test

Selasa, 23 September 2014

Pemimpin 'Zon Selesa'

Sifat-sifat pemimpin mempengaruhi sesuatu organisasi, tidak kiralah organisasi politik, atau perniagaan, atau kerajaan.

Ada pemimpin yang nak bawa naik organisasinya untuk meningkat.
Tetapi ada juga pemimpin yang dibawa oleh organisasi.

Ada pemimpin organisasi yang memang menubuhkan organisasi.
Ada pemimpin organisasi mewarisi kepimpinan dahulu.

Kedua-duanya boleh memjadi pemimpin 'Zon Selesa' , kerana berbangga dengan kejayaan lampau.
Cukuplah sampai setakat ini, aku sudah menjadi presiden XXX, satu organisasi besar.

Ambil contoh Steve Ballmer, mewarisi Microsoft setelah Bill Gates bersara, dalam keadaan menguasai pasaran Sistem Pengoperasian komputer. Tetapi selepas itu, pengguna pula yang banyak beralih ke tablet dan mobile.

Sultan Muhammad Al Fatih tidak akan berjaya menawan Konstatinople jika berada dalam Zon Selesa.
Sultan Muda yang mempunyai kerajaan dan bala tentera kuat. Bukankan itu cukup selesa. Buat apa nak cari penyakit tawan konstatinople? Tetapi kalau dia dalam zon selesa, mungkin kita tidak mengenali beliau.

Begitu juga Alexander The Great, mewarisi tentera yang kuat daripada bapanya, kalau dia duduk diam-diam menikmati apa yang ada, kita mungkin tak mengenali dia.


Pemimpin zon selesa, adalah tidak salah, cuma organisasi yang dipimpin tak bergerak, pergerakan adalah autopilot oleh orang2 bawah. atau mungkin dikawal oleh orang lain.

Pak Lah, boleh dikatakan pemimpin zon selesa. Sudah jadi Perdana Menteri, semua perkara-perkara diserahkan pada orang bawah, ada yang tanpa melalui otak Pak Lah, terus sahaja.
Ini memberi peluang pada si menantu untuk menguasai pentadbiran.

Pemimpin zon selesa membiarkan diri didampingi oleh pengipas-pengipas yang inginkan kuasa, sedia membela pemimpin zon selesa itu bermati-matian.

Di Tanah Melayu dahulu, Sultan-sultan kebanyakkannya zon selesa. Tiada satu pun gerakan anti British darpada arahan Sultan.

Jadi, apakah pemimpin zon selesa perlu dijatuhkan?
Mahu tak mahu, ianya akan jatuh sendiri, atas faktor usia atau faktor umur.

Nak tunggu atau tak boleh tunggu lagi?
Itu ahli organisasi kena putuskan. 

Samada Caligula perlu dibunuh atau nak tunggu dia tua kerepot. Terpulanglah pada pembesar Rom.












Akaun Facebook kena beku... Budaya 'berkunjung' blogawan

Akaun Facebook dibekukan. Entah bagaimana terus tak boleh nak aktifkan semua.

Ceritanya lebih kurang sebegini...




Jadi aku rasa nak terus ubah budaya penggunaan internet dengan kembali berblog.
Duduk dalam facebook, banyak rugi kandungan data.

Apa yang kita taip semuanya hilang, kalau akaun masih ada pun, ianya tenggelam di dasar.

Terjumpa pula geromblan manusia yang aktif berblog, generasi baru.
Bukan generasi kawan-kawan blog yang lama yang kebanyakkannya sudah ke Facebook.

Mereka ini sering share posting blog ke Google+ tapi jarang pula posting status di Google+.
Tapi ada juga yang kedua-duanya sekali, macam Ayuni.

Ada juga yang google+ sahaja, tanpa blog.

Ini semua kawan-kawan baru saya.

