test

Selasa, 30 Jun 2009

Takrifan "Meningkatkan Ekonomi" orang politik biasa

Takrifan Meningkatkan ekonomi sering digunakan untuk menambahkan kewangan bagi ranting/cabang/cawangan/kawasan/bahagian parti.

Wang yang diperolehi adalah sebagai sumber dana untuk menggiatkan aktiviti politik.

Walhal, "ekonomi" adalah sesuatu yang besar dalam politik, ianya melibatkan dasar,

Akan tetapi senario yang selalu berlaku ialah sebaliknya, ia hanya sebagai sumber dana.
Tidak mempertikaikan samada anti kapitaliskah atau pro sosialis kah atau keynessiankah.

Jadi, lembablah politik Malaysia apabila "Meningkatkan Ekonomi" ditakrifkan sebegitu sempit.

Bagaimana kita nak selesaikan masalah ekonomi negara dengan menjual Kalendar dan Kemeja-T ?

"Memperkasakan ekonomi" memberi maksud mempunyai dana yang banyak, tetapi bukannya betapa merdekanya ekonomi daripada kebergantungan asing.

Apabila pelabur lari, maka tak kiralah apa cap parti sekali pun kebanyakkannya sibuk mencari pelabur.

Pelabur mempunyai ketidakadilan ekonomi dimana kertasnya lebih mahal dari kertas kita.
Maka mereka membeli ekuiti yang ada dinegara kita ini dengan murah, akan tetapi kita pula yang bergembira kerana disediakan peluang pekerjaan.

British dulu pun begitu, mereka memiliki hampir kesemua ladang getah, berapa tan emaskah yang mereka bayar pada Sultan Melayu?

Oh, perlu berterima kasih kepada British kerana menyediakan peluang pekerjaan seperti askar dan polis setelah mereka memiliki ladang yang luas?

Najib cerita tentang Liberisasi ekonomi.
Liberisasi tahi kucing.

Saya bukan menentang liberisasi ekonomi secara bulat, akan tetapi pada keadaan dunia nilai kertas tidak sama, sudah tentu mereka akan memiliki ekuiti kita dengan lebih murah.

Mahu cerita liberisasi?
Matawang perlu dikomoditikan dahulu.




Kementerian Pertanian dan Industri asas tani lebih banyak menyelesaikan masalah ekonomi rakyat berbanding kemeriterian kewangan

Samada anda sedari atau tidak, Bagi saya, Kementerian Pertanian dan Industri asas tani lebih banyak menyelesaikan masalah ekonomi rakyat berbanding kemeriterian kewangan yang sebut berbilion-bilion.

Tatkala berlaku krisis ekonomi, rakyat tidak peduli berapa kenaikan atau penurunan KDNK. Tetapi yang penting ialah rakyat mempunyai pendapatan.

Maka saya mengucapkan terimakasih kepada Kementerian itu, kerana mewujudkan Banyak Pasar Tani & Pasar Tani Mega.

Terima kasih kepada
kerana mewujudkan meais

Terima kasih kepada penganjur Car Boot Sale» Hannah Yeoh

Kesemua di atas menghampiri konsep souq yang diimpikan.

Tidak perlu bilion untuk menyediakan pendapatan kepada rakyat.
Tak perlu sangat nak mengekalkan bekas pekerja kilang sebagai pekerja.


Sabtu, 27 Jun 2009

Saki Baki Cerita Kerajaan Perpaduan

Secara jujurnya, saya mendapati penerangan Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Pemuda PAS Melaka amat ringkas dah mudah difahami.

Jauh berbeza dengan pemahaman maksud "Kerajaan Perpaduan" yang diselewengkan.

Penerangannya ringkas,


"Semua parti membentuk kerajaan "

"Bila Pilihanraya semua parti lawan ikut lambang masing-masing"
"Lepas pilihanraya, semua parti masuk balik dalam kerajaan."


Namun  maksud "Kerajaan Perpaduan" yang diselewengkan pula yang popular dan mengakibatkan porak peranda.

Jumaat, 26 Jun 2009

Raja Pop yang Baru?

Setelah ketiadaan Micheal Jackson, tidak perlulah kita berbunuhan dalam penentuan tahta Raja Pop kerana kita sudah mempunyai Raja Pop tempatan iaitu Jamal Abdillah

Khamis, 25 Jun 2009

Amalan Kerusi Tradisi Perlu Dihapuskan bagi Mengelakkan Ketidakadilan Politik

Amalan Kerusi Tradisi Perlu Dihapuskan bagi Mengelakkan Ketidakadilan Politik

Ini Kerusi Tradisi UMNO
Ini kerusi tradisi Gerakan
Ini kerusi tradisi PAS
Ini Kerusi PKR
Ini kerusi Tradisi MCA

Keadaan sebegini akan menyebabkan wujudnya kelompok yang tidak dapat menggundi partinya sendiri walaupun sudah berkali-kali pilihanraya.
Undi pada parti "kawan"  tidak dapat menterjemahkan  sokongannya kepada partinya sendiri.

Selasa, 23 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan Berakhir, Kenapa Nasha Nak Periksa Gigi Nik Aziz?

Agak mushkil juga melihat gambar ini yang seakan-akan Nasharudin Mat Isa ingin memeriksa gigi TGNA


Atau mungkin Nasha ingin mendapatkan petua gigi yang cantik?

Adakah Nasha akan periksa gigi Prof Hamirdin juga?


