test

Memaparkan catatan dengan label peruncitan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peruncitan. Papar semua catatan

Ahad, 12 April 2015

Kena Tipu 22sen "GST Kami Bayar" oleh Mr. DIY

Kedai Mr. DIY mengadakan kempen "GST Kami Bayar". Kononnya GST dia yang bayar. Ianya berbeza dengan kempen "Harga tak naik selepas GST", sebab Kempen harga tak naik selepas GST tidak membawa maksud "GST Kami Bayar". Apabila diperkatakan GST Kami Bayar, maka jika sesuatu barang itu, harga tak termasuk GSTnya ialah RM 10 , GST 60sen itu Mr.DIY yang bayar. Namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Saya membeli 3 buah cawan berharga "RM 3.90"....

Jumaat, 10 April 2015

GST dan Runding Harga (Nego)

Terwujud satu kenyataan kononnya dia berjaya menghapuskan GST Agak pelik juga dia boleh menafsirkan , bahawa dia boleh menghapuskan GST.Lainlah kalau dia memang bayar RM 130, tanpa GST.Sememangnya dalam GST, memang dibolehkan untuk runding beli.Tidak semestinya, harga quote tanpa GST, atau harga quote berserta GST tak boleh diubah. Dalam mekanisme urusniaga biasa, harga adalah persetujuan 2 belah pihak. Kalau tidak setuju, jangan beli.Kalau...

Ahad, 5 April 2015

Penyelesaian buat Peniaga Topup Kecil-kecilan

Saya agak memahami masalah peniaga topup yang kos datang untuk topup RM 10, adalah lebih daripada RM 10. Ada yang RM 10.20, ada yang RM 10.30. Anda memang boleh jual harga RM 10.60. Tapi ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi supaya tak kena komplen, atau boleh tangkis 'lawatan KPDNKK'. Kebanyakan peniaga topup kecil-kecilan tidak mendaftar GST, tetapi dikenakan GST ketika membeli dari pembekal. Anda boleh jual harga markup berdasarkan harga datang yang sudah dikenakan GST. Namun AWAS. Perkara no 1 sekali adalah tidak sebut GST langsung. Saya...

Rabu, 1 April 2015

Panic Buying - Pembelian Panik sebelum GST

Ramai orang melakukan pembelian panik sebelum GST. Termasuklah saya. Strategi mungkin berbeza diantara individu. Ada yang sanggup ambil cuti untuk trade in emas. Saya anggap itu satu langkah bijak, kerana kalau trade in emas selepas 1 april, keseluruhan harga emas baru akan dikenakan GST, bukan sekadar wang yang ditambah sahaja. Namun mungkin ada lubang-lubang yang belum GST boleh ditempusi. Ada yang memberi keperluan rumah penuh troli. Ada juga yang tersilap langkah, membuat pembelian panik pada barang yang tidak dikenakan GST, samada 'dikecualikan'...

Jumaat, 20 Mac 2015

Kenapa GST tidak bermula dengan 2% Sahaja?

Sana sini bercerita tentang GST. Ramai yang tolak, tetapi entah bagaimana dalam sistem demokrasi, golongan minima pula yang menang untuk laksanakan GST. Penentangan daripada Pakatan Rakyat tidak bermaya. Namun , apabila GST terus bermula pada kadar 6%, akan wujud situasi tidak stabil di kalangan peniaga. Rata-rata peniaga belum bersedia, yang bersedia pula sedikit. Mahukah peniaga yang bersedia itu, terus mengenakan GST pada kadar 6%, pada masa yang sama, terpaksa bersaing dengan peniaga yang jual stok lama tanpa GST. Peniaga yang bersedia...

Jumaat, 27 Februari 2015

Harga bukan hak mutlak penjual

Saya terjumpa komen sebegini Ambil contoh senario: Harga bukan hak mutlak penjual Harga sebenar berlaku apabila wujudnya persetujuan jual beli. Penjual nak jual harga RM 100. Pembeli nak harga RM 80. Penjual tak boleh bagi harga RM 80, tetapi penjual boleh bagi harga RM 95. Pembeli upkan lagi, boleh beli harga RM 90. Penjual tetap tak boleh beri harga RM 95. Akhirnya pembeli setuju, untuk terima harga RM 95. Adakah pembeli kena ucap...

Khamis, 8 Januari 2015

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?

Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik? Jawapannya Ya dan Tidak. Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain. cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat. Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat. Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah. bila naik, stok jadi mahal, maka untung. Teori itu memang boleh...

Rabu, 31 Disember 2014

Nak tiru Lazada, Nak tiru Zalora, Nak tiru 7eleven

Banyak kali saya dengar, "nak buat macam lazada" "nak buat macam Zalora", "nak buat macam 7eleven". Memang ramai orang meniru. Tetapi kebanyakkannya yang meniru gagal meniru. Tak salah meniru, tetapi bukan tiru outputnya sahaja, tapi perinciannya tidak ditiru. Beberapa tahun dulu, ketika 7 eleven berkembang, ramai yang mula nak meniru 7 eleven, namun ramai juga kecundang. Disiplin 7 eleven memang tinggi, setiap benda terperinci. Kalau sudah...

Selasa, 12 April 2011

Tiada masalah kalau Makan ikan Patin RM 13k

Tiada masalah kalau Makan ikan Patin RM 13k, bersyarat....... Pelanggan nak beli makan ikan patin 13k, telah mengatahui harganya 13k, dan bersetuju untuk membelinya. Sila baca posting lama .... Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Isl...

Jumaat, 27 Ogos 2010

Sistem Petty Cash Dirham

Bagaimana sesuatu kedai runcit atau pasar mini atau pasaraya menerima dirham? Kalau kedai runcit milik perseorangan, memang mudah. Boleh dikatakan semua duit di situ "bapak dia punya" Namun apabila melibatkan kedai yang mempunyai banyak 'POS' , bagaimana mahu terima dirham. Adakalanya sesuatu syarikat mengamalkan "semua kutipan jualan hendaklah didepositkan kedalam bank". Tetapi dirham sudah bercampur dengan dirham dan menyebabkan tidak semua...

Isnin, 25 Januari 2010

Urusniaga Adil: Cerita Tauke Kedai Komputer

Teringat saya pada satu peristiwa dimana saya ingin membeli dogol bluetooth. Terdapat 2 dogol bluetooth yang ditanda harga berbeza. Apabila saya ingin membayarnya, dengan membawa kedua-dua dogol bluetooth yang yang mempunyai 2 harga. Berikutan kekeliruan ini, pekerja wanita melayu memberitahu masalah ini kepada taukenya. Tauke Cina bukan Islam telah memberitahu pekerjanya itu supaya menjualnya mengikut harga yang paling rendah ditanda pada barangan. "Ini salah kita, kita kena jual juga ikut harga ini jug...

Isnin, 11 Januari 2010

Salahkah Air Teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan bersetuju?

Salahkah air teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan dan peniaga saling bersetuju dengan harga yang dinaikkan? Daripada sumber Malaysiakini:Peniaga di KT naikkan harga minuman Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan. "Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa...

Ahad, 13 Disember 2009

Juruwang Peruncit & Plastik

Tadi saya telah pergi ke satu kedai yang tersohor di bandar Melaka. Saya membeli 2 barangan, maka tidak perlulah plastik untuk membawa barangan itu. Apabila saya memberi tahu tidak mahu plastik, maka juruwang itu tetap memasukkan barangan itu ke dalam plastik sambil berkata "tak mengapa". Terpaksa saya keluarkannya. Apa maksud "tidak mengapa" olehnya? Adakah perkiraan kos plastik terlalu utama? 17 hari lagi untuk menyambut Melaka Maju 2010, namun masih ada juruwang yang tidak faham mengapa seseorang tidak mahukan plastik ketika membeli barangan....

Rabu, 3 Jun 2009

Kos Peniaga Kecil Mesti dikurangkan

Saya sokong sebarang langkah mengurangkan kos bagi peniaga kecil. Sebagai contoh: PEMANSUHAN YURAN PENDAFTARAN RM50 PENIAGA PASAR MALAM MPAJ Saya belum sempat untuk mengkaji berapa banyakkan peniaga kecil, samada menyewa gerai, ataupun di kawasan lapang seperti pasar tani atau pasar malam. Apa yang saya mahu ialah kosnya mesti minimum. Kalau tidak selama-lamanya peniaga kecil akan jadi peniaga kecil. RM 1 pun jadi isu, RM 3 pun jadi isu. Tatkala...