Dalam dunia blog ada 1 budaya "berkunjung", Dimana sesiapa yang pos blog, akan lawat blog kawan kawan dan tinggalkan komen. Pemilik blog itu pula akan melawati blog pengkomen-pengkomennya.

Budaya berkunjung hampir mati dalam facebook.
Pengguna hanya baca yang terpampang di timeline/wall sendiri sahaja.
Jarang-jarang seseorang itu buka profil kawan-kawan dia untuk baca posting-posting yang tertinggal.

Jadi mana-mana rakan saya yang kerap follow saya di Facebook, sila follow saya di
http://plus.google.com/+HasbullahBinPit atau saya ringkaskan jadi http://pit.my/+

Atau melalui twitter di alamat http://twitter.com/hasbullahpit







Sabtu, 20 September 2014

Menangi Loket Emas 916 : Peraduan Blog


Menangi Loket Emas 916

Langkah yang perlu diambil.
Buat 1 pos blog, menceritakan tentang Kedai Emas DuaLogam Merlimau Tidak lebih daripada 200 patah perkataan dan tidak lebih 4 keping gambar.

Anda boleh menceritakan pengalaman anda berurusan dengan kami,

atau pengalaman menggunakan laman blog http://emas916.dualogam.my ,

atau pengalaman menggunakan laman blog http://emas916.dualogam.my/?m=1 (samada guna mobile atau tablet atau desktop)

atau pengalaman mencari "dualogam" di waze atau googlemap atau foursquare untuk ke kedai kami.

atau pengalaman anda layari http://instagram.com/dualogam (samada guna mobile atau tablet atau desktop)

atau, peraga gambar emas yang anda pernah beli

atau peraga handphone/tablet anda yang sambil cerita

atau apa-apa cerita yang anda rasa menarik. menggunakan maklumat di atas.



 Syarat-syarat:
1. Anda mesti follow Kedai Emas DuaLogam Merlimau di Google+
2. Mesti buat link ke http://emas916.dualogam.my atau http://emas916.dualogam.my/?m=1
3. Pos mesti dalam Bahasa Melayu
4. Maksimum 4 keping gambar

Syarat-syarat peserta:
Berada di Malaysia supaya hadiah boleh dihantar (tidak kira kerakyatan, Warga Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Arab dll yang boleh menyertainya)
Rakyat Malaysia yang diperantauan juga boleh menyertainya, dengan syarat hadiah boleh dicourier dalam Malaysia.

 Tarikh tutup 15 Oktober 2014

Sila paste URL posting penyertaan di ruangan komen posting 
Menangi Loket Emas 916 : Peraduan Blog

Selasa, 9 September 2014

Far East (SYAHADAH) di Politeknik Merlimau





via IFTTT

Kelakuan Facebook & Iklan Facebook

Apa pro dan kontra Iklan Facebook (fb ads)?

Suatu ketika dahulu saya adalah pengguna fb ads antara yang terawal, seawal 2010.
Kini sudah kurang sangat-sangat.

Bukan iklan facebook yang tak bagus, tetapi kelakuan facebook itu yang merosot.

Paparan yang melihat posting semakin lama semakin kurang.
Kena banyak 'engagement' baru boleh tinggi.

Ada pula pihak yang mencadangkan supanya posting banyak-banyak untuk naikkan engagement.
Tetapi ianya agak huduh kalau mesej yang sebenarnya kita nak sampai itu sememangnya tidak banyak.

Setakat ini, 1 engagement Fanpage, akan membuatkan seseorang itu boleh nampak posting fanpage lebih kurang 6 hari.
Ditambah pula default bagi timeline facebook menjadi "top stories", maka makin lama makin kurang.

Jadi, Iklan facebook untuk menambahkan like semata-mata adalah 1 pembaziran.
Dan juga iklan facebook khusus menaikkan TAT, dalam bentuk engagement juga 1 pembaziran.

Jadi nak kena susun balik strategi kalau nak iklan di Facebook Ads.