Allah Kurniakan Minyak Untuk Umat Islam

Allah Kurniakan Minyak Untuk Umat Islam
Tapi Umat Islam Bercakaran
Hanya Kerana Sempadan Negara
Yang ditentukan Penjajah
Di Ambalat


Allah Kurniakan Minyak Untuk Umat Islam
Tapi Umat Islam Bercakaran
Hanya Kerana Sempadan Negara
Yang ditentukan Penjajah
Di Patani dan Kelantan

Isnin, 22 Jun 2009

Berita Baik Buat Tengkorak Reput Henry Gurney

Malaysia masih lagi menggunakan Sistem Demokrasi Inggeris

Ahad, 21 Jun 2009

Kali Ini Benar-Benar Speaker ditahan

Merujuk kepada berita di Malaysiakini, Speaker ditangkap selepas Polis menghalang jamuan DAP,

petikan berita ...


Polis menutup kawasan majlis makan malam untuk mengumpul dana anjuran DAP bagi kira-kira 3,000 orang di Klang dan turut merampas peralatan pembesar suara.

..


Blog itu juga menyatakan bahawa pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis


gambar hiasan:


(untuk memberi gambaran, bagaimana agaknya kalau speaker ditahan)


Sabtu, 20 Jun 2009

Polis British Tangkap Khairul Faizi, Tengkorak reput Henry Gurney bergembira?

Diberitakan bahawa Khairul Faizi telah ditangkap ketika mengedar risalah anti PPSMI .

Kejadian berlaku hanya beberapa jam selepas Khairul Faizi membalas ulasan saya di blog beliau.

Polis yang menangkap Faizi bolehlah digelarkan sebagai Polis British, kerana menjaga kepentingan British, supaya Bahasa Inggeris tetap penjadi pujaan di British Malaya.

Di Buletin Utama pula diceritakan cerita indah tentang Henry Gurney, Pesuruh Jaya British. Pembunuhannya oleh Komunis dikatakan "kerana inilah orang tanah melayu bangun menentang komunis".

Tengkorak reput Henry Gurney di perkuburan Cheras pasti bergembira, masih ada pihak yang memujinya.
Masih ada polis ternakannya yang jaga kepentingan British, menangkap Khairul Faizi.

Nasib baik Henry Gurney mati di sini, kalau dia mati di Palestin semasa serahkan tanah umat Islam kepada Israel, pasti dia akan dikeji.

Kuburnya di Malaya ditulis

In proud and loving memory of Henry Lovell Goldsworthy Gurney K.C.M.G. High Commissioner for the Federation of Malaya 1948–1951 Born 27 June 1898 Died 6 October 1951 Greater Love Hath No Man Than This That A Man Lay Down His Life for His Friends R.I.P.

Kepala hotak dia.

Komunis nak bunuh dia, bukan saja-saja nak bunuh pemandu Melayu.
Nak buat apa komunis nak bunuh pemandu Melayu?
Kejadah apa dia dijadikan hero kerana nak selamatkan pemandu melayu?

UMNO Bunuh Dr Burhanuddin Al-Helmy, Kemudian Mahu ajak lupa sengketa

UMNO Bunuh Dr Burhanuddin Al-Helmy, Kemudian mahu ajak lupa sengketa.

Ptuih!

Jumaat, 19 Jun 2009

Masalah Perebutan Kerusi dapat Diselesaikan dengan "Perwakilan Berkadar"?

Adakah anda percaya bahawa dengan sistem perwakilan berkadar, dapat menyelesaikan perebutan kerusi sesama PR atau sesama BN?

Adakah anda percaya bila Sistem Perwakilan Berkadar digunakan, tiada lagi kerusi yang dijadikan  "pemberian" atau "pinjaman"?

Khamis, 18 Jun 2009

Sosialis Berkembang di kalangan wanita Tempatan?

Walaupun kerajaan semasa sibuk menghentam komunis, sehinga kemeja-T yang dikaitkan dengan Mao Tze Tung dirampas.

Mungkinkah fahaman sosialis pula meresap di kalangan wanita tempatan.


Dialog sebegini sering diperbualkan oleh golongan muda.

"Minah tu sosial la"

"Minah tu kaki sosial"

"dia tu sosial sangat"

Pelajar perlu lulus semua matapelajaran untuk lulus SPM

Pelajar perlu lulus semua matapelajaran untuk lulus SPM.

Tak setuju?
Sila luahkan.

Kerajaan Perpaduan: Jenis "Front" tak boleh serasi dengan Jenis "Coalition"

Saya memang sudah tulis tentang "Kerajaan Perpaduan", pada takrifan yang hampir sama dengan TGHH. Lebih kurang sama dengan Tok Pa cakap.

Sebelum ini banyak cerita "Kerajaan Perpaduan" di tempat lain, tapi kebanyakannya mengaitkan hanya UMNO-PAS.

Saya tidak tahu sangat samada cerita gomoi sebelum merisik itu benar atau tidak.
Anggaplah ia berstatus 'teori konspirasi' dulu.

Pada penulisan saya yang awal tentang Kerajaan Perpaduan ialah pada topik



Maka saya petikkan semula, kerana ia sudah terlalu lama (3 bulan yang lalu)


Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN

Itulah yang sering dianggap oleh ramai orang, apabila sebut "Kerajaan Perpaduan" maka ada yang kata "gabung" atau "Masuk BN".

Bagi saya ia tidak semestinya.

Kalau masuk BN ertinya disembelih.

Jadi kalau nak bentuk kerajaan perpaduan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah pecahkan BN, daripada satu bentuk Parti berdaftar yang terdiri daripada parti komponen, kepada parti-parti yang hanya membentuk pakatan.

