test

Khamis, 7 Mei 2009

TERKINI: Kedua-dua Speaker Ditahan di dalam Lokap

Berita terkini, kedua-dua speaker di tahan di dalam lokap.



Manakala di tempat lain, speaker digantung.

Demonstrasi Berpakaian Hijau di Merlimau, Melaka

Di Melaka, berlakunya 1 perhimpunan berpakaian hijau untuk demonstrasi.

Ketua pendemonstrasi berpakaian putih, membuat demonstrasi bagaimana menggosok gigi dengan betul.




Yang pakai baju kuning ialah pendemonstrasi yang tak bayar yuran, tapi dapat berus gigi percuma.

Rabu, 6 Mei 2009

Penarik Beca Mengaku Benak, Sedikit Perbezaan Kerajaan Perpaduan TGHH dengan Hasbullah Pit

Syabas kepada Bang Bakaq kerana mengaku Benak bab Kerajaan Perpaduan.

Saya pula sejak daripada mula timbulnya "Kerajaan Perpaduan", saya telah meneka apa maksud hati TGHH dengan hampir tepat.

Yang menghairankan, bukankah Bang Bakaq pembaca blog saya ?

antara tulisan awal saya berkaitan dengan Kerajaan perpaduan
TGHH orang tua, saya muda, jadi saya keras sikit.

Saya guna ayat "Tolak Sistem Demokrasi Penjajah", TGHH sebut "Kerajaan Perpaduan".

TGHH sebut Britain sebagai contoh,

"Kita telah mengalami masalah demokrasi yang semakin hari semakin menguncup termasuk dalam UMNO yang dilanda politik wang. Oleh itu saya mencadangkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik kerana ia bukan perkara baru. Kerajaan seperti ini pernah ditubuhkan di Britain, Afrika dan Indonesia," katanya

Manakala saya Tolak Inggeris.

TGHH mengatakan masalah demokrasi, saya pun sama.

Saya katakan sistem demokrasi Inggeris ini tidak adil.


Baru semalam saya tulis tentang hodohnya Sistem Demokrasi yang menebabkan kerusi boleh 'diberi'


Manakala dalam sistem demokrasi perwakilan berkadar, salah satu tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan undi yang membazir.

Saya pernah tulis tentang

Saya bukanlah mengajak anda semua untuk sokong secara bulat Sistem Demokrasi Perwakilan Berkadar. akan tetapi buat masa ini itulah sistem demokrasi yang paling adil. Tidak banyak undi yang dibazirkan.

Boleh lupakan masalah berebut calon, kerana masih boleh undi parti sendiri walaupun calon tak bertanding.

Di Jerman CDU/CSU menang pilihanraya, orang CSU/CDU jadi chancellor.
Tetapi parti yang kalah pun ada pegang kabinet.

CDU/CSU bentuk pakatan dengan FDP
SDP bentuk pakatan dengan Hijau.

Tapi dalam kertas untuk, semua orang boleh undi parti masing-masing.



Di Malaysia, kerusi boleh "diberi".

Tapi kalau guna sistem perwakilan berkadar, Kejadah apa nak beri kerusi kalau semua orang boleh undi parti masing-masing?

Selasa, 5 Mei 2009

Gudang Senjata PAS?

Ku toleh belakang, bilik saya rupanya sudah menjadi Gudang Senjata PAS.

Dalam Perjuangan Demokrasi, media adalah satu perkara penting & rupanya banyak senjata media dalam bilik komputer saya ini.

Ini dia "Kandang Speaker"


Dalamnya ....
Ada Sistem PA Corong milik MTD,

Ada pembesar suara milik cawangan Sempang,
Ada Tripod (senjata sendiri),Tetapi ada komponen hilang.
Ada Projektor (MTD), senjata yang akan digunakan oleh Dr Dzulkefly Ahmah khamis ini.

Behringer 2 biji

Dalam Beg itu ada pengadun bunyi & kabel-kabelnya.


Ini Senjata "Beras Padu" (yang kecil)



Semalam saya terfikir, sekiranya bilik saya dibom, lumpuhkah aktiviti PAS?
Jadi mungkin saya nak pindahkan Senjata milik MTD di tempat lain.


Eh, Ini Siapa pula yang letakkan "senjata" di pemegang mikrofon?




UMAR!!!!!!!!!!!!!!!! 
HAMZAH!!!!!

Peliknya Demokrasi di Malaysia

Apabila kertas undi di Selambau mempunyai 15 calon, ada pihak mengatakan ianya jadi bahan jenaka demokrasi.

Walhal dalam dunia ini, kertas undi banyak calon adalah perkara biasa.

Di Malaysia pula, kerusi boleh "diberi".
Tidakkah itu bahan jenaka politik, kalau dilihat dari luar negara?

Ada pernah dengar PKS di Indonesia "beri" kerusi?

Isnin, 4 Mei 2009

Sekitar Demonstrasi Menentang Kapitalisme, Riba di Melaka

Kali ini demonstrasi menentang kapitalisme tidak diganggu polis sebagaimana berlaku ketika sidang G20. Mungkin kerana ianya tidak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.


Sepanduk itu disediakan oleh para pelajar, di gerai yang memaparkan bagaimana kaitan sistem wang kertas dengan 'Great Depression'. Memang sukar untuk menerangkan bagaimana kaitan wang kertas dengan peluang pekerjaan. Namun saya pernah terangkan di sini.


Adakah Emas tiada Kaitan dengan Masalah Pembuangan Kerja?


Gambar di atas menunjukkan kreativiti para pelajar Dr Halim, untuk menerangkan konsep dinar/dirham kepada orang ramai. Saya datang ke sana bukan untuk diterangkan supaya difahami, tetapi ingin mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar.

Ini adalah satu gerai yang cuba menggambarkan revolusi kewangan yang ke arah emas semula.

Bangunan "wang kertas" akan tumbang dan digantikan dengan piramid emas.


Terdapat satu gerai yang menyediakan wang kertas untuk dipijak.


Maka 'perusuh' tadi memijak wang kertas sambil memegang wang emas. Secara simboliknya menunjukkan emas akan satu hari nanti generasi akan datang akan menolak wang kertas.


Disebabkan para pelajar tidak mampu memiliki dinar, maka syiling emas palsu disediakan. Sepatutnya 'syiling emas palsu itu adalah hadiah bagi permainan, tetapi ianya diberikan percuma kepada 'perusuh kecil' itu.
Dan kemudiannya wang emas itu boleh dimakan oleh perusuh kecil itu bersama bapanya.

Terdapat satu gerai yang saya tidak sempat saya ambil gambarnya, menyediakan 1 keping sampel wang zimbabwe bernilai 50 bilion. Pelajar itu meminta saya memilih beberapa barangan. Maka saya memilih buku nota.
Pelajar itu mengatakan tekaan saya tepat, kerana nilai 50 bilion wang zimbabwe itu hanya mampu untuk membeli sebuah buku nota.

Pemahaman para pelajar agak memuaskan.

Pensyarah, Dr Halim agaknya, meminta pengunjung gerai mereka menulis nama sebagai tanda mereka telah diterangkan. Dan saya menggunakan kesempatan itu untuk menguji pemahaman para pelajar.

Mereka faham tentang pengeluaran wang kertas berleluasa yang menyebabkan inflasi, namun apabila saya sebut "Macam Najib 60 bilion", mereka nampak terpinga-pinga. Mereka tidak boleh mengakitkan pakej rangsangan 60 bilion ringgit, oleh Najib itu sebagai satu kaedah penciptaan wang kertas sewenang-wenangnya.




Terdapat satu gerai yang menyediakan video untuk ditonton pengunjung, maka saya tontonlah bersama 'perusuh kecil', saya katakan pada pelajar itu 'saya sebenarnya sudah faham'. Kemudian saya terangkan pada tentang perak.

"Dinar sebenarnya boleh diumpamakan sebagai 'FD', manakala matawang untuk urus niaga adalah dirham."

Dinar umpama 1 keping nota RM 500 yang jarang digunakan, manakala yang sepatutnya dijadikan urusniaga ialah perak, dimana perak boleh digunakan untuk membeli roti, ayam dan sebagainya.

Sebenarnya tujuan asal saya ke sana adalah kerana 'souk'.


Ingin juga saya melihat model souk Dr Halim, namun ia agak mengecewakan. Tidak seperti model souq yang saya impikan di Jasin (AJK DPPKJ mesti klik sini)  . Tidak wujud suasana dimana, seolah-olah sesiapa sahaja boleh berniaga.

Mahu tak mahu saya teruskan merealisasikan Souq itu melalui DPPKJ.


Akhir sekali, ini hasil tangkapan....

Semua percuma, kecuali Kemeja-T.

Ahad, 3 Mei 2009

Liberisasi Ayam

Tatkala ramai orang sikbuk tentang Liberisasi ekonomi, tiba-tiba harga ayam naik dan ayam diugut akan dijadikan barangan kawalan.

Maka akan hilanglah status ayam sebagai binatang, kerana ia sudah menjadi "barangan".

Perlukah ayam merusuh?

Apa yang hendak dihairankan kalau harga ayam naik?
Harga ayam yang dinilai dalam duit kertas pasti naik apabila Najib cetak 60 bilion.

Memanglah harga ayam dalam matawang itu akan naik, apabila matawang itu sudah berlebihan.

Jadi Harga ayam kononnya akan dijadikan barangan kawalan, tetapi sebelum ini sudah ada harga syiling, lebih kurang dikawal jugalah.


Yang paling pening kepala ialah peniaga ayam, sudahlah terpaksa beli dengan mahal, pengguna pula nak murah.

Penternak pula nak juga naikkan harga ayam.

Peniaga ayam seolah-olah kehilangan hak untuk tidak membeli ayam, kerana dia hanya berniaga ayam.
Lainlah kalau peniaga ayam itu ada jual kambing sekali, maka bolehlah dia cakap:

"Hari ini aku taknak jual ayam, aku nak jual kambing"
Pengguna masih mempunyai hak memilih untuk tidak beli ayam, kerana boleh beli ikan atau sumber protien yang lain.

Saya tidak gemarkan sebarang bentuk kawalan harga, selagi masih gunakan wang kertas.
Lambat laun, harganya "terpaksa" dinaikkan juga akibat daripada lambakan kertas itu.

Biar dia apung, tetapi yang penting tiada monopoli.

Google+ Hasbullah Pit