test

Jumaat, 10 Oktober 2014

CGT : Cepat Benar PAS terikut Rafizi Lagi

Aduh,

Bila masa PAS bermesyuarat untuk putuskan kita Cadangkan Capital Gain Tax?



Saya pun tak faham, macam mana boleh "Pakatan Cadangkan Capital Gain Tax" sedangkan tidak diputuskan dalam Mesyuarat.

Tak habis habis terikut ikut Rafizi.
Tak serik lagi dengan idea-idea mengarut Rafizi.
Tak serik sudah kena dengan Langkah Kajang?


Saya tak Hairan kalau Anwar Ibrahim sokong GST sebab ianya tiru barat.
CGT pun tiru barat juga.

Anwar Ibrahim tak pernah kata GST tak bagus, cuma kata "belum sesuai"

Agaknya selepas CGT silaksanakan, baru sesuai dilaksanakan GST.

Tapi jangan risau, BN boleh laksanakan kedua-duanya sekali.

Saya pernah tulis mengenai "cukai simpanan". Tapi entah kemana ditelan Facebook.

Nanti ada masa saya tulis semula.



Berbelas tahun dengan Extreme Tracking

Saya sebenarnya memang lambat untuk guna Google Analytic.

Sebabnya, kalau tak salah, sejak 1999 sudah guna extreme tracking, dulunya "extreme-dm".

Memang mudah nak tengok.

Akan tetapi bila zaman mobile tiba, saya agak pelik kenapa pelawat tak ramai, rupanya kalau buat set mobile untuk blogger, tag extreme tracking tak kelihatan.

Maka saya gunalah Google Analytic. Itu pun agak terkial-kial.
Memang maklumat yang Google Analytic beri tu bagus, cuma saya sudah terlalu lama dengan exreme-tracking.com, sudah sebati dengan sel otak.

Jadi laman blog ini masih menggunakan mod berasingan untuk mobile dan web, jadi data yang Extreme Tracking kasi itu memang salah.  Boleh tunjuk versi web sahaja.

Nak dijadikan cerita, saya melakukan "Langkah Sevida", iaitu menukar template yang responsif pada laman blog Kedai Emas DuaLogam Merlimau.  Maka bolehlah digunakan sekali dengan tag extreme-tracking itu.

Gembira sungguh, penuh gambar Android di ruangan OS.




Belum siap lagi migrasi, sebab tertulis posting blog ini.


Rasanya blog yang ni pun nak buat responsif juga lah. Nanti fikir apa nama "Langkah"


Selasa, 7 Oktober 2014

Pakatan Rakyat Menyokong Sistem Kawalan Harga BN

BN selama ini mencandukan rakyat dengan kawalan harga.
Walaupun BN banyak mencetak duit daripada angin, atas nama defisit, perbekalan tambahan, bon/sukuk , tetapi Pakatan Rakyat tetap menyokong Sistem Kawalan Harga BN.

BN telah berjaya menyembunyikan kesan inflasi dengan mengawal harga, dengan merompak duit anak cucu, subsidikan harga supaya kelihatan murah.

Walhal, rompakan terus berlaku.

Namun Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak sistem kawalan harga BN, termakan candu yang diberi BN, untuk terus bersama candu.

Candu kawalan harga dianggap lebih nikmat daripada s3ks.

Maka apabila perubahan harga oleh kerajaan.
Maka berbalahlah penyokong kawalan harga.
Ada yang kata tak boleh naik 20 sen, ada yang kata kena kurangkan candu sebab hutang dah banyak.
Mereka BN dan Pakatan sama-sama menyokong sistem kawalan harga BN.

Apa perlunya Pakatan Rakyat menyokong BN merompak hak anak cucu kita?
Apa perlunya menambah hutang hanya untuk menyenangkan generasi 'kuat selfie', 'kuat main handphone' ini?

Tahukah anda setiap mengembangan matawang ringgit akan menjatuhkan ringgit itu sendiri?
Swipe kad kredit untuk membohongi rakyat kononya harga minyak rendah, akan menyebabkan harga barang tetap naik. naik naik naik.

Bukan sebab harga minyak naik baru barang naik.
Penyokong Rafizi boleh hadam teori Rafizi kononnya harga barang boleh turun bila harga minyak turun.
Hadam sekalilah teori Langkah Kajang.