Sekiranya perkara sebegitu tidak dilakukan oleh BN, maka lupakan dahulu kerajaan perpaduan.

Rasanya tidak salah PAS, DAP, PKR membentuk kerajaan dengan berpakat dengan beberapa komponen BN dan bukannya BN secara keseluruhan.

Maka eloklah parti komponen BN keluar dari BN untuk membentuk persekitaran politik yang lebih baik.

PAS, DAP, PKR adalah "Pakatan", atau nama Coalition.
Manakala BN adalah jensi 'Front'.

walaupun PAS,DAP,PKR membentuk pakatan sebagai Pakatan Rakyat, namun wujud ciri-ciri 'Front', dimana parti tidak bersaing pada kerusi yang sama dalam pilihanraya.

Dalam hal persaingan kerusi, kedua-dua BN dan PR adalah lebih kurang sama.
di dalam satu kerusi yang dipertandingkan, ada 1 wakil daripada BN dan 1 daripada PR.

Ini semua kerana PAS,DAP,PKR mahu "1 lawan 1".

Maka dalam BN akan wujud perebutan kerusi di antara parti.
Kerusi A UMNO mahu, Gerakan pun mahu.
Kerusi A DAP mahu, PKR pun mahu.

Undi orang UMNO kepada calon Gerakan, diterjemah sebagai sokongan kepada Gerakan.

Undi orang PAS kepada calon PKR, diterjemah sebagai sokongan kepada PKR.

Itu yang terjadi.

Selain dari itu, ada pula istilah "beri kerusi".

Kenapa pula seseorang pengundi itu tidak boleh menunjukkan sokongan sebenarnya kepada parti yang dia suka pada kertas undi?

Kenapa pula sokongan seorang pengundi kepada sesuatu parti, diterjemah kepada undi kepada parti lain?

Kenapa semua pengundi tidak boleh undi parti-masing masing?


Berbalik kepada 'Front' dengan 'Coalition'.

PAS,PKR,DAP adalah lebih bebas berbanding parti yang berada dalam BN,
Ideologi parti masing-masing dalam PakatanRakyat boleh dikekalkan.


PAS, PKR, DAP boleh membentuk pakatan dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.


Akan tetapi tidakkah pelik, dalam satu Pakatan PAS-DAP-PKR-BN, wujud pula satu Front yang mengandungi banyak parti.

PAS,DAP,PKR memang bermati-matian tidak akan duduk dalam Front BN itu.

Jadi sekiranya ingin membentuk Pakatan (coalition) yang lebih besar mengandungi parti komponen BN, maka Front BN itu perlu dihapuskan.

Maka barulah boleh bentuk Pakatan Baru untuk Kerajaan Perpaduan PAS-DAP-PKR-UMNO-Gerakan-PPP-PBB-MCA-MIC-PSM-bla-bla-bla.

Rabu, 17 Jun 2009

Sudah boleh cakap pasal Kerajaan perpaduan atau belum?

Sudah boleh cakap pasal Kerajaan perpaduan atau belum?
Sudah boleh buka mulut?

Selasa, 16 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Saya pun Benak Seperti Penarik beca

Sudah 2 kali Bang Bakaq mengaku benak, kerana tidak faham-faham maksud Kerajaan Perpaduan.


  1. Benak bab Kerajaan Perpaduan
  2. Kerajaan perpaduan: Memang bakaq benak hati, tak reti-reti
Bang Bakaq "benak" keraja terlalu mengkaitkan ianya dengan hubungan sulit dengan UMNO

Saya pun benak.
(sebut macam ayat 'saya pun Melayu")

Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan oleh TGHH, maka saya terlalu jauh lari daripada maksud asal.

  1. Saya benak kerana mengganggap Kerajaan perpaduan tiada kena mengena dengan UMNO.
  2. Saya benak kerana mengganggap ianya satu Penolakan terhadap Sistem Demokrasi Penjajah.
  3. Saya benak kerana mengganggap ianya sebagai satu reformasi sistem demokrasi 'menang kaut semua' kepada sistem yang menjamin peratusan kerusi mengikut peratusan undi popular.
  4. Saya benak kerana mengganggap ianya satu kaedah supaya tiada lagi "kerusi yang di beri"
  5. Saya benak kerana menggangap Kerajaan Perpaduan tidak semestinya masuk BN,
  6. Saya benak kerana mengganggap "Kerajaan perpaduan" sebagai satu percambahan idea.
  7. Saya benak kerana meletakkan syarat "Kerajaan Perpaduan harus dibentuk oleh kuasa diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya "ihsan" daripada parti yang mempunyai kuasa penuh."

Bang bakaq benak, saya lagi banyak benaknya.
Dia ada 2, saya ada 7.

Kepada pembaca blog, maaf dipohon sekiranya "kerajaan Perpaduan" yang ditulis di blog ini terlalu memberikan harapan tinggi kepada politik di Malaysia.

Saya tidak boleh jamin bahawa "Kerajaan Perpaduan" yang sebenar (versi TGHH ) sebagai satu penolakan terhadap Sistem Demokrasi British, perubahan ke arah perwakilan berkadar, menghapuskan budaya "beri kerusi", pembubaran BN dan sebagainya.

Saya tidak boleh jamin "Kerajaan Perpaduan" yang sebenar, meletakkan syarat yang jitu/'countable'/'measurable'/spesifik dan bukannya  "subjektif":-

Antara syarat itu ialah kerajaan BN perlu bersedia melaksanakan pemulihan terhadap demokrasi negara, sistem kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kebebasan media
Anda mahukan perubahan sistem demokrasi?
Kita bercakap menggunakan istilah lain.