Untuk page yg mula buka, mungkin menaikan like agak sesuai, sebab drpd puluhan, boleh jadi ribuan.
Sampai 1 tahap, ianya sudah tiada impak, sebab ramai yang sudah like, tidak nampak posting fanpage.

Facebook sendiri cadangkan supaya kerap update.
Tapi itu pun tak sesuai,
Kalau sudah tak nampak, banyak update pun sudah tidak nampak.

Berbanding 4 tahun lalu, tak perlu usaha tambahan untuk menaikkan engagement.
Page yang sudah ada 3k like, zaman itu sudah cukup meriah.

Oh ya, suatu ketika dahulu, sesiapa yang hendak komen di page tertentu, kena like dahulu, berbanding sekarang, belum like pun sudah boleh komen.

Tetapi, Fb Ads masih lagi releven, sebab sasaran pengguna Facebook bertambah.
Tetapi ianya tidak lagi sesuai untuk bergantung pada like yang ada atau nak maintain TAT yang tinggi.
Sekarang tiada lagi TAT, tetapi hanya ada "People Engaged".

Di mana Fb Ads masih releven?
Jika anda mempunyai posting yang mana keperluan anda ialah untuk memberitahu pada lebih ramai orang, yang tidak semestinya sudah like page anda.
Maka iklan berbentuk engagement adalah sesuai.

Tetapi jangan mengharapkan "People Engaged" kekal tinggi, sebab ianya akan surut jua selepas beberapa hari.

Maka, mana yang berminat, anda akan dapat like percuma, yang lahir dari jiwa nurani dia sendiri.

Paparan Organik juga akan balik asal jua.

1 perkara yang ramai tidak perasan ialah, tentang "visit".
Disebabkan kelakuan pengguna facebook, yang biasanya hanya buka timeline sendiri.
Maka like atau komen yang anda dapat tidak semestinya berlaku selepas mereka masuk page anda.
Ramai yang berinteraksi apabila posting muncul di timeline mereka.
Akan tetapi, yang benar-benar masuk ke page untuk skrol atas ke bawah, memang jauh lebih rendah.

Satu lagi situasi di mana Fb Ads masih relevan, adalah iklan yang dipautkan ke lokasi luar.
Dimana apabila diklik, memang akan pergi ke tapak luar.
Ianya memang tiada kena mengena dengan fanpage engagement ataupun like, akan tetapi anda boleh membiasakan pengguna untuk ke laman web tersebut. Bergantung pada keadaan page luar itu sendiri.

Kelakuan pengguna facebook yang sering terperap di timeline mereka, merugikan pengiklan.
Adakalanya, iklan untuk like dipaparkan di timeline. Tetapi page telah di'like' tanpa masuk ke page itu.
Pemilik page rasa seronok, tetapi yang berlaku ialah hampir tiada apa-apa berlaku.
Blangan like bertambah, tetapi mesej tak sampai.

Begitu juga iklan engagement yang disasarkan pada bukan likers.
Mereka boleh like/komen posting itu, tetapi, kalau tiada inisiatif, mereka tidak masuk ke page anda.


Jadi kesimpulannya,
Facebook adalah sasaran untuk mendapatkan pelanggan tetapi fanpage bukanlah tempat sesuai untuk duduk bertapak.


Bab Facebook Location akan saya cerita kemudian.













Khamis, 4 September 2014

Sajak : Benci Rindu Facebook Ads

Hati ini bercampur baur,
Aku benci, tapi kadang kalanya rindu.

Bila kuselak,
Tanggal 29 November 2010,
Bermulanya hubungan.
Aku dan Facebook Ads...

Bil pertama, 6 disember 2010.

Masihku ingat
Bank telefon
Kenapa ada Facebook dalam bill?
Bayar ke siapa?

Aku pun jawap "facebook"

Ditanya lagi "Facebook mana"?

