Hari ini saya dapat surat daripada KPDN, Ianya tiada kaitan dengan
perletakan jawatan Shahrir Samad atau perlantikan Menteri KPDN yang baru.
Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah membaca catatan ini?
Sekiranya belum, anda perlu membacanya sebelum terus membaca catatan ini.
Pada lebih kurang seminggu yang lalu, saya telah makan di satu kedai makan di Merlimau.
Tidak perlulah saya perincikan secara spesifik tentang kedai itu.
Sudah menjadi kebiasaan, saya akan meminta menu, kerana di menulah letakkanya penawaran tentang apa yang dijual berserta dengan harga yang mereka tawarkan.
Nasi X RM 2.00
Nasi Y RM 3.00
Air X RM 1.00
Air Y RM 1.40
Disebabkan kedai makan banyak yang tiada tanda harga, maka menu lah tempat di mana pelanggan melihat harga yang ditawarkan oleh peniaga.
Tanda harga di dinding mungkin tidak kelihatan di sesetengah lokasi meja dan sukar diubah sekiranya berlaku perubahan harga.
Namun satu perkara berlaku, Ketika selesai makan, apabila pekedai mengira jumlah keseluruhan, ianya cukup berbeza dengan harga yang dipaparkan pada menu. Dalam erti kata lain, ia lebih mahal daripada yang ditawarkan di menu.
Soal mahal atau murah itu perkara kedua.
Saya tidak kisah kalau membeli Nasi goreng pada harga RM 20, kalau saya bersetuju dengan harga itu ketika memesan makanan.
Maka saya bertanya kepada juruwang kedai itu tentang harga yang berbeza. Namun jawapan yang diberikan ialah "Itu Menu lama" dan tidak memulangkan baki berbezaan harga yang dikira dengan harga berdasarkan menu. Pada masa yang sama juruwang itu dalam keadaan sedar bahawa pelanggan telah merujuk pada harga pada menu.
Maka setelah berfikir beberapa hari, maka saya memutuskan untuk membuat laporan kepada KPDN,
Maka, langkah merujuk harga pada menu, tidak mampu untuk membuatkan sesuatu urusniaga itu sah. Pelanggan perlukan langkah tambahan untuk bertanya pada pelayan "Adakah harga itu yang digunakan"?
Sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya kita membeli barang di kedai runcit atau pasaraya untuk bertanya "Adakah harga pada tanda harga ini digunakan untuk urusniaga?"
Ada sesiapa sini yang pernah tanya pelayan restoran, setiap kali menu diberikan anda bertanya "Adakah harga ini digunakan"?.
Bayangkan kalau harga di menu menunjukkan harga RM 2.00 bagi nasi lemak, tetapi setelah 'dikira' harga nasi lemak itu ialah...
Maka langkah yang dilakukan oleh saya untuk membuat laporan ke KPDN adalah bukan "dengki", tetapi satu langkah untuk mengubah budaya keseluruhan sektor "Kedai makan Melayu Islam" , supaya pelanggan diberi peluang untuk "bersetuju dengan harga" sebelum membuat pesanan.