test

Isnin, 19 Januari 2015

Hari Ini Saya Baru Sedar Umur sudah 40 tahun

Hari Ini Saya Baru Sedar Umur sudah 40 tahun.

Saya memang selalu lupa umur, jadi setiap kali itu saya mengira tahun.

2014 - 1975 = 39

Maka 39 tahun.

"Sekarang ini 2015 lah".

Eh, rupanya kaedah kira umur menggunakan kiraan pun salah.
Tahun tak berganjak lagi.

Mana tidaknya, baru beberapa hari lepas masih lagi 45 Disember 2014.


Khamis, 15 Januari 2015

Berita Emas Tersontot: Anak Bulan Masih Belum Kelihatan

MELAKA, 45 Disember - Ramai orang masih lagi menunggu ketibaan bulan Januari. Namun ada
pihak yang masih lagi inginkan Bulan disember, kerana modal dijanjikan untuk dikembalikan pada Disember.

Manakala pihak penyontot pula lebih gemar bulan Disember 2014 dilanjutkan sehingga 314 hari.
Kejadian perlanjutan bulan disember itu dikatakan berkalu kerana anak bulan Januari masih belum timbul.

"Ku tunggu, punya tunggu, bulan tak timbul timbul" , kata seorang penunggu anak bulan.

Tidak ada perhimpunan berlaku, kerana bulan disember masih belum berakhir.

Namun begitu, keadaan agak pelik, apabila penjawat awam sudah mula berhimpun, di mesin-mesin  ATM. 

Bonus Kerajaan beserta gaji, yang dijanjikan untuk dibayar pada 1 Januari, telah ada dalam  akaun penjawat awam.


Rabu, 14 Januari 2015

Cara Melabur emas di arrahnu

Artikel ini ditulis bukan untuk menggalakkan orang memajak emas sesuka hati.

Saya bukan suka orang memajak emas tanpa sebab, kononnya boleh untung kalau guna skil skil tertentu.

Memang kena ada skil, tetapi skil itu bukannya dilakukan tanpa sebab.

Perlu dingatkan Ar Rahnu, kos upahnya adalah lebih kurang 14% setahun.

Kalau ada kaedah pinjaman lain, baik guna kaedah lain. Cuma kelebihan Ar Rahnu, ialah anda tidak perlu meminjam lama.

Kalau ada orang ajar cara, tiap-tiap bulan suruh pajak, atau  kaedah berbentuk bulanan, semuanya tak boleh dipakai.

Jadi bila boleh Ar Rahnu?

Perlu diingatkan ArRahnu adalah pinjaman berkos tinggi, 14% itu sudah macam kad kredit, tetapi rendah sedikit. Namun kalau jangka pendek maka ianya boleh dikurangkan.

Kadar sama, tetapi bila pinjam sekejap maka bayar sedikit.


Jadi bila boleh Ar Rahnu?

Ar Rahnu boleh digunakan apabila anda berpeluang untuk membeli emas pada di bawah nilai.
Atau , ketika harga emas betul-betul rendah.

Ini boleh dikira 'tanpa sebab'  , tetapi boleh lah guna pakai 'harga rendah sebagai sebab.

Kalau dulu, ramai orang sesat ajar kononnya harga emas naik 20% setiap tahun.
kalau 20% sekali pun, tolak 14% tinggal 6 % sahaja. Boleh lah.
Setiap bulan, kos emas itu naik RM 1.5 /gram.


Contoh dibawah nilai adalah, apabila anda berpeluang beli emas pada harga skrap.
Peluang ini jarang jarang tiba kalau anda tak jual emas.
Namun ada juga kawan sepejabat yang nak jual emas, kedai ambil rendah, anda boleh up sedikit dan ambil.

Jadi kalau tak cukup duit, baru Ar Rahnu. Rantai Tangan kah, Rantai Leher kah...

Kalau cukup duit, tak payah Ar Rahnu.

Anda boleh guna Ar Rahnu, kalau anda berpeluang untuk beli barang lain di bawah nilai.
Contoh, anda peniaga kereta, ada orang tolak kereta, anda sudah letak harga cukup rendah, tetapi dia nak jual juga.

Maka sang peniaga kereta itu boleh pajak seketika emas yang ada.
Bila kereta itu sudah laku, tebus semula emas itu.

Ada peniaga yang memerlukan modal bermusim.
Sebagai contoh, peniaga yang perlukan stok lebih pada hari perayaan, atau hari buka sekolah.
Maka anda boleh ar rahnu. Selepas habis musim, tebus semula emas, guna untung berniaga.

Tetapi kalau pembekal boleh kasi 'consignment' , tak payah Ar Rahnu.


Peniaga Hartanah?
Pun boleh, kalau tak cukup duit muka.

Bila lagi sesuai Ar Rahnu?
Anda mungkin lebih tahu, bila masa anda perlukan duit untuk raih lebih keuntungan.
Jangan masuk skim mengarut-ngarut sudahlah, nanti tersontot.

Tajuk yang sesuai untuk artikel ini adalah, "Bila masa sesuai Ar Rahnu", tetapi nak guna untuk jawap persoalan popular "Cara Melabur emas di arrahnu"














Khamis, 8 Januari 2015

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?


Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?
Jawapannya Ya dan Tidak.

Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain.
cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat.

Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat.

Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah.
bila naik, stok jadi mahal, maka untung.

Teori itu memang boleh dipakai, JIKA stok adalah sama setiap kali perubahan harga.

Akan tetapi perkara sebeitu mustahil berlaku.

Kebiasaanya, bila harga nak naik ramai berduyun-duyun penuhkan tangki.
Jadi stok masa nak naik sedikit.

Masa nak turun pula, biasanya stok banyak.

OK, nak salahkan pengusaha kenapa simpan stok banyak?

Tidak boleh, sebab ini sistem Akad sudah kelaut

Dalam sistem Akad sudah ke laut, pengusaha (pelanggan) tidak lagi boleh memesan berapa banyak kuantiti yang hendak dibeli. Semuanya ditentukan oleh syarikat minyak (penjual).

Maka dihenjutlah sebanyak mungkin kepada pengusaha/pembeli ketika harga hendak turun.

Dalam Islam, urusniaga jual beli (muamalat) adalah antara suka sama suka. mesti ada persetujuan jual beli antara 2 belah pihak.
tidak ada paksaan. Jadi bila ada paksaan maka tidak sempurna.

Maka bila tiadanya perkara seasas begitu dalam jual beli, maka bolehlah dikatakan Akad sudah ke laut.

Jadi, bukan harga turun naik itu yang menyebabkan pengusaha bankrap, tetapi kehilangan perkara asas iaitu "persetujuan jual beli" itulah yang menyebabkan 1 pihak teraniaya.


Dalam transaksi jual beli pengusaha dengan pelanggan agak jelas.
Pelanggan tahu harga, pelanggan tahu kuantiti, pengusaha sedia jual.
maka transaksi berlaku.   halal......

Tetapi, wujud pihak ke 3 dan ke 4 yang campur tangan antara urusan jual beli antara pengusaha dengan pelanggan runcit itu.

Iaitu, Kerajaan dan syarikat minyak.

Kerajaan ingin mengambil tugas Allah menentukan harga dalam urusniaga antara 2 pihak.

Maka sebenarnya tidak wujud persetujuan jual beli antara 2 pihak itu, sebab 2 pihak itu terpaksa menggunakan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Maka, apabila perlaku kenaikan harga, sebagai contoh yang berlaku zaman Pak Lah naik terus 2.70.

Kenaikan itu sudah diumumkan, tetapi tidak dilakukan serta merta.

Maka wujudlah ketidak redhaan untuk menjual oleh pengusaha pada malam itu. walaupun ketika itu, pelanggan cukup suka nak beli sebab esok naik. sehingga berlaku jem seluruh negara.

Ambil senario harga minya turun pula.
Sudah 2 kali selepas pengapungan terurus ini dilaksanakan, harga minyak diumumkan turun beberapa hari awal.

Maka ada yang kering, sebab terlalu nak kurangkan stok.

Dan ada pula yang terlebih banyak stok, disebabkan telah dipenuhkan oleh syarikat minyak menggunakan sistem Akad dah Ke Laut.

Mengapa perlu ada delay / penangguhan antara pengumuman dengan perlaksanaan?

Saya pernah tulis cadangan saya dulu di sini

Jadi saya cadangkan, tempoh masa pengumuman perubahan harga mesti kurang dari 24 jam.
Hari ini pukul 4 umum tukar harga, malam terus laksanakan.

Jangan beri ruang untuk berspekulasi.

Saya dapat maklumat perubahan harga dalam sistem pengapungan terurus ini adalah secara bulanan. Bagi saya ianya tidak elok, sebab orang boleh ramal perubahan harga hujung bulan depan.

Dalam 1 bulan mesti harga nymex banyak berubah, kalau mingguan kurang sedikit perubahan dia.

Maka cadangan saya adalah sebegini.
Perubahan harga minyak adalah dalam mingguan dan bukan bulanan.

