test

Isnin, 8 Jun 2009

UMNO Pelik, Kini Menyanjung Suruhanjaya Reid

Orang UMNO zaman sekarang agak pelik.

Mereka berbangga dengan Dokumen Suruhanjaya Reid yang terang-terang melacurkan tanah air dengan memberi kerakyatan murahan.

Maka disebarkan kebanggaaan itu dengan menyediakan satu catatan blog khas untuk memaparkan Dokumen hina itu.




Reid Commission - The Original Document!

Ingat!
Hanya UMNO yang beri kerakyatan murahan, bukan keseluruhan melayu.

Kongres Melayu II pada mac 1957, telah menolak dokumen ini, tetapi mencadangkan bahawa kerakyatan diberikan secara lebih tertib, bukannya secara "Pemberian" demi menarik undi dan menjada hati British, dan MCA yang dikuasai Kuo Min Tang.

Maka kebanggan itu, di canang-canangkan oleh Parpu Kari dengan meninggalkan komen di blog-blog .

Adakah Parpu Kari berani menyiarkan memorandum yang membantah suruhanjaya Reid?


Bantahan terhadap Suruhanjaya Reid, juga diceritakan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang pada Muktamar baru-baru ini.
 Tapi apa UMNO peduli.
Memorandum ditolak mentah-mentah, dan rupanya menjadi kebanggaan  UMNO.

Ahad, 7 Jun 2009

Kalau BN Setuju Kerajaan Perpaduan....

 Kalau BN sudah setuju dengan Kerajaan Perpaduan, sila tandatangani surat seperti di bawah:




Bahawa ini surat pada menyatakan maka adalah kita Najib bin Razak, Presiden UMNO, iaitu PM di Malaysia mengaku dalam surat ini bahawa sesungguhnya maka adalah dengan suka-suka hati kita telah menyerahkan negeri Malaysia ini serta dengan perintah-perintahnya sekali kepada Pakatan Rakyat , adanya.

Syahadan lagi adalah pula perjanjian Pakatan Rakyat kepada Najib: Maka jikalau kiranya Najib hendak berpindah dari negeri Malaysia ini ke negeri lain melainkan PR memberi hadiah tiga puluh tiga ribu ringgit dan kepada Muhyidin dua puluh enam ribu delapan ratus ringgit. Dan lagi, adalah perjanjian PR memberi belanja kepada kita pada sebulan seribu tiga ratus ringgit.


Najib
 Surat di tiru dari ..

Sultan Husin Syah Menyerahkan Singapura Kepada Tuan Crawfurd Dengan Suka-Suka

Sabtu, 6 Jun 2009

Majoriti = Hanya 50 % Keatas?

Mengapa Mesti Sesuatu Kerajaan hanya boleh dibentuk hanya selepas mendapat 50% kerusi?

Mengapa tidak 60% atau 70 % atau 80 % ?

Satu Sekolah Untuk Semua atau Bahasa Ibunda Peringkat Awal?

Kepada mana-mana Penyokong PAS yang terpengaruh dengan Agenda Satu Sekolah Untuk Semua, sila kaji balik ucapan Dasar Presiden.

Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu
sejarah baru dengan meneruskan agenda
pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik
dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk
memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di
peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada
masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains
dan matematik di peringkat asas ini mestilah
dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing-
masing.

Saya tidak pernah penyokong Satu Sekolah untuk Semua secara bulat, kerana ia bercanggah dengan apa yang perjuang Anti-PPSMI perjuangkan.

Pejuang anti-PPSMI mahukan bahasa ibunda bagi peringkat awal pendidikan.
Manakala Bahasa Melayu tetap dijadikan bahasa perpaduan dan bahasa ilmu peringkat tinggi.

Oleh itu saya menolak "Satu Sekolah Untuk Semua" tetapi mahu ianya digantikan dengan "Satu Sekolah Untuk Semua bermula umur 10 tahun".

Jumaat, 5 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan

Kerajaan Perpaduan harus dibentuk oleh kuasa diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya "ihsan" daripada parti yang mempunyai kuasa penuh.

Khamis, 4 Jun 2009

Kenyataan Media: Fitnah Berkenaan Keruntuhan Stadium Sultan Mizan

Berikut adalah kenyataan media daripada pihak yang mengaku bertanggung jawap tentang keruntuhan stadium Sultan Mizan

----- mula ----


KENYATAN MEDIA: FITNAH BERKENAAN KERUNTUHAN STADIUM SULTAN MIZAN

Pihak kami membantah dengan keras wujudnya pihak yang manabur fitnah, kononnya sekutu Ultraman yang meruntuhkan Stadium Sultan Mizan. Fitnah itu dibuat bertujuan untuk merendahkan keupayaan kami yang merancang untuk membuat serang balas.