Isnin, 13 April 2009

Dapat Surat dari KPDN: Isu Persetujuan Harga Kedai Makan

Hari ini saya dapat surat daripada KPDN, Ianya tiada kaitan dengan perletakan jawatan Shahrir Samad atau perlantikan Menteri KPDN yang baru. Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah membaca catatan ini? Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam? Sekiranya belum, anda perlu membacanya sebelum terus membaca catatan ini. Pada lebih kurang seminggu yang lalu, saya telah makan di satu kedai makan di Merlimau. Tidak...

Jumaat, 20 Februari 2009

Orang Malaysia Menang Lawan Cocal Cola

Diberitakan bahawa Cocacola tidak memperbaharui lesen francaisnya ke terhadap F&N Cocacola Malaysia. Penganalisis CIMB Invesment Bhd, Norziana Mohd Inon, berkata pengumuman lewat malam kelmarin oleh The Coca-Cola Company, pengeluar minuman ringan terbesar di dunia berpangkalan di Atlanta, Amerika Syarikat itu, ternyata mengejutkan. “Bahagian pembotolan dan pengedaran minuman ringan Coca-Cola selama ini menjadi tulang belakang F&N. Bagi tahun kewangan 2008-2009, ia menyumbang 33 peratus kepada pendapatan kumpulan itu. “Justeru, pengumuman...

Rabu, 11 Februari 2009

Pelanggan adalah Raja

Dalam sektor peruncitan, pelanggan dianggap raja. Bukan raja yang boleh dibeli tetapi raja yang membeli. Namun "raja" itu adakalanya melakukan kesalahan. mungkin dia merokok di premis perniagaan yang dilarang merokok. Maka pekerja di ajar dialog ini. "Harap maaf encik, Di sini tidak boleh merokok" Perkataan encik boleh digantikan dengan "Tuan" atau "boss" "Sorry boss, sini tak boleh merokok" Namun ianya agak lari daripada konsep pelanggan adalah raja. Maka apabila pelanggan merokok di premis larangan merokok, hendaklah ditegur dan dilayan...

Selasa, 2 Disember 2008

Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam?

Saya ingin menulis perkara ini sejak berbulan yang lalu.Apa yang saya perhatikan ialah budaya membeli rakyat malaysia terutama sekali ketika membeli makanan tidak langsung menunjukkan gaya wujudnya persetujuan harga sebelum membeli makanan.Kedai makan melayu, banyak yang tidak meletakkan tanda harga, sudah menjadi lumrah pelanggan, pesan sahaja makanan dan minuman kemudian "kira".Pelanggan tidak ada peluang untuk tidak bersetuju dengan harga kerana semuanya telah ditelan.Dalam perniagaan nasi campur juga sukar, apabila pelanggan memilik lauk dan...

Rabu, 15 Oktober 2008

Andai Kata Buluhmas Tak Ambil Deposit

Sebenarnya saya mendapat penerangan tentang Buluhmas ini berbulan yang lalu, akan tetapi penerangan yang saya dapat itu hanya setakat bahagian pertama."Membantu IKS" dan "Pengiklanan", tidak masuk cerita dapat pencen ataupun pendapatan.Pada mulanya saya melihatnya sebagai menarik juga kerana nak bantu IKS pasarkan produk.Masalahnya kebanyakan IKS mengeluarkan produk yang lebih kurang sama. Buat sos, buat air, banyak syarikat buat produk sama.Bagaimana buluhmas membantu mereka.Maka saya telah diceritakan oleh seseorang, bahawa selepas membayar sebanyak...

Sabtu, 23 Ogos 2008

Penurunan Harga Minyak Lebih Banyak Menimbulkan Persoalan

Harga Minyak diturunkan. Ramai yang suka, ramai yang memperlekeh dan macam-macam lagi.Daripada janji kononnya diturunkan pada 1 September tetapi rupanya 23 Ogos.Mengapa 23 Ogos? Adakah harga minyak bulanan yang berubah-rubah itu akan berubah setiap 23 haribulan? Daripada mana tarikh 23 haribulan itu diambil?Bagi pengguna biasa ramai yang seronok sehingga tangguhkan pembelian minyak kepada 23 haribulan. Kepada pengusaha?Shahrir Samad menggunakan alasan pengusaha ketika memaklumkan tentang kelewatan penurunan harga minyak.Banyak syarikat minyak yang...

Google+ Hasbullah Pit