Hari perubahan harga adalah tidak tetap.
minggu ini mungkin isnin,
minggu depan mungkin jumaat,
minggu lagi 1 mungkin khamis.
Isytihar 4 petang, laksana tengah malam hari sama.

Tetapi kalau boleh tak berubah hari khamis, sebab tak mesra hubungan suami isteri.
Hujung minggu pun kalau boleh tak payah ubah lah, pegawai nak cuti, pengusaha nak cuti.

Atau mungkin juga boleh guna kaedah siang.
Isytihar 11 pagi. dalam tempoh 1 jam kena tukar harga.

















Selasa, 6 Januari 2015

Nyahkan Golongan Pro Pembalakan daripada PAS

Isu balak bukan hanya isu PAS.
Bila banjir, memang ada nampak melalui Google Map akaun sendiri, berdekatan Kuala Krai, dam berdekatan Temerloh, memang banyak hutang digondolkan.

Kelantan...


Sempadan Kelantan Pahang...



Pahang, tidak jauh dari Temerloh:





Belum zum habis menggunakan Google Earth, sudah nampak penggondolan berlaku.

Agak pelik juga ada orang PAS yang defensif lebih-lebih, nak menafikan pembalakan bukan punca banjir.

Yang Banjir berlumpur di Cameron Highland dulu itu bukan kerana penggondolan kah?



Yang kita tolak adalah PEMBALAKAN berlebihan.
bukan pembalakan hanya di Kelantan sahaja. Pahang , Sarawak dan lain-lain pun sama.



Maksudnya, siapa makan cili, terasalah pedasnya.

Hasil kajian Universiti Maryland dengan kerjasama Google, amat mendukacitakan.

Dimana Malaysia mempunyai kadar kemusnahan hutan tertinggi diduna.
Bukan bermaksud hutan Malaysia paling banyak ditebang, tetapi, berbanding dengan keluasan tanah yang ada, dan tempoh masa, Malaysia yang paling tinggi.

Nak tahu lanjut, klik sini.

Saya akui, kenyatan Menteri Besar Kelantan bahawa Kelantan tidak membalak lebih daripada kuata yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri itu sentiasa mematuhi had pembalakan yang dibenarkan.
"Sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yg diluluskan Majlis Tanah Negara.
Mungkin juga, Negeri Pahang pun tak lebih kuota, Sarawak pun tak lebih kuota.

Tetapi  5960 hektar itu besar mana?


Ini adalah peta Merlimau.



Merlimau adalah sebuah Mukim didalam Daerah Jasin dengan keluasan 4,674 hektar yang mempunyai 28 buah kampung.

Maksudnya, Majlis Tanah Negara telah memberikan Kelantan hak untuk membalak lebih besar daripada seluruh mukim Merlimau.

Kalau Majlis Tanah negara, memberikan kuota yang lebih sehingga 2 kali ganda?
Adakah perlu untuk membalak sehingga habis kuota?


Nampak gayanya memang ramai orang PAS yang terlebih defensif sehingga menampakkan PAS itu satu parti yang pro pembalakan.

Sebelum PAS dianggap sebagai parti pro pembalakan, maka perlu dinyahkan golongan sebegitu daripada PAS.

Kita boleh anggap Golongan Pro Pembalakan sebagai 'nyamuk' dalam PAS.
Namun begitu, PASMA pun dianggap 'nyamuk', tetapi diserang bertubi-tubi setiap penjuru.

Mana lebih bahaya kepada PAS?
PASMA atau Golongan Pro Pembalakan?


















Isnin, 5 Januari 2015

Gen Y tidak kisah privasi?

Selalu saya perhatikan, sudah menjadi kebiasaan zaman ini, apabila seseorang itu ingin menjual sesuatu, atau nak beri sesuatu, mereka minta no telefon atau emel ditulis diruangan komen.

Yang menghairankan ialah mereka terus kasi.
Walaupun ianya berada didalam sesuatu group yang bersifat awam 'public'.

Semua boleh nampak.

Alamat emel saya, pun saya asingkan daripada diketahui umum.
Jadi yang kenal sahaja atau yang berurusan sahaja yang tahu.

Syarikat Facebook pun tak tahu.
Oleh sebab dulu nak daftar facebook, memerlukan emel, maka saya buatkan satu emel khas untuk dilacurkan kepada facebook, iaitu dilacurkan@yahoo.com.

Untuk urusan web lain, saya ada emel lain.
Guna untuk daftar2 aplikasi-aplikasi web.