Isnin, 15 Jun 2009

Ketidakadilan Politik

Sesuatu langkah perlu diambil untuk memastikan peratus undi popular diterjemahkan kepada peratusan kerusi di Parlimen atau DUN.

Sabtu, 13 Jun 2009

Pembinaan Jambatan Ke Dumai perlu didahulukan sebelum membuat Jambatan ke 3 ke Singapura dan Jambatan ke dua Pulau Pinang

Pembinaan Jambatan Ke Dumai perlu didahulukan sebelum membuat Jambatan ke 3 ke Singapura dan Jambatan ke dua Pulau Pinang


Apa maksudnya?


Jambatan ke 3 ke Singapura adalah hanya menambah laluan kepada laluan yang telah lama bersambung,

Manakala Jambatan ke 2 Pulau pinang juga hanya menambah laluan kepada lauan yang telah lama bersambung. Wujud juga kaedah berferi untuk ke Pulau Pinang.

Kita lihat kes Jambatan ke 3 untuk ke Singapura, Suatu ketika dahulu ianya kononnya diperkatakan sebagai menggantikan tambak johor, hakikatnya ialah Singapura mempunyai niat untuk membesarkan Tambak johor.

Apa ertinya semua ini?

Pembinaan jambatan ke 3 ke Singapura tidak menjamin tambak johor diganti dengan jambatan, dan yang paling penting tiada jaminan kapal boleh lalu di Selat Tebrau. Ianya satu bentuk laluan juga.

Lainlah kalau jambatan bengkok dibuat, maka bertambahlah satu jenis laluan tambahan iaitu laluan kapal di Selat Tebrau.

Saya sebenarnya mushkil siapa yang mahukan Jambatan ke 3 ini?
Adakah Malaysia atau Singapura?

Malaysia mahu Jambatan untuk me'maju' sebelah timur Johor? Tidak ada cara lainkah untuk maju?

Akan tetapi disebabkan Malaysia yang kelihatan seperti berkehendakan Jambatan ke 3, maka Singapura sudah pandai letak syarat mahukan pasir pula. Pasir adalah barangan larangan untuk dieksport ke Singapura oleh Malaysia dan Indonesia.

Membolehkan laluan daripada tidak boleh lalu kepada boleh lalu memberikan impak besar.

Kapal perlu boleh lalu di Selat Tebrau,

Maka, perbezaan antara kenderaan tidak boleh laku ke Dumai dengan boleh lalu juga ketara bezanya.

Jambatan Melaka Dumai boleh diibaratkan seperti Jambatan Oresund dari Sweden ke Denmark. Menggubungkan 2 negara, berlainan bahasa dan budaya.

Sekiranya Jambatan Melaka Dumai dibuat impak besar kepada Malaysia dan Indonesia ialah berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa kedua-dua menolak kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824, yang memisahkan kebudayaan yang sama kepada dua.

Anehnya, Malaysia dan Indonesia saling berebut kebudayaan.
Lagu ini asalnya dari Malaysia,
Eh bukan, dari Indonesia.
Walhal ianya berasal dari kebudayaan yang sama.










Jumaat, 12 Jun 2009

Pengawal Peribadi Hamzah yang baru

Kini Hamzah ada pengawal peribadi yang baru.


Variasi Idea Kerajaan Perpaduan

Idea Kerajaan Perpaduan yang telah dilontarkan oleh TGHH adalah begitu umum dan menyebabkan banyak pertumbuhan idea Kerajaan Perpaduan versi masing-masing.

Saya sendiri mahu melihat bahawa BN itu perlu dibubarkan dahulu, dan sistem demokrasi 'menang kaut'semua ' perlu ditukar dahulu.

Namun wujud juga idea Kerajaan Perpaduan versi lain.

Antara yang menarik ialah Suhaizan, yang mencadangkan Kerajaan perpaduan Tanpa UMNO.

Ada juga cadangan lain supaya langkah awal untuk membentuk kerajaan perpaduan ialah dengan bersua dengan SAPP,


Ada juga satu cadangan yang lebih terperinci tentang Kerajaan Perpaduan oleh, Nash:



Variasi idea kerajaan perpaduan mungkin tidak timbul apabila ianya ditolak secara bulat, dan sering dianggap sebagai rundingan PAS-UMNO sahaja. Oleh itu, cambahkanlah lagi idea-idea Kerajaan Perpaduan versi anda sendiri.


Atau mungkin idea sastera anda sendiri?

Rabu, 10 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Ulama, Profesional,Dinamik, Konservatif,Progresif dll

Jika anda baca buku "ULAMA , Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan" tulisan Rudhian Mohamad Nor dan Mohd Fadli Ghani, anda akn melihat begitu banyaknya tindakan yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.

Terdapat juga penentangan terhadap penjajah, menggunakan faedah yang mungkin tidak terfikir untuk dilakukan oleh orang biasa, ketika itu.

Ketika Zaman Jepun Ulama dari Sumatera dan Tanah Melayu telah bersidang.

Sebelum itu, Ulama memimpin penentangan terhadap penjajahan Siam di Patani, utara Tanah Melayu.

* perlu diingatkan Patani adalah Bahagian utara Tanah Melayu, juga sebahagian tanah Melayu yang masih belum merdeka.

Di Terengganu Haji Abdul Rahman Limbong sebagai Sarekat Islam telah menentang British, di Kelantan ada Tok Janggut.

