test

Isnin, 1 Februari 2010

Emas Sebagai Penyimpan Nilai

Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya.

Namun terdapat 2 jenis penggemar emas.
Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan.

Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan.

Harga emas, membuak pada peratusan yang agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu.

Bihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yng disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.

Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja.

Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas perlu dimiliki sebagai rizab bagi sesebuah keluarga atau individu. Ini disebabkan kerana sifat wang kertas itu yang sentiasa mengembang.

Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila wang kertas dicetak, nilainya akan turun.

Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.

Pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah 12.47 bilion.
Pada laporan BNM yang terkini nilai itu meningkat kepada lebih 200 bilion.

Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah 16 kali ganda atau 1600%.

Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda.

Belum lagi.

Secara kasar, berdasarkan pemahaman ringgit, jika wang dicetak lebih, nilainya turun.
Namun apa yang berlaku ialah nilai lambat turun, tetapi tetap akan turun.

Pembuakan harga emas dalam USD adalah berkait dengan bekalan wang Amerika.

Di Malaysia, kita masih terikut tukaran asing untuk mendapatkan harga emas.

Akan tetapi apabila "Ringgit" dibandingkan dengan emas yang berada di Malaysia, maka akan tahulah nanti berapa nilai ringgit yang sebenar.

Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar yang sedikit.
"inflasi 3% , apa kisah"

Namun inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi.
Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah.

Satu hari nanti ia akan membuak jua. Tanda tanda awal ialah "tidak mampu tanggung subsidi".
Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar.

Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.

Andai kata 20 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti.
Maka kalau ada krisis kewangan bagaimana pun, 20 gram emas itu masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 20 gram emas harganya RM 10,000.


Menurut teori ahli kewangan yang tersohor, supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji.
Maka rizab itu perlu disediakan juga dalam bentuk emas.

Memang kalau boleh tidak mahu ringgit itu runtuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.

Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas jepun pula tidak laku.

Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap sekelip mata?

Maka, menyimpan emas, adalah menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot akibat membuakan inflasi atau krisis kewangan.

Sabtu, 30 Januari 2010

Beras Padu Ditutup Lebih Kurang Sebulan Lebih

Dimaklumkan bahawa Beras Padu ditutup dalam anggaran sebulan lebih, bertujuan untuk mengira berapa KWh tenaga yang digunakan.

Sejak berlakunya revolusi Cekap Tenaga beberapa bulan yang lalu (di rumah saya) dan kalau Beras Padu ditutup, Penggunaan Elektrik telah turun sehingga ke tahap 55% berbanding dahulu.

Namun Beras Padu duduk di komputer yang tidak cekap tenaga, Athlon XP lama. tidak sesuai untuk dihidupkan 24 jam, sepertimana yang pengunjung Beras Padu mahukan. Ia tidak boleh tidur seperti komputer-komputer lain di rumah.


Saya perlu mencari kaedah Cekap Tenaga bagi menghidupkan kembali Beras Padu.

Mungkin perlu beli komputer khas yang cekap tenaga.

Wujud punya banyak pilihan, entah mana yang sesuai.
http://www.metaefficient.com/computers/the-greenest-pcs-of-2008.html

Ada juga yang tidak dijual di Malaysia.

Semalam saya terjumpa Linutop 2 dan Linutop 3, keluaran Peranchis.

Hari ini, saya merasakan bahawa fit-PC2i yang paling sesuai kerana pada muatan penuh pemproses, ia hanya menggunakan 8W kuasa.

Namun, ianya begitu jelas "Israel"nya.

Ada juga alternatif daripada Asia
MSI Windtop DE200 , dikatakan 30 watt
MSI Nettop CS 120 , dikatakan 35 watt

Masih belum nampak penyelesaian dari jepun, mungkin ia masih disembunyikan di negara mereka.

Anda boleh cadangkan komputer apa yang mungkin sesuai untuk Beras Padu.

Di Copenhagen dulu, Najib telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 40 %.
Macam mana dia nak buat? belum nampak langkah-langkah yang telah diarahkan.

Adakah  'Autonomi bil elektrik' sekolah adalah satu langkah untuk mencapai sasaran itu?.

Khamis, 28 Januari 2010

Tutorial: Siapa Gay yang suka DVD Jepun ?Untuk Dr Novandri & Topeng Perak Perisik Rakyat.

Ini adalah tutorial ringkas untuk 2 orang ini, Dr Novandri & Perisik Rakyat.

Yang lawaknya Dr NOvandri menuduh Perisik Rakyat, wujudnya perkara lucah di referer perisik rakyat adalah kerana "keinginannya".

Memang sifat penyelia laman web lucah cuba spam ereferer orang lain untuk m,empromosikan laman mereka. Teknik ini juga digunakan bagi laman web bukan lucah.

Konsepnya mudah, sekiranya kita meletakkan ererfer, maka auto matik kita berterima kasih kepada pentuding kita dengan menyenaraikan laman mereka.

Sebagai contoh, beberapa laman web tersenarai kerana membuat pautan kepada blog saya.



Namun wujud juga pengspam yang mengekspolit kemudahan ini.
Tidak sukar bagi pemilik laman web lucah untuk membuatkan laman web mereka tersenarai.

Buat auto pun boleh. Masuk sahaja laman web lucah, automatik buka laman untuk di spam, maka tersenarailah laman web lucah itu di laman web mangsa.

Dalam kes ini, Perisik Rakyat adalah mangsa.

Jadi apa perlu mangsa lakukan?

logmasuk ke ereferrer.com , tapis sahaja perkataan lucah yang ada.




Tak perlu memperlihatkan tahap pemikiran.

