test

Isnin, 17 Mei 2010

Rizab Emas Keluarga

Saya pernah ditanyakan oleh seseorang, "Apa itu Rizab Emas Keluarga".

Kusangkakan semua tahu.

Menurut surah Yusuf, makanan disimpan selama 7 tahun, walaupun ketika makanan masih banyak. Pernah saya ceritakan tentang stok penimbal beras, suatu masa dulu.

Jadi, rizab emas keluarga, konsepnya sama macam stok penimbal makanan.
Samada mahu simpan rizab emas untuk keluarga anda sebagai rizab 7 tahun perbelanjaan, ikut suka anda.

Bergantung kepada kemampuan.

Jika anda mempunyai rizab makanan yang banyak, maka anda tidak perlu mempunyai rizab emas 7 tahun.

Andakata anda mempunyai rizab makanan untuk 7 tahun, maka anda perlu simpan emas untuk 7 tahun gaji. Banyak sangat?

Sebenarnya berapa banyak rizab emas keluarga anda simpan, bergantung kepada keputusan mesyuarat suami isteri. Kalau suami putuskan seorang diri pun boleh.

Ada banyak kaedah untuk menentukan berapa rizab emas keluarga.

Anda boleh kira sebagai peratus daripada simpanan.
Sebagai contoh 80% daripada simpanan adalah dalam bentuk emas,  selebihnya aset kertas.
Anda mesti bezakan simpanan dengan pelaburan.


Atau anda mungkin boleh tetapkan rizab emas anda sebagai berapa bulan gaji.
 18 bulan gaji atau 12 bulan gaji, atau 6 bulan gaji.

Anda juga boleh menetapkan formula dengan menggabungkan peratus & temboh bulan.
sebagai contoh,
rizab simpanan kewangan anda ialah 18 bulan gaji & 80% itu adalah emas.

Anda juga boleh menetapkan rizab emas menggunakan bilangan anak & isteri.
contoh:
1 isteri 10 dinar, 1 orang anak 5 dinar.
maka
1 isteri + 3 orang anak => 25 dinar

Jika sudah mempunyai sasaran, maka belilah emas secara berperingkat untuk mencapaikan sasaran rizab emas keluarga anda itu. Tak perlu berhutang, atau menjadi tamak untuk kaya.

Jadi mahal atau murah emas itu, adalah soalan kedua.

10 tahun dari sekarang, anda hanya kira berapa banyak emas yang anda ada, bukannya berapa harganya ketika anda beli 10 tahun lalu.

Jumaat, 14 Mei 2010

Jongkong Perak 500 gram 'Public Silver'




Di atas adalah gambar Jongkong perak 500 gram keluaran Public Gold, yang diberi nama 'Public Silver'.
 
Sebelum ini Jongkong perak Public Silver hanya wujud dalam bentuk 1kg , agak besar dan mahal bagi yang ingin memulakan pelaburan perak.

Emas dan perak adalah wang, namun perak telah hilang fungsi sebagai wang, dimana wang kertas lebih banyak mengambil fungsi perak sebagai matawang, berbanding emas.

Catatan blog ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan pembaca melabur dalam perak. Bukan Negeri Perak, tetapi logam perak.

Hanya pelabur sejati sahaja yang sesuai melabur dalam perak.

Maksud saya, yang melabur dengan membeli sesuatu yang berada dibawah nilai seperti Warren Buffet.
Tidak sesuai untuk pelabur jenis spekulatif.

500 gram perak, sudah menghampiri nisab perak iaitu 595 gram atau 200 dirham.
Sekiranya anda hanya memiliki perak dalam bentuk 500 gram, maka anda tidak dikenakan zakat.

Perak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana ianya terlalu dibawah nilai sebenar.

Ketika zaman perak adalah matawang jual beli, nisbah nilainya berbanding emas adalah tinggi.
Tidaklah setinggi sekarang.

Jika emas boleh dikatakan dibawah nilai berbanding ringgit, dan perak dibawah nilai berbanding emas.
Berapa rendahnya perak berbanding ringgit?

Selepas berlakunya 'gold rush', akan berlakunya 'silver rush'.

Situasi di Malaysia pula berbeza, dimana perak import dikenakan cukai. Maka apabila habisnya perak dalam negeri, pelabur akan membeli perak import walaupun dikenakan cukai.  Ini menyebabkan pelabur akan menghabiskan perak dalam negeri dahulu, sebelum ia akan menjadi mahal akibat cukai.


Nampak macam meyakinkan, namun ada risiko.

Perak hanya sesuai untuk dijadikan pelaburan oleh pelabur sebenar, kalau setakat rugi 20% sudah risau, maka anda tidak sesuai untuk melabur dalam perak. Harga perak dunia pernah jatuh daripada USD 20 seaun ke USD 9 se aun. 'Spread'nya pula 20%.

Anda berani?



Ketika catatan ini ditulis, hanya 2 ketul bar 500 gram yang sudah berada di tangan ejen Public Gold.

Sabtu, 1 Mei 2010

Hari Pekerja: Kapitalis Sosialis Dinar Dirham

1 Mei hari pekerja.
Hari yang mulia bagi penyokong sosialis.

Sosialis memang kerjanya perjuangkan nasib pekerja.
Kapitalis pula suka kayakan orang kaya.

Namun orang Sosialis jarang pula kempen orang supaya berniaga.

Mahu naik gaji, mahu nasib pekerja terbela dan sebagainya, tapi pekerja perlu kekal sebagai pekerja.
Sampai bila?

Maka wujud golongan baru, pendokong dinar dirham, yang mempromosikan supaya berniaga. Pasar awam tanpa sewa patut diwujudkan.

Supaya apa?
Supaya semua orang boleh berniaga dengan mudah.

Dengan itu meningkatnya Kelajuan wang atau "velocity of money".

Dengan menganut pemikiran sosialis, pekerja sentiasa jadi pekerja, modal masih lagi pada kapitalis.
Lambat laun, harga pekerja akan pergi ke kapitalis juga.

Jadi, ayo berniaga.

Zaman sudah dipermudahkan, kini golongan pekerja boleh berniaga di Laman web sosial tanpa sewa.

Bagi pendokong dinar dirham, menjadi pemodal bukan satu kesalahan. walaupun sering dibenci sosialis.

Apa yang penting ialah sistem kewangan yang mengikut peraturan,
Tiada riba' , tiada penerbitan wang baru yang hanya dinikmati golongan pemodal.

Jumaat, 30 April 2010

Ayo Mulai! Kempen Menderma Dirham ke Masjid Setiap Jumaat.

Ayo Sertai


Kempen Mula Menderma Dengan Dirham Pada Hari Jumaat Di Masjid



Muka Depan 1 Dirham


Muka Belakang 1 Dirham

Setiap hari jumaat, mulai hari ini, dermakan satu dirham setiap kali solat jumaat di Masjid.

Ini bertujuan untuk mengedarkan dirham kepada masyarakat sambil beramal.

Saya faham ianya memerlukan kos yang tinggi.
Walaubagaimanapun, kita bukannya boleh bawa emas dan perak sampai ke kubur.

Maka gunakan daya ekonomi tuan puan, beli dirham banyak-banyak dan dermakan.

Samada pihak masjid faham atau tidak tentang dirham dinar, ianya akan difahami jua satu masa nanti.

Mana-mana AJK Masjid yang berada di Melaka, boleh perolehi Buku "Dinar Emas dan Dirham Perak" tulisan Sheikh Imran Hussien, secara percuma daripada saya. Tapi pemilikannya adalah milik Masjid, bukan milik AJK.



Kiriman Blog di sana-sini




Dimana Mendapatkan Dirham


Dagangan DuaLogam Merlimau 
kawasan : Melaka Muar Tangkak
0196691975



Zakaria Ismail   
Kaw: Putrajaya
0129883445




Mohamad Shahrul bin Shahidan
Bandar Baru Bangi, Kajang Mewah, Sg. Chua, Sg. Ramal, Sg. Tangkas, UNITEN
Mohamad Shahrul bin Shahidan
Telefon: 019-2690109


Nusantara Bullion Exchange (nubex)
Kaw: SeMalaysia
Telefon : +6(03)-7729 9640 / 9604



Omar Yaacob a.k.a Omar Kulim
Kaw: SeMalaysia
0134250872

Nizam Saadon / Jentayu Emas
Kaw: KLCC, Tmn Melawati, Klang, Shah Alam,Puncak Alam,Puchong, Johor, Negeri Sembilan
019 6581190

Rabu, 28 April 2010

Harga Barang Naik 1 Mei kah?

Dulu memang kerajaan ada merancang untuk adakan "National Feul Subsidy" tapi ianya dibatalkan dalam mesyuarat Kabinet. Mungkin disebab ada banyka pilihanraya.

Ayuh , kita tentang polisi nilai matawang rendah.

Selasa, 20 April 2010

Beras Padu dibuka semula

Jumaat, 9 April 2010

Isteri disimbah Asid

Sesuatu yang saya mushkil tentang kes isteri disimbah asid ialah, mengapa dia ada stok asid di rumah?

Anda ada simpan stok asid di rumah?
Asid apa?
Berapa liter?

Google+ Hasbullah Pit