1947, wujudnya Persidangan Ekonomi-Agama Se Malaya yang seterusnya melahirkan MATA.

Akan tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini adalah kelihatan seperti Ulama tidak memimpin ke satu arah yang agak radikal.

Kegiatan adalah terarah kepada "mencari sokongan", "mencari sokongan", "mencari sokongan".

Ahli PAS seolah-olah tertunggu-tunggu arahan atasan, dan ruang vakum ini diisi oleh golongan aktivis supaya bergerak lebih laju untuk "mencari sokongan".

Ada pihak yang menggunakan label erdogan, profesional untuk menggambarkan golongan bukan ulama yang bergerak dengan pantas.

Pada persoalan "Ulama vs Profesional" bagi saya bukan status ulama atau profesional yang dipersoalkan, padahal semua orang PAS mahukan kepimpinan ulama jika ulama itu bersifat revolusyenis, progresif.

Tatkala berlakunya demam kepimpinan ulama tahun 80an dahulu, memang 'ulama' adalah sesuatu yang bersifat revolusi, pengaruh daripada revolusi ulama di Iran.

Akan tetapi ulama kini tidak serevolusyenis seperti dahulu. Tidak seperti zaman sebelum merdeka.
Gerak kerja pula terhad pada sistem demokrasi pilihanraya acuan penjajah, di negara yang sempadannya juga ditentukan penjajah. (perjanjian Inggeris Belanda 1924, Per. Inggeris Siam 1909, Suruhanjaya cobold 1963)

Tatkala kris ekonomi dunia meruncing, tidak pula kedengaran persidangan ulama khusus untuk mengatasi masalah ekonomi, pengeluarkan penyelesaian-penyelesaian supaya dipanjangkan ke golongan bawahan.

Perkara sebegitu pernah berlaku pada 1947, sehingga tertubuhnya PEPERMAS.

Tahun 2009, berlakunya idea Kerajaan Perpaduan.
Bagi saya ianya sesuatu yang bersifat revolusi, akan tetapi sukar pula diterima oleh orang bawahan.
Ianya disempitkan dengan pemikiran bahawa ianya seolah-olah "masuk BN" atau "bergabung dengan UMNO".

Walaupun ianya dilontarkan dengan ringkas, tiada kaedah yang spesifik, ianya adalah revolusi besar terhadap demokrasi di Malaysia ini.

Gerakan PAS sebelum ini terlalu menjurus ke arah Pakatan Rakyat, cuba menukar kerajaan dengan pilihanraya.

Kewujudan Pakatan Rakyat juga sesuatu yang boleh dipersoalkan.
Terlalu banyak parti yang duduk di dalam BN, sehinggakan PAS tiada pilihan lain di luar BN untuk bersepakat.

Adakah parti-parti komponen BN yang bukan UMNO di Sabah Sarawak semuanya macam UMNO juga?
Kebanyakkannya selesa di bawah BN.

Di Indonesia , PKS boleh berbincang dengan banyak parti politik, akan tetapi di Malaysia PAS hanya boleh berkawan dengan DAP dan PKR sahaja. PSM sekali.

Kalau Gerakan atau PPP atau PBB diluar BN, adalah lebih mudah untuk bersepakat dengan PAS.

Idea Kerajaan Perpaduan adalah ringkas dan umum, ianya lebih kurang persetujuan Korea Selatan dengan Utara tentang kemungkinan bergabung pada masa akan datang.

Suasana politik Malaysia sekarang memang teruk.

Apabila kuatnya Pakatan rakyat, wujud pula pihak yang terpengaruh dengan media Amerika supaya ada sistem ala Sistem 2 parti.

Sistem 2 parti adalah bukannya terbaik.
Pihak Kapitalis yang mahukan kontrak, hanya perlu tabur duit kiri kanan.
Parti Hijau pula tidak mendapat sebarang undi elektoral, walaupun dapat jutaan undi popular.

Maka salah satu keperluan sebelum wujudnya Kerajaan Perpaduan, ialah memastikan bagaimana peratusan undi popular diterjemahkan sebagai peratusan kerusi dan seterusnya diterjemahkan sebagai peratusan kuasa.

Bagaimana pula sistem demokrasi baru itu memastikan bahawa kerusi adalah satu "pemberian" yang menafikan hak sebenar rakyat?

Tidakkah lebih molek kalau sistem demokrasi itu sendiri menentukan siapa yang patut duduki kerusi itu sendiri?

Kaedah Perwakilan Berkadar mungkin lebih sesuai daripada sistem menang kaut semua yang kita gunakan sekarang.

Akan tetapi pemikiran hampir semua orang adalah seolah-olah sistem itu tidak boleh diubah.

Baru-baru ini saya pernah lontarkan, kenapa mesti setelah mendpat lebih 50% kerusi baru boleh bentuk kerajaan?
Mengapa tidak 60% atau 70% ?
Adakah ianya mesti tetap lebih drpd 50% tidak boleh diubah oleh mana-mana oraganisasi di Malaysia ini?
Perlukah kita taat pada sistem Parlimen Inggeris?

Sekiranya sistem perwakilan berkadar digunakan, ahli Parlimen BN hanya 51% di dalam parlimen.

Sekiranya perlembagaan mewajibkan supaya kerajaan hanya boleh dibentuk setelah mendapat 60% kerusi, maka BN tidak boleh membentuk kerajaan.

Maka Kerajaan perpaduan TERPAKSA dibentuk.

