test

Khamis, 15 Mei 2008

Ali Rustam Ada Blog Baru, Suruh BPR Siasat

Ali Rustam ada blog baru rupanya. Semua catatan blog yang ada bertarikh 15 hb Mei.

Patutlah bila blog lamanya tidak dikemaskini.

URL nya ialah http://www.mohdalirustam.com/

Mungkin ada orang yang cucuk dia "wordpress lebih baik", "apa kelas guna .blogspot.com".

Mungkin Ali Rustam kecewa dengan google yang tidak mahu melabur di Melaka.
Maklumlah, sudah ada pelabur baru dari New Delhi.

Ali Rustam sekali lagi menulis perkara yang menunjukkan tahap mindanya kepada awam, dengan menulis supaya BPR menyiasat Pembangkang daripada mana datangnya duit itu.
BPR perlu menyiasat daripada mana parti pembangkang dapat wang yang banyak untuk membeli ahli-ali parlimen agar melompat kepada pembangkang seperti yang dilaporkan.



Bukankah yang membuat dakwaan itu ialah Ahli Parlimen BN?

Maka sepatutnya Ahli Parlimen itu sendiri yang membuat laporan supaya dapat tahu siapa yang membuat tawaran sepertimana Nik Aziz di siasat apabila ditawarkan rasuah.

Sinar Harian Melaka akan dilancarkan Pada 2 Jun 2008

Tadi saya berjumpa dengan seorang pekerja Sunar Harian yang singgah seketika untuk membuat bancian, berborak seketika tentang Sinar Harian. Tidak dinafikan Sinar Harian lebih terbuka
berbanding Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Telah saya nyatakan kepada Pemuda PAS Jasin supaya mempunyai dasar mesra media ketika Mesyuarat Agung Pemuda PAS Jasin suatu ketika dahulu.

Kini masa kian hampir, akan tetapi saya agak kuatir jika PAS Melaka agak ketinggalan dalam hal-hal berkaitan media. Maklumlah, terlalu banyak persepsi negatif tentang media.

Jadi saya berharap Khairul Faizi, dapat datang ke Melaka untuk memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalamannya berurusan dengan Malaysiakini dan Bernama. Lagipun sudah 18 tahun kita tak bersua.


Agaknya apa aktiviti yang sesuai dengan Sinar Harian?

Saya drafkan dahulu:

1. Memberikan cenderamata sebagai ucapan tahniah ke atas pembukaan Sinar Harian Melaka
2. Lawatan Rasmi Pemuda PAS Melaka.

Catatan untuk Palestine

Hari ini 15 Mei 2008.
Selain daripada sebagai hari terakhir bagi mencarum KWSP bulan ini, hari ini juga dipnggil sebagai hari Palestin, kerana pembentukan Israel sebagai 1 negara berlaku pada 15 mei 1948.

Ramai di antara pembaca islam yang mungkin tidak faham mengapa kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan palestine. Oleh itu sila cari/beli/baca buku "Baitul Muqaddis Tanggung jawap Umat Islam" tulisan Dr Yusuf Al Qardawi.

Dahulu, ada pernah kawan saya mencadanngkan supaya palestine berundur dahulu, akan tetapi bagi saya itu bukan langkah bijak, perkara yang nak dipertahankan adalah tanah dan wilayah. Sekitranya berundur, maka jadilah seperti Melaka yang dijajah beratus tahun.

Sultan Melaka sepatutnya tidak lari dan terus mempertahankan Melaka sehingga akhir hayat, dan bukannya berundur dan cuba menyerang balik. Kerana yang hendak dipertahankan itu ialah tanah melaka bukannya nyawa Sultan.

Kerana sebab itulah masih ramai yang masih berada di Palestin mempertahankan tanah dan wilayah. Walaupun tinggal sedikit yang tidak dilabel sebagai "Kawasan Isreal", akan tetapi ia tetap perlu dipertahankan.

Kes yang lebih kurang berlaku di Patani, dimana Wilayahnya berada di kawasan Siam. Mereka terus mempertahankan tanah itu sehingga akhir hayat.

Kalau diikutkan konsep Sultan Melaka yang melarikan diri ke Johor, sudah lama Palestine dan Patani tergadai.

Bezanya perjuangan Palestine dengan Patani adalah, perjuangan di Patani adalah dianggap perjuangan penduduk patani sahaja, dah bukannya perjuangan umat Islam di Nusantara.

Walaupun ada Negara Pak Arab kaya yang mengiktiraf Israel, namun banyak lagi bangsa Arab Islam yang membantu Palestin. Pak Mat Melayu Islam yang tak berapa kaya ni pun tak iktiraf Israel.

Jangan sesekali menganggap penubuhan Israel itu sebagai satu negara yang sah. Begitu juga Keadaan di Patani, Jangan sesekali menganggap Patani itu milik Thailand.

