test

Jumaat, 30 Januari 2015

Di Mana nak beli Jubah Nursing mesra penyusuan Ibu?

Di Mana nak beli Jubah Nursing mesra penyusuan Ibu? Susah nak cari?

Jubah memang ada banyak jenis.
Ini bukan cerita jubah lelaki teapi cerita jubah perempuan, jubah muslimah.
Yang bukan Islam pun boleh pakai jubah juga, tiada larangan.

Ada jubah yang sarung terus, memang tiada ruang untuk buka dan menyusukan budak/bayi.
Ada jubah yang memang ada ruang bukaan tetapi tak besar untuk menyusukan baby.

Memang pening kalau pergi kedai jual jubah, tetapi kita kena selak satu satu nak cari. yang mana boleh buka yang mana tak boleh buka.

Ini gambar contoh bukaan yang boleh nursing.




Jadi saya nak bantu anda untuk boeh terus pilih Jubah Muslimah Nursing yang mesra penyusuan ibu.

Zaman dulu, memang susah nak cari, sebab dulu orang tua-tua sahaja pakai jubah, orang tua sudah tak beranak lagi.


Jadi dengan adanya jubah nursing, terus boleh tutup aurat, sambil boleh menyusukan anak.
Tak perlu selak baju sampai nampak perut.


Lazada Malaysia

Kalau Tak suka jubah menyusu muslimah murah, boleh beli Tshirt Muslimah Mesra Nursing. Lebih murah sedikit, dan boleh kalau anak sudah besar pun boleh pakai lagi. Bukannya orang tahu itu Tshirt Muslimah 'nursing atau tidak.






Mentafsir ayat 'Sila Google sekian' daripada 2 sudut pandang

Sila google "bla bla".

Memang selalu kedengaran ayat sebegitu, diungkapkan oleh ramai orang.

Boleh ditafsir beberapa kaedah.

Dalam sesetengah situasi, apabila  seseorang bertanya sesuati, maka mungkin akan ada jawapan supaya suruh 'google'.

Ada beberapa kemungkinan, pertama, mungkin dia tak tahu jawap, dan suruh orang "RTFM" dengan mudahnya menyuruh orang Google.

Kemungkinan kedua ialah, seseorang itu adalah peminat Google.
Dia pernah 'google' perkataan itu, dan pernah menjumpai banyak maklumat yang releven dengan penyelesaian masalah itu.  Jadi jawapan terbaik untuk membantu seseorang menyelesaikan maslaah atau menjawap persoalan ialah "Sila google perkataan sekian sekian".


Jawapan "Sila Google", adalah tidak friendly bagi bukan peminat Google.
Mungkin dia orang Facebook.

Bagi orang yang bergelumang dengan Google, hari-hari monitor katakunci, maka Hasil carian pun sudah melekat dalam kepala otak. Minggu lepas bawah, minggu ini naik. Perkara sebegitu pun diperhatikan.

Jadi, tersebutlah alkisah seseorang bertanyakan "kerja di mana?".
Maka, mulanya saya nak jawap "cari 'dualogam' di Google Map" .. tetapi saya tambah "Waze" , sebab orang KL ramai guna waze berbanding Google Map Mobile.
Saya memang hafal hasil carian 'dualogam' di Google Map.

  • Boleh tahu alamat, 
  • Boleh tahu koordinat, 
  • Boleh tahu peta,  Imej satelit.
  • Boleh tahu apa URL laman web 
  • Boleh tahu  nombor telefon,


  • Boleh tahu, bagaimana nak datang kalau guna kereta, kalau guna basikal, kalau guna pengangkutan awam.
  • Boleh juga tahu waktu operasi, pukul berapa tutup. Sekarang ini tutup atau buka.
  • Boleh tengok sampel gambar lokasi.
  • Boleh tengok Streetview, boleh tahu berdekatan dengan apa.

Cuma Photosphere belum ada, sebab belum tangkap 3d bahagian dalam.



Adalah mustahil untuk memberi maklumat seperinci itu, dengan hanya menjawap menggunakan teks yang ditaip.

Namun, 'Google' tidak semestinya digambarkan indah.
Saya dianggap sebagai 'tidak ikhlas menjawap'.

Mungkinkah Bing atau Facebook boleh membantu untuk menjawap soalan dengan lebih lengkap?

Atau mungkin juga jawapan yang sesuai adalah "Merlimau".














Ahad, 25 Januari 2015

Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan ?

Saya terjumpa sesuatu di posting Azlina Android Al-Hijawi, bukan dia cakap.


Tiada apa yang signifikan yang boleh dicapai jika matawang ditukar ke dinar kerana

1. Sistem monetari sangat kompleks
2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang kertas ...tidak tampung nilai us dollar kepada gold...
3. Nilai dinar emas sendiri akan bersandarkan kepada emas komoditi yang jadi aset class yang nilai sentiasa berubah dipasaran...