Maka lahirlah kerajaan perpaduan yang dibentuk bukan kerana ihsan daripada Pihak yang berkuasa penuh.

Situasi di Jerman agak berbeza, dimana setelah pilihanraya, tiada satu pun parti yang melepasi tahap 50% kerusi, maka Kerajaan Perpaduan antara 2 parti besar terpaksa dibentuk.

Situasi BN hari ini tidak membolehkan Kerajaan Perpaduan dibentuk. Jadi hari ini kita cerita-cerita sahajalah.

Untuk merealisasikan Kerajaan Perpaduan, Barisan Nasional itu perlu dibubarkan supaya ianya hanya sebagai satu pakatan dan bukannya parti berdaftar atau jenis "Front".

Maka selepas itu parti-parti yang di dalamnya bebas membentuk kesepakatan dengan mana-mana parti yang mereka suka.
Gerakan-PAS?
PPP-PKR?
UMNO-DAP?
PAS-PBB-PKR-PBS?
PSM-PPP?


Sebelum ini pun di dalam BN wujudnya perebutan kerusi antara parti komponen. Jadi biarkan Demokrasi sistem Perwakilan berkadar tentukan siapa yang menang.

Satu pengundi hanya boleh pilih satu parti sahaja, dan daripada situ penentuan peratusan kerusi ditentukan.


Jika idea kerajaan Perpaduan ini begitu bersifat revolusi, tidakkan "profesional" kelihatan sedikit konservatif?

Cadangan Untuk Memastikan Keamanan di Selatan Thai

Nampaknya kerajaan Thai telah gagal menjaga keselamatan orang Islam di Patani, oleh itu saya
mencadangkan perkara berikut untuk tujuan kedamaian di Selatan Thai.


1. Tentera Malaysia pula berkawal di kawasan itu selama 150 tahun.
2. Tentera dan Polis Thai tidak boleh memasuki wilayah itu selama 150 tahun.
3. Kerajaan Thai perlu membayar ufti sebanyak 50 aun emas setahun kepada Kerajaan Malaysia sebagai upah kepada Tentera Malaysia.
4. Sains dan Matematik  diajar dalam Bahasa Siam, selaras dengan dasar kerajaan Malaysia menggunakan bahasa penjajah dalam 2 matapelajaran itu.
5. Perdana Menteri Thailand akan dilayan dengan penuh kemasyuran sekiranya datang melawat 3 wilayah itu.

Serangan Politik mesti tepat , tidak semestinya keras.

Daripada Pengamatan saya melihat tindak tanduk politik saudara Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor, saya melihatkan bahawa kaedah serangan yang digunakan adalah mesti tepat dan tidak semestinya dalam bentuk yang keras.

Ulang suara

Serangan Politik harus tepat, mengena sasaran, tidak semestinya keras, lembut pun boleh.

Isnin, 8 Jun 2009

UMNO Pelik, Kini Menyanjung Suruhanjaya Reid

Orang UMNO zaman sekarang agak pelik.

Mereka berbangga dengan Dokumen Suruhanjaya Reid yang terang-terang melacurkan tanah air dengan memberi kerakyatan murahan.

Maka disebarkan kebanggaaan itu dengan menyediakan satu catatan blog khas untuk memaparkan Dokumen hina itu.




Reid Commission - The Original Document!

Ingat!
Hanya UMNO yang beri kerakyatan murahan, bukan keseluruhan melayu.

Kongres Melayu II pada mac 1957, telah menolak dokumen ini, tetapi mencadangkan bahawa kerakyatan diberikan secara lebih tertib, bukannya secara "Pemberian" demi menarik undi dan menjada hati British, dan MCA yang dikuasai Kuo Min Tang.

Maka kebanggan itu, di canang-canangkan oleh Parpu Kari dengan meninggalkan komen di blog-blog .

Adakah Parpu Kari berani menyiarkan memorandum yang membantah suruhanjaya Reid?


Bantahan terhadap Suruhanjaya Reid, juga diceritakan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang pada Muktamar baru-baru ini.
 Tapi apa UMNO peduli.
Memorandum ditolak mentah-mentah, dan rupanya menjadi kebanggaan  UMNO.

Ahad, 7 Jun 2009

Kalau BN Setuju Kerajaan Perpaduan....

 Kalau BN sudah setuju dengan Kerajaan Perpaduan, sila tandatangani surat seperti di bawah:




Bahawa ini surat pada menyatakan maka adalah kita Najib bin Razak, Presiden UMNO, iaitu PM di Malaysia mengaku dalam surat ini bahawa sesungguhnya maka adalah dengan suka-suka hati kita telah menyerahkan negeri Malaysia ini serta dengan perintah-perintahnya sekali kepada Pakatan Rakyat , adanya.

Syahadan lagi adalah pula perjanjian Pakatan Rakyat kepada Najib: Maka jikalau kiranya Najib hendak berpindah dari negeri Malaysia ini ke negeri lain melainkan PR memberi hadiah tiga puluh tiga ribu ringgit dan kepada Muhyidin dua puluh enam ribu delapan ratus ringgit. Dan lagi, adalah perjanjian PR memberi belanja kepada kita pada sebulan seribu tiga ratus ringgit.


Najib
 Surat di tiru dari ..

Sultan Husin Syah Menyerahkan Singapura Kepada Tuan Crawfurd Dengan Suka-Suka

Sabtu, 6 Jun 2009

Majoriti = Hanya 50 % Keatas?

Mengapa Mesti Sesuatu Kerajaan hanya boleh dibentuk hanya selepas mendapat 50% kerusi?

