test

Sabtu, 30 Januari 2010

Beras Padu Ditutup Lebih Kurang Sebulan Lebih

Dimaklumkan bahawa Beras Padu ditutup dalam anggaran sebulan lebih, bertujuan untuk mengira berapa KWh tenaga yang digunakan.

Sejak berlakunya revolusi Cekap Tenaga beberapa bulan yang lalu (di rumah saya) dan kalau Beras Padu ditutup, Penggunaan Elektrik telah turun sehingga ke tahap 55% berbanding dahulu.

Namun Beras Padu duduk di komputer yang tidak cekap tenaga, Athlon XP lama. tidak sesuai untuk dihidupkan 24 jam, sepertimana yang pengunjung Beras Padu mahukan. Ia tidak boleh tidur seperti komputer-komputer lain di rumah.


Saya perlu mencari kaedah Cekap Tenaga bagi menghidupkan kembali Beras Padu.

Mungkin perlu beli komputer khas yang cekap tenaga.

Wujud punya banyak pilihan, entah mana yang sesuai.
http://www.metaefficient.com/computers/the-greenest-pcs-of-2008.html

Ada juga yang tidak dijual di Malaysia.

Semalam saya terjumpa Linutop 2 dan Linutop 3, keluaran Peranchis.

Hari ini, saya merasakan bahawa fit-PC2i yang paling sesuai kerana pada muatan penuh pemproses, ia hanya menggunakan 8W kuasa.

Namun, ianya begitu jelas "Israel"nya.

Ada juga alternatif daripada Asia
MSI Windtop DE200 , dikatakan 30 watt
MSI Nettop CS 120 , dikatakan 35 watt

Masih belum nampak penyelesaian dari jepun, mungkin ia masih disembunyikan di negara mereka.

Anda boleh cadangkan komputer apa yang mungkin sesuai untuk Beras Padu.

Di Copenhagen dulu, Najib telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 40 %.
Macam mana dia nak buat? belum nampak langkah-langkah yang telah diarahkan.

Adakah  'Autonomi bil elektrik' sekolah adalah satu langkah untuk mencapai sasaran itu?.

Khamis, 28 Januari 2010

Tutorial: Siapa Gay yang suka DVD Jepun ?Untuk Dr Novandri & Topeng Perak Perisik Rakyat.

Ini adalah tutorial ringkas untuk 2 orang ini, Dr Novandri & Perisik Rakyat.

Yang lawaknya Dr NOvandri menuduh Perisik Rakyat, wujudnya perkara lucah di referer perisik rakyat adalah kerana "keinginannya".

Memang sifat penyelia laman web lucah cuba spam ereferer orang lain untuk m,empromosikan laman mereka. Teknik ini juga digunakan bagi laman web bukan lucah.

Konsepnya mudah, sekiranya kita meletakkan ererfer, maka auto matik kita berterima kasih kepada pentuding kita dengan menyenaraikan laman mereka.

Sebagai contoh, beberapa laman web tersenarai kerana membuat pautan kepada blog saya.



Namun wujud juga pengspam yang mengekspolit kemudahan ini.
Tidak sukar bagi pemilik laman web lucah untuk membuatkan laman web mereka tersenarai.

Buat auto pun boleh. Masuk sahaja laman web lucah, automatik buka laman untuk di spam, maka tersenarailah laman web lucah itu di laman web mangsa.

Dalam kes ini, Perisik Rakyat adalah mangsa.

Jadi apa perlu mangsa lakukan?

logmasuk ke ereferrer.com , tapis sahaja perkataan lucah yang ada.




Tak perlu memperlihatkan tahap pemikiran.

Label UMNO, Label Pembangkang

Wujud satu jenis pemikiran, apabila seseorang bercanggah pendapat dengan pendapat biasa sesebuah organisasi, maka dia akan dilabel sebagai pihak lawan.

Apabila ramai mahasiswa membantah PPSMI, ramai golongan akademik dilabel "pro pembangkang", akhirnya ramai yang jadi "pembangkang".

Namun juga berlaku dalam Pakatan Rakyat, apabila seseorang itu mengeluarkan pendapat bercanggah dengan pendapat biasa dalam Pakatan Rakyat, maka tidak perlulah dilabelkan UMNO.

Isnin, 25 Januari 2010

Urusniaga Adil: Cerita Tauke Kedai Komputer

Teringat saya pada satu peristiwa dimana saya ingin membeli dogol bluetooth. Terdapat 2 dogol bluetooth yang ditanda harga berbeza.
Apabila saya ingin membayarnya, dengan membawa kedua-dua dogol bluetooth yang yang mempunyai 2 harga.
Berikutan kekeliruan ini, pekerja wanita melayu memberitahu masalah ini kepada taukenya.

Tauke Cina bukan Islam telah memberitahu pekerjanya itu supaya menjualnya mengikut harga yang paling rendah ditanda pada barangan.

"Ini salah kita, kita kena jual juga ikut harga ini juga".

Ahad, 24 Januari 2010

Negara Tidak Perlu Bergantung Pada Pelaburan Asing

Dulu saya pernah kata, negara tidak perlu bergantung kepada pelaburan asing.
Namun ianya tidak disokong secara popular.

Sekarang Dr Mahathir pun berkata perkara yang sama.

Rabu, 20 Januari 2010

Kerajaan BN tidak jimat 1.3 bilion untuk Gula

Terdapat beberapa artikel berlegar di sfera blog mengatakan kerajaan BN telah jimat RM 1.3 bilion untuk gula.

Angka sebegitu nampak tidak logik, kalau dengan hanya menaikkan 20 sen harga gula, sudah dapat 1.3 bilion.
Agaknya berapa penggunaan gula rakyat Malaysia setahun untuk mencapai nilai RM 1.3 bilion itu?

1.3 bilion bahagi 20 sen = 6.5 bilion kg gula.

Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi  seorang rakyat Malaysia 270kg setahun.

Logik atau tidak angka itu?

Terpulanglah.

Daripada sumber bernama pula, terdapat petikan FOMCA yang mengatakan anggaran subsidi gula setahun baru 2010 adalah RM 1.2 bilion.



Mohd Yusof memberitahu Bernama, Fomca menerima kenaikan harga gula atas dua asas, iaitu peruntukan subsidi yang tinggi untuk gula dan memandangkan matlamat pemberian subsidi tidak menepati sasarannya.

"Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM720 juta sebagai subsidi pada 2009 bagi memastikan harga gula kekal pada paras RM1.45 sekilogram. Untuk 2010, kerajaan dijangka membelanjakan RM1.2 bilion untuk subsidi jika harga gula masih dikekalkan pada RM1.45.

"Oleh itu, untuk tahun ini, kerajaan terpaksa menaikkan harga gula sebanyak 20 sen dan mengekalkan peruntukan subsidi sebanyak RM720 juta," jelas Mohd Yusof


1.2 bilion dengan 1.3 bilion sudah dekat, menandangkan ianya anggaran.
Namun adakah angka itu juga benar?
1,200 juta -720 juta = RM 480 juta.

kira balik,
480 juta bahagi 20 sen = 2.4 bilion kg gula.
Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi  seorang rakyat Malaysia 88 kg setahun.
Logik atau tak logik?


Kita ambil maklumat KPDNKK yang mengatakan purata penggunaan gula rakyat Malaysia adalah 26 sudu teh sehari, bersamaan 130 gram sehari. darab 365.25 hari, rakyat Malaysia menggunakan 47.48 kg gula setahun.

logik atau tak logik?

Yang jelas, ialah kenyataan Kerajaan telah jimat 1.3 bilion dengan menaikkan gula 20 sen adalah paling tak logik.

Manakala kenyataan fomca berkenaan 1.2 bilion juga sukar untuk dipercayai.

Nilai 1.3 bilion & 1.2 bilion adalah datangnya daripada sumber kerajaan sendiri menunjukkan keseluruhan subsidi gula yang BANYAK dalam bentuk ANGGARAN.

Namun angka ANGGARAN yang BANYAK itu mungkin telah diperbanyakkan supaya memperlihatkan keperihatinan kerajaan. Namun dipusing boleh Ustaz Isdris Ahmad menunjukkan seolah-olah 1.3 bilion telah dijimatkan.

Berapa banyakkah wang kerajaan yang telah dijimatkan dengan menaikkan harga gula 20 sen?
Kiraan kasar saya menunjukkan angka 256 juta sahaja.

Ini disebabkan oleh bukannya keseluruhan subsidi gula dihapuskan. Kalau keseluruhan subsidi gula dihapuskan, harga gula di pasaran akan mencecah RM 3,00 . Tatkala itu, rakyat Malaysia akan tanam tebu ramai-ramai.

Sistem kawalan harga BN menggunakan subsidi yang digabungkan dengan polisi nilai matawang rendah terbukti gagal. Tidak perlu beria-ria  menggunakan  sistem yang sama tetapi dalam bentuk yang sedikit rendah. Masalah tidak selesai. Bulan depan kita akan bergaruk mengenasi pengsubsidian komoditi lain pula.


Ayuh tolak Polisi Nilai Matawang rendah yang menjadi punca segala masalah subsidi.

Selasa, 19 Januari 2010

Hujah Boikot Komoditi

Daripada blog Idham Lim

Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:


والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم


"Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan."

Hadis SAHIH Bukhari Muslim.

Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah.

Dalam hadis lain menyebut:


فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم


" Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah saw memperkenankan permintaan mereka."


Di atas adalah hujah yang digunakan oleh penyokong "boikot dalam bentuk tidak membeli barang".

Namun bila dibaca betul betul, hujah ini adalah tepat bagi penyokong "boikot dalam bentuk tidak menjual barang".

Boikot Amerika dalam bentuk tidak membeli barang, tidak kemana, kerana mereka tidak memerlukan duit.
Kalau mereka mahu duit, mereka cetak duit lagi. Hari ini pun sudah bertrilion USD yang dikeluarkan.

Malaysia mengeksport lebih banyak barang daripada barang yang kita import daripada mereka.

Kalau kita tidak membeli barangan mereka sekali pun, mereka beli barangan kita.
Mereka tetap dapat barangan yang mereka mahu dengan membayarnya dengan kertas.

Kertas itu yang ramai orang cintakan.

Jika  Malaysia mencatatkan lebihan dagangan RM 10 bilion.
Malaysia memberikan lebih barangan kepada Amerika dan Malaysia hanya mendapat kertas.


Daripada Bernama

Defisit dagangan Amerika Syarikat dengan Malaysia bernilai AS$17.8 bilion pada 2008. Secara kumulatifnya, negara itu juga ialah pelabur asing terbesar di Malaysia.
 Apa penafsiran anda?

Google+ Hasbullah Pit