test

Khamis, 8 Mei 2014

Polemik Melayu tak habis habis

Polemik Melayu tak habis habis, selagi ada orang Melayu yang rasa terancam di bumi sendiri.

Mana tidaknya, Asal nama "Tanah Melayu" , dum dam dum dam.
Sudah tak ada lagi nama "Melayu" pada Negara,
"Persekutuan Tanah Melayu" sudah jadi Persekutuan Malaysia.
Sekolah Melayu , sudah jadi Sekolah "Kebangsaan"

Bahasa Melayu , sekejap dipanggil Bahasa Melayu, sekejap Bahasa Malaysia, sekejap Bahasa Kebangsaan.

Maka memang patut wujud kerisauan ini.

Penyelesaiannya mudah,

Datuk Onn dan Dr Burhanuddin sudah usulkan di Parlimen supaya "Kebangsaan bagi negara ini adalah Melayu." Tetapi kena tolak.

"Hak Istimewa Orang Melayu" hanya tampalan kepada kehilangan "Melayu" pada Negara.

Jika negara ini negara Melayu, maka sudah tidak perlu lagi Hak istimewa itu. Semua warga negara adalah "Melayu".

Apa kata kalau "Malaysia" digantikan dengan nama "Tanah Melayu Sabah Sarawak".

Jumaat, 7 Februari 2014

Allah Maha Berkuasa... KPDNKK?

Allah maha berkuasa.

Allah yang membolak-balikkan hati manusia.
Hati yang mempengaruhi keputusan ,
Apa yang nak dibeli
Di mana nak beli?,
Dengan siapa nak beli,
Apa nak dijual,

Allah yang membolak-balikkan hati manusia.
Hati yang mempengaruhi keputusan ,
Apa yang nak dibuat?
nak berbelanja atau tidak?

Allah yang membolak-balikkan hati manusia.
Hati yang mempengaruhi keputusan ,
Apa yang hendak ditanam?
bila nak dituai?
Kepada siapa nak jual?
Berapa harga sedia jual?
Berapa harga sedia beli?
Berapa nak markup?
Berapa nak minta diskaun?
Berapa boleh kasi diskaun?

Allah yang membolak-balikkan hati manusia.
Hati yang mempengaruhi keputusan ,
Jika harga dipinta terlalu tinggi atau rendah.
Tak berlaku transaksi?
Atau teruskan transaksi walau rugi.

Kerana hati,
Ada yang jual kambing RM 1 seekor
Kerana hati ada yang jual mahal, tapi akhirnya orang tak beli.
Kerana hati juga, sanggup beli mahal walaupun ada yang murah di tempat lain.
Kerana hati juga, nak beli banyak, nak beli sedikit.

Terimalah hakikat
Harga barang adalah ketentuan Allah

Siapa KPDNKK untuk ambil alih tugas Allah?
Sudah cukup berkuasakah?
Kalau cukup berkuasa, cuba KPDNKK turunkan hujan sikit.

Sabtu, 11 Januari 2014

Rezeki melimpah ruah, tak habis-habis , tetapi...

Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah di tanah air kita.

British Belanda datang rompak pun tak habis-habis lagi.
Hujan sepanjang tahun.
Tanam apa pun boleh hidup.
Jepun datang , ubi kayu pun kita boleh makan.
Jepun lari, British datang balik.
Sesudah merdeka, Kilang jepun pula datang, pekerja bangla, myanmar , Indonesia , Acheh, Sulu ...

Semua datang, tapi rezeki tak habis-habis.

Masih ada lagi.
Tak habis habis.

Indahkan?
Rezeki tak habis habis.
Ikan di laut, burung di udara.
boleh makan ikan, boleh makan puyuh.

Saya tidak tulis "RM" , sebab itu dia indah.

Asalnya
Allah ->Rezeki - > sekalian alam.

Tapi kita pula ubah persepsi Rezeki adalam RM.
RM adalah rezeki.
Rezeki mesti lalu RM untuk sampai ke manusia?
Maka itu yang membuatkan seolah-olah tidak cukup.

Harga barang dalam RM naik.
Anda kerja kira dalam RM.
RM terlungkup, anda panik.

Walhal, rezeki yang Allah kurniakan ni tak habis habis.
Datanglah berapa ramai manusia ke sini pun, tak habis -habis.

Ini apa punya sistem yang manusia ini guna?
rezeki melimpah ruah, kerana Kertas RM fiat , semua gundah gelana?

Jadi dipersilalah sistem RM fiat FRB dicampakkan ke longkang.
Tolak Zimbabwesasi!

Rabu, 1 Januari 2014

Dr Muhaya & Zimbabwesasi

MInta maaf ya, orang lain sudah lama tengok video Dr Muhaya, aku hari ini baru nak tengok.

Ayat ke dua Dr Muhaya dalam wawancara Sinar Harian :

"Kita mesti faham, konsep dunia, tidak ada situasi dimana harga akan turun, memang harga akan naik."

Saya setuju, dalah situasi zimbabwesasi sekarang, harga barang tidak akan turun.
Tapi ianya bukanlah "konsep dunia" atau "MEMANG harga akan naik"

Zimbabwesasi boleh dielakkan atau boleh dilambatkan.

Dulu Nasi lemak 1 sen, sekarang lebih RM 1 , tetapi itu bukannya "MEMANG" atau "konsep dunia"

Jadi kita perlu tolak zimbabwesasi (Riba + FRB+ Wang fiat) , supaya tidak terus dizimbabwesasikan.

Mustahil untuk nasi lemak kembali pada harga 1 sen, tapi itu bukannya kerana "MEMANG" atau "Konsep Dunia".

Walau pun saya tak bersetuju, dengan ayat Dr Muhaya di Atas, kaedah untuk menghadapi zimbabwesasi, boleh ikut saranan beliau, secara positif.

Khamis, 19 Disember 2013

Posisikan diri anda supaya lebih ke arah jual dan terima bayaran.

Dunia kita bukan sekadar "beli" atau "bayar" sahaja.
ada juga "terima bayaran", atau "jual"

Tetapi , Memang ada jenis orang, yang makan gaji, hanya beli dan bayar sahaja.

Jadi kalau kita memposisikan diri kita, tidak hanya "beli" dan "bayar", tetapi juga "menerima bayaran" atau "menjual" , kenaikan harga barang tidak begitu memberi kesan negatif pada kita.

Jadi posisikan diri anda ditempat yang lebih selamat.

Rabu, 18 September 2013

Ujian 916

Ujian 916

Mana lebih ramai? Sokong British atau lawan British?


Kita tidak pernah dihidangkan dengan statistik berapa peratuskan penduduk Tanah Melayu menentang British pada 1880 berbanding 1900 , 1920 , 1935 , 1947 , 1955.


















Mungkin juga yang menentang British adalah terlalu minoriti




























Mungkin juga, kemerdekaan adalah bukan matlamat, memandangkan British sudah membawa kemodenan, peluang pekerjaan, jalan keretapi dan sebagainya


















Berapa ramaikah yang menentang British pada 1900? 1% ? 0.05 % ?



























Berapa ramai pula yang kerja dengan British? "Kerja Gomen"










Cikgu, Polis , 'Askar Melayu'
































Agaknya mana yang lebih ramai? kerja dengan British atau menentang British?








atau ada yang 2dalam1? (kerja gomen tapi lawan British)










Google+ Hasbullah Pit