test

Selasa, 14 Oktober 2008

Hanya 178 Terima Anugerah Negeri Melaka

Pada 1985, 23 tahun yang lalu,  di Negeri Melaka, ketika hari keputeraan TYT.
1 gelaran Datuk Seri dan hanya 3 gelaran Datuk dikurniakan.

Itu pun yang menerima Gelaran Datuk Seri itu adalah Perdana Menteri yang Pertama, Tunku Abdul Rahman.

klik untuk besarkan.
 


Berbanding dengan tahun ini  78 Datuk dikurniakan dan tahun lepas 80 orang Datuk.
Jumlah keseluruhan penerima anugerah ialah 178 pada tahun 1995, berbanding 758 pada 2008, dan 1183 pada 2007.

Berapa agaknya kadar inflasi gelaran Datuk?
Kalau pada 1985, hanya 4 orang dapat gelaran Datuk ke atas, tahun ini 78 orang.
Maka inflasi gelaran Datuk adalah 1950 %.

Nilai "Datuk" Negeri Melaka kini hanya  5.1% daripada nilai Datuk pada tahun 1985. Kemerosotan nilai sebanyak 94.9%.
Susut nilai yang agak tinggi.

Kalau dahulu, semua penerima pingat boleh disenaraikan dalam akhbar.

DSM, Darjah Seri Melaka,tanpa gelaran Datuk pun dipaparkan muka di akhbar.
.

Harap maaf gambar tidak jelas. Tangan goyang.

Sistem Ekonomi Kapitalis, Soasialis, Islam. Eh Mana Sistem Ekonomi Melayu?

Terdapat satu catatan di waubebas, mengatakan supaya jangan salahkan kapitalis, tetapi salahkan peraturan.

Benda yang tiada di adakan, maka betulkan ianya tidak ikut peraturan,

Ketika musim krisis ekonomi ini, golongan sosialis kuat menghentam kapitalis. biarlah.

Ada juga pemimpin Malaysia yang salahlan liberisasi ekonomi sebagai punca. Dalam erti kata lain, "pengswastaan" yang salah.

Samada nasionalisasi atau tidak nasionalisasi. Kapitalis atau sosialis. Kesemua itu tidak pro kepada percetakan wang kertas berleluasa, dan pinjaman daripadan "thin air" terlalu dipermudahkan.

Pakdi tanya Mana dia Sistem Ekonomi Islam? 

Kalau setakat sebut sistem Islam lebih baik dari sistem Kapitalis, budak ngaji PASTI pun boleh sebut.
 Adakah ekonomi islam itu "sistem" atau peraturan?

Saya melihat akan ianya satu peraturan. Buatlah apapun sistem, tetapi ikut peraturan.

Peraturan Muamalat.

satu ialah satu
dua adalah dua.
Kalau tak mampu bayar pinjaman tidak boleh pinjam.
jual beli mesti jelas.

semua itu peraturan, dan tidak kelihatan sebagai sistem.

Dr Yusuf Qardhawi telah mengulas tentang Krisis ini.

Replace capitalism with Islamic financial system: cleric



Walaupun tajuk berita bercakap tentang sistem, tetapi kandungannya ialah tentang falsafah.


"The collapse of the capitalist system based on usury and paper and not on goods traded on the market is proof that it is in crisis and shows that Islamic economic philosophy is holding up,"

"The Western system has collapsed and we have a complete economic philosophy as well as spiritual strength," 

"All riches are ours... the Islamic nation has all or nearly all the oil and we have an economic philosophy that no one else has,"

"profit from the crisis to bring about the triumph of the (Islamic) nation, which holds the spiritual and material resources for victory."


Ayat pertama sudah jelas menyalahkan sistem kewangan yang tidak mengikut peraturan adalah punca krisis.

Wang kertas  dari thin air
Pinjaman dari thin air
pinjaman dari thin air itu boleh dijual beli.
Penilaian pinjaman berasaskan nilai pada kertas , tetapi nilai itu berubah-rubah.


