test

Rabu, 7 Januari 2009

macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika'

Menarik persoalan yang diutarakan oleh Afnanhassan

Boleh Pakcik Sebol terangkan macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika' sebab di sekeliling kita semuanya dalam USD. Yang dalam internet ni pun berlambak yang gunakan USD. Habis macam mana nak realisasikan matlamat kita ni?

Sebenarnya ia jauh lebih susah daripada jangan beli Barangan Amerika.

Amerika memerlukan 2 perkara.

1. Barangan komoditi atau untuk dibeli
2. Permintaan terhadap USD.

Jadi untuk merelalisasikan "Jangan Jual Barangan Kepada Amerika" perkara itu memerlukan kuasa politik dalam sesuatu negara. Peringkat tinggi.

Agak sukar untuk mengeluar minyak , minyak sawit, untuk memilih pembeli.

"Aku tak jual pada kamu"

Namun ia boleh dilakukan dengan 2 cara.

1. Kita putuskan hubungan dagangan dengan Amerika.
2. Kita cari pasal sehingga dia sekat kita, macam Iran.

Mutaligat sudah mencadangkan supaya putuskan hubungan dagangan dengan Amerika.

Rundingan FTA dengan Amerika haruslah ditamatkan serta-merta.

Jangan takut.

Namun rakan dagangan Malaysia yang terbesar ialah Amerika. Kita mesti berani putuskan.

Jangan takut, Malaysia bumi bertuah, tanam apa saja pasti menjadi.

Pemutusan hubungan dagangan dengan Amerika akan menyebabkan KDNK kita merosot.
Jangan takut, bila Amerika tak boleh beli dari kita, pihak lain akan jadi proksi untuk membeli bahan mentah kita, dia akan balik asal juga akhirnya.

Adakah sama apabila Amerika membeli komoditi kita melalui proksi?

Ada sedikit perbezaan iaitu, kita tidak lagi membeli atau menyimpan USD daripada mereka.

Kak Zety boleh gantikan rizab USD dalam Rizab Bank Negara dengan emas atau matawang lain.


Bagi peringkat individu, pun boleh menolak dollar.
Sekiranya pembayaran di dalam web boleh pilih matawang pound atau USD atau Euro, maka pilihlah yang bukan USD.

"Serangan keatas USD" memang sukar difahami. Kerana itu ia perlu diolah menjadi "Jangan Jual Barang Kepada Amerika".

Sekiranya anda peniaga e-dagang tempatan, kalau ada pilihan, gunakan matawang bukan USD sebagai pembayaran dan paparan harga.

Sekiranya pendapatan dalam USD, cepat-cepat tukarkan ke matawang lain.

Penjualan dollar adalah aksi menolak dollar juga.

Isnin, 5 Januari 2009

Boikot Amerika, Bukan Sekadar Jangan Beli Barang, Tetapi Jangan Jual Barang Kepadanya

Sekian lama kempen boikot barangan Amerika telah berjalan, namun ianya agak kurang berkesan.

Mengapa?

Secara kebiasaannya, apabila orang membeli barangan Amerika, kita akan sangka dia mendapat keuntungan daripada itu. Kebiasaannya kita akan menyangka bahawa kita menyumbang duit kepada Amerika.

Sebenarnya Amerika tidak memerlukan duit daripada jualan kepada pelanggannya untuk menguasai dunia.

Duit yang dia mahu itu hanya ingin digunakan untuk dikitarkan semula supaya membeli bahan mentah daripada luar.

Kekuatan Amerika letaknya adalah dengan penjualan matawang USDnya, bukan pada penjualan barangan keluaran negaranya.

Apabila Amerika perlukan duit(USD) untuk membuat sesuatu, kongres bersidang dan penciptaan duit(USD) yang baru  boleh diluluskan.

Mereka, Amerika tidak begitu risau akan inflasi matawangnya walaupun dicetak lebih, atau diwujudkan dalam bentuk "kredit" kerana permintaan terhadap Dollar tetap ada.

Dalam erti kata lain, kekuatan ekonomi Amerika lebih bergantung kepada penjualan dollar berbanding dengan penjualan barangan keluarannya.

Jadi untuk melumpuhkan amerika, kita hendaklah tidak membeli dolar Amerika (USD).

"Tidak Membeli USD" dalam perpektif lain ialah tidak menjual barangan dalam USD.
atau, tidak menerima USD ketika menjual barangan.

Mungkin sukar untuk diterangkan kalau disebut dengan ayat di atas, jadi ayat ringkasnya ialah "Jangan Jual Barang Kepada Amerika".

Kepada sesiapa yang tidak faham bagaimana Amerika menguasai dunia menggunakan dollar, perlu baca artikel berkaitan petrodollar. (Minta golongan mahasiswa yang banyak masa itu terjemahkan artikel itu ke B.M).

Atau baca catatan lama saya

Iran akan menyerang Amerika Dalam Beberapa Minggu



Sebenarnya Iran sudah serang.