 Jadi saya jawap satu persatu...

1.Sistem monetari sangat kompleks 
Wang Fiat itu yang kompleks,  Dengan Fractional reserve Banking,  Hutang boleh dijual, hutang jadi deposit, looping sana sini.

Emas perak tak kompleks pun.


2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang kertas ...tidak tampung nilai us dollar kepada gold... 
Wang komoditi tidak pernah gagal, sejak beribu-ribu tahun yang lalu, cuma apabila wang kertas diperkenalkan, maka keinginan untuk menebus emas dan perak itu dikurangkan, dan sehingga tahap tidak mahu tebus langsung.

Manusia sudah tidak kisah untuk menebus emas setelah dapat wang kertas, kertas itu sentiasa boleh dibelanjakan. Maka bila Nixon sudah tidak benarkan tebus emas, maka semua buat biasa sahaja.

Di Malaysia, wang kertas memang tiada sejarah boleh ditebus dengan emas, maka memang orang Malaysia tidak ambil peduli apabila tidak boleh ditebus.

Namun tidak semua percaya bulat-bulat pada kertas. Ramai lagi yang yakin dengan emas.
Cuma keyakinan pada emas ada beberapa jenis.
1. yang angap simpan nilai.
2. Yang nak untung fiat, (sehingga ada yang tersontot).

Sistem kewangan emas perak tiada kurangnya, sehingga kerajaan-kerajaan jahat tidak dapat manipulasi.
Namun wang fiat diadakan supaya bekalan matawang sentiasa boleh dilebihkan daripada emas yang ada.

Zaman Rom dulu, berlaku debasement pada wang emas, lebih kurang macam cuba cetak wang kertas lebih. Tetapi ianya gagal keraja manusia masih lagi percaya pada nilai emas dan perak.

Empayar besar Inggeris banyak kehilangan emas ketika membeli senjata daripada Amerika untuk melawan jerman.

Inggeris juga banyak kehilangan perak ketika enak membeli teh daripada China.
Sepututnya China menjadi lebih kaya. Tetapi, Inggeris pun pandai, mereka jual candu pada China, sehingga raja pun menagih. Selamat sedikit perak.

Di Tanah Melayu, 1 Ringgit asalnya duit perak, ada tulis jawi.
Nak buat apa kasi Melayu Cina wang perak, Kan tujuan Inggeris adalah untuk merompak hasil bumi. maka dikeluarkan wang kertas gambar kerbau menggantikan perak.
Perak dibawa balik, hasil bumi dibawa balik, yang tinggal hanya kertas.

Begitu juga urusniaga minyak antara Amerika dengan Arab.
Amerika dapat minyak, Pak Arab dapat kertas, kertas itu pula dilaburkan ke Amerika semula dalam bentuk aset kertas, Syarikat dikawal oleh Amerika.

Kini ada hasutan nak suruh rendahkan Harga minyak supaya kononnya Arab Saudi boleh menguasai pasaran. Memang boleh, tetapi Amerika juga yang untung. Pak Arab percaya lah bulat-bulat.

Amerika seperti sudah tahu USD akan tersontot.
China pun tahu, China paling banyak beri benda diganti dengan kertas USD.
China ada malu sedikit nak tolak USD, tentera belum cukup kuat nak berperang dengan Amerika.
Tengok macam Saddam, sekejap sahaja jatuh.

Sambil China terima kertas USD, China belanjalah kertas USD dia untuk beli komoditi dan syarikat apa yang ada dalam dunia. Tanah di Amerika pun dia beli.

Kalau tak cukup duit, China pun boleh cetak duit sendiri juga, bukan Amerika sahaja yang boleh.
Maka China pun amalkan perkara yang sama, kredit banyak-banyak tapi beli aset fizikal banyak banyak.

Idris Haron gembiralah ada pelabur China nak "majukan" Melaka Gateway.
Walhal Tanah kena rembat guna kad kredit swipe di China.

Oh, Di Malaysia pun boleh cetak duit, Najib tak lepas peluang, setiap tahun defisit, tidak cukup itu perbekalan tambahan lebih kurang 2 kali setahun. Cuma Najib tak cetak duit untuk rembat komoditi negara lain, hanya untuk terus kekal berkuasa.

Apabila hampiur tersontot, barulah ada dasar-dasar pengurangan defisit.

Pada masa yang sama, banyak juga tanah tergadai dibeli menggunakan kad kredit yang diswipe dinegara luar.

Dipendekkan cerita, Sistem kewangan Fiat memang direka supaya kerajaan-kerajaan jahat terus merompak. Negara jahat terus merompak.


Soalan no 3, saya jawap lain kalilah.































Isnin, 19 Januari 2015

Hari Ini Saya Baru Sedar Umur sudah 40 tahun

Hari Ini Saya Baru Sedar Umur sudah 40 tahun.