Saya pernah mempersoalkan, bagaimana nilai pinjaman boleh sama kalau dinilaikan dalam ringgit yang boleh berubah.

Tetap akan timbul satu persoalan lain, bagaimana nak dapatkan nilai yang sama kalau nilai matawang yang digunakan untuk menilai hutang itu berubah?

Hutang Abu bernilai RM 20,000 pada 2001, ketika itu 66 dinar
Ahmad ingin membeli hutang itu RM 20,000 pada tahun ini, tapi nilai itu kini 50 dinar sahaja.

Ahmad patut beli hutang itu pada nilai 66 dinar atau pada nilai RM 20,000 ?

Memang pening kalau nak merealisasikan kewangan islam selagi masih menggunakan wang kertas.

Andaikata penggunaan wang emas direalisasikan, barulah boleh senang kira, Ahmad beli hutang Abu yang bernilai 66 dinar itu sebanyak 66 dinar juga.

Begitu juga pinjaman rumah secara islamik, menggunakan nilai yang diakadkan dalam ringgit.

Andai kata baki pinjaman rumah saya ialah RM 40,000 , tiba-tiba berlalu krisis inflasi seperti Zimbabwe pada matawang ringgit, dan RM 40,000 itu hanyalah harga sebuah basikal. Pasti bank akan rugi.
 
 Kalau Ustaz Zaharuddin tak jawap, saya tak taulah siapa lagi akan jawap.


Pinjaman zaman duit kertas ini agak pelik kerana wang yang dipinjamkan diambil daripada  "thin air".

Ada sesiapa sini pernah pinjam duit di bank , sebagai contoh RM 20,000  kemudian minta bank tunjukkan Mana dia emas bernilai RM 20,000 itu?

Fed boleh bail out 70 billion. Ron Paul agaknya terlupa nak tanya, "Boleh tunjukkan emas bernilai USD 70 bilion itu?"
Atau mungkin, dia cakap, bail out mesti dalam bentuk emas. Tercirit Fed cari emas bernilai 70 bilion.


Melayu ada sistem ekonomi kah?

Berdasarkan pantun Melayu.
 
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar 
Hutang budi dibawa mati

Tidak pula dinyatakan hutang emas itu boleh dibayar dengan emas atau hanya dengan pisang emas.

hehe

Ceritakan Pengalaman Anda dengan Buluhmas, Jazmeen, Noradz, Eastana

Pakdi, menulis tentang penyerbuan BNM terhadap 4 syarikat ini kerana pengambilan deposit.

1. Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd.
2. Jazmeen (M) Sdn. Bhd.
3. Noradz Travel & Services Sdn. Bhd.
4. Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Dia soal adakah anda menjadi mangsa?

 Mungkin ada mempunyai pengalaman dirapati oleh orang yang terlibat dengannya supaya anda menyertainya.
Atau mungkin anda sudah menyertainya dan rugi atau anda menyertainya tetapi sudah untung?

Sila ceritakan pengalaman anda berjumpa dengan sesiapa yang menghampiri anda itu, nyatakan sebab anda tidak menyertainya. atau nyatakan sebab mengapa anda menyertainya.

Jika anda menyertainya, nyatakan bagaimana anda mempercayai mereka.

Isnin, 13 Oktober 2008

Perceraian di Kemboja Cetus Idea Penyelesaian Sub Prima?

Masalah Sub Prima di Amerika telah menyebabkan banyak rumah yang dilelong, tetapi bank tidak untung apabila rumah itu dilelong disebabkan nilai rumah itu lebih rendah daripada hutang.

Banyak kaum Badwi Amerika akan muncul.

Mengapa perlu keseluruhan rumah dilelong?

 Di Kemboja, sepasang suami Isteri telah bercerai. dan ia melibatkan harta sepencarian.




Bank peminjam boleh ambil separuh rumah yang belum di bayar oleh pembeli. Bahagian rumah yang telah dibayar oleh pembeli tidak perlu dilelong.