Mengapa tidak 60% atau 70 % atau 80 % ?

Satu Sekolah Untuk Semua atau Bahasa Ibunda Peringkat Awal?

Kepada mana-mana Penyokong PAS yang terpengaruh dengan Agenda Satu Sekolah Untuk Semua, sila kaji balik ucapan Dasar Presiden.

Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu
sejarah baru dengan meneruskan agenda
pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik
dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk
memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di
peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada
masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains
dan matematik di peringkat asas ini mestilah
dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing-
masing.

Saya tidak pernah penyokong Satu Sekolah untuk Semua secara bulat, kerana ia bercanggah dengan apa yang perjuang Anti-PPSMI perjuangkan.

Pejuang anti-PPSMI mahukan bahasa ibunda bagi peringkat awal pendidikan.
Manakala Bahasa Melayu tetap dijadikan bahasa perpaduan dan bahasa ilmu peringkat tinggi.

Oleh itu saya menolak "Satu Sekolah Untuk Semua" tetapi mahu ianya digantikan dengan "Satu Sekolah Untuk Semua bermula umur 10 tahun".

Jumaat, 5 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan

Kerajaan Perpaduan harus dibentuk oleh kuasa diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya "ihsan" daripada parti yang mempunyai kuasa penuh.

Khamis, 4 Jun 2009

Kenyataan Media: Fitnah Berkenaan Keruntuhan Stadium Sultan Mizan

Berikut adalah kenyataan media daripada pihak yang mengaku bertanggung jawap tentang keruntuhan stadium Sultan Mizan

----- mula ----


KENYATAN MEDIA: FITNAH BERKENAAN KERUNTUHAN STADIUM SULTAN MIZAN

Pihak kami membantah dengan keras wujudnya pihak yang manabur fitnah, kononnya sekutu Ultraman yang meruntuhkan Stadium Sultan Mizan. Fitnah itu dibuat bertujuan untuk merendahkan keupayaan kami yang merancang untuk membuat serang balas.

Pihak kami mengaku bertanggung jawap meruntuhkan Stadium Sultan Mizan, dan bukannya ultraman seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Pihak kami telah menghantar StarStream, untuk meruntuhkan Stadium itu, sebagai bantahan kebisingan yang dilakukan oleh Jet Sukhoi. Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai anggota yang mampu bertukar kepada Sukhoi SU 30 MKM.


Selain itu, pihak kami juga membantah cubaan pihak tertentu yang cuba menyamar sebagai Star Scream untuk berjumpa dengan saya di dasar lautan Atlantik.


Saya dapat mengesannya kerana di pesawat itu tertera tulisan "Air France", yang selama ini tidak pernah ada pada badan Star Scream.


Oleh itu, saya menyeru kepada penyokong kami supaya melakukan protes dengan memakai pakaian gelap setiap hari pada program "1 Black Decepticon".

Kemeja-T Decepticon berwarna gelap boleh di dapati di Stesyen Minyak PETRONAS berdekatan, pada kadar RM 9.90 setelah membuat pembelian minyak sebanyak RM 30.


Sekian.


Megatron
Yang diPertua
Decepticon.



-- tamat ---












Beberapa tahun yang lalu, saya telah dicampakkan ke

Berapa Harga Sultan Johor Jual Singapura Kepada British?

Saya telah berjanji kepada Prof Abdullah, (laki Puan Ainon) untuk "menterjemah" berapakah nilai Pulau Singapura yang dijual kepada British oleh Sultan Johor.

Agak sedih dam memalukan apabila membaca kandungan perjanjian itu.


Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 — menyerah sepenuh kedaulatan dan hak … untuk selama-lamanya …



Orang Johor, sila baca secara menyorok-nyorok.

Antara yang menyedihkan...

Perkara III
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol, bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, dengan gaji bulanan sebanyak tujuh ratus (700) Dolar Sepanyol sepanjang hayatnya.

 Jadi berapa banyakkah 33,200 + 26800 dolar Sepanyol itu?

Saya bukanlah pakar dolar sepanyol, akan tetapi ada sedikit mengkaji sistem kewangan lama dalam cubaan mengembalikan matawang berasaskan komoditi seperti dinar dan dirham di muka bumi ini.

Saya tidak pasti samada ketika berlakunya perjanjian 1824 itu, wang kertas digunakan atau wang perak.

1 dolar sepanyol adalah bersamaan 8 real. Ianya juga dikenali sebagai "piece of eight".
Menurut buku "Brunei and Nusantara History of Coinage", terdapat satu gambar wang dollar sepanyol 1761, yang juga dikenali sebagai "Ringgit Meriam" atau "Pillar Dollar". Namun dalam buku itu tidak menyatakan beratnya.

Berapa berat wang perak 1 dolar sepanyol itu?
Ada pihak yang mengatakan ianya 27.47 gram, bukan perak tulen tetapi hanya 93% sahaja,

Spesifikasi matawang dolar sepanyol juga digunakan untuk membuat matawang perak rupee di India, Peso di mexico dan Yuan di China.

1 dollar Amerika pula adalah 1 aun perak, 31.1 gram.

Berbalik kepada Sultan dan temenggong Johor yang menjual Singapura itu, Jumlah yang mereka berdua dapat, tidak termasuk gaji ialah 33200+26800 = 60000 Dollar Sepanyol.

Jika didarabkan dengan gram perak, maka ..
(33200+26800)*27.47 = 1648200 gram
= 1648.2 kilogram

Jadi mereka berdua memperolehi sebanyak 1.6 tan perak.
memang banyak, tetapi tidaklah cukup banyak untuk sebuah pulau yang besar.

