kerajaan sendiri menunjukkan keseluruhan subsidi gula yang BANYAK dalam bentuk ANGGARAN.
Namun angka ANGGARAN yang BANYAK itu mungkin telah diperbanyakkan supaya memperlihatkan keperihatinan kerajaan. Namun dipusing boleh Ustaz Isdris Ahmad menunjukkan seolah-olah 1.3 bilion telah dijimatkan.
Berapa banyakkah wang kerajaan yang telah dijimatkan dengan menaikkan harga gula 20 sen?
Kiraan kasar saya menunjukkan angka
256 juta sahaja.
Ini disebabkan oleh bukannya keseluruhan subsidi gula dihapuskan. Kalau keseluruhan subsidi gula dihapuskan, harga gula di pasaran akan mencecah RM 3,00 . Tatkala itu, rakyat Malaysia akan tanam tebu ramai-ramai.
Sistem kawalan harga BN menggunakan subsidi yang digabungkan dengan polisi nilai matawang rendah terbukti gagal. Tidak perlu beria-ria menggunakan sistem yang sama tetapi dalam bentuk yang sedikit rendah. Masalah tidak selesai. Bulan depan kita akan bergaruk mengenasi pengsubsidian komoditi lain pula.
Ayuh tolak Polisi Nilai Matawang rendah yang menjadi punca segala masalah subsidi.