Angka sebegitu nampak tidak logik, kalau dengan hanya menaikkan 20 sen harga gula, sudah dapat 1.3 bilion.
Agaknya berapa penggunaan gula rakyat Malaysia setahun untuk mencapai nilai RM 1.3 bilion itu?
1.3 bilion bahagi 20 sen = 6.5 bilion kg gula.
Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi seorang rakyat Malaysia 270kg setahun.
Logik atau tidak angka itu?
Terpulanglah.
Daripada sumber bernama pula, terdapat petikan FOMCA yang mengatakan anggaran subsidi gula setahun baru 2010 adalah RM 1.2 bilion.
Mohd Yusof memberitahu Bernama, Fomca menerima kenaikan harga gula atas dua asas, iaitu peruntukan subsidi yang tinggi untuk gula dan memandangkan matlamat pemberian subsidi tidak menepati sasarannya.
"Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM720 juta sebagai subsidi pada 2009 bagi memastikan harga gula kekal pada paras RM1.45 sekilogram. Untuk 2010, kerajaan dijangka membelanjakan RM1.2 bilion untuk subsidi jika harga gula masih dikekalkan pada RM1.45.
"Oleh itu, untuk tahun ini, kerajaan terpaksa menaikkan harga gula sebanyak 20 sen dan mengekalkan peruntukan subsidi sebanyak RM720 juta," jelas Mohd Yusof
1.2 bilion dengan 1.3 bilion sudah dekat, menandangkan ianya anggaran.
Namun adakah angka itu juga benar?
1,200 juta -720 juta = RM 480 juta.
kira balik,
480 juta bahagi 20 sen = 2.4 bilion kg gula.
Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi seorang rakyat Malaysia 88 kg setahun.
Logik atau tak logik?
Kita ambil maklumat KPDNKK yang mengatakan purata penggunaan gula rakyat Malaysia adalah 26 sudu teh sehari, bersamaan 130 gram sehari. darab 365.25 hari, rakyat Malaysia menggunakan 47.48 kg gula setahun.
logik atau tak logik?
Yang jelas, ialah kenyataan Kerajaan telah jimat 1.3 bilion dengan menaikkan gula 20 sen adalah paling tak logik.
Manakala kenyataan fomca berkenaan 1.2 bilion juga sukar untuk dipercayai.
Nilai 1.3 bilion & 1.2 bilion adalah datangnya daripada sumber kerajaan sendiri menunjukkan keseluruhan subsidi gula yang BANYAK dalam bentuk ANGGARAN.
Namun angka ANGGARAN yang BANYAK itu mungkin telah diperbanyakkan supaya memperlihatkan keperihatinan kerajaan. Namun dipusing boleh Ustaz Isdris Ahmad menunjukkan seolah-olah 1.3 bilion telah dijimatkan.
Berapa banyakkah wang kerajaan yang telah dijimatkan dengan menaikkan harga gula 20 sen?
Kiraan kasar saya menunjukkan angka 256 juta sahaja.
Ini disebabkan oleh bukannya keseluruhan subsidi gula dihapuskan. Kalau keseluruhan subsidi gula dihapuskan, harga gula di pasaran akan mencecah RM 3,00 . Tatkala itu, rakyat Malaysia akan tanam tebu ramai-ramai.
Sistem kawalan harga BN menggunakan subsidi yang digabungkan dengan polisi nilai matawang rendah terbukti gagal. Tidak perlu beria-ria menggunakan sistem yang sama tetapi dalam bentuk yang sedikit rendah. Masalah tidak selesai. Bulan depan kita akan bergaruk mengenasi pengsubsidian komoditi lain pula.
Ayuh tolak Polisi Nilai Matawang rendah yang menjadi punca segala masalah subsidi.
masalahnya, adakah benar kita dapat subsidi?...
BalasPadamminyak subsidi, gula subsidi, gandum lagi...
malaysia ni memang negara subsidi ker?...
dulu masa pak lah, dikatakan kerajaan tidak lagi menanggung subsidi minyak...
lalu diberikan duit subsidi tu pada semua rakyat yg ada kenderaan..
selesai setahun saja, duit tu dah tak diberi...
harga minyak tetap macam tu...
yang peliknya, selepas setahun, harga minyak yang tanpa subsidi tu tetap macam tu...
tapi kerajaan kata dia bagi subsidi...
bila pulak bagi subsidi...
kalau bagi subsidi, mesti harga minyak makin murah...
ni statik jer...
pastu, kata ismail bapak dafi, harga minyak akan disemak setiap sebulan...
maknanya akan ada naik turun...
tapi dah setahun rm1.80...
memang harga minyak dok macam tu ker dari tahun lepas?...
rakyat malaysia ni memang pelupa ker?
Hai,kenal x dengan blog OhMisteri ? kalau belum kenal ? jom visit n join blog tu di http://ohmisteri.blogspot.com ,ok hidup malaysia,babai,,
BalasPadamPergh bijak sana datuk bendahara. patik lantik jadi penasihat kewangan. depa nk bagi kita rasa mcm best, yg btulnya dpt jimat 2.56juta jer. aku sendiri tarak guna gula. unless dh ada tetamu mmg pakai laa utk buat teh o
BalasPadambul... kerajaan duk kata harga minyak bersubsidi, harga minyak bersubsidi... errrr... harga sekarang ni yang bersubsidi ke?? ke yang bercukai??
BalasPadamMatjoe:
BalasPadampenggunaan gula 26 sudu tu, dikira keseluruhan, bukan sekadar gula yang di dapur kita sahaja.
gula dalam biskut, gula dalam radix 3in1, nescafe 3in1, guna dalam lauk yang kat kedai, guna dalam roti manis, gula dalam F&N oren dll.
Tanpa Nama on 2010 Januari 21 15:03 :
BalasPadambab minyak.
ketika musim "flase dollar rally" dulu, harga minyak dunia dlm USD antara 40-50 setong. masa tu "duti".
Tapi bila dah naik 70-80 USD setong, dah "subsidi".
Shahrir Samad dulu patut stop turun harga minyak takat RM 1.90 atau RM 2.00.
perh bab ekonomi gua masih buta...
BalasPadam"Polisi Nilai Matawang rendah" tu apa?
salam uncle hasbullah
BalasPadammohon di copy paste artikel ni tuk rujukan dan dimuat ke dlm blog
tq
Master Yoda:
BalasPadamOK
Soalan tanpa nama (comment 7) tak terjawab. so, terpaksa la menggoogle sendiri apa maksudnya polisi mata wang rendah. Rasanya polisi mata wang rendah means lebih banyak ringgit perlu dipakai untuk membeli USD1. dan juga it means, company malaysia is encouraged to export. betul ke tuan rumah? - saya org yg baru mengikuti blog ini
BalasPadamkusi:
BalasPadamlebih kurang betul
saudara tak masukkan pun jumlah gula yg dipakai utk barang2 hasil dari gula spt susu pekat manis, minuman berkarbonat dan lain2. Maka pengiraan saudara pun same tak betol, bukan tak tepat, tak betol. Sile buat pembetulan.
BalasPadam