Google memang tahu alamat emel saya yang sebenar sebab dia yang keluarkan.
Apa yang menariknya tentang emel google saya ialah, sepanjang beberapa tahun saya menggunakannya,
Langsung tiada spam.

Memang Google tak spam.

Sampai 1 ketika, media sosial baru wujud, ada seorang kawan saya , yang tahu emel saya, telah menjemput saya untuk ke media sosial itu, maka sejak itu dapat spam sikit sikit.

Rasa macam nak marah dia, tetapi bukan sesuatu kesalahan besar, sebab ramai lagi orang buat sebegitu.

Berbalik kepada nombor telefon.

Seperti biasa, saya tidak berikan nombor telefon pada syarikat media sosial.

Facebook tidak tahu, Yahoo tidak tahu, malah Google pun tidak tahu.

Tetapi zaman berubah, nampak gayanya seolah-olah terpaksa untuk beri nombor telefon pada syarikat asing.

Salah satu sebab ialah sebab nak dapatkan pemulihan katalaluan (password recovery).

Selepas berjaya memulihkan akaun yahooo, maka saya terpaksa menyerah nombor telefon, supaya boleh dipulihkan jika ada masalah.

Namun, zaman berubah lagi.
Ada whatsapp, Whatsapp sudah tentu tahu nombor telefon kita, ditambah pula dengan telegram.

wechat pula.

Wechat dengan sengaja minta buku alamat daripada kita.
kita pun kasi.

Kalau kita tidak kasi, kawan-kawan kita yang ada nombor kita akan kasi.
Akan kena juga.

Memang kerja gila.
Seluruh negara hantar phonebook, pada syarikat asing.

Sudah lari topik pula.

Apa pun, Gen Y lebih gila, suka-suka letak nombor telefon.
Kalau penjual letak nombor telefon, ada logik.
Ini penjual tidak letak nombor telefon, tetapi pembeli yang berderu-deru kasi nombor telefon.


Malah untuk program emas tersontot pun ramai yang beri nombor telefon untuk dimasukkan ke group whatsapp.




Senarai nombor orang yang nak sangat kentungan, memamg bagus dikutip oleh scammer lain.

Para scammer, selamat menuai.  (Harvesting)







Rabu, 31 Disember 2014

Nak tiru Lazada, Nak tiru Zalora, Nak tiru 7eleven

Banyak kali saya dengar, "nak buat macam lazada" "nak buat macam Zalora", "nak buat macam 7eleven".

Memang ramai orang meniru.

Tetapi kebanyakkannya yang meniru gagal meniru.

Tak salah meniru, tetapi bukan tiru outputnya sahaja, tapi perinciannya tidak ditiru.

Beberapa tahun dulu, ketika 7 eleven berkembang, ramai yang mula nak meniru 7 eleven, namun ramai juga kecundang.

Disiplin 7 eleven memang tinggi, setiap benda terperinci.
Kalau sudah boleh tiru apa yang 7 eleven buat, sudah cukup baik. Tidak perlu menjadi 7 eleven, tapi disiplin peruncitan tinggi tu boleh ditiru.

Yang bukan kedai serbaneka pun boleh tiru.

Cara merchandising, planogram, label, SOP semua boleh tiru, tanpa perlu menjadi kedai serbaneka 24 jam juga.


Sekarang musim tiru Lazada Zalora.
Hmmm

Memang popular sekarang ini, cuma tang mana yang perlu ditiru.
Bukan sekadar laman web yang ada shopping cart, tapi ada banyak lagi perkara yang mereka buat.
Cara mereka iklan
Cara mereka 'remarketing'
Cara mereka punya polisi pemulangan barang.
Cara mereka bungkus.
Tag apa mereka letak.
Cara mereka main Google Search Network (Adwords), main subdomain

Kita boleh tiru macam-macam walaupun kita tak ada shopping cart.

Cubaan nak baca tag yang ada pada Zalora, sampai 'ranap' Google Chrome....


Ada 31 tag .. bila nak view, terus 'ranap'

Yang ini baru boleh baca...

Itupun pening, Saya pernah baca sedikit Google Tag Manager, namun saya memutuskan 'nanti dulu'.

Orang yang 'email marketing' akan tiru dia punya cara kutip emel,
Orang grafik akan tiru grafik dia...

Nak tiru Mereka letak tag banyak banyak?
Kenapa? kenapa ada banyak tag?

Jadi itu semua perlu dikaji dahulu sebelum anda tiru.
Mungkin anda tak perlu menjadi seperti mereka tetapi anda bekerja cara mereka.












Google+ Hasbullah Pit