Akan tetapi keadaan berlaku sebaliknya. Pak Melayu Islam mengiktiraf Patani sebagai wilayah Thailand sejak dari dahulu. Orang Islam di Malaysia sudah lupa yang dahulunya kerajaan Kesultanan Melayu bersama-sama membantu Kesultanan Melayu Patani daripada dijajah.

Jangan Sesekali mengiktiraf Perjanjian Bangkok sebagai perjanjian yang sah kerana ia tidak disertai oleh wakil Melayu Islam Patani.

Selain Hari 15 Mei untuk Palestin, Rasanya perlu ada 1 tarikh sesuai untuk kita memperingati Hari Patani.
2009, tahun genapnya 100 tahun perjanjian Bangkok diimplementasikan.

Rabu, 14 Mei 2008

Subsidi itu Hanya Satu Kaedah Ringankan Beban Rakyat

Hari ini ada 2 catatan menarik tentang subsidi.

Catatan Bukan Subsidi tapi tanggungjawab agak mengelirukan jika "subsidi" itu dianggap sebagai hadiah. Walaupun Subsidi bagi saya bukanlah "hadiah" akan tetapi mekanisme mengurangkan harga sesuatu barang dengan pembiayaan kos oleh pihak tertentu.

Walaupun penyokong BN, sering menceritakan kononnya banyak subsidi dikeluarkan untuk menurunkan harga, tidak perlulah tafsir ia sebagai hadiah daripada kerajaan BN, kerana wang yang digunakan untuk mengsubsidikan sesuatu barangan itu adalah wang rakyat.

Saya pun tak faham mengapa mereka sering memperkatakan betapa banyaknya subsidi seolah-olah subsidi itu datangnya dari duit poket mereka.

Rakyat tidak perlu tertipu dengan satu kaedah yang kelihatan sebagai "hadiah" dari mereka.

Walaubagaimanapun, rakyat di Malaysia terutama sekali berpendapatan rendah, begitu perit untuk menunggu "hujung bulan".
Subsidi boleh dijadikan langkah pendek yang sesuai.

Akan tetapi sampai bila perlu menggunakan mekanisme subsidi untuk mengurangkan harga?

Low Yih Feng dalam suratnya ke Malaysiakini mengatakan ianya hanya penyembunyian kepada hakikat inflasi. Indeks harga pengguna yang dikira daripada beberapa barangan, tentulah tidak lain, kalau beberapa barangan itu disubsidikan supaya barangan dalam senarai itu lebih murah berbanding harga sebenar.

Sampai bila nak subsidikan supaya harganya rendah. Apabila harga barangan rendah berbanding harga asal, pengguna tidak nampak ianya ada unsur subsidi pada barangan tersebut.

Rakyat yang perihatin akan menjimatkan pembelian/penggunaan barangan bersubsidi. Bukan semua orang tahu, ada unsur subsidi pada barangan tertentu, dan tidak perlukan membeli seolah-olah keseluruhan kos barangan itu dibayar menggunakan duit sendiri. Tak perlulah mendabik dada
"Aku orang kaya, suka hati akulah, berapa banyak aku nak beli, bukan duit kau"

Hakikatnya, dalam setiap liter minyak petrol yang orang kaya jolikan itu ada duit rakyat di dalamnya.

Bukan duit kerajaan BN, tapi duit rakyat.

Amatlah tidak adil kalau golongan kaya, membazirkan subsidi duit rakyat itu kerana mengganggap keseluruhan kos itu dibayar olehnya.

Subsidi untuk menurunkan harga barangan sebenarnya tidak menguntungkan golongan miskin, akan tetapi golongan miskin yang lebih sengsara kalau tiada subsidi.

Formula subsidi untuk turunkan harga barang tidak boleh bertahan lama dan ianya tidak adil.
Jadi, untuk setiap barangan bersubsidi, perlu ada alternatif barangan tanpa subsidi, supaya kalau orang kaya nak bazirkan duitnya, ia tidak melibatkan wang rakyat.

Low Yih Feng mencadangkan supaya meniru langkah australia supaya kadar faedah dinaikkan supaya nilai wang dinaikkan.

Di Malaysia, nilai matawang adalah tambatan kepada beberapa matawang, mungkin ianya tidak sesuai untuk negara kita.

Rakyat Malaysia yang suka berhutang, mesti tidak mahukan kadar faedah dinaikkan.

Low Yih Feng mengatakan bahawa langkah subsidi adalah popular bagi parti politik di Malaysia dan ianya paling disukai rakyat.

And political parties seem keen to give out such subsidies, since it is an extremely easy way (don't actually have to use their brains), and the rakyat rejoices.

Such subsidies aren't countering inflation. They are just hiding the inflation. The rakyat still pays (and pays even more) for the items. And precious cash that should go towards healthcare, education, defence, development etc. are all wasted in tricking everyone into believing that all is good.

And how long will this go on for? Prices are always going to rise over the long term. Does the government just keep providing more and more subsidies until the treasury is dry?