Saya memang selalu lupa umur, jadi setiap kali itu saya mengira tahun.

2014 - 1975 = 39

Maka 39 tahun.

"Sekarang ini 2015 lah".

Eh, rupanya kaedah kira umur menggunakan kiraan pun salah.
Tahun tak berganjak lagi.

Mana tidaknya, baru beberapa hari lepas masih lagi 45 Disember 2014.


Khamis, 15 Januari 2015

Berita Emas Tersontot: Anak Bulan Masih Belum Kelihatan

MELAKA, 45 Disember - Ramai orang masih lagi menunggu ketibaan bulan Januari. Namun ada
pihak yang masih lagi inginkan Bulan disember, kerana modal dijanjikan untuk dikembalikan pada Disember.

Manakala pihak penyontot pula lebih gemar bulan Disember 2014 dilanjutkan sehingga 314 hari.
Kejadian perlanjutan bulan disember itu dikatakan berkalu kerana anak bulan Januari masih belum timbul.

"Ku tunggu, punya tunggu, bulan tak timbul timbul" , kata seorang penunggu anak bulan.

Tidak ada perhimpunan berlaku, kerana bulan disember masih belum berakhir.

Namun begitu, keadaan agak pelik, apabila penjawat awam sudah mula berhimpun, di mesin-mesin  ATM. 

Bonus Kerajaan beserta gaji, yang dijanjikan untuk dibayar pada 1 Januari, telah ada dalam  akaun penjawat awam.


Rabu, 14 Januari 2015

Cara Melabur emas di arrahnu

Artikel ini ditulis bukan untuk menggalakkan orang memajak emas sesuka hati.

Saya bukan suka orang memajak emas tanpa sebab, kononnya boleh untung kalau guna skil skil tertentu.

Memang kena ada skil, tetapi skil itu bukannya dilakukan tanpa sebab.

Perlu dingatkan Ar Rahnu, kos upahnya adalah lebih kurang 14% setahun.

Kalau ada kaedah pinjaman lain, baik guna kaedah lain. Cuma kelebihan Ar Rahnu, ialah anda tidak perlu meminjam lama.

Kalau ada orang ajar cara, tiap-tiap bulan suruh pajak, atau  kaedah berbentuk bulanan, semuanya tak boleh dipakai.

Jadi bila boleh Ar Rahnu?

Perlu diingatkan ArRahnu adalah pinjaman berkos tinggi, 14% itu sudah macam kad kredit, tetapi rendah sedikit. Namun kalau jangka pendek maka ianya boleh dikurangkan.

Kadar sama, tetapi bila pinjam sekejap maka bayar sedikit.


Jadi bila boleh Ar Rahnu?

Ar Rahnu boleh digunakan apabila anda berpeluang untuk membeli emas pada di bawah nilai.
Atau , ketika harga emas betul-betul rendah.

Ini boleh dikira 'tanpa sebab'  , tetapi boleh lah guna pakai 'harga rendah sebagai sebab.

Kalau dulu, ramai orang sesat ajar kononnya harga emas naik 20% setiap tahun.
kalau 20% sekali pun, tolak 14% tinggal 6 % sahaja. Boleh lah.
Setiap bulan, kos emas itu naik RM 1.5 /gram.


Contoh dibawah nilai adalah, apabila anda berpeluang beli emas pada harga skrap.
Peluang ini jarang jarang tiba kalau anda tak jual emas.
Namun ada juga kawan sepejabat yang nak jual emas, kedai ambil rendah, anda boleh up sedikit dan ambil.

Jadi kalau tak cukup duit, baru Ar Rahnu. Rantai Tangan kah, Rantai Leher kah...

Kalau cukup duit, tak payah Ar Rahnu.

Anda boleh guna Ar Rahnu, kalau anda berpeluang untuk beli barang lain di bawah nilai.
Contoh, anda peniaga kereta, ada orang tolak kereta, anda sudah letak harga cukup rendah, tetapi dia nak jual juga.

Maka sang peniaga kereta itu boleh pajak seketika emas yang ada.
Bila kereta itu sudah laku, tebus semula emas itu.

Ada peniaga yang memerlukan modal bermusim.
Sebagai contoh, peniaga yang perlukan stok lebih pada hari perayaan, atau hari buka sekolah.
Maka anda boleh ar rahnu. Selepas habis musim, tebus semula emas, guna untung berniaga.

Tetapi kalau pembekal boleh kasi 'consignment' , tak payah Ar Rahnu.


Peniaga Hartanah?
Pun boleh, kalau tak cukup duit muka.

Bila lagi sesuai Ar Rahnu?
Anda mungkin lebih tahu, bila masa anda perlukan duit untuk raih lebih keuntungan.
Jangan masuk skim mengarut-ngarut sudahlah, nanti tersontot.