Label UMNO, Label Pembangkang

Wujud satu jenis pemikiran, apabila seseorang bercanggah pendapat dengan pendapat biasa sesebuah organisasi, maka dia akan dilabel sebagai pihak lawan.

Apabila ramai mahasiswa membantah PPSMI, ramai golongan akademik dilabel "pro pembangkang", akhirnya ramai yang jadi "pembangkang".

Namun juga berlaku dalam Pakatan Rakyat, apabila seseorang itu mengeluarkan pendapat bercanggah dengan pendapat biasa dalam Pakatan Rakyat, maka tidak perlulah dilabelkan UMNO.

Isnin, 25 Januari 2010

Urusniaga Adil: Cerita Tauke Kedai Komputer

Teringat saya pada satu peristiwa dimana saya ingin membeli dogol bluetooth. Terdapat 2 dogol bluetooth yang ditanda harga berbeza.
Apabila saya ingin membayarnya, dengan membawa kedua-dua dogol bluetooth yang yang mempunyai 2 harga.
Berikutan kekeliruan ini, pekerja wanita melayu memberitahu masalah ini kepada taukenya.

Tauke Cina bukan Islam telah memberitahu pekerjanya itu supaya menjualnya mengikut harga yang paling rendah ditanda pada barangan.

"Ini salah kita, kita kena jual juga ikut harga ini juga".

Ahad, 24 Januari 2010

Negara Tidak Perlu Bergantung Pada Pelaburan Asing

Dulu saya pernah kata, negara tidak perlu bergantung kepada pelaburan asing.
Namun ianya tidak disokong secara popular.

Sekarang Dr Mahathir pun berkata perkara yang sama.

Rabu, 20 Januari 2010

Kerajaan BN tidak jimat 1.3 bilion untuk Gula

Terdapat beberapa artikel berlegar di sfera blog mengatakan kerajaan BN telah jimat RM 1.3 bilion untuk gula.

Angka sebegitu nampak tidak logik, kalau dengan hanya menaikkan 20 sen harga gula, sudah dapat 1.3 bilion.
Agaknya berapa penggunaan gula rakyat Malaysia setahun untuk mencapai nilai RM 1.3 bilion itu?

1.3 bilion bahagi 20 sen = 6.5 bilion kg gula.

Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi  seorang rakyat Malaysia 270kg setahun.

Logik atau tidak angka itu?

Terpulanglah.

Daripada sumber bernama pula, terdapat petikan FOMCA yang mengatakan anggaran subsidi gula setahun baru 2010 adalah RM 1.2 bilion.



Mohd Yusof memberitahu Bernama, Fomca menerima kenaikan harga gula atas dua asas, iaitu peruntukan subsidi yang tinggi untuk gula dan memandangkan matlamat pemberian subsidi tidak menepati sasarannya.

"Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM720 juta sebagai subsidi pada 2009 bagi memastikan harga gula kekal pada paras RM1.45 sekilogram. Untuk 2010, kerajaan dijangka membelanjakan RM1.2 bilion untuk subsidi jika harga gula masih dikekalkan pada RM1.45.

"Oleh itu, untuk tahun ini, kerajaan terpaksa menaikkan harga gula sebanyak 20 sen dan mengekalkan peruntukan subsidi sebanyak RM720 juta," jelas Mohd Yusof


1.2 bilion dengan 1.3 bilion sudah dekat, menandangkan ianya anggaran.
Namun adakah angka itu juga benar?
1,200 juta -720 juta = RM 480 juta.

kira balik,
480 juta bahagi 20 sen = 2.4 bilion kg gula.
Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi  seorang rakyat Malaysia 88 kg setahun.
Logik atau tak logik?


Kita ambil maklumat KPDNKK yang mengatakan purata penggunaan gula rakyat Malaysia adalah 26 sudu teh sehari, bersamaan 130 gram sehari. darab 365.25 hari, rakyat Malaysia menggunakan 47.48 kg gula setahun.

logik atau tak logik?

Yang jelas, ialah kenyataan Kerajaan telah jimat 1.3 bilion dengan menaikkan gula 20 sen adalah paling tak logik.

Manakala kenyataan fomca berkenaan 1.2 bilion juga sukar untuk dipercayai.

Nilai 1.3 bilion & 1.2 bilion adalah datangnya daripada sumber kerajaan sendiri menunjukkan keseluruhan subsidi gula yang BANYAK dalam bentuk ANGGARAN.

Namun angka ANGGARAN yang BANYAK itu mungkin telah diperbanyakkan supaya memperlihatkan keperihatinan kerajaan. Namun dipusing boleh Ustaz Isdris Ahmad menunjukkan seolah-olah 1.3 bilion telah dijimatkan.

Berapa banyakkah wang kerajaan yang telah dijimatkan dengan menaikkan harga gula 20 sen?
Kiraan kasar saya menunjukkan angka 256 juta sahaja.

Ini disebabkan oleh bukannya keseluruhan subsidi gula dihapuskan. Kalau keseluruhan subsidi gula dihapuskan, harga gula di pasaran akan mencecah RM 3,00 . Tatkala itu, rakyat Malaysia akan tanam tebu ramai-ramai.

Sistem kawalan harga BN menggunakan subsidi yang digabungkan dengan polisi nilai matawang rendah terbukti gagal. Tidak perlu beria-ria  menggunakan  sistem yang sama tetapi dalam bentuk yang sedikit rendah. Masalah tidak selesai. Bulan depan kita akan bergaruk mengenasi pengsubsidian komoditi lain pula.


Ayuh tolak Polisi Nilai Matawang rendah yang menjadi punca segala masalah subsidi.

Google+ Hasbullah Pit