Pihak kami mengaku bertanggung jawap meruntuhkan Stadium Sultan Mizan, dan bukannya ultraman seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Pihak kami telah menghantar StarStream, untuk meruntuhkan Stadium itu, sebagai bantahan kebisingan yang dilakukan oleh Jet Sukhoi. Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai anggota yang mampu bertukar kepada Sukhoi SU 30 MKM.


Selain itu, pihak kami juga membantah cubaan pihak tertentu yang cuba menyamar sebagai Star Scream untuk berjumpa dengan saya di dasar lautan Atlantik.


Saya dapat mengesannya kerana di pesawat itu tertera tulisan "Air France", yang selama ini tidak pernah ada pada badan Star Scream.


Oleh itu, saya menyeru kepada penyokong kami supaya melakukan protes dengan memakai pakaian gelap setiap hari pada program "1 Black Decepticon".

Kemeja-T Decepticon berwarna gelap boleh di dapati di Stesyen Minyak PETRONAS berdekatan, pada kadar RM 9.90 setelah membuat pembelian minyak sebanyak RM 30.


Sekian.


Megatron
Yang diPertua
Decepticon.



-- tamat ---












Beberapa tahun yang lalu, saya telah dicampakkan ke

Berapa Harga Sultan Johor Jual Singapura Kepada British?

Saya telah berjanji kepada Prof Abdullah, (laki Puan Ainon) untuk "menterjemah" berapakah nilai Pulau Singapura yang dijual kepada British oleh Sultan Johor.

Agak sedih dam memalukan apabila membaca kandungan perjanjian itu.


Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 — menyerah sepenuh kedaulatan dan hak … untuk selama-lamanya …



Orang Johor, sila baca secara menyorok-nyorok.

Antara yang menyedihkan...

Perkara III
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol, bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, dengan gaji bulanan sebanyak tujuh ratus (700) Dolar Sepanyol sepanjang hayatnya.

 Jadi berapa banyakkah 33,200 + 26800 dolar Sepanyol itu?

Saya bukanlah pakar dolar sepanyol, akan tetapi ada sedikit mengkaji sistem kewangan lama dalam cubaan mengembalikan matawang berasaskan komoditi seperti dinar dan dirham di muka bumi ini.

Saya tidak pasti samada ketika berlakunya perjanjian 1824 itu, wang kertas digunakan atau wang perak.

1 dolar sepanyol adalah bersamaan 8 real. Ianya juga dikenali sebagai "piece of eight".
Menurut buku "Brunei and Nusantara History of Coinage", terdapat satu gambar wang dollar sepanyol 1761, yang juga dikenali sebagai "Ringgit Meriam" atau "Pillar Dollar". Namun dalam buku itu tidak menyatakan beratnya.

Berapa berat wang perak 1 dolar sepanyol itu?
Ada pihak yang mengatakan ianya 27.47 gram, bukan perak tulen tetapi hanya 93% sahaja,

Spesifikasi matawang dolar sepanyol juga digunakan untuk membuat matawang perak rupee di India, Peso di mexico dan Yuan di China.

1 dollar Amerika pula adalah 1 aun perak, 31.1 gram.

Berbalik kepada Sultan dan temenggong Johor yang menjual Singapura itu, Jumlah yang mereka berdua dapat, tidak termasuk gaji ialah 33200+26800 = 60000 Dollar Sepanyol.

Jika didarabkan dengan gram perak, maka ..
(33200+26800)*27.47 = 1648200 gram
= 1648.2 kilogram

Jadi mereka berdua memperolehi sebanyak 1.6 tan perak.
memang banyak, tetapi tidaklah cukup banyak untuk sebuah pulau yang besar.

1648.2 kilogram perak 93% , perak tulen hanyalah 1532.826 kg.

Pada catatan ini ditulis, (4 jun 2009)
Harga sekilo perak tulen adalah, 349 euro atau 493 USD.

Jadi Harga Pulau Singapura dijual oleh Sultan Johor dan temenggong ialah.
534,956.274 Euro (baca: 534 ribu Euro)
atau
755,683.218 USD (baca: 755 ribu USD)

Tak sampai 3 juta Ringgit Malaysia sekarang.



Sultan Hussain Muhammad Shah berpindah ke Melaka pada 1834, hanya 10 tahun selepas perjanjian itu.
Kalau baginda dapat 1300 Dolar sepanyol sebulan, maka untuk 12 kali bagi 10 bulan (anggaran) ialah
143000 dollar sepanyol, lebih kurang 3653235.30 gram perak.
bernilai 1801045 USD (baca 1.8 juta USD)
atau 1274979  Euro (baca 1.2 juta Euro)

Google+ Hasbullah Pit