Tajuk yang sesuai untuk artikel ini adalah, "Bila masa sesuai Ar Rahnu", tetapi nak guna untuk jawap persoalan popular "Cara Melabur emas di arrahnu"














Khamis, 8 Januari 2015

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?


Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?
Jawapannya Ya dan Tidak.

Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain.
cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat.

Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat.

Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah.
bila naik, stok jadi mahal, maka untung.

Teori itu memang boleh dipakai, JIKA stok adalah sama setiap kali perubahan harga.

Akan tetapi perkara sebeitu mustahil berlaku.

Kebiasaanya, bila harga nak naik ramai berduyun-duyun penuhkan tangki.
Jadi stok masa nak naik sedikit.

Masa nak turun pula, biasanya stok banyak.

OK, nak salahkan pengusaha kenapa simpan stok banyak?

Tidak boleh, sebab ini sistem Akad sudah kelaut

Dalam sistem Akad sudah ke laut, pengusaha (pelanggan) tidak lagi boleh memesan berapa banyak kuantiti yang hendak dibeli. Semuanya ditentukan oleh syarikat minyak (penjual).

Maka dihenjutlah sebanyak mungkin kepada pengusaha/pembeli ketika harga hendak turun.

Dalam Islam, urusniaga jual beli (muamalat) adalah antara suka sama suka. mesti ada persetujuan jual beli antara 2 belah pihak.
tidak ada paksaan. Jadi bila ada paksaan maka tidak sempurna.

Maka bila tiadanya perkara seasas begitu dalam jual beli, maka bolehlah dikatakan Akad sudah ke laut.

Jadi, bukan harga turun naik itu yang menyebabkan pengusaha bankrap, tetapi kehilangan perkara asas iaitu "persetujuan jual beli" itulah yang menyebabkan 1 pihak teraniaya.


Dalam transaksi jual beli pengusaha dengan pelanggan agak jelas.
Pelanggan tahu harga, pelanggan tahu kuantiti, pengusaha sedia jual.
maka transaksi berlaku.   halal......

Tetapi, wujud pihak ke 3 dan ke 4 yang campur tangan antara urusan jual beli antara pengusaha dengan pelanggan runcit itu.

Iaitu, Kerajaan dan syarikat minyak.

Kerajaan ingin mengambil tugas Allah menentukan harga dalam urusniaga antara 2 pihak.

Maka sebenarnya tidak wujud persetujuan jual beli antara 2 pihak itu, sebab 2 pihak itu terpaksa menggunakan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Maka, apabila perlaku kenaikan harga, sebagai contoh yang berlaku zaman Pak Lah naik terus 2.70.

Kenaikan itu sudah diumumkan, tetapi tidak dilakukan serta merta.

Maka wujudlah ketidak redhaan untuk menjual oleh pengusaha pada malam itu. walaupun ketika itu, pelanggan cukup suka nak beli sebab esok naik. sehingga berlaku jem seluruh negara.

Ambil senario harga minya turun pula.
Sudah 2 kali selepas pengapungan terurus ini dilaksanakan, harga minyak diumumkan turun beberapa hari awal.

Maka ada yang kering, sebab terlalu nak kurangkan stok.

Dan ada pula yang terlebih banyak stok, disebabkan telah dipenuhkan oleh syarikat minyak menggunakan sistem Akad dah Ke Laut.

Mengapa perlu ada delay / penangguhan antara pengumuman dengan perlaksanaan?

Saya pernah tulis cadangan saya dulu di sini

Jadi saya cadangkan, tempoh masa pengumuman perubahan harga mesti kurang dari 24 jam.
Hari ini pukul 4 umum tukar harga, malam terus laksanakan.

Jangan beri ruang untuk berspekulasi.

Saya dapat maklumat perubahan harga dalam sistem pengapungan terurus ini adalah secara bulanan. Bagi saya ianya tidak elok, sebab orang boleh ramal perubahan harga hujung bulan depan.

Dalam 1 bulan mesti harga nymex banyak berubah, kalau mingguan kurang sedikit perubahan dia.

Maka cadangan saya adalah sebegini.
Perubahan harga minyak adalah dalam mingguan dan bukan bulanan.

Hari perubahan harga adalah tidak tetap.
minggu ini mungkin isnin,
minggu depan mungkin jumaat,
minggu lagi 1 mungkin khamis.
Isytihar 4 petang, laksana tengah malam hari sama.

Tetapi kalau boleh tak berubah hari khamis, sebab tak mesra hubungan suami isteri.
Hujung minggu pun kalau boleh tak payah ubah lah, pegawai nak cuti, pengusaha nak cuti.

Atau mungkin juga boleh guna kaedah siang.
Isytihar 11 pagi. dalam tempoh 1 jam kena tukar harga.

















Google+ Hasbullah Pit