Menurut Zety, Pindaan Akta Bank Pusat akan memberi lebih kuasa kepada Bank Negara.
"Akta yang dicadangkan itu akan turut menginstitusikan banyak daripada amalan yang telah diperkenalkan di dalam dekad ini yang lepas yang dirasakan sebagai kritikal bagi memastikan bank pusat itu mempunyai kuasa yang perlu dan berada di dalam keadaan bersiap-sedia bagi menghadapi cabaran di masa depan," katanya.
Zeti berkata akta yang dicadangkan itu membabitkan kajian semula secara keseluruhan mandat, tadbir urus, kepertanggungjawapan dan rangka perundangan semasa bank pusat itu untuk memastikan BNM kekal berkesan melaksanakan fungsinya di masa depan, yang sentiasa berubah-ubah.
"Akta baru itu akan mengukuhkan rangka tabdir urus sedia ada dengan menyediakan mekanisma yang mencukupi untuk memastikan pelaksanaan pengawalan dan pemantauan yang seimbang," katanya.
Mushkil juga kuasa apa yang Bank Negara perlukan?
Apa yang Bank Negara sukar lakukan sekarang? Banyak perkara perlu tandatangan Menteri Kewangan?
Adakah menteri kewangan itu akan kekurangan kuasa?
Akta belum dibentangkan, dan drafnya tidak belum dijumpai.
Mampukah ahli Parlimen kita menelaahnya dan membuat keputusan yang baik untuk negara?
Bayangkan kalau ahli Parlimen BN dan PR bersikap "Kita luluskan sahajalah"
Mushkil juga, tiba-tiba mahu lebih kuasa.
Bank Negara macam mana pun dia akan berkait dengan IMF dan Bank Dunia.
Saya agak risau jika kuasa lebih diberikan kepada Bank Negara dan Bank Negara menurut telunjuk IMF atau Bank Dunia.
Saya sebenarnya lebih suka sistem ekonomi yang tidak bergantung kepada bank pusat.
Pada berita lain, Bank Negara Malaysia telah mewujudkan peraturan pertukaran mata wang asing dua hala yang dibentuk untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan dua hala bagi pembangunan ekonomi kedua-dua negara.
Saya tidak berapa faham.
Adakah ia bermaksud, segala perdagangan antara Malaysia dan China tidak lagi menggunakan USD?
Kalau begitu Kempen Boikot USD peringkat Malaysia/China sudah bergerak.
Nantikanlah kejatuhan Amerika.
Oh, Kalau Amerika jatuh, Ringgit akan turut jatuh.
Zety mungkin sukar untuk ubah "managed float" tanpa persetujuan Najib.
Najib kan sibuk dengan tugas Residen Negeri Perak.
Kerana itu Zety perlu lebih kuasa?
Memang keputusan Bank Negara sering berubah-berubah sekarang ini.
BalasPadamsebab pertamanya Menteri Kewangan dahulu terlalu bergantung dengan Menteri Kewangan II yang ada banyak agenda politik dan agenda peribadi, jadi pandangan Bank Negara selalunya tidak mempengaruhi.
Keduanya Menteri Kewangan yang baru tak pernah pegang Kementerian Kewangan, beliau ni terlalu sibuk menaikkan namanya di persada politik jadi dan tak ada masa nak baca semua laporan, tu yang sekejap setuju ikut Bank Negara sekejap setuju ikut Menteri Kewangan II sekejap setuju rancangan dan kelulusan EPU. Lebih haru biru.
Kesimpulannya Pemimpin UMNO/BN tak tau nak bezakan antara tanggungjawab memimpin negara dengan taggungjawab memimpin parti. Jadi yang masalahnya adalah operasi negara. Saya setuju pandangan Sdr Sebol kalau diberi lebih kuasa Bank Negara amat tidak sesuai bimbang polisi IMF dan Bank Dunia menjadi ikutan kerana takutkan tekanan. Tapi kalau tak ada kuasa Menteri Kewangan tak reti buat kerja, kejap kata nak pinda belanjawan, kejap nak buat belanjawan mini, lepas ni nak buat belanjawan apa lagi mikro nano.
Bukan kuasa Bank Negara perlu dipinda tapi pimimpin negara perlu ditukar.
Salam...
BalasPadam1. Saya sarankan saudara dptkan seberapa banyak maklumat berkaitan isu ini....kuasa apa yang Bank Pusat mahu ???
2. Keadaan politik di Malaysia tidak stabil.....ekonomi tidak begitu rancak.....perlu lakukan sesuatu...