test

Sabtu, 3 Oktober 2009

Brazil Jadi Tuan Rumah Olimpik 2016, Pendidikan Jasmani diajar dalam bahasa Portugis?

Tahniah buat Brazil kepada menjadi tuan rumah olimpik 2016.

Tahukah anda sebenarnya lawak bodoh ini (tersiar dibiaqpila) direka oleh saya pada tahun 2002 dahulu.
Ini adalah pautan asal emel tersebut, dikarang pada 21 jun 2002, sebagai langkah awal penentangan terhadap PPSMI.

http://tech.groups.yahoo.com/group/mypenguin99/message/4876


*Persatuan guru jasmani sokong*
Pelaksanaan serentak matapelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa
Portugis Brazil


KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan-persatuan guru hari ini berikrar
menyokong penuh langkah terbaru kerajaan untuk melaksanakan
pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis
brazil (pt_BR) di sekolah rendah dan menengah secara serentak mulai
tahun depan.

Mereka juga memberi jaminan akan mengadakan kempen penerangan,
kursus intensif bahasa Portugis brazil dan program motivasi bagi
memastikan ibu bapa, guru dan pelajar dapat menerima langkah
terbaru berkenaan secara positif.

Langkah ini selaras dengan cadangan Menteri supaya dapat
mempertingkatkan mutu bola sepak Negara dengan penguasaan
B. Portugis brazil.

"langkah melaksanakan secara serentak itu perlu dibuat
memandangkan kesan pengajaran bahasa Portugis brazil
(pt_BR) dalam mata pelajaran berkenaan, jika bermula pada
tahun satu sahaja, akan mengambil masa 11 tahun untuk
memenangi Piala dunia." kata Menteri sambil memusing-musingkan
T-Shirt ala Rivaldo.

Apabila ditanya bagaimana kalau Brazil tidak memenangi Piala Dunia?
adakah P. Jasmani tetap akan diajar dalam Bahasa Portugis brazil.

beliau menjawap "Mana boleh, brazil mesti menang. tapi saya
tak puas hati... apa nama .... Ronaldinho kena kad merah"

Terdapat juga ura-ura menjadikan Bahasa Jerman sebagai bahasa
pengantar di sekolah menandu. Langkah itu bertujuan untuk
melahirkan pemandu seperti Micheal & Ralf Schumacher yang
rata-ratanya bertutur dalam B.Jerman.

Menteri itu berkata "Saya yakin Alex Yoong dapat tempat tercorot
kerana tidak fasih berbahasa Jerman"


disclaimer: Berita ini adalah rekaan semata-mata
 Ulasan saya pada emel yang berikutnya.

point 'berita' tu bukan pasal brazil atau F1
tetapi nak menggambarkan bagaimana 'bijak'nya idea
menukar bahasa pengantar untuk tujuan tertentu.

Khamis, 1 Oktober 2009

Watt! Watt! Watt! TV?

beberapa hari lalu saya cuba menkaji pemproses komputer.
Rupanya pemproses komputer zaman sekarang sudah lebih kurang sahaja. tetapi penggunaan kuasa jadi pemisah.
Ada yang 65 watt, ada yang 95w ada yang 125w, malah wujud pula papan induk yang menyokong sehingga 140w.

Saya berminat dengan Athlon II X2 250, berdasarkan wattnya yang rendah iaitu 65w.
Dengan kos agak rendah, prestasi tinggi dan memerlukan kuasa yang rendah, bagi saya ia pemproses yang agak efisyen.

Saya telah menukar lampu kalimantang di bilik kepada 20watt, dan kemudian menukar lampu kalimantang di bilik air kepada mentol 6 watt sahaja.

cukup menjimatkan.

Waktu malam, ketika semua lampu ditutup, lampu 6watt itu cukup untuk membuatkan rumah masih boleh dilihat walaupun tak terang.

Maka terfikir pula saya tentang TV,
Ada sesiapa pernah buat perbandingan penggunaan kuasa antara TV LCD dengan CRT?
Adakah saiz TV CRT besar lebih menggunakan tenaga?
Atau mungkin TV LCD besar lebih menjimatkan berbanding TV CRT yang kecil?

kemaskini:
Terjumpa perbandingan
http://reviews.cnet.com/green-tech/tv-consumption-chart/?tag=arw

Selasa, 29 September 2009

Mat Sah GMI sudah mempunyai Blog

Dulu saya bersahaja meninggalkan ulasan di blog kak Laila, supaya Kekanda Mat Sah mempunyai blog sendiri.

