test

Ahad, 30 Ogos 2009

Terima Kasih Google

Terima kasih kepada google yang akhirnya menyediakan terjemahan dalam talian untuk bahasa Melayu.

Maka dengan itu, terbukalah ruang inovasi kepada pengguna Bahasa Melayu untuk mengintegrasikan web atau kandungan tempatan dengan google Translate.

Apa yang saya terfikir sebentar tadi ialah mungkin perlu ada...

  1. Wiget Blogger.com supaya kandungan Bahasa Melayu mudah diterjemahkan ke Bahasa lain.
  2. Pautan khas di Bar Alatan Firefox supaya pengguna boleh terus menterjemah apa-apa kandungan ke Bahasa Melayu.
  3. Integrasikan Beras Padu supaya pembaca boleh pembaca kandungan Inggeris atau Mandarin dalam Bahasa Melayu
  4. Sesuatu yang berkaitan dengan Antaramuka Baris Arahan
  5. Sesuatu yang berkaitan dengan GNOME?
  6. Apa lagi?

Jumaat, 28 Ogos 2009

Krisis Gula ,Perbezaan ketara harga runcit terkawal dengan harga dunia

Krisis gula sedang melanda.
Kalau dilihat pada statistik di kilang ianya "mencukupi", tetapi apabila dicari di kedai tidak ketemu.

Peruncit kata pemborong kasi kurang.

Wujud juga rampasan gula akibat disimpan oleh pemborong tanpa lesen.

Wujud juga penyeludupan ke negara jiran.
"For Export" konon.

Pada perbezaan harga yang ketara antara harga gula terkawal RM 1.45 dengan harga gula sebenar yang mencecah RM 3. Perbezaannya ialah sekampit gula juga.

Maka perbezaan harga yang ketara itu adalah menjadi punca kepada kegiatan penyorokan dan penyeludupan.
Untung lebih daripada 100%. Siapa tak mahu.



Sampai bila harga gula harus kekal RM 1.45? Sepanjang harga kekal RM 1.45, nilai matawang kertas sudah merosot banyak mana?

Bulan ini, harga gula semasa dunia telah meningkat menjadi yang tertinggi sejak 28 tahun yang lalu.

Kalau hari ini perbezaan harga sudah lebih 100%, apa jadi kalau harga semasa gula ialah 5 kali ganda?

ada 2 faktor penyebab perbezaan ketara antara harga gula terkawal dengan harga gula semasa.

  1. Kenaikan harga gula semasa akibat permintaan dan penawaran
  2. Kejatuhan nilai matawang kertas Ringgit.



Faktor pertama tidak boleh dielakkan, namun faktor kedua boleh dikawal oleh manusia.

Di Malaysia, ringgit lebih suka direndahkan supaya menggalakkan eksport, teori ekonomi pihak kapitalis barat yang diracunkan kepada ahli ekonomi tempatan supaya mereka mendapat komoditi secara murah.

Akhirnya kita yang susah nak dapat gula.

Jadi, Kenapa kita tak berebut nak tanam tebu tatkala harga gula naik?
Jawap sendirilah.

Rabu, 26 Ogos 2009

Takziah buat keluarga Aiman Athirah

Walauapun terlewat lebih kurang seminggu, saya ingin mengucapkan takziah kepada Aiman Athirah yang kehilangan ayahnya.


1Malaysia Tidak Perlu Ditolak secara bulat atau Diterima secara bulat

1Malaysia adalah agenda politik Najib, begitu juga "Glokal", agenda politik Najib yang sudah lama tidak kedengaran.

Najib adalah bukan ahli politik yang popular sehinggakan peminatnya memetik-metik kata-katanya.

Iklan 1Malaysia dikaca TV adalah iklan yang baik, menggambarkan bagaimana kita tidak perlu prejudis terhadap kaum lain, hanya kerana perbezaan kaum.

Sekiranya tiada "1Malaysia", iklan sebegitu perlu diteruskan.

