Kecil Sangatkah Kabinet Najib?
"Komunikasi" dipindahkan daripada "Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi" ke "Kementerian penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan".
Menteri "Tenaga Air dan Komunikasi" dapat tambahan "teknologi hijau" menjadi "Menteri tenaga, teknologi hijau dan air". Akan tetapi pada masa yang sama ada "Alam Sekitar" pada "Menteri sumber asli dan alam sekitar".
Pada masa yang sama pula ada "Menteri sains, teknologi dan inovasi".
Menteri mana yang benar-benar nak bangunkan teknologi hijau?
Seperti yang dulu, masih Kementerian Pelajaran masih terpisah Kementerian Pengajian Tinggi.
Angkasanuri pasti masih pening berurusan dua kementerian berbeza.
Jauh lagi untuk realisasikan "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan".
Pemisahan "Sains Teknologi dan Inovasi" dengan Pendidikan boleh diibaratkan satu niat jahat untuk memisahkan kegiatan berinovasi dikalangan pelajar.
Kementerian Pertanian dan Industri asas tani masih terpisah dengan Kementerian perusahaan, perladangan dan komoditi.
Kalau tanam pokok, pastikan kawasan tanaman anda tidak terlalu besar sehingga menjadi "ladang" kerana akan bertukar menteri.
Kalau tidak salah saya dulu, satu menteri biasanya ada satu timbalan, kali ini bilangan timbalan menteri diperbanyakkan, supaya mencukupkan kuota parti-parti tertentu.
Seperti dahulu juga, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, kementerian perumahan dan kerajaan tempatan sudah jadi hak milik mutlak MCA.
Jadi, berbanding Kabinet PakLah yang menjadi pesta kurniaan jawatan Menteri, kini Kabinet Najib adalah Pesta Kurniaan Timbalan Menteri.
Khamis, 9 April 2009
Kabinat Najib = Pesta Kurniaan Jawatan TImbalan Menteri
Related Posts:
- Kalau BN Setuju Kerajaan Perpaduan.... Kalau BN sudah setuju dengan Kerajaan Perpaduan, sila tandatangani surat seperti di bawah: Bahawa ini surat pada menyatakan maka adalah kita Najib bin Razak, Presiden UMNO, iaitu PM di Malaysia mengaku dalam surat i… Read More
- Liberisasi Ekonomi Najib, Tanpa Persetujuan Kabinet atau Parlimen?Pakej liberisasi ekonomi yang baru-baru ini diumumkan Najib melibatkan 30% ekuiti bumiputera, dan pemilikan ekuiti asing dalam syarikat tempatan, adalah perkara besar. Yang pertama ianya melihatkan sensitiviti orang Melayu. … Read More
- Tiada Jaminan Kapal boleh Lalu di Selat TebrauSebelum ini ada keluar berita tentang perbincangan Najib dengan Perdana Menteri Singapura tentang jambatan baru yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura. Adakah benar Malaysia yang mahukan jambatan itu untuk memajukan Jo… Read More
- Pakej Rangsangan RM 67 bilion & USD 700 bilionSiapa di belakang pakej rangsangan RM 67 bilion & USD 700 bilion? Duit datang daripada angin. … Read More
- Kapitalis British Tak Sedar Diri no. 1 Dalam utusan, golongan kapitalis British cuba menghalang komunis daripada masuk Malaysia. no. 2 Pada masa yang sama, ekonomi yang dikawal kapitalis british menguncup. no. 3 Kapitalis British memperagakan akibat kalau… Read More
off topic :
BalasPadamsebol, mcm mana nk ping kt layout PPS tu?
janji negeri ambo dpt pow dua jawatan. haha! jawatan yg masyukkk.
BalasPadam