Pada pandapat saudarabendolsebol , org di pattani itu melayu? kelakar nya, sbb bila ditanya, rata2 org2 pattani lagi sanggup mengakui diri sebagai orang siam.
Namun, setelah membaca sendiri tulisan orang patani yang memperjuangkan kemerdekaan banyak kali mereka mengatakan mereka melayu dan juga banyak kali mempersoalkan kenapa Negara Melayu tidak menolong mereka.
Petikan daripada Patani Merayu kepada Bangsa Sendiri:
Sekurang-kurang nya tidak menghalau orang-orang Patani saperti kambing liar.(Kenapa orang-orang Patani tidak dipanggil dengan nama Patani? Kenapa harus di panggil mereka dengan orang Selatan Thai? Atau orang Thai? Kami bukan orang Thai kami orang Patani. Orang Thai berugama Buddha!! Kami berugama Islam! Jangan menghina bangsa sendiri. Betul kami belum maju saperti Malaysia tapi sekurang-kurangnya kami tak rela Negara kami di jajah oleh bangsa lain.)
Petikan daripada PATANI OH PATANI KU:-
Orang-orang Melayu sebenarnya bangsa yang agak malang,kalau di banding kan dengan bangsa Arab. Orang-orang Arab walaupun mereka bodoh tapi menganggap masaalah Palestin adalah masaalah Arab.Mereka seluruh nya menghulurkan bantuan kapada orang-orang Palestin.Sekurang-kurang bantuan kebajikan.Walaupun sebahagian besar mereka di bawah telunjuk Amerika dan kuasa-kuasa barat tapi mereka tetap tidak tinggal kan Palestin. Tapi berlainan dengan bangsa Melayu. Sudahlah masing-masing Negara Melayu tidak mengaku mereka bangsa Melayu kecuali Brunei Darussalam. Mereka tidakpeka pada masaalah Patani.Mereka tidak menganggap masaalah Patani adalah masaalah Melayu.Sedang SEMUA bangsa lain di dunia tidak akan rela kaum mereka di tindas oleh orang-orang lain.Tidakkah itu cukup untuk membuktikan mereka mengganggap diri mereka melayu?
Sila baca seterusnya di laman blog Patanikini
0 comments:
Catat Ulasan