Pengukuhan perpaduam kaum di Malaysia, oleh kempen "1Malaysia", kesan positifnya juga diterima oleh Pakatan Rakyat.

Semakin hilangnya prejudis terhadap kaum lain, akibat daripada kempen 1 Malaysia, akan membuatkan Pakatan Rakyat lebih diterima. Pakatan Rakyat memang selama ini sering membuat aktiviti merentas kaum, berbanding BN yang mencanangkan 1Malaysia.

Bagi saya, 1Malaysia masih lagi berkaitan kaum, apabila disebut 1Malaysia, agenda yang dicanangkan adalah hubungan antara kaum. Umpama hanya kaum sahajalah yang memisahkan seorang warganegara Malaysia dengan yang lain.

Bagaimana pula jurang antara Miskin-Kaya? Bagaimana pula jurang antara Bandar dengan Luar bandar?
Bagaimana pula jurang antara "Lembah Kelang" berbanding luar lembah kelang.

Bagaimana pula jurang antara Semenanjung dengan Sabah Sarawak?

Adakah orang Melaka cukup tahu budaya orang Perak?

Apabila hubungan kaum terlalu ditekankan, maka nampaklah mentaliti masih lagi membezakan antara kaum.
Adakah ianya direka untuk memenangkan wira-wira kaum yang duduk dalam parti mewakilkan kaum sahaja?

Satu perkara yang membuatkan 1Malaysia tidak perlu diterima secara bulat adalah ia memperlambatkan evolusi politik tanah air.

Nasionalisme "Malaysia" terlalu tinggi akan menyebabkan semangat kekitaan "Malaysia" terlalu tinggi sehingga menjauhkan diri dengan Jiran kita.

Agenda Pembebasan Patani sudah tentu terpinggir kerana ia diluar Malaysia.
Ada pihak yang seolah-olah sudah mengiktiraf Perjanjian Inggeris Siam 100 tahun yang lalu.

Malaysia adalah negara yang dibentuk terdiri daripada kawasan Jajahan Inggeris di Nusantara,

Sekiranya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 tidak memisahkan Tanah Melayu dengan Sumatera, Maka negara yang kita diami ini mungkin akan berbeza bentuknya sempadan politiknya.

Semangat 1Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan persempadanan akibat penjajah ini kekal lebih lama.

Pengekalan sempadan penjajah adalah tidak perlu.

Tatkala Inggeris mencadangkan Idea Malayan Union, Dr Burhanudin tidak menolaknya secara bulat, juga menentangnya kerana ianya bentuk imprealisme.

Tidak menolak secara bulat kerana ia menyatukan negeri-negeri Melayu, yang selama ini terpisah, ada yang bersekutu, ada yang tak bersekutu dan ada Negeri Selat.

Larian Bogel Dari Pulau Pinang Ke KL

 Merujuk kepada sini dan sini






Adalah diharapkan, bagi pihak yang ingin mengadakan acara Larian bogel Pulau Pinang ke Kuala lumpur, supaya dapat menukar kaedah larian kepada kaedah berpakaian.

Larian secara bogel adalah bukan satu alasan untuk mengelakkan ujian jantina.

Selasa, 25 Ogos 2009

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil N11 Permatang Pasir

Keputusan rasmi akhir


Ustaz Salleh Man ( PAS ) - 9618 undi
Rohaizat Othman(BN) - 5067 undi

Majoriti : 4551 undi

undi rosak : 83

Keluar Mengundi :14,832 (73.1 %)

Jumlah Pengundi : 20,290 orang







Keputusan tidak rasmi:

PAS 9712
BN 5050

MAJORITI : 4662
JUMLAH UNDI ROSAK : 43 




 

Kenapa tatkala krisis gula ini, orang tak berebut-rebut tanam tebu?

Kenapa?
Kenapa tatkala krisis gula ini, orang tak berebut-rebut tanam tebu?

Google+ Hasbullah Pit