Jadi saya ringkaskan semula..




Oleh Kerana  Amerika menguasai dunia dengan petrodollar, maka serangan ke atas Amerika adalah

Jangan Beli USD
==> tidak menjual barangan dalam USD
==> Tidak Menerima USD Ketika Menjual Barang
==> Jangan Jual Barang Kepada Amerika.

Jadi kepada sesiapa yang faham, sila kemukakan idea saranan untuk tidak menjual barangan kepada Amerika Ulama-ulama yang ada di dunia ini supaya kekejaman di Gaza dapat dihentikan dengan cepat.

Macam Pernahku Lihat Nama Tadika ini


Tapi di mana ya?

Ahad, 4 Januari 2009

Pembuktian Persamaan Matematik 2=1 anak Prof Hamirdin

Anakanda Prof Hamirdin telah menjumpai bahawa 2=1

turut disiarkan di blog ayanandanya.

a=x
2a=a+x
2a-2x=a+x-2x
2a-2x=a-x
2(a-x)=a-x
2=(a-x)/(a-x)
2=1?

musykil 

Benarkan 2=1 ?

mari kita kira semula

 a=x      ....... (1)
2a=a+x  .......(2)

Kalau kita ingin mencari nilai a gantikan a kedalam x

2a=a+a  .......(3)
2a=2a ......(4)

Tiada apa yang pelik, 2a ialah 2a.

sekarang ini anggap "2" sebagai z.

gantikan z ke dalam persamaan (3), maka

za=a+a  ...... (5)
za=2a
z=2

balik asal pula....

cuba gantikan z dengan 1 dalam persamaan (5)
a = a+a
a=2a
1=2   #



lihat pula dari perspektif lain.
Ambil persamaan asal,

a=x      ....... (1)
2a=a+x  .......(2)

untuk membuktikan 2=1, gantikan 2 dgn 1 pada persamaan (2)

a=a+x

a=a+a
a=2a
1=2 #

Terbukti ...

hehehe

cuba gantikan 1 dengan 2 pula pada persamaan (2)
2a=2a+2x
2a=2a+2a
2a=4a
1=2  #

terbukti lagi....

Jadi 2=1 HANYA pada persamaan 2a=a+x 


hehehe

Cadangan Layang-Layang di Sekolah, Ali Rustam Merepek Lagi?

Saudara Adihamka pada blognya pukul habis Ali Rustam apabila Ali Rustam mencadangkan supaya permainan layang-layang diperkenalkan di sekolah.Kemudian Ketua Pemuda PKR juga tolong pukul.

Bagi saya, Ali Rustam memberikan cadangan yang tidak tepat bagi penyelesaian masalah. Namun masalah tetap ada.

Dia mencadangkan begitu untuk mengekalkan permainan tradisi. Permainan tradisi kalau tidak dimainkan, dia akan pupus. Perumahan jenis teres dan pangsapuri tidak menggalakkan.

Saya tidak tahu, kenapa semua perkara hendak diterapkan di sekolah. Seolah-olahnya dengan menerapkan sesuatu di sekolah semua akan menjadi.

Saya tidak setuju pelajar dilarikan fokus daripada pendidikan hanya kerana mahukan anak-anak mengenal sesuatu.

Satu bentuk pemikiran wujud dimana mereka sering berfikir semua benda perlu diterapkan di sekolah.

Kita panggil pemikiran ini ialah sumbatsemuadisekolahisme.


Jikalau benar Ali Rustam mahu kekalkan permainan tradisi sehingga boleh dimainkan oleh kanak-kanak mahupun dewasa, maka perlu ada langkah lain yang lebih global, bukannya sesuatu yang di bawah tempurung pemikiran sumbatsemuadisekolahisme.

Saya tolak pemikiran sumbatsemuadisekolahisme Ali Rustam kerana ia membebankan pelajar dan guru.

Selain daripada pemikiran sumbatsemuadisekolahisme, wujud juga satu bentuk pemikiran baru, dimana semua menolak semua yang dicadangkan oleh ali Rustam disebabkan kemerepekannya tanpa mahu mengkajinya wujud perkara positif disebaliknya.

Pemikiran ini boleh dipanggil sebagai Anti-AliRustamisme .

Anti-AliRustamisme menolak pembinaan pembinaan Jambatan ke Dumai, hanya kerana ia dicadangkan oleh Ali Rustam, tetapi kalau pembinaan Jambatan itu dicadangkan oleh orang lain, maka ia boleh diterima.


Kembali kepada isu permainan tradisional yang nak pupus.

Sekiranya kita keluar daripada tempurung pemikiran sumbatsemuadiskolahisme dan anti-Alirustamisme, pasti akan menjumpai penyelesaian bagi masalah kepupusan permainan tradisional itu.

Apa susah sangat, kita olimpikkan permainan itu.

Maka perlunya langkah-langkah supaya permainan tradisional boleh diolimpikkan bermula dari bawah.

Permainan Sepak Raga bulatan, yang telah dijadikan "sepak takraw", sepatutnya boleh dijadikan satu sukan bertaraf dunia yang dimainkan secara bulatan.

permainan sepak raga bulatan perlu direkod, didokumentasikan dan perlu di adakan peraturan bertulis supaya wujudnya satu piawaian bagi permainan itu. Kemudian diakan pertandingan supaya ia betul-betul menjadi sukan yang baru.

Kemudian dijadikan acara sukan sea, kemudian sukan asia kemudian olimpik.

Barulah ianya tidak pupus.

Begitu juga sukan tradisional yang lain.

Gasing pun boleh diolimpikkan kalau mahu. Yang penting dokumentasi spesifikasi gasing dan peraturan perlawanan perlu ada dalam bentuk piawai supaya dunia boleh bermainnya.

Saya tidak hairan kalau batu seremban pun boleh dijadikan permainan antarabangsa.

Orang putih boleh adakan perlawanan kiub rubik, kira masa, lawan banyak peringkat.

Permaianan Batu Seremban pun secara teorinya boleh jadi sebegitu.

Kalau tiada pemikiran glokalisme, begitulah jadinya, segala yang tradisional direndah-rendahkan tanggapannya.

Glokalisme penting untuk maju. Jika tidak, kita hanya mengikut rentak dunia dan bukan mengubah dunia mengikut rentak kita.

Sabtu, 3 Januari 2009

Ahmad Said Salah Guna Kuasa, Ugut Pengundi Soal Peruntukan Negeri

Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di Buletin Utama dan bernama , mengatakan satu peruntukan 5.8 juta akan diperuntukan untuk Kuala Terengganu sekiranya mendapat mandat bagi Parlimen itu.

KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama)-- Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.



Saudara Adihamka telah mengatakan ianya sogokan,  tetapi bagi saya ugutan.

Peruntukan 5.8 juta dikatakan diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu, duit kerajaan negeri. Maksudnya, dia sudahpun mempunyai madat dan kuasa untuk memperuntukkan 5.8 juta itu tanpa perlu menunggu keputusan pilihanraya.

Pilihanraya kecil itu adalah parlimen, dan bukannya DUN, Kalah menang BN pada parlimen Kuala Terengganu tidak memberi kesan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, tiada satu kerusi DUN pun dipertaruhkan.

Sekiranya BN kalah pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Mandat dan kuasa kerajaan negeri tidak pun berubah.

Jadi boleh ditafsirkan sebagai Ahmad Said, salah guna kuasa dan mengugut pengundi.

Sekiranya 5.8 juta diperuntukan untuk Kuala Terengganu, baiki longkang dan sebagainya, dari kerajaan negeri maka mengapa perlu menjadikan ia sebagai satu ugutan?

Lainlah kalau longkang dan Jalan Raya di Kuala Terengganu dibuat dan diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan.

Kalau Ahmad Said nak tiru Ali Rustam serahkan sedikit demi sedikit tanggung jawap kerajaan negeri kepada persekutuan, buatlah.

Ahmad Said bercakap tentang mandat seolah-olah BN belum lagi mendapat mandat pada parlimen itu, walhal sebeloum ini Parlimen itu milik BN juga.

Kalau BN nak guna teknik sogokan, saya sebenarnya tidak halang kalau sogokan itu hanya meliputi peruntukan yang diterima oleh ahli Parlimen biasa. Bukan kuasa Menteri atau timbalan menteri atau jawatan/pengaruh dalam kerajaan.

UMNO Seakan-akan Tidak Mahu Menang PRK Kuala Terengganu P036

Saya pun hairan, kenapa tindak tanduk UMNO berkempen seperti tidak mahu menang pilihanraya.

Sebelum ini, Najib mengadakan satu majlis bayar hutang 400 juta, hanya untuk membuktikan BN bertanggungjawap. Walhal, mereka sendiri yang menunjukkan bahawa mereka sebelum ini tidak begitu bertanggungjawap.

Pada majlis yang sama, Najib mengatakan kalau mahu menang, mesti sama-sama sokong siapa sahaja yang dipilih menjadi calon. Seolah-olah selama ini cukup sukar benar bagi UMNO untuk menyokong siapa sahaja yang dicalonkan, terutama sekali apabila yang dicalonkan itu bukan rakan pasukan.

Rakyat boleh tahu, di dalam PAS, semua ahli PAS sokong siapa sahaja yang dicalonkan, sejak dari dulu. Tidak perlu bercakap seperti Najib, seolah-olah satu-satunya cara untuk memang ialah sokong calon yang dipilih.

Kemudian, Wan Farid punya cakap banyak, persoalkan apa yang diperkatakan TG Nik Aziz. Pusing macam mana sekalipun rakyat lebih percaya TGNA berbanding Wan Farid. Nobisha cadangkan supaya Wan Farid terus duduk diam.

Google+ Hasbullah Pit