test

Rabu, 26 Ogos 2009

1Malaysia Tidak Perlu Ditolak secara bulat atau Diterima secara bulat

1Malaysia adalah agenda politik Najib, begitu juga "Glokal", agenda politik Najib yang sudah lama tidak kedengaran.

Najib adalah bukan ahli politik yang popular sehinggakan peminatnya memetik-metik kata-katanya.

Iklan 1Malaysia dikaca TV adalah iklan yang baik, menggambarkan bagaimana kita tidak perlu prejudis terhadap kaum lain, hanya kerana perbezaan kaum.

Sekiranya tiada "1Malaysia", iklan sebegitu perlu diteruskan.

Pengukuhan perpaduam kaum di Malaysia, oleh kempen "1Malaysia", kesan positifnya juga diterima oleh Pakatan Rakyat.

Semakin hilangnya prejudis terhadap kaum lain, akibat daripada kempen 1 Malaysia, akan membuatkan Pakatan Rakyat lebih diterima. Pakatan Rakyat memang selama ini sering membuat aktiviti merentas kaum, berbanding BN yang mencanangkan 1Malaysia.

Bagi saya, 1Malaysia masih lagi berkaitan kaum, apabila disebut 1Malaysia, agenda yang dicanangkan adalah hubungan antara kaum. Umpama hanya kaum sahajalah yang memisahkan seorang warganegara Malaysia dengan yang lain.

Bagaimana pula jurang antara Miskin-Kaya? Bagaimana pula jurang antara Bandar dengan Luar bandar?
Bagaimana pula jurang antara "Lembah Kelang" berbanding luar lembah kelang.

Bagaimana pula jurang antara Semenanjung dengan Sabah Sarawak?

Adakah orang Melaka cukup tahu budaya orang Perak?

Apabila hubungan kaum terlalu ditekankan, maka nampaklah mentaliti masih lagi membezakan antara kaum.
Adakah ianya direka untuk memenangkan wira-wira kaum yang duduk dalam parti mewakilkan kaum sahaja?

Satu perkara yang membuatkan 1Malaysia tidak perlu diterima secara bulat adalah ia memperlambatkan evolusi politik tanah air.

Nasionalisme "Malaysia" terlalu tinggi akan menyebabkan semangat kekitaan "Malaysia" terlalu tinggi sehingga menjauhkan diri dengan Jiran kita.

Agenda Pembebasan Patani sudah tentu terpinggir kerana ia diluar Malaysia.
Ada pihak yang seolah-olah sudah mengiktiraf Perjanjian Inggeris Siam 100 tahun yang lalu.

Malaysia adalah negara yang dibentuk terdiri daripada kawasan Jajahan Inggeris di Nusantara,

Sekiranya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 tidak memisahkan Tanah Melayu dengan Sumatera, Maka negara yang kita diami ini mungkin akan berbeza bentuknya sempadan politiknya.

Semangat 1Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan persempadanan akibat penjajah ini kekal lebih lama.

Pengekalan sempadan penjajah adalah tidak perlu.

Tatkala Inggeris mencadangkan Idea Malayan Union, Dr Burhanudin tidak menolaknya secara bulat, juga menentangnya kerana ianya bentuk imprealisme.

Tidak menolak secara bulat kerana ia menyatukan negeri-negeri Melayu, yang selama ini terpisah, ada yang bersekutu, ada yang tak bersekutu dan ada Negeri Selat.

1 comments:

  1. Prinsip keadilan, kebajikan, mengutamakan rakyat adalah prinsip asas Pakatan Rakyat, yang mana UBN menolaknya. Kini mereka hanya menyatakan slogan 1 Malaysia, tapi dari sudut implementasi Pakatan Rakyat merealisasikan. Yang nampak 1 Malaysia pada UBN, KRONI DIDAHULAN, DIRI DIUTAMAKAN.

    UBN tidak mampu merealisasikannya kerana mereka tidak tahu apa itu keadilan, apa itu kebajikan, malah ANTARA kepentingan rakyat dan kepentingan umno juga tak dapat dibezakan. Malah lebih malang lagi komponen BN langsung tidak proaktif terhadap isu rakyat keseluruhannya. Mereka hanya memperjuangkan bangsa sahaja. Malah lebih teruk dari itu kroni sahaja diutamakan.

    Berbeza dgn Pakatan Rakyat, salah satunya kerajaan Selangor sanggup mengeluarkan berjuta-juta semata-mata memastikan air yang diterima rakyat mempunyai kapasiti untuk diperolehi percuma dengan berjimat. Itupun cuba dikhianati oleh Kerajaan Pusat yang diterajui UBN. Mereka langsung tidak ambil peduli. Byk lagi usaha PR yang jelas untuk kepentingan rakyat, parti di dalam PR juga tidak hanya 100% fokus kepada bangsa. keutamaan adalah kepada mereka yang memerlukan.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit