Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:
والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم
"Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan."
Hadis SAHIH Bukhari Muslim.
Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah.
Dalam hadis lain menyebut:
فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم
" Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah saw memperkenankan permintaan mereka."
Di atas adalah hujah yang digunakan oleh penyokong "boikot dalam bentuk tidak membeli barang".
Namun bila dibaca betul betul, hujah ini adalah tepat bagi penyokong "boikot dalam bentuk tidak menjual barang".
Boikot Amerika dalam bentuk tidak membeli barang, tidak kemana, kerana mereka tidak memerlukan duit.
Kalau mereka mahu duit, mereka cetak duit lagi. Hari ini pun sudah bertrilion USD yang dikeluarkan.
Malaysia mengeksport lebih banyak barang daripada barang yang kita import daripada mereka.
Kalau kita tidak membeli barangan mereka sekali pun, mereka beli barangan kita.
Mereka tetap dapat barangan yang mereka mahu dengan membayarnya dengan kertas.
Kertas itu yang ramai orang cintakan.
Jika Malaysia mencatatkan lebihan dagangan RM 10 bilion.
Malaysia memberikan lebih barangan kepada Amerika dan Malaysia hanya mendapat kertas.
Daripada Bernama
Defisit dagangan Amerika Syarikat dengan Malaysia bernilai AS$17.8 bilion pada 2008. Secara kumulatifnya, negara itu juga ialah pelabur asing terbesar di Malaysia.Apa penafsiran anda?
Bagus jugak entry ni. Pada aku, kalau malaysia x supply, country2 lain akan supply dan M'sia punya stok hanya berlonggok kt Malaysia sahaja. Sad but true we still need amerika. my 2 cent
BalasPadam