Kita sebagai rakyat, kena faham, bahawa wang kertas tak boleh dicetak sesuka hati, tambah hutang negara banyak2, tetapi kesannya kena pada generasi akan datang. Ini dinamakan rompakan oleh 'generasi kuat selfie' terhadap anak cucu kita.


Tetapi Pakatan Rakyat pun nak sama sokong pembohongan harga ini.
Apa nak buat.

Jadi saya seru pada semua rakyat jelata, supaya bergerak bebaskan harga minyak. Bebaskan harga apa-apa pun.

Supaya kita tidak ditipu oleh membohongan harga yang dibuat oleh BN disokong oleh Pakatan Rakyat.







Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain

Kita ada 24 sehari, dalam 365 hari, daripada usia yang ada.

Kita tak cukup masa untuk baca benda bermanafaat, Tak cukup masa untuk follow rakan-rakan kita.

Tetapi apa yang berlaku, biasanya kita membaca atau menonton apa yang disuapkan pada kita.

Jangan biarkan media sosial atau media lain menentukan apa yang kita hendak baca.

Kita boleh follow kawan kita, kita juga boleh baca apa yang dicadangkan oleh kawan kita.
Kita boleh juga baca apa yang ditulis oleh tokoh-tokoh, atau baca berita.

Adakalanya apa yang dicadangkan oleh kawan kita untuk dibaca itu memang bagus.
Dia sudah baca 20,30 artikel, tetapi kongsikan hanya 1,2 sehari.

Tetapi tengok orang juga, Siapa kawan kita itu.

Ada orang yang terima maklumat, rasa seronok, terus kongsi.
Tak semak pun sahih atau tidak, bila hati dia tersentuh dia akan kongsi.

Lupakan orang2 macam ini seketika, sebab ada ramai.

Yang betul2 membaca, dan memilih apa yang benar2 bermanafaat dan menarik untuk dikongsi, tidak ramai.

Saya ada meminati beberapa orang punya perkongsian.
Biasanya apa yang dia kongsi adalah menarik, informatif atau pelik sedikit tetapi bermaklumat.

Orang sebegitu tidak ramai.

Dulu ada Beras Terpilih, hanya untuk mengumpulkan apa yang yang mereka telah tapis dan dirasakan menarik.

Kematian Google Reader, menyebabkan beras terpilih juga mati.

Mereka masih membaca tetapi, perkongsian mereka tak sampai untuk diproses.

Di Facebook juga ada beberapa orang yang suka kongsi benda bermanfaat.
Tetapi tidak semestinya popular.

Jadi anda kena tapis kawan anda ikut kategori supaya anda boleh dapat baca benda bermanafaat, dan tidak tenggelam dengan benda popular/viral yang melekakan.


Jika kita nanti disuapkan oleh media sosial seperti facebook atau Google+ , mereka akan tentukan apa kita nak baca.

Kebanyakan enjin media sosial atau web 2.0 mengambil kira populariti untuk diangkat menjadi lebih popular.

Tetapi kebanyakan orang leka dan lalai, maka akan terjadi banyak benda tidak bermanfaat dipopularkan oleh orang ramai. Algoritma Facebook makin mengarut, sehinggakan URL popular yang dikongsi oleh bukan kawan kita pun boleh timbul.

Sekarang ini, jika anda buka facebook untuk kali pertama, tanpa sentuh yang lain, anda dapati banyak URL pelik dipaparkan. URL Kisah terlalu sensasi.


Adakalanya benda bermanafaat yang dikongsi oleh kawan kita sendiri pun kita tak nampak.

Jadi kena ada usaha secara manual sedikit, untuk follow kawan-kawan baik kita, mana yang kongsi benda bagus.

Ada banyak media sosial, kawan kita hanya kongsi di facebook, Mudin pula suka baca di flip it dan kongsi di twitter, Ustaz2 ada yang tulis di blog sendiri ada tulis di Facebook. Ada yang di Youtube.

Jadi kita kena susun sendiri apa kita nak baca.

Belum ada aplikasi khas yang boleh buatkan kita follow kawan-kawan kita dengan baik.
Follow Ahmad di twitter
Follow Sebol di Google+
Follow ZulHazmi di Facebook.
Jed Yoong mana pergi? Tak tahu nak follow di Mana.

Gabung dalam 1


Ada orang memang nak guna media sosial untuk bersosial, chit chat sana sini, jenis macam itu saya tak maksudkan dalam artikel ini. Tetapi kena jenguk sekali sekala, sebab mereka pun kawan kita juga.