Hasilnya,

http://matsahgmi.blogspot.com/


 


Sehingga hari ini saya masih belum tahu, sampai bila Mat Sah tak boleh keluar dari Ampang.

Sabtu, 26 September 2009

Sikorsky S61

Di Denmark, Tentera udara boleh menggunakan Sikorsky S61 untuk pertunjukan Udara



Di Sepanyol, S61 melengkapkan armada laut.
Begitu juga di Scottland


Di Amerika, ianya boleh digunakan untuk memadam kebakaran, boleh sedut air dari sungai untuk padamkan air di hutan.




Di Ireland, ia menjadi pengawal pantai yang dibanggakan.
Adakalanya ia dijadikan sebagai pengangkutan bagi Santa ketika hari Natal.


Di Malaysia, hampir semua orang berkata Nuri harus ditukar.

Menurut pendedahan Kapten Zahar, Sikorsky menawarkan pakej baikpulih Nuri ketika membuat sebutan harga.

Namun apabila "Penggantikan Nuri dengan Eurocopter" dibatalkan, baikpulih pun dibatalkan?

Selasa, 22 September 2009

Drama Swasta IMF

IMF nak jual 1/8 daripada simpanan emasnya. Lebih kurang 403.3 tan.
China cepat-cepat kata nak beli.

Tetapi rupanya nak beli jika ada diskaun.

IMF pula kata tak mahu jadikan dollar matawang utama dunia.
Dollar Jatuh?

Harga emas?

Bank Negara Malaysia tak tambah stok emas tatkala IMF nak jual?

Macam drama swasta pula cerita IMF dengan emas.

Jumaat, 18 September 2009

Tutorial Blogger: Menyediakan Album bagi Gambar yang Pernah Tersiar di Blog Anda

Orang Negara maju mencari penyelesaian menggunakan teknologi yang ada atau mencipta teknologi baru.
Orang negara belum maju, guna teknologi, kemudian baru fikir apa teknogi itu boleh buat.

Saya melihat ramai orang suka menggunakan Laman Web Sosial yang mana salah satu ciri-ciri yang disukai ialah ianya menyediakan album gambar, Maka gambar mudah disimpan, dan dicari ketika perlu.

Contoh di facebook:


contoh di Multiply.



Penulis blog juga ada meletakkan "gambar" di blognya, namun butang khas disediakan supaya dengan satu klik sahaja boleh dapat melihat gambar yang ada.

Jadi apa penyelesaiannya?
Saya sediakan ruangan khas untuk album gambar di blog.


Daripada mana datangnya gambar itu?

Sebenarnya google menyimpan gambar untuk sesuatu blog di Picassa Web,

Apa yang anda perlu lakukan supaya ada album gambar khas yang mengandungi gambar yang pernah tersiar di blog ialah mendaftar Picassa Web menggunakan akaun yang sama dengan blog anda.

Sekiranya anda ada 4 blog menggunakan akaun yang sama, maka automatik anda mempunyai 4 album.

Album itu hanya untuk dilihat oleh pemilik akaun sahaja. Namun sekiranya anda ingin pengunjung anda melihatnya, maka anda perlu menjadikan ianya awam (public)

Kaedahnya,
Masuk ke dalam album itu, lihat di ruangan kanan, klik pada perkataan "unlisted".



Kemudian , satu laman terapung dipaparkan dan sila ubah perkongsian kepada 'public'


Klik "Save Changes" dan anda akan dibawa ke URL awam bagi album tersebut.
sebagai contoh http://picasaweb.google.com/Hasbullah.Pit/JasinDailyOnline#

Gunakan URL alamat itu sebagai alamat bagi "Gambar" bagi blog anda.

Sekiranya pengunjung blog anda pernah berminat pada sesuatu gambar yang pernah tersiar di blog anda tetapi tidak mengingati apa tajuk dan bila ia pernah disiarkan, Maka "Gambar" adalah sesuai bagi mereka yang ingin mencari gambar.