Tidak! Anwar Tidak Minta 'Bajet' Baru Dibentangkan.Tajuk Malaysiakini Salah

Merujuk kepada berita di Malaysiakini tajuknya, Anwar minta Najib bentang bajet baru

Anwar Ibrahim yang saya kenal tidak pernah menggunakan istilah bajet, sehingga kini dia masih lagi lagi menggunakan istilah Belanjawan. Mana mungkin dia akan menggunakan istilah 'bajet'.

Jika diteliti berita Malaysiakini itu:

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan "belanjawan yang ketinggalan zaman" seperti dibentangkan lebih sebulan lepas. 

Manakala, berita di skuad DUN Batu Caves:

"Fokus kita sekarang ialah Belanjawan 2009 perlu dibentangkan semula kerana ia sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, usul undi tidak percaya tidak akan dibincangkan kerana soal belanjawan yang perlu dibentangkan semula kini menjadi keutamaan pembangkang.-

Tapi yang peliknya ada bajet di sini

 Ingat pesan saya.

Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Tutorial Menggunakan alamat namaanda.via.my di Blogger.com

Laman blog saya beralamat hasbullah.pit.my, nama domain ialah jenis berbayar.

Namun, terdapat cara, supaya alamat blog anda (yang menggunakan platform Blogger) menggunakan alamat lebih pendek secara percuma.

sebagai contoh melaka.via.my , khalid-samad.via.my , tanpa perlu menukar platform blog anda.


Bahagian Pertama ZoneStrainst

Mula-mula sekali, daftar di zonestraits. logmasuk.

"Add from Available domain" masukkan nama yang anda mahukan itu, check availablity, dan Teruskan mendaftar.

Dalam tutorial ini, contoh ialah debat-rakyat.via.my



Kemudian.





Kemudian klik pada nama domain itu,





dan save service


kemudian pilih "DNS Management"


pilih CNAME dan masukkan "ghs.google.com"
Add record.

Siap bahagian pertama. Belum siap lagi.
Si atas permintaan solehpolysas untuk membolehkan www.solehpolysas.via.my boleh digunakan untuk membaca blog. Maka perkara ini ditambah.

Klik pada domain yang dicipta tadi, dan klik subdomain.
(Kalau ikut hukum DNS ia bukan subdomain, kerana kita mahu masukkan kemasukan CNAME.)
 Add subdomain



Klik pada nama subdomain itu, dan Zone Management


Barulah www.debat-rakyat.via.my di CNAMEkan ke debat-rakyat.via.my yang telah di CNAMEkan ke ghs.google.com.




Bahagian Kedua:Blogger.com

Bahagian ke dua ialah menetapkan alamat di Blogger.
Logmasuk seperti biasa dan pilih Settings, Publishing, Swicht to Custom Domain.
Switch to Advance Settings

Kemudian, kemudian masukkan alamat dah didaftarkan tadi. Dalam contoh ini ialah debat-rakyat.via.my.






Save Setting.

Saya tidak save setting, maka bolehlah Nobisha melompat ke bahagian kedua tutorial ini untuk merealisasikan debat-rakyat.via.my


dan siap. belum lagi.


Pergi ke tempat yang sama. tandakan seperti berikut.





Anda tidak perlu bersusah payah mempromosi alamat baru kerana alamat lama akan dilencongkan ke alamat baru.

Satu Bangsa Satu Negara Dr Burhanuddin Al-Helmy - Malaysiakini

Saya tertarik untuk mengulas surat Kelly Stone di Malaysiakini tentang 'Satu Bangsa Satu Negara', dimana Negara Thai telah berjaya melakukannya. Bukan sahaja Thai, negara di eropah juga banyak yang berjaya melakukan Satu Bangsa Satu Negara.

Faktor utama menjayakan Satu Bangsa Satu Negara ialah soal bahasa. Di Negara Thai, Sweden, Korea, Jepun kesemuanya bercakap dalam satu bahasa sendiri yang menjadi sebagai identiti bangsa.