1648.2 kilogram perak 93% , perak tulen hanyalah 1532.826 kg.

Pada catatan ini ditulis, (4 jun 2009)
Harga sekilo perak tulen adalah, 349 euro atau 493 USD.

Jadi Harga Pulau Singapura dijual oleh Sultan Johor dan temenggong ialah.
534,956.274 Euro (baca: 534 ribu Euro)
atau
755,683.218 USD (baca: 755 ribu USD)

Tak sampai 3 juta Ringgit Malaysia sekarang.



Sultan Hussain Muhammad Shah berpindah ke Melaka pada 1834, hanya 10 tahun selepas perjanjian itu.
Kalau baginda dapat 1300 Dolar sepanyol sebulan, maka untuk 12 kali bagi 10 bulan (anggaran) ialah
143000 dollar sepanyol, lebih kurang 3653235.30 gram perak.
bernilai 1801045 USD (baca 1.8 juta USD)
atau 1274979  Euro (baca 1.2 juta Euro)

Rabu, 3 Jun 2009

Kos Peniaga Kecil Mesti dikurangkan

Saya sokong sebarang langkah mengurangkan kos bagi peniaga kecil.
Sebagai contoh:

PEMANSUHAN YURAN PENDAFTARAN RM50 PENIAGA PASAR MALAM MPAJ


Saya belum sempat untuk mengkaji berapa banyakkan peniaga kecil, samada menyewa gerai, ataupun di kawasan lapang seperti pasar tani atau pasar malam.

Apa yang saya mahu ialah kosnya mesti minimum.
Kalau tidak selama-lamanya peniaga kecil akan jadi peniaga kecil.

RM 1 pun jadi isu, RM 3 pun jadi isu.

Tatkala berlakunya krisis ekonomi sekarang ini, berniaga adalah salah satu pilihan mencari pendapatan selain daripada terus menjadi pekerja.

Akan tetapi situasi di Pantai barat, tidak begitu mesra peniaga kecil berbanding dengan pantai timur atau Sabah.

Saya pernah ke Sabah 1 hari, untuk mengkaji sektor peruncitannya. Di dapati di sana lebih ringkas.

Di sebelah pantai Barat, jarang ditemui tempat yang di khususkan untuk "bentang dan berniaga".

Pasar Tani dan Pasar Malam biasanya menggunakan jalan raya sedia ada,
Jalan terpaksa ditutup untuk tujuan itu.

2 hari lepas Isteri saya pergi ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu menceritakan bahawa Wakaf Che Yeh itu lebih kurang sama konsep dengan Souq Jasin yang diimpikan itu.

Melihat akan gambar pada laman web MPKB, ianya kelihatan seperti tiada infrastruktur.


Wakaf Che Yeh


Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasarbasah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam.

Sekiranya wujud satu tempat, ada infra struktur sedikit, boleh sewa elektrik sedikit ikut hari. Ada bumbung tinggi yang disediakan oleh pemerintah atau penganjur pasar.


Maka ia memudahkan peniaga.
Peniaga yang "bentang" tidak perlukan khemah.


Automatik mengurangkan kos peniaga.


Di Melaka banyak infrastruktur perniagaan yang mati.
Digital Mall, Pasar Umbai,


Mengapa?
Kerana sewa kah?
atau orang Melaka tak suka berniaga berbanding Kelantan?


Namun andaikata Digital Mall dibenarkan untuk disewa pada kadar RM 10 sehari.
(mesti dikosongkan setiap hari)

Adakah ia mati?


Belum tahu lagi "Kota Fesyen" bagaimana nasibnya.




Selasa, 2 Jun 2009

Apa dah Jadi dengan Harga Emas di Malaysia?

Saya rasa pelik.

Public Dinar & Dinar Emas Kelantan, 'spread'nya meningkat berbanding dulu cukup rendah.

Harga pula berbeza.

Sekarang ini:
1 Public Dinar Jual RM 485, Beli RM 456
(spread =6.3%)
menjadikan harga 'beli' RM 107 per gram
Harga 'jual' menjadi 114

1 Dinar Kelantan, Jual RM 484 Beli RM 431
(spread = 12%? )
menjadikan harga 'beli' RM 101 per gram
Harga 'jual menjadi RM 114'


Yang agak pelik lagi ialah Harga Emas persatuan kedai emas adalah RM 122 per gram, untuk 916.
dan RM 130 untuk 999.

Tetapi semalam isteri saya melaporkan dari kelantan, harga emas 916 hanya RM107 per gram.


Harga di Maybank beli= RM 106.53, Jual=RM 114.96
(spread mcam dulu 8%)

UMNO Menabur Budi Kerakyatan, bukannya "Melayu"

Peratus pengundi Melayu merosot daripada 84.2 % (1955) kepada 56.8% (1959), akibat daripada ketaatan UMNO kepada Suruhanjaya Reid British.


Bukan untuk menafikan hak bukan melayu untuk mendapatkan kerakyatan. Akan tetapi mengapakan ianya dilakukan atas sebab British?

Bukankah boleh dilakukan secara beransur-ansur, teratur? dan bukannya secara "BERBUDI".

Pada Kongres Melayu ke 2, mac 1957, telah memutuskan supaya memberi cadangan kaedah pemberian kerakyatan yang lebih teratur. Dihantar sebagai memorandum.

Namun ditolak oleh Tunku.

Google+ Hasbullah Pit