Aku pun jawap "facebook"
"Syarikat Facebook tu"

Mungkin zaman itu, tiada orang bayar ke "Facebook"

Tak lama selepas itu
PRK Merlimau. Guna Fb Ads..
Entah mengapa aku tak faham Yuhaizad nak padam Page itu.
Walhal dia yang bertanding, Suka hati dia lah...

Masa berlalu, keakraban makin erat.

Teringat lagi, terpaksa cari Artis Tamil untuk iklan Deepavalee.

Masa Berlalu lagi, Facebook makin kedekut.
Makin kedekut, Tahi hidung masin.

Iklan masih boleh jadi murah,
tapi impak sudah tiada.

Kedekut pada fanpage.
Kalau dulu 1 engagement, boleh lama sikit orang nampak di time line.
makin lama makin singkat.

Aku putuskan untuk bercerai talak 1.
Walaupun gusar.

Mujur ada Adword.
Pening juga mula mula
Terminologi pelik-pelik.
Tapi nasib baik impaknya OK.
Makin cinta.
Walaupun tak cukup kenal tapi sudah cinta.
Rupanya ada dunia diluar facebook yang lebih luas.

Berbulan bebas dari Fb Ads, dengan cinta baru pada Google.
Organic view taklah turun sangat.


Tiba-tiba, kawan-kawan suka Fb Ads.
Terpaksa pula ku mencari orang untuk suka Fb Ads.

Rasa macam munafik pun ada.
Panggil orang untuk Fb tapi jiwa ke Adwords.

Walaupun benci, adakalanya terasa rindu.
Runlah sedikit.
mencemar duli.

Tetapi Adwords lebih menarik untuk didalami.
Sasaran mobile yang menggiurkan.
HTML5, Flash. extension lokasi, arahtuju
Google Web Designer
bla bla bla


Tapi aku keseorangan.
kawan2 semua Fb Ads,
Aku di Adword.
Nasib baik ada Amran.
Boleh cakap bahasa sama.












Sabtu, 30 Ogos 2014

GST ... Rakyat tak perlu tunggu Pakatan Rakyat lagi .. Mari fikir perisian

Akta CBP/GST telahpun diluluskan pada April yang lalu, telah diwartakan pada jun 2014.

Rakyat yang sebelum ni berharap, pada pakatan rakyat untuk mengagalkan Akta CBT/GST, sebagai mana dahulu Pakatan Rakyat berjaya mengengekang kenaikan harga minyak.

Tapi bab GST tidak bersungguh-sungguh.

Agak pelik juga, GST telah diketahui seawal 2013, dibentangkan di Parlimen pada April, tetapi merancang demo besar besaran pada 1 Mei.

Atas sebab apa nak tangguh demo sehingga selepas lulus, saya pun tak tahu.

Adakah sebab nak sekalikan dengan penyokong sosialis nak sambut Hari pekerja?
Atau terpengaruh dengan Sosialis?

Adakah Pekerja sahaja yang kena GST?

Para peniaga kalau masih lagi menunggu Pakatan Rakyat berjaya hapuskan GST, maka banyak keputusan perniagaan (business decission) tak dapat dibuat.

Masa berlalu.

Ketika rakyat baru sedar nak bantah GST, Ruang berita ditukar ke cerita "Langkah Kajang" dan kemudiannya "Sinetron MB Selangor". Satu langkah yang dibuat oleh penyokong GST bernama Anwar Ibrahim, untuk menjatuhkan penyokong GST bernama Khalid Ibrahim.

Rakyat kena tunggu sampai episod ke berapa? Ada sahaja watak baru masuk dalam Sinetron.



Peniaga yang berada di sempadan 500k jualan setahun, masih berkira-kira samada nak daftar atau tidak.
Apa pro dan kontranya.

Ada juga yang belum mula fikir untuk buat keputusan.