Gambar Sofi Wahab jadi model iklan, gambar baring depan keretapi, gambar A. Samad Said panjat bukit.
Ada di "Gambar".

Rabu, 16 September 2009

F1 Adalah Gelanggang Silat Bagi Pemasaran Bukannya Nasionalisme

Hari ini sibuk dikatakan wujud Pasukan F1 "1Malaysia" yang kononnya akan menyertai F1 pada musim akan datang.

F1 itu unik, dimana wujudnya perlumbaan sejak berpuluh tahun yang lalu, atas sifat persaingan antara pengeluar enjin, pelumba, pasukan, jurutera dan penaja.

Penaja juga turut berlumba dalam F1 diatas kehendak penaja.

Apabila pengeluar sesuatu produk, yang bersaing dengan produk atau jenama lain, Akan merasa terpaksa apabila pesaingnya beriklan di dalam F1.

PETRONAS bersaing dengan Esso Mobil dan Shell.
Syarikat komputer juga ada bersaing dalam pengiklanan di dalam F1.
Compaq menaja BMW Williams, HP menaja Jaguar.
Apabila HP membeli Compaq, HP memberhentikan kontrak dengan Jaguar dan fokus kepada BMW Williams.
Apabila bercerainya William dengan BMW, dan BMW berkahwin dengan Sauber, PETRONAS dapat menaja diruang yang selama ini dikuasi Castrol.
Castrol pernah mengeluarkan castrol Formula RS, tatkala zaman Montoya dan Ralf Schumacher meletup.
"RS" adalah singkatan bagi Ralf Schumacher.
Tetapi dalam dunia sebenar pasaran runcit pelincir sintetik, Mobil1 masih nombor 1.

Dalam persaingan komputer pula, wujunnya AMD yang pernah menaja Ferrari, dan Intel Menaja BMw Sauber.
Dell juga menaja BMW sauber, manakala Lenovo di Williams.

Mereka bukan suka-suka.

Jam tangan Oris menaja Williams dan Tag Hueur menaja McLaren.
Ingat Iklan Tiger Wood pukul bola golf, Hamilton kejar guna kereta?

Malaysia perlu belajar bahawa Nasionalisme tidak membawa apa-apa erti dalam F1.
Alex Yoong, sepupu kepada blogawan Jed Yoong, ialah pelumba yang bermian dengan nasionalisme.
Masuk F1 kerana dapat memanggil penaja daripada Malaysia.

"Magnum" bersaing dengan apa dalam dunia ini, pesaingnya juga di Malaysia?
"GO KL" bukan jenama yang dipasarkan ke seluruh dunia.
Kerja promosi perlancongan adalah tugas Kementerian Perlancongan dan bukanya Kementerian Belia dan Sukan.
Kalau Kementerian Perlancongan nak promosi Malaysia, Minardi bukan platform yang baik.

Kalau pada musim ini, mungkin Brawn GP sesuai.

Syarikat pengeluar kereta adalah lebih baik tidak menyertai F1 kalau sering kalah.
Jaguar pernah cabut dan Honda pun begitu. Kalau masih yakin, teruskan.

Sekiranya pasukan itu baik, maka akan ada pembelinya.
Siapa sangka Honda yang dibeli menjadi Brawn GP mengungguli musim ini.

Kalau tak salah saya, Jaguar dibeli oleh RedBull dan ianya 'menjadi', mengalahkan pasukan yang membekalkan enjin kepadanya. Begitu juga BrawnGP yang menggunakan enjin Mercedes, mengalahkan McLaren mercedes,

Hari ini juga diberitakan bahawa BMW Sauber dijual kepada Syarikat pelaburan Swiss, Qadbak Investments company. dan memohon menjadi pasukan ke 14 musim depan.

FIA hanya mahukan 14 pasukan.

Melihat akan berita tentang pasukan F1 1Malaysia, ianya adalah menjurus kepada Nasionalisme.
Nasionalisme tidak memerlukan F1 sebagai gelanggang silat, tetapi sebaliknya A1GP yang lebih sesuai.

Banyak negara ada pasukan nasionalnya sendiri.

Google+ Hasbullah Pit