Buat masa ini pembendaharaan negara masih belum kering kerana tahun demi tahun pendapatan daripada sawit , getah dan petroleum bertambah.

Saya pun hairan, tak kiralah BN atau Pakatan Rakyat, semuanya seolah-olah pro kepada pengsubsidian.

Saya tidak nafikan, langkah pendek untuk mengatasi masalah poket rakyat ialah dengan mengsubsidikan harga.

Mahu tidak mahu, langkah jangka pendek ialah teruskan subsidi.

Kupon makanan?


Royalti minyak 20% ?

Baru semalam diumumkan royalti minyak bagi negeri-negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, dimana keseluruhannya lebih kurang 27 billion.

Negeri mendapat separuh daripada persekutuan dapat, jadi jika negeri ialah 5%, persekutuan dapat 10 %.
Matematik ringkas,
5+2*5
=5+10
=15
Jumlah keseluruhan adalah 15%.

Tapi macam mana boleh datang nilai 20%?
Adakah ianya hanya ditulis oleh wartawan harakah, tanpa menyatakan petikan asal Presiden PAS?

Sekiranya benar royalti sehingga 20% perlu diadakan, perjanjian royalti perlu dilakukan semula dan persekutuan tidak mendapat apa-apa dalam bentuk royalti? Hanya bergantung pada cukai Syarikat Minyak?

Adakah hanya kerana Terengganu tidak mendapat royaltinya, persekutuan dihukum?

Negeri yang tiada minyak automatik lebih miskin beberapa bilion berbanding negeri yang ada minyak?

Selasa, 13 Mei 2008

Mengharamkan Seks Luar Nikah Di Peringkat Undang-Undang Sivil

Semua orang tahu, seks luar nikah adalah haram dalam Islam.

Seks luar nikah juga haram bagi banyak agama di dunia ini, kalau tidak mengapa dalam agama lain pun ada perkahwinan.

Suatu ketika dahulu, atau mungkin sekarang, seks luar nikah dianggap sebagai "moden", sehinggakan sesiapa yang masih dara dianggap kolot.

Banyak negara maju, kini merasai bahawa Institusi keluarga itu penting, Pemikir barat juga akan sedang pening untuk menyelesaikan permasalahan keluarga yang wujud di negara barat.

Ada juga negara maju yang lebih maju untuk mengharamkan melanggan pelacur di peringkat undang-undang sivilnya. Malaysia baru tahun lepas mengadakan undang-undang anti perdagangan orang.

Saya tidak hairan kalau suatu hari nanti, negara maju yang mula-mula mengharamkan seks luar nikah diperingkat undang-undang sivilnya untuk melindungi instusi kekeluargaan di Negara mereka. Dan juga untuk menyekat penyebaran AIDS.

Apabila perkara ini dibentangkan di Parlimen Malaysia, mungkin ada yang kata kita kolot, akan tetapi bila negara maju yang mulakan dahulu, kita boleh tiru dan kita tidak kolot.
Pelik.

Jadi, oleh kerana Masyarakat Malaysia terlalu fobia dengan hudud, maka perlunya ada batu loncatan supaya ianya boleh dilaksanakan dalam bentuk lain.

Walaupun di Sweden, hukuman bagi pelanggan seks adalah berbeza dengan hudud, akan tetapi mereka telah melangkah ke depan dengan mengharamkan apa yang sepatutnya haram.

Di Malaysia Seks luar nikah belum lagi haram diperingkat undang-undang sivil, tetapi pada masa yang sama ianya haram di dalam Islam.

Begitu juga soal judi, Saya tidak faham mengapa judi tidak diharamkan di peringkat sivil. Judi berlesen boleh, judi tak berlesen tidak boleh. Apa rasionalnya?

Chua Soi Lek: Grand Saga/ BUkit Mahkota

Antara blog pemimpin BN yang saya suka ialah blog Dr Chua Soi Lek, Kandungannya realistik.

Ketika berlaku krisis "Grand Saga Bukit Mahkota", dia tidak terus menghentam Pakatan Rakyat seperti apa yang "pembangkang" selalu lakukan. Akan tetapi dia mencadangkan supaya Pakatan Rakyat memnyelesaikan masalah dan bukannya memperbesarkan masalah. Dia juga mengatakan bahawa terlalu awal untuk mengukur Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

A lot of people are euphoric about the Pakatan Rakyat state government of Selangor. They have been in power for less than 2 months, still too early to pass any judgement. We cannot deny the 'new broom sweeps clean' phenomenon. So far, there is no obvious infighting among the component parties of Pakatan Rakyat and this is a good start for them. However, Pakatan Rakyat’s Wakil Rakyat should be conscious that they are in the state government now and are a part of it. They should be solving problems and not just raising problems. They need to change their 'opposition mindset' and get down to governing.
Dalam isu yang sama, KTemoc bukan main cepat menuduh Khalid Ibrahim sebagai mementingkan Syarikat Tol.

Google+ Hasbullah Pit