Peniaga yang sudah layak, pun ada nak buat keputusan.
Memang kena daftar, samada nak tangguhkan daftar atau tidak. Atau nak tunggu pakatan Rakyat juga?

Ada garismasa yang telah berlalu.
Pendaftaran untuk jadi pembekal perisian sah yang dilulus GST berakhir hari ini.
Eh, semalam. (29 Ogos 2014).

Masih lagi boleh bangunkan perisian, tetapi perisian itu tidak sah untuk digunakan dengan baucher SME corp, dapat 1k.

Jadi kalau kita nak buat perisian murah dengan niat nak bantu peniaga, maka sudah terlambat.
Tapi kalau nak buat untuk kasi percuma/libre/terbuka , masih boleh lagi.

Banyak maklumat yang peniaga belum tahu.

Saya sendiri yang ikuti GST pun ada juga yang belum tahu rupanya, sehinggalah terduduk dalam seminar.

Pembekal perisian sah, sudah faks iklan mereka, dengan menakut-nakutkan tentang penalti kalau salah kira.

Peniaga nak kena buat keputusan untuk beli perisian atau tidak.
Mana yang sudah ada POS/Inventori pun kena buat keputusan juga.

Kalau POS dibuat oleh syarikat XYZ, tapi tiada kemaskini untuk GST, maka dia kena fikirkan penyelesaian.

Adakah perlu tukar keseluruhan sistem untuk patuh(comply) GST?

Ada juga syarikat yang POS dibuat oleh syarikat lain, tapi tengah pilih perisian baru yang  pauh GST, konon-kononnya boleh sambung dengan POS/Inventori itu.

Adakah perlu untuk ada perisian patuh GST, untuk patuh Akta CBT/GST .

Persoalan ini bermain di kepala saya malam tadi.
(maksudnya sudah 2 malam saya fikir perisian GST).

Kalau diikutkan saranan pegawai SME Corp, dia memang suruh cari perisian, sebab kerja dia nak kasi 1k pada yang beli perisian 'sah'.

Bila diteliti semula.
Sebenarnya, tidaklah diwajibkan untuk beli perisian sah.

Maklumat daripada pautan di bawah, telah menunjukkan apa keperluan teknikal yang diperlukan kastam.

http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/accounting_software/GUIDE%20ON%20accounting%20software%20as%2013032014%20Final%20G5%20Treatment.pdf

Agak pening juga kalau nak fahamkan.
Dipendekkan cerita, Kastam hanya nak format fail "GST Audit File"

Itupun sebenarnya GST Audit File tidak ada dalam Akta.

Bab akta CBT/GST ini, kena cari peguam yang mahir akta CBT/GST ,
Kalau Zul Hazmi sibuk, Zul Khairi pun boleh lah...

Dalam GST audit file (GAF) itu terkandung macam-macam maklumat.
Belian/Jualan
Setiap transaksi kena simpan jadi GAF samada dalam bentuk XML atau “pipe” delimited text file format

Kalau tengok XML itu macam pening, tapi kalau "fail teks dipisahkan oleh paip" , masih boleh dihasilkan tanpa perlu beli perisian 'sah'.


Andaikata anda sudah mempunyai shopping cart sendiri, sebagai contoh Magento atau Opencart, mesti ada kaedah untuk convert dari pangkalan data. Atau terus jadikan report dalam GAF.



Untuk yang berniaga transaksi sedikit, mungkin boleh buat form dalam google doc, terus simpan sebagai GAF.

Atau terus key in manual di gnumeric atau LibreCalc.

Ini bukan saranan untuk tidak beli perisian, tetapi pemberitahuan bahawa anda kena putuskan sendiri apa cara nak guna.

Samada nak beli perisian dapat 1K atau tidak.
Kalau tidak, nak buat macam mana.

Apa pun, anda masih ada pilihan untuk tidak buat keputusan, guna alasan "masih mengharap pakatan rakyat gagalkan GST".























Google+ Hasbullah Pit