Takrifan bangsa sering disalah ertikan dengan etnik atau kaum. Di Malaysia bangsa sering dikaitkan dengan kaum, berbanding maksud sebenarnya ialah untuk warga sesuatu negara.

Ketika sebelum merdeka. Tidak ada istilah "Malaysia" yang ada hanya "Malaya" nama yang diberi oleh british. Oleh itu ketika Dr Burhanuddin Al-Helmy cuba membangkitkan nasionalisme, istilah kebangsaan digunakan untuk merujuk kepada nasionalisme. Kaum yang ada di Tanah Melayu adalah bukan hanya melayu, akan tetapi Dr Burhanuddin Al Helmy cuba menjadikan semua orang sebagai Bangsa Melayu.

Mustahil untuk dia menyebut Bangsa Malaysia jikalau perkataan Malaysia itu hanya wujud 20 tahun selepas dia merancangkan kemerdekaan.

Pada peringkat awal, dia mahu memerdekakan Tanah Melayu sebagai satu negera Melayu. Jika difikirkan, betul apa yang dia cuba lakukan, Tanah Melayu dimerdekakan menjadi negara Melayu dan samalah dengan Kelly Stone maksudkan dengan Satu Bangsa Satu Negara bagi Thailand.

Dari sudut bahasa, 'Nasionalism' hendak diterjemahkan ke dalam bahasa melayu sebagai apa kalau bukan 'Kebangsaan'. Kerana itu antarabangsa adalah merujuk kepada 'international' dan bukannya antara Melayu, Cina India.

Apabila pejuang kemerdekaan yang sealiran dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy ditangkap ISA, maka  baton perjuangan kemerdekaan telah dipegang oleh UMNO. UMNO tidak berapa faham apa yang dimaksudkan sebagai Bangsa Melayu oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy, sehingga dia ditakrifkan menjadi perkauman yang sempit.

UMNO hanya lihat bangsa Melayu sebagai kaum melayu sahaja. Itu masalahnya. Bukan Bangsa Melayu sebagai semua rakyat di Tanah Melayu yang bertutur dalam bahasa melayu.

Pemimpin UMNO agak lambat sedar, namun Datuk Onn cuba membuka UMNO kepada bukan kaum melayu, akan tetapi dia pula yang disisihkan dari UMNO.

Kini, ramai blogawan tempatan yang memaparkan imej grafik Bangsa Malaysia sebagai satu langkah yang mirip dengan langkah Dr Burhanuddin Al-Helmy 60 tahun yang lalu.

Akan tetapi, kebanyakan blogawan yang mendokong "Bangsa Malaysia" tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Ada diantara mereka yang mengakui bahawa bahasa pengantar utama Bangsa Malaysia adalah "Bahasa Malaysia" tetapi kandungan blognya tetap Inggeris.

Melihat akan senario politik semasa, Satu Bangsa Satu Negara masih boleh direalisasikan.

Anwar Ibrahim ketika berucap pada perhimpunan Black 14 dan perhimpunan 15 september telah menekankan soal bahasa sebagai alat perpaduan. Seperti biasa, soal bahasa adalah bukan soal politik yang popular berbanding soal harga minyak, rasuah dan sebagainya.

Sekiranya kaum bukan melayu mampu mengangkat Bahasa Melayu, maka Bangsa Malaysia boleh menjadi realiti.

Satu Bangsa Satu Negara bermula dengan Satu Bahasa (Bahasa Melayu), Satu Bangsa (Bangsa Malaysia).

Etnik bukan melayu mestilah mendapat peluang belajar dalam Bahasa Melayu, diperingkat tinggi sambil boleh mempelajari pendidikan awal dalam bahasa ibunda. Barulah bahasa Melayu boleh diperkembangkan kepada semua kaum dengan lebih meluas.

Lebih ramai kaum bukan melayu yang berbahasa Melayu, makin cepat sasaran Bangsa Malaysia boleh dicapai.

Google+ Hasbullah Pit