Nak follow seseorang di Facebook , tanpa akaun facebook memang sukar, melainkan dia ada share sekali di twitter. Kerana Profil Facebook seseorang tak boleh dibaca tanpa logmasuk. Yang peliknya posting publicnya boleh dibaca, melalui pautan dari twitter.

Ini baru cerita follow, belum masuk cerita berita mana patut baca.

Apa pun, jangan terpengaruh atau hanyut dengan berita popular atau viral yang boleh mencuri masa berharga anda.









Isnin, 6 Oktober 2014

Kawalan Harga Tambang: Candu SPAD terpalit pada Peguam

Beberapa hari lepas, saya 'tertengok TV' , ada cerita tentang SPAD tidak lagi mahu mengawal tambang bas.

Syabas diucapkan pada SPAD, memandangkan yang menentukan Harga itu adalah Allah s.w.t, maka tak perlulah SPAD cuba ambil alih tugas Allah s.w.t.

Namun begitu ada pula ketidak puas hatian...


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu me­nimbang semula keputusan untuk membenarkan kadar bayaran tambang bas sekolah ditentukan oleh kuasa pasaran bagi mengelakkan berlaku kenaikan berterusan harga tambang pengangkutan itu.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, se­perti pengangkutan awam lain, harga tambang bas sekolah juga perlu dikawal kerana ia pilihan majoriti rakyat di negara ini untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Menurut beliau, SPAD seharusnya memikirkan kaedah lain sekiranya berhasrat untuk membantu pengusaha bas daripada mengalami kerugian akibat peningkatan kos ekoran kenaikan harga bahan api yang dihadapi mereka dan bukannya de­ngan memindahkan kos itu kepada rakyat.

Urusniaga adalah antara ibubapa dengan pengusaha bas.
Jika harga yang pengusaha mahukan lebih tinggi daripada harga yang ibubapa sedia bayar, maka NO DEAL.
 
Jika harga pengusaha mahu, sedia dibayar boleh ibubapa, walaupun perit, maka boleh diteruskan urus niaga.
 
Tidak ada SPAD, atau peguam dalam transaksi itu.
 
Namun, Kalau ditanya sebelah pihak, memanglah ibubapa nak semurah mungkin, 
 
Tetapi kalau ditanya pada pemandu bas, adalah gaji cukup?
Tanya pada pengusaha, cukup duit tak nak bayar gaji?
Adakah pengusaha itu, dia sendiri tauke dia sendiri pemandu?
 
Kewujudan 1 paksaan dalam penentuan bid ask antara 2 pihak berurusniaga, menyebabkan 1 pihak teraniaya.
 
Tahun terdahulu memang ada SPAD kawal harga.
Akan tetapi adalah SPAD ada kuasa untuk kawal harga tambang?
 
 







Misteri "StreetView Merlimau" Terbongkar

Agak misteri juga macam mana bila search streetview Merlimau, terus boleh jumpa URL Street View DuaLogam Merlimau  yang memaparkan Kedai Emas DuaLogam Merlimau

 


Rupanya dulu pernah post ke Google Plus tentang URL itu, dan pernah dapat +1 sedikit.




Terjumpa 1 URL yang mengatakan Google Search mengambil kira +1 untuk menentukan ranking carian.

Jadi memang ianya memberi kesan.
Walaubagaimana pun, Google Search rasanya tidak mengambil kira 100% drpd +1 , mungkin pemberatnya kurang. Mungkin sekadar 5% drpd formula ranking.

Apa pun, pembaca yang budiman sekalian.
Sila +1 semua logo +1 yang anda nampak dalam posting ini.

Anda hensem.


Sabtu, 4 Oktober 2014

Ramai Orang Malaysia Sakit Gusi (sebab Maggi?)?


Analisa daripada Google, yang biasanya anda panggil "Ustaz Google", menunjukkan peningkatan tinggi tentang sakit gigi pada 2013 ke atas.

Saya memang tidak google "sakit gusi", sebab saya sudah biasa tahu, kalau sakit gusi sebab makan maggi. Tapi sekali sekala makan juga.

Kalau anda sakit gusi, cuba anda imbas kembali, semalam ada makan magi atau tidak.

Adakah rakyat Malaysia kini kesempitan hidup sehingga makin ramai makan maggi?

Atau mungkin sebab lain?

Google+ Hasbullah Pit