test

Jumaat, 14 Mei 2010

Jongkong Perak 500 gram 'Public Silver'




Di atas adalah gambar Jongkong perak 500 gram keluaran Public Gold, yang diberi nama 'Public Silver'.
 
Sebelum ini Jongkong perak Public Silver hanya wujud dalam bentuk 1kg , agak besar dan mahal bagi yang ingin memulakan pelaburan perak.

Emas dan perak adalah wang, namun perak telah hilang fungsi sebagai wang, dimana wang kertas lebih banyak mengambil fungsi perak sebagai matawang, berbanding emas.

Catatan blog ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan pembaca melabur dalam perak. Bukan Negeri Perak, tetapi logam perak.

Hanya pelabur sejati sahaja yang sesuai melabur dalam perak.

Maksud saya, yang melabur dengan membeli sesuatu yang berada dibawah nilai seperti Warren Buffet.
Tidak sesuai untuk pelabur jenis spekulatif.

500 gram perak, sudah menghampiri nisab perak iaitu 595 gram atau 200 dirham.
Sekiranya anda hanya memiliki perak dalam bentuk 500 gram, maka anda tidak dikenakan zakat.

Perak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana ianya terlalu dibawah nilai sebenar.

Ketika zaman perak adalah matawang jual beli, nisbah nilainya berbanding emas adalah tinggi.
Tidaklah setinggi sekarang.

Jika emas boleh dikatakan dibawah nilai berbanding ringgit, dan perak dibawah nilai berbanding emas.
Berapa rendahnya perak berbanding ringgit?

Selepas berlakunya 'gold rush', akan berlakunya 'silver rush'.

Situasi di Malaysia pula berbeza, dimana perak import dikenakan cukai. Maka apabila habisnya perak dalam negeri, pelabur akan membeli perak import walaupun dikenakan cukai.  Ini menyebabkan pelabur akan menghabiskan perak dalam negeri dahulu, sebelum ia akan menjadi mahal akibat cukai.


Nampak macam meyakinkan, namun ada risiko.

Perak hanya sesuai untuk dijadikan pelaburan oleh pelabur sebenar, kalau setakat rugi 20% sudah risau, maka anda tidak sesuai untuk melabur dalam perak. Harga perak dunia pernah jatuh daripada USD 20 seaun ke USD 9 se aun. 'Spread'nya pula 20%.

Anda berani?



Ketika catatan ini ditulis, hanya 2 ketul bar 500 gram yang sudah berada di tangan ejen Public Gold.

4 comments:

  1. Salam Tuan..
    ana suka entri ini..
    Mantappp :)
    Love Silver :)

    pgcare.blogspot.com

    BalasPadam
  2. betul tu bos... bagi yg 50 - 50 tu tak payah beli lah. Mereka perlu membuat research dan memahami konsep penyimpanan perak. Jika di analisis, pada tahun 2005 nisbah emas kpd perak ialah 1:85, sekarang 2010 nisbah semakin mengecil iaitu 1:65. Ini bermakna peningkatan harga adalah ketara. Dan ingatlah pada zaman Nabi nisbah nya adalah 1:10.

    Selain itu, tahukah anda semua, tokey2 emas ni sejak 3 ke 4 tahun kebelakangan ini telah mula mengumpul perak (dlm bentuk raw). Jadi, mereka tidak akan mewar-warkan kpd umum disebabkan beberapa sebab:
    1) ini adalah perniagaan tradisi. Jika dihebahkan, depa tak leh cari mkn la
    2) jika berlaku hebahan secara umum, pasti harga perak akan lebih cepat naik drp sepatutnya.. Dalam erti kata lain, mereka nak menjaga harga supaya mereka boleh beli secara diam2 dgn harga yg rendah . (krn tiada permintaan)
    3) byk lagi ....

    untuk ketahui lanjut silalah ke blog utk membaca kelebihan dan rahsia penyimpanan perak.
    http://fyingsilver.blogspot.com http://e-dirham.blogspot.com

    Terima kasih tuan tanah.

    BalasPadam
  3. mungkin lepas ni kena ada akaun perak pulak mcm akaun gold saving sebab nak bawak perak besar sangat.

    BalasPadam
  4. kalau nk jual pinggan mangkuk perak beli pada tahun 1967 99